Herbie dpt 4 kasut baru..
Hari ni ganti tayar baru..
3 tahun setengah dah tayar lama tu..
Sebelum jadi apa2.. Baik aku tukar..
Actually aku mmg menjaga la tayar ni.
Teknik pemanduan of course effect
jgk pada tayar.. Setengah org dkt selekoh
nak masuk simpang pun tekan minyak..
Itu pun akan buat tayar cepat "haus"
susah nak explain..
aku fikir ikut hukum fizik, keseimbangan
dan kelajuan.. (org Sains sangat)
Pernah dgr org sebut pasal..
Tayar botak.. Botak tepi..
Semua tu sebab teknik pemanduan
yg suka laju bila dkt selekoh atau masuk
simpang... dan tak buat rotation
tayar langsung...
Selain dari teknik pemanduan,
aku mmg amalkan buat
balancing setiap 6 bulan sekali..
Balancing ni mcm rotate tayar..
Tayar belakang tukar ke depan..
Tayar kiri dpn tukar ke kenan..
Dan silang..
Tayar lama kete aku tak pernah
berlaku botak tepi..
Cuma bunga tayar dah makin nipis
je..
Kenapa perlu buat balancing ni
Selalunya tayar dkt sebelah depan kanan
yg sebelah driver ni cpt "haus"
berbanding tayar yg lain..
Jadi utk mengekalkan keseimbangan
tahap kehausan semua tayar tu..
Kena tukar2 kedudukan tayar...
Baru la korang dpt pakai lama tayar
tu...
Kalau korang tak buat balancing langsung
selama 2 tahun,
tak tukar kedudukan tayar ni,
Kompom tayar depan sebelah kanan tu
akan haus dulu dan mungkin pecah
di tepi jalan dan menyusahkan korang
nanti.. Dan diikuti tayar yg lain..
Susah nanti.. Lebih2 lagi perempuan
yg tak tahu cara tukar tayar..
Mcm aku..
Aku mmg tak reti keje ganti2 tayar
ni, sebab tu aku kena tahu
penjagaan tayar supaya x berlaku
tayar pecah ditengah jalan..
Tak pernah terjadi lagi..
and mintak2 jgn laa berlaku..
Kalau siapa ganti tayar selepas 2 tahun
mesti dia x pernah buat balancing..
Kalau rajin buat balancing,
korang boleh pakai lama tayar tu..
Serious ni.. Sampai 3 atau 4 tahun..
Kiranya jangka hayat tayar kereta
lebih lama la kalau buat balancing
dan allignment dgn kerap..
At least.. 6 bulan sekali bagi yg kerap
jalan jauh...
Kos balancing ni x mahal pun..
Tak sampai pun RM60..
and ada je yg murah..
Selalu kalau buat balancing
Aku buat allignment sekali..
Kadang masa servis..
Dia tak sekali dgn balancing dan allignment
Selalunya aku buat kat luar je.
So tadi..
Sebiji tayar kosnya RM300
darab la 4... (kira sendiri), :)
Tayar kete aku besar..
Jadi mmg mahal sikit.. :)
Harga tayar ikut saiz.. dan brand
Kalau mcm Myvi.. RM180 cam tu
Tak sama... Aku tahu sebab aku ada myvi.
Tu je perkongsian
pasal penjagaan tayar kereta khususnya
utk wanita... Lelaki mungkin
dah tahu semua ni...