Sunday, 31 December 2017

Page 365 - Part 1





Esok dah new year . 
Hari ni hari terakhir utk tahun 2017
Dan hari ni aku dah kena balik bertugas
Dan hari ni jgk birthday aku..



Alhamdulillah..
Masih bernyawa hingga hari ini.
Walaupun hari ni birthday aku
Tapi aku rasa my mom yg patut di celebrate!
Sebab pada tarikh ini, dia yang
bertarung nyawa melahirkan aku 
ke dunia ini ... thanks to my mum!
Terima kasih yg tak terhingga..
Hari ini sebenarnya hari untuk dia..
Aku ni.. takde pape pun ...


Moga dia diberikan kesihatan yg baik
Murah rezeki dan terus kuat ... 
Amiiin ...


——————————


Best ke lahir 31 December ni? 
Sehari lagi nak new year.
Tarikh ni mmg unik...



Tp orang akan lupa dgn cepat
Sebab org lebih teruja nak celebrate new year..
Takpe la.. hahaha


Oh btw aku tak nak cerita 
pasal 2018 ..  its just a number..
Aku akan menjalani hidup
dan tugas2 seharian seperti biasa.
Itu je yang aku nak cakap pasal 2018


Nak kata ada azam bagai...
Tak ada!
Semua tetap seperti biasa
Sebab hari2 aku berazam..
bukan masa new year je..



Anyway.. hari ni bangun pagi
Tgk mesej.. thanks fav people yg wish..❤️
happy.. bukak2 whatsapps
Ada nama dorang semua ...😘
Thanks atas ingatan..
Aku tak mengharapkan apa2
Ingatan tu lagi penting dari segala2nya..




Okay korang rasa apa enotion aku 
masa tulis ni.... nangis dowhh
Serious !!! 



Nanti la cerita2 lagi
Skarang dah 6.38AM
Aku nak bersiap2...
Kul 8 nak balik dah..
Nak mandi.. pastu kul 8 dah kena gerak
Kul 11 centu aku dah dkt tempat keje
Bz kemas rumah lagi...


Petang or malam nanti baru free balik
Lepas habis mengemas..
Maklum lah rumah kat sana
lama kena tinggal..
Berhabuk.. and banyak sarang burung
Confirm!!! 







































Saturday, 30 December 2017

Amy Winehouse



Mesti budak2 skarang tak tahu
siapa Amy Winehouse..
Sedih!! Huhu


Walaupun dia dah takde
Tapi lagu dia sentiasa ada dlm playlist aku.
Dia penyanyi jazz yg sgt ohsem!
Berkali2 menang Grammy Awards..


Tp tu la.. lepas kawen dgn jantan tu
Hidup dia jadi tak betul... karier dia musnah
Dia ketagih....!!! 
dan akhirnya meninggal akibat pengaruh
alkohol dan dadah..



Lirik lagu Amy Winehouse mmg sempoi
Ada yg mcm kotor... haha
Tp kalau betul2 dgr lagu atau melodi
mmg best... kalau kat oversea,
Slumber je lirik lagu..
Kalau kat Malaysia dah kena ban dah!



Cuba dgr lagu BACK TO BLACK
dan YOU KNOW I’M NO GOOD
dan STRONGER THAN ME.. Best kot!



Jom tgk orang ni main piano lagu 
BACK TO BLACK tanpa vokal..
Best kan??











Jom ...




:)  yummyliciois ... 

Bye...




Bye.. jumpa hari selasa or rabu..
Herbie aku ni aku hantar pakai kapal..
Berat hati nak suruh dia naik kapal..
Sebab kapal tu bertolak hari rabu..
Terasa lama nak tunggu hari rabu.. 


:(



Morning..



Pepagi lagi aku dah keluar hari ni
8.30 dah keluar ... 
Pegi pos office nak pos laju barang.
Dgn harapan kiriman aku akan sampai
pada 2 January!!!

Hopefully ..









Good night..


Not all efforts get appreciated



Good night.. esok ada keje nak buat ..
Penat.. 


Friday, 29 December 2017

Cuti dah habis..





Aku tengah kemas barang..
Dalam gambar ni nampak 1 beg je kan...
Sebenarnya berbeg2 ... 
Ahad ni aku balik..
Kembali bertugas..


Sedih nak tinggalkan rumah..
Tp biasa la... nanti akan kembali normal
Mula2 je rasa mcm tu..
Sebab cuti lama sgt...


Actually aku nak masa berhenti di sini..
Aku tak nak 2018!!! Aku tak nak 😢



















Kiriman Yang Ditunggu-tunggu





Finally bungkusan yg aku tunggu dah sampai!!! City-Link .. 

neves aku kalau x sampai hari ni..


Dalam ni ada something yg aku 

dah lama nak buat.. 

and aku happy finally hajat aku tercapai.. 


Nanti la kita cerita lagi

pasal isi kandungan kiriman ni..



I’m so excited nak bukak

and tengok hasil nya :)





Thursday, 28 December 2017

Ayat-Ayat Cinta 2 : Gala Night 8 Jan 2018



Mesti ramai nak tgk citer Ayat-Ayat Cinta 2 ni kan
Aku antara yang memang suka cerita ni
Banyak kali tgk dah utk yg 1st!


Pertama sekali sebab lagu OST dia best
yang nyanyian Rossa tu.. dan jalan cerita
dia mmg sgt dramatik..


Utk Ayat-Ayat Cinta 2 ni
Gala Night akan berlangsung pada 8 Jan 2018
bertempat di Pavilion !!


Filem ni akan jadi 1st movie aku
utk tahun 2018!!


Mcm tahun ni 2017..
Aku mulakan movie dgn lakonan Fazura jgk
menerusi Langit Cinta..


Tahun 2018.. Fazura lagi tapi
utk Ayat-Ayat Cinta 2 la..
Can’t wait !!!








“Takdir” Dayang Nurfaizah ciptaan HAZAMI




Kalau korang ada tgk drama Syurga Yang Kedua
di Astro Prima setiap hari Isnin - Jumaat jam 6PM
pasti akan kedengaran suara lunak
Dayang Nurfaizah melontarkan 
runut bunyi utk drama ini.
Tajuk lagunya ialah “Takdir”



Boleh dikatakan drama tersebut
membawa aku kepada lagu ini..
Memang deep gila..


Takdir, trek ciptaan Hazami ini 

kedengaran cukup mengasyikkan, 

walaupun intinya berteraskan kisah tentang 

pengharapan besar seorang wanita 

terhadap lelaki yang dicintai.


Tidak banyak karya Hazami yang 

dinyanyikan oleh penyanyi lain.

Jika ada sekalipun, hanya beberapa lagu 

yang benar-benar membekas 

dalam jiwa pendengar seperti Harapan 

nyanyian Fazli Zainal dan 

Tiada Dikau Tiada Makna (Sarah Raisuddin). 


Siapa tahu, Takdir mampu meletakkan 

Hazami kembali menyerlahkan sisi kreatifnya 

sebagai komposer dan penulis lirik.



Hazami antara komposer yg terbaik di Malaysia

Lagu ciptaan dia mmg selalu deep

dengan melodi yang perghhh.. suka la dgr!!

Hope lagu2 ciptaan dia dpt dinilai sebaiknya

And dpt masuk AJL ..





Wednesday, 27 December 2017

Apa yg trending hari ni



Our caring ministry la!! KPDNKK
Yeahhh keep it up!!

#mykpdnkk



Tell me... I did well..






I was there when no one else was..


I’m not lucky..
You don’t know how much I prayed ..

Power gila






Pernah tak..
Masuk2 bilik karaoke..
semua dlm tu suara power2
siyes mcm retis..
Terasa seperti aku la paling suara tak sedap
Uhuks... btw bangga ada member 
suara mengalahkan retis 😂😂👏🏽👏🏽

Capricorn





Sometimes...

DONE



Done urusan di hospital..
Aku x tahan lama2 dkt sini..
Nasib baik cepat..


Hospital ni suasana dia menakutkan..
Cemas.. risau.. bimbang...


Ok la .. nak balik..




Internet Usage


Aku subscribe 60GB punya internet setiap bulan
Kalau Celcom.. plan ni ialah Platinum ..
Sebulan RM148




60GB ni mmg puas la nak stream video online
Tak perlu risau apa2...
Sebab celcom sediakan Free Video Walla 30GB
means tgk youtube x kacau data 60GB tu




So summary dia.. 
aku ada balance 25GB lagi ni..
Esok (28 Disember) billing cycle aku
Malam ni atau nanti nak layan
Astro Go la..
tgk Syurga Yang Kedua.
Coffee Prince aku dah tgk habis dah
yg minggu ni punya episod.. 
malam tadi aku tgk..


Astro Go mmg memudahkan..
Memudahkan nak habiskan data 😂





Save as draft



Banyak sebenarnya post aku yang 
aku save as draft ... and tak publish
Bila fikir balik.. ia tak sepatutnya
dikongsikan pada orang  lain


Sebab setengah org 
hanya tahu salahkan orang je..
Dan dorang je semua betul
dan orang lain semua salah..



Kalau publish pun bukan ada sesiapa dpt
betulkan balik apa yang dah berlaku..
Entah2 menambahkan lagi tekanan
Dan sengaja nak tgk kita terus lemah
dan jatuh... well manusia skarang mmg mcm tu..



Morning

Suka aku dgr lagu ni pagi2
Dia mcm bg semangat jgk la..
Sesuai utk org yg depress..
Mungkin Iqram Dinzly perlu dgr lagu ni jgk



Tuesday, 26 December 2017

Hurm



Esok kena pegi hospital lagi
Malasnyaaa...appointment

Pagi plak tu😢😔

ASA PRODUCTION TAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASA production ni banyak buat drama pendek

dan memang deep and kelakar..

Aku suka layan...serious korang kena follow youtube dorang

Jom tgk video bawah ni

Sebenarnya banyak lagi.. korang bleh tgk kat youtube










SISSY IMANN ONE OF THE BEST SINGER SONGWRITER IN MALAYSIA


Jom baca ni...

Dari Harian Metro bertarikh 24 Disember 2017

Sissy Imann ni mmg bagus.. lagu dia buat mmg rare!

Nak diceritakan...terlalu banyak pencapaian dia yg ramai orang tak tahu

Korang kena explore dan google sendiri kalau nak tahu

Hope one day nanti lagu ciptaan dia akan masuk AJL

tak kisah la lagu yg dia nyanyi sendiri atau buat utk artis lain..


Nampak ke tulisan dlm gambar?

Kalau tak nampak boleh cuba klik pada gambar utk imej yg lebih besar.


Klik link untuk artikel ni : https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/296479/pelajaran-jadi-keutamaan




Apps Terbaik untuk Blog


Untuk korang yang cari apps utk blog

Ni aku share 2 apps yg aku guna..

Satu aku guna dkt phone

Satu lagi dkt ipad




2-2 apps yg perlu dibeli. Tp tak mahal...

Sebab lepas korang dah ada apps tu..senang terus buat keje

Dulu blogger ada apps dia sendiri..free je.

Lepas tu dah tak ada..so kena pandai la cari apps yg sesuai..

Ada je apps lain yg free tp banyak iklan la...tak selesa..

Dapatkan yg berbayar baru bebas dari iklan yg ntah apa2

Nak guna browser kalau dkt phone mcm lambat dan leceh

Lainlah kalau guna laptop

2-2 apps ni ada kelebihan dia...

2-2 senang digunakan...

BlogTouch Pro dah lama aku guna.. mmg senang..

Apps For Blogger tu pulak aku baru guna utk ipad

Senang jugak la... 


Tapi aku BlogTouch Pro highly recommended !!

Harga apps ni RM19.90 di Apple Store



Screenshot atas ni utk BlogTouch Pro




Apps for Blogger tu pulak RM12.90 je..

Screenshot kat bawah ni pulak utk Apps For Blogger tu





Selamat mencuba..

Oh btw apps ni utk yg dah ada blog je..

If korang baru nak buat blog.. guna laptop dulu

utk edit layout semua..bila dah dpt Theme dan layout

yg korang suka.., dah boleh la dapatkan apps

utk memudahkan keje blogging korang... 




Aku guna laptop bila nak edit theme atau layout

atau nak tambah gadget kat tepi tu je..


Ngantok



Sakit kepala...
Mata aku pressure gilaaaa
Sebab baru tido lepas subuh tadi..
Penangan coffee..


Mujur ada geng belum tido jgk
And terhibur baca twit korang..






Nasib baik korang ada..
So, sama2 la kita berhuhuhuhu .. :)



Ramai tak bleh tido sebab coffee,
Overthinking, study, tgk movie, dan
dah tido lama siang tadi..


overthinking ni tak dpt nak elak..
even kita kata tak nak overthinking pun
ada masa nya kita kena fikir jgk
fikir dan cari solution pada
perkara yg kita fikirkan tu..


Overthinking menyebabkan depress..
Berpada2 lah ... 


Aku pun bersyukur..
sebab ada strangers mcm korang
even tak kenal aku personally..,
sometimes korang lagi bagus
bg semangat berbanding org yg
kenal aku lagi lama...


Thanks uolsss







Skarang ni dah 1.30pm
Aku ngantok.. and sakit pewut..
Dah 2 hari sakit pewut ni..
ades...


Kbye.. masa utk pulang..




Good night people...

the saddest people try their best to 
make people happy. they know 
what it’s like to feel worthless, 
they don’t want anyone to feel that.


the worse type of sadness 
is when you have no 
explanation for it.




Monday, 25 December 2017

Mark my words...





4 tahun lalu aku pernah mention sesuatu!
And now benda tu dah berlaku...baru je
Means apa yg aku rasa dan katakan dulu tu betul..
.


Banyak sbnrnya...
Aku dah lama fikir..4 5 tahun dulu..
And baru skarang org sedar dan nampak..
Baru skarang nak implement..
And orang baru nak berbual pasal hal tu



Kenapa dulu abaikan apa aku cakap?
Sebab dorang underestimate pendapat orang..
Sebab aku bukan siapa2...



Aku tak kata aku bagus..
Tp sesetengah orang Tuhan bagi kelebihan2 
tertentu... dan kekurangan tertentu jgk..



Mcm bebaru ni..
Ada la isu pasal perlu membuat pilihan..
Aku dah bg pendapat aku...
Tp org tu mmg tak x nak dgr..
Aku biar je.. dah dia tak nak dgr..
Dia buat ikut idea dia..
Dan hasilnya... tak ada quality!! 



Sedih!!!


Boleh tak lain kali ..
Tolong ambil kira pendapat orang..



Aku ada pengalaman pasal hal2 mcm tu..
Aku tahu la... tp nak buat mcm mana
dia tak nak dengar...



Aku senang je.. kalau aku tak tahu..,
aku akan kata aku tak tahu.. aku tak akan buat2 tahu..
Aku hanya cakap pada benda yang aku tahu je..



Tp kadang2 kalau selalu sgt org reject pendapat kita,
even kita tahu pun.. kita akan jadi malas 
nak cakap.apa2.. Sebab dah tahu perangai 
dorang yang mmg tak bleh dgr pendapat org..



Jgn underestimate aku..
Kalau x bleh terima pun
cari la sesuatu yg positif dulu
sebelum nak reject mentah2 ..

























Shopping kat FRKL21 ke


Nak ke boutique FRKL21 naik grab je la senang
Jgn pening? Cari parking sebab
sekarang ramai orang..



Lagu baru dlm playlist







Nak dgr lagu deep2 ...
Drama Syurga Yang Kedua membawa aku
kepada lagu “Takdir” Dayang Nurfaizah..


Dan Sandiwara ..
Aku baru rasa vibes dia..



Sunday, 24 December 2017

9pm



Hujan rupanya ... nice
Sedap tido malam ni ...

8 jam

Hari ahad ke hari ni..
Since aku 8jam
dalam bangunan hari ni
tak keluar2...aku rasa mcm 
Tak sadar hari ni hari apa
dah malam ke belum..
Sebab dlm ni terang je!!


Kau rasa?


Dah bosan ni.. 
kul 10mlm baru balik kot.. x sabar!!
Aku letih... and sakit pewut..

Dalia Farhana dan Darleen Zakir



Sedap betul siara Dalia Farhana ni..
Tak lama lagi ada la tu org sunting
jadi artis!! Dalia ni pun boleh main keyboard
Keep it up sis!!







Dan yang ini Darleen Zakir!
Suka dgr dia main piano...
And dia pun ada buat piano class..
Kalau dia terua rajin upload video cover
mesti lama2 nanti org akan kenal dia..
Keep it up sis!!



#FRKLYES21 Trending





Mmg power punya promotion dorang!
Plus awesome influencer 
Team yang best mmg seronok
buat kerja..


So sale dorang akan start 25 Disember!!
Semua kasut yg harga RM180-RM190
Dijual dgn harga RM100 dah la
semua smart
Lagi2 Ameera Flatform tu
Even takde sale utk yg tu
still cantik and akan ada jgk yg nak beli..


Ni aku share kan sikit



Ameera Flatform!! 



Yang lain:


Sebenarnya banyak sgt gambar..
If uols nak tahu lagi
Boleh dtg esok dkt Boutique FRKL
atau agent2 dia


*SALE HANYA PADA HARI ISNIN SAHAJA* 

• 25th DEC 2017•

Operations Hour 10AM - 10PM


*BOUTIQUE DETAILS*


📍Kota Damansara : 10AM - 10PM

📲Online Order : +60182473612

Waze : FRKL21

📍Nong Chik, Johor Bahru : 10AM - 10PM

📲Online Order : +60169858069

Waze : FRKL21 Johor Bahru


__________________________________


*AGENT*


INSTAGRAM : @wawacolours

FACEBOOK : wawacolours

PHONE NUMBER : 0173074734

AGENT CODE : 031


INSTAGRAM : @sharkira.biz

FACEBOOK : Leng Qyrana/Sharkira.Biz

PHONE NUMBER : 0192292495

AGENT CODE : 032


INSTAGRAM : @frkl21.bysnsuhailah

FACEBOOK : Zunnurain Sue 

PHONE NUMBER : 01119113740

AGENT CODE : 010


INSTAGRAM : @adamfarahfrkl21

FACEBOOK : FRKL21seremban

PHONE NUMBER : 0126180110

AGENT CODE : 011



Boleh dtg terus kat kedai

Atau melalui agent!



Selamat bershopping!




Friday, 22 December 2017

Capricorn !!!





Hurm... 




Exit Group

Exit group ni kadang2 happy
Kadang sedih...
Hari ni left group...
Sebab job selesai..



Payment dah dapat... 
Alhamdulillah.. rezeki hari jumaat.
Pesanan terakhir aku utk group tu..
“Jangan serik ajak lagi next time”

:)


Enjoy keje satu group dgn dorang..
Semua masuk air 😅
InsyaAllah next job
kompom org yg sama lagi...


Ada 2 job lagi belum dpt payment..








Thursday, 21 December 2017

Flora Kafe Ampwalk, Ampang (Review)



Tadi aku ternampak gambar 
sidang media lagu “Abang Nak Tegur”
Lagu Datuk Aliff Syukri tu..dkt IG KRUMUSIC
Dorang buat kat Flora Kafe ..





Terus aku teringat..
Tempat ni mmg ada kenangan la utk aku..
Dulu pernah buat event kat sini...


So alang2 tu aku nak review pasal Flora Kafe
Masa tu aku nak buat event kecik2 je
Bajet dlm 30-35 tetamu..
Mula2 aku nak hotel ballroom yg kecik je
Tp aku x sempat nak cari sebab aku 
bukan org KL.  Kalau kat tempat aku,
aku tahu la mcm mana nak cari... :)


So hasil peng”google”an aku..
Aku terjumpa Flora Kafe.. ada event blogger2 
Malaysia pernah buat kat situ jgk..
Dan dorang mmg buat review yg bagus
pasal Flora Kafe ni..


Terus aku carii dkt FB and IG !! 
Cari je Flora Kafe .. mesti jumpa kat FB..
Dari situ aku tgk la menu yg ada
Aku terus dptkan contact manager dia
Encik Mel ! Menu semua aku suka..
Sebab dia ada makanan melayu...


First aku mintak quotation la utk 30-35 org berapa
Dia kalau tak silap minimum utk 30 orang..
Dan dlm quotation yg dia bagi (guna whatsapps)
Ada utk 30org. ... 40 org.. lebih kurang
Aku tak ingat.. aku pilih utk 40 org.
Biar lebih.. jgn kurang.. (prinsip aku)



Lepas tgk quotation semua aku pun buat booking
utk sekian2 tarikh... sebenarnya booking aku ni
dibuat sgt awal.. (awal 2 bulan dari tarikh event)
Sebab aku mmg suka prepare awal dan malas
dah nak cari tempat lain. Flora Kafe the best
and view cantik menepati citarasa..dan aku dah
lock tarikh yg aku nak






Lepas tu.. 
aku g KL sebulan sebelum event
dan aku saje la nak try makanan kat situ dulu.
Memang ! Suasana yg sgt cool!
Lepas habis mkn aku cakap dgn staff,
nak jumpa Encik Mel ... nak discuss pasal event.
Staff tu pun panggil la manager dia
Encik Mel ni bagus. Senang la bincang dgn dia..
Aku memperkenalkan diri bahawa aku la
yg buat booking awal tu :)




Masa discussionp tu kami
discuss sekali lagi pasal menu semua
dan pakej yg aku pilih..
Sama ada nak buat kat luar atau dalam.
Kalau dkt luar.. takde limit masa. Boleh lama.
Tp view tak secantik dkt dalam..dan murah sikit.
Kalau buat kat dalam.. limit masa 4 jam je
dan dpt view cantik..tp betul2 kena 
manage masa .... 4 jam kalau on time semua
mmg cukup.. dan kos nya mahal sedikit..


Aku tak kisah.. janji view cantik dan lebih PRIVACY
Kalau x silap aku semua skali RM2700 termasuk
decoration... tp decoration dorang mmg cantik la
Korang jgn nervous sgt pasal kos tu
Sebab RM2700 ni utk 40pax (buffet)
dan pakej makanan yang aku pilih... 

banyak okay choice dia.
Semua sedap!! Yang penting semua org
dpt makan sedap2 masa event tu...
Korang boleh je kalau tak nak ambik deco..
so murah sikit la... mcm aku ni, Aku nak yg terbaik..
So aku nak skali dgn deco


Nak pilih ala cart pun boleh je 
Tp utk event, risikonya.. takut lambat



So, kami tetapkan masa dan tarikh
11pagi (waktu lunch) serta pakej yg dipilih
dan aku pilih buat kat dalam .. masa ni
aku belum buat payment lagi.
Encik Mel kata.. seminggu sebelum event
baru bayar deposit... 


Dan mcm tu la kronologinya
Sampai tarikh event. Alhamdulillah
Semua dah disiapkan .
Decoration dgn belon, bunga dan lilin..
dihias cantik... Dan event tu
berjaya jgk dilaksanakan... 
sorry takde gambar. 
Gambar dah simpan dlm laptop
Tp serious cantik la Flora Kafe...
Makanan semua sedap! Dan berpatutan.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut
Cari fb and ig flora kafe.


Sekian review aku antara Restaurant terbaik 
di KL yg menyajikan makanan Melayu 
yangi sedap dgn view yg super duper ohsem...
 

Kalau aku g KL ... setakat ni
ada 2 tempat yg aku selesa dan ada privacy
dan senang nak pegi.. (naik grab)
yang tak perlu tunggu lama...
dan rasa tenang
Tak crowded....dan menyajikan 
makanan melayu  yg sedap . 
Salah satunya Flora Kafe.
Satu lagi Rasa Utara(Midvalley)


Kalau susah sgt nak cari tempat makan
Pegi je kat Flora Kafe atau Rasa Utara
Sorry la... lidah aku ni sgt kemelayuan..
Suka makan masakan kampung dan yg pedas2


Mungkin next time aku akan cari lagi tempat
lain.. Ya.. aku sentiasa meng”google”
Setiap kali berada di tempat orang..



Smart tak




Ni la dia casing yg aku cari selama ni..
Ada diamond2 .. bling2 mcm ni..
Yang ni dari USA.. jauh pulak.
Masa aku beli tu aku tak tahu pun
benda ni dari USA
Aku tgk cantik terus aku beli.. (online)
masa check tracking number 
baru tahu... patut la lama..
Bayangkan dari 10 Disember hari tu
Baru sampai hari ni .. 11 hari ..















Dah letak ring :)
Aku tak boleh kalau xde ring ni...
Satu keperluan dah..





So aku suka casing ni..
Sgt menepati citarasa....



Wednesday, 20 December 2017

Rest In Peace JongHyun





Tak bleh move on pasal hal ni..
Even aku bukan fans dia... tapi entah la..
Susah nak explain...


Kalau aku jadI kawan dia
ahli keluarga atau pernah bekerja dgn dia..
Aku akan rasa bersalah
Sebab tak jadi pendengar masalah dIa..
Tak bagi sokongan moral pada dia..
Mcm dia ni nak bercerita
Tp tak tahu nak cerita dgn siapa..



Tapi mungkin jgk dia sendiri 
susah nak percaya orang.
Sebab tu dia tak cerita..



And aku baca komen orang Malaysia
yang pada aku tak sensitif dgn kematian orang



Orang Melayu plak tu

Korang dah knapa ??
Nak acah2 islamik tak bertempat..


Mungkin yg komen2 sebegini
tak pernah ada kawan yg beragama lain.
Jadi, dorang tak open minded!!
So sad! Tak reti hormat orang..



Pastu siap 2 sebut neraka bagai
Tau2 je.. mcm la dia Tuhan!
No manners!!


Racist!!! Jgn la buat malu !
 

Tak salah kot nak 
luahkan rasa sedih walaupun bukan fans
tapi sebagai manusia..
Sebab mcm aku. Aku baca 
kisah2 JongHyun ni..
Dia singer songwriter yg berbakat.
Aku tgk video2 dia yg org upload..


Dan ada jgk kaitkan dia
dgn list2 artis yg mati bunuh diri
pada usia 27 tahun... mcm Amy Winehouse
dan ada beberapa lagi..
Semuanya bunuh diri pada usia 27tahun..


Whatever...


Sedih dowh...
Aku x tau knapa aku rasa sedih
Padahal aku bukan fans dia pun..


DEPRESSION IS REAL!!!!!