Thursday, 31 December 2020

Hurm


Seminggu dua ni aku bz... 
bz kemas rumah..
Buang benda lama yg x berguna..
Ntah.. mcm banyak jer..


Semalam dah buang sikit..
Hari ni ada lagi nak buang..
Semua buku2 lama...


Bayangkan aku baru buka kotak tu..
Sejak balik dari campus tempat belajar
Tak pernah buka kotak tu..
Mcm tu aku bawa naik kargo kapal terbang
Macam tu la masih keadaan kotak tu
Dah lama tuuuuuu.. 


So.. aku buang sikit2...
Takpe. Cuti panjang lagi...


Dan aku nak buang mesin basuh lama
Ada 3 mesin basuh rosak masih dlm rumah!


Aku jumpa service ni dkt FB lepas search



So boleh la nak angkut semua washing machine rosak
yg ada 3 tu... 


Aku dah contact org tu..
Hari Petang Sabtu ni dia dtg.. settle!!
So aku ada masa nak cari brg lain lagi
utk dibuang..


Dia charge RM40 (sampai penuh pick-up)
Upah pekerja angkat brg RM30.. total RM70
Aku bajet RM100 la..  mesti la ada 2 org
angkat barang tu... takpe! Janji settle masalah!


Bila dah ada contact number ni senang sikit..
Next time nak buang apa2 boleh rojer2 terus 😅
Aku rasa next time akan ada lagi ..





Tuesday, 29 December 2020

Baru Je Nak...,



Tadi aku  gi kedai pasang side step tu..
Tetiba habis stock! 


Tgh promotion hari tu..
Mmg demand tinggi 


Dah 3 hari aku asyik terfikir
Org kata kalau lepas 3 hari kita
asyik fikir benda tu, means
kena beli laaa... supaya x teringat2 lagi
Hahahahaha!! 


So tadi, tauke kedai suruh tinggalkan nombor phone
Bila stock baru dah sampai, dorang akan bagi tahu



Gambar ihsan PakCik Google

Sunday, 27 December 2020

261 Sundays - Short Film By Sean Lee






Layan plak short film Sean Lee ni.
Aku suka view and color dlm filem berdurasi 25 minit ni


Korang boleh la layan.
Make sure jgn tengok komen2 dulu
Sebab ada spoiler!
Tak best la kalau dah tahu jalan cerita
sebelum tgk cerita tu sendiri..


Apa2 pun, tonton dulu..
Kemudian baru komen atau baca komen!

Kenapa Dgn Neelofa?



Semalam trending dkt twitter
Pasal PU Riz dgn Neelofa


Mcm2 ya!
Dari apa yg aku baca yg belum tentu sahih ni,
Ada pasal isu PU Riz guna minyak pengasih bagai..
Kononnya Neelofa dah kawen dkt Kelantan
Neelofa siap transfer duit 100k seminggu
dkt Riz and family ...


Wow! Panas!


Aku suka Neelofa. Tp x brapa suka Riz..
Ntah.. PU/Dai zaman skrg ni buat aku keliru
Nak jadi pelakon ke nak jadi PU/Dai???
Aku rasa seorang agamawan tak berapa 
sesuai menceburi bidang hiburan..



Apa2 pun hope Neelofa baik2 je la




Wednesday, 23 December 2020

Office Member Aku








Happy tgk member2 semua sukses..
Berjawatan penting dlm Jabatan Audit Negara
.. Ada yg di Jabatan Akauntan jgk...


Good job!!
Semua tu gang2 study group masa di Uni



Yayyy Kereta Dah Siap!!


SEBELUM




















SELEPAS












Dah Pergi




L H D N


Hantar dokumen yg aku ada...
Nasib sekejap je..
Aku tunjuk je resit aku yg dah x nampak angka tu
Tak jugak dia nak tgk detail sgt.. 
janji ada bawak..


Tapi statement insurans dgn statement Celcom
Dia boleh tunggu. And boleh email jer nanti..
Statement tu minggu dpn kot baru dpt..


Dia terima je bill2 yg aku screenshot dari email
Contohnya mcm langganan newspaper online
Megazine online..


Actually banyak kot megazine EH Malaysia
Yang aku beli2 secara online tu..
Tp kebanyakannya aku x jumpa bill dia
And aku dah uninstall apps tu..
Sejak Blu Inc dah tutup..
Tak apa la.. mana yg ada and dpt cari


Tp aku banyak beli buku muzik dari oversea
Hope dia percaya la yg aku mmg banyak beli buku



Dah! Settle hal tu
Redho je la..
Janji kita dah respon.
Kalau tak respon, nanti dituduh INGKAR! 


Sakit perut



Semalam aku sakit perut seharian
Entah masuk angin agaknya
Pagi ni masih rasa sikit2


2 3 hari ni kan aku x lalu makan..


Petang ni kot aku ke lhdn


Kereta belum dpt lagi..
Dorang belum mesej suruh ambil
Tp maybe petang ni kot aku gi sana


Hari ni hujan.
Semalam tak..
Jgn kata dorang baru nak buat kereta aku hari ni
Semalam patut dorang buat sebab cuaca baik

Fuhhh



Apsal semua asyik minta EC ..
LHDN minta... kerani tempat kerja minta


Ke ni musim2 LHDN nak charge org!
Org biasa mcm kami ni bertungkus lumus 
dorang cari. 


Yg menteri2, YB yg pendapatan puluh2 ribu
tu ada ke kena ??? 



Monday, 21 December 2020

Cerita Hari Ini



Hari ni aku bz pergi Celcom
minta statement 2017,
Pergi Company Insurance jgk

Semuanya ada benda tu
Cuma kena tunggu beberapa hari
Tak sempat ! 


Aku pelik la Etiqa ni.
Statement tahun lain ada . Boleh download je
Tp tetiba yg 2017 plak yg xde dlm sistem!
Yg tu aku kena tunggu dorang email..
2-3 hari bekerja


Celcom boleh bg dlm masa 4 5 hari..
Tp yg ni xpe. Aku ada bukti lain yg
Aku bayar setiap bulan pada thn 2017
Bila kita bayar kan Celcom akan
update melalui SMS..


Semua SMS tu ada dlm phone lama aku
Dari Januari sampai december. 
So ada la jgk bukti daripada xde kan..


Statement 2019 and 2020 je celcom bg aku td
Yg 2017 dan 2018 kena tunggu..


Maybe rabu or khamis baru aku pergi LHDN
Aku masih tunggu yg dkt email ni dulu..
Dari Etiqa ... Prudential dah ada dah..


Kita lupakan sekejap pasal tu..
Aku pun dah redha jer..
Mana yg ad, kita dah usaha cari


Skang ni AKU OKAY JER.. REDHO!!


Pagi tadi sebelum berurusan sana sini,
Aku hantar kereta pergi spray!!
Finally aku hantar jgk!!
Ada scratch2 yg x boleh hilang dgn wax..
Ada la dlm 5 kesan degil..yg aku x boleh tgk
Bila tgk aku rasa resah!! 


Aku dah jumpa tempat yg terbaik
Boleh bg harga murah.. not bad la
Semua RM250 je..
Bajet aku sampai RM400 kot


Kedai ni mmg best!
Staff dia org bumiputera. Sgt peramah dan
senang la berurusan dgn dia!
Lancar jer... alhamdulillah..
Hope urusan aku dkt LHDN nanti selancar ini
Amiinn


Pastu dekat kedai sebelah kedai cat kereta ni
Ada satu car  wash yg buat semua service
penjagaan cat kereta contohnya detailing, coating
dan sebagainya... Owner Car Wash tu sgt2 peramah
Org melayu jgk.. org johor...


Kiranya 2-2 kedai ni mmg ada link la
Lepas customer cat kereta, boleh hantar 
ke car wash sebelah tu if nak cuci or
Wax dan sebagainya..


Kereta aku maybe esok atau lusa baru siap.
So td aku keluar naik myvi dulu..
Hopefully esok la siap!


Sebab staff tu kata td, kalau tak hujan,
Lebih cpt la proses dia dan hasil dia
lebih baik.. 


Cuaca hari ni baik sgt...  panas!
Semalam je hujan seharian..
Esok x tahu lagi. Rasanya esok panas kot
Harap2 mcm tu la.. semoga semuanya lancar
And aku boleh dpt kereta aku esok petang maybe







Sunday, 20 December 2020

Mmmmm..


Takde mood masih..
Aku xde mood nak makan



Morning



Semalam aku borak2 dgn member 
dalam 2 group berbeza pasal kes aku tu
Ada member kerja LHDN .. boleh tanya
Aku dah tanya Farah and Eilie..
Dia ada pengiraan dia..


Ada member yg pernah kena penalti


Ramai jgk member aku pernah kena rupanya
Mary, Fred, , Ed ...
Flora plak baru dpt surat jgk..
Tp dia kena yg tahun 2019.. kira baru lagi..
Mesti resit masih ada..


Mary kena RM900
Fred pun RM900
Ed kena RM2k (yg ni tak kelakar)


Ok conclusion, lepas ni
Kena sediakan fail khas utk 
Hal2 LHDN ... kena buat lejar sendiri
dan menyimpan resit
dgn betul.... lepas ni buat label
ikut tahun terus...


Ada simpan resit
Tapi time kita simpan betul2,
Takde pulak LHDN nak mintak
Aku simpan okay.. dlm fail
Tp dah pudar and tinggal kertas putih












Saturday, 19 December 2020

Grrrrr Nervous



Tak tenteram rasa
Pasal LHDN ni...


Serious 
Sejak buka surat tgh hari tadi
Aku sampai skrg gelisah.. malam dah ni
Sebab resit2 dah x nampak tulisan
And ada yg tak ada..


Takutnyaa..



Dapat Surat LHDN



Adesss knapa la dtg surat lambat
Aku ada masa berapa hari je nak mengurus..
Dah sesetengah dokumen dkt tenpat kerja
Penat la nak balik sana cari


Aku ada masa 4 hari bekerja je lagi
Isnin aku ada hal.. 
selasa pun ada hal..
Rabu dgn khamis ni 
baru aku ada masa nak ke LHDN


Penyata insurans nak kena cari
Kalau xde terpaksa la pergi company
insurans mintak penyata 2017,2018


Dorang mintak resit2 semua


Ada yg ada.. ada yg tak ada..
Ada resit yg dah tak nampak
Stress betul...
Menyesal x simpan resit betul2
Lain kali lepas beli buku, snap resit
save dkt email ke .. telegram ke..
Hurm...


Aku rasa aku akan kena denda ni
Kalau x ada resit..


Weh knapa skrg baru mintak resit
Aku baru je kemas2 dan buang banyak
benda tak guna!!!







Thursday, 17 December 2020

Layan Pulak



Aku jarang layan drama TV3 pukul 7 tu


Tp yg baru ni Bidadari Salju
agak menarik..


Tetiba suka tgk Sweet Qismina berlakon
Pelakon yg underrated kot..
Lakonan dia padu ..


Citer ni best ..
Mula2 pasal buli.... budak2 skolah
Mula2 tak cantik...
Dah besar jd cantik..


Best jgk la cerita ni..

Wednesday, 16 December 2020

Last Esok



Esok last program..
Lepas tu jumaat cuti...nak balik! 
Finally!!


Tak tahan dowh !!


Aku dah kemas rumah.
Mop... sapu..  
kosongkan peti sejuk pun dah!


Esok tgh hari nak cuci comforter
Hantar laundry jer..
Malas nak bawa balik banyak2 brg..


So habis cuti nanti tak la penat sgt
nak mengemas.. ada la 30 hari cuti
Hopefully tak diganggu dgn kerja
Aku nak rehat betul2
Malas fikir hal kerja 

Monday, 14 December 2020

Cliff Umar Juara Gegar Vaganza 7


Finally! Tamat GV7!! Puas hati!! 
1. Cliff Umar
2. Muss
3. Ayu Damit 
4. Noraniza Idris
5. Linda Nanuwil
6. Oja
7. Ashira

#GegarVaganza2020 #GegarVaganza7







So far aku berpuas hati dengan keputusan ni
Cliff Umar mmg layak menang GV7


Aku suka tgk dia perform sejak konsert pertama
Dia perform tak nampak kekok!
Dia enjoy atas stage!


Kelebihan bila x ramai penonton, hahaha!!
Nak perform maybe lebih tenang!!
Showmanship dia padu teruk!!
Kawalan vokal sgt terbaik!


Aku tgk dia perform tadi mcm artis international
Mcm My Chemical Romance (MCR)
Goosebumps okay! Noryn Aziz pun sesuai
duet dgn dia. Dia tak tenggelam dgn Noryn Aziz



Mmg suka la persembahan bertenaga dan
meyakinkan mcm Cliff Umar tu!
Dia selayaknya menang!!


Bagi yg tak suka, mungkin orang tua
Yang tak suka imej JOKER tu..
Atau genre punk rock yg dibawanya..
Aku okay je! Sebab mmg layan je lagu
mcm tu..


Sepanjang tgk GV aku mmg tunggu turn Cliff Umar 
dan Ashira .. walaupun Ashira no 7
Tapi dia masuk final pun dah okay!


Pasal Cliff terlepas cakap pakai face shield
tu “irritating SOP” dia dah minta maaf di sidang media
Dia maksudkan susah nak bercakap pakai benda tu
Tapi telah menyinggung frontliners..dan
ramai org di sosial media



Tp tu mungkin point haters nak bangkitkan bila
penyanyi yg mereka suka x jd juara..
Bila x puas hati, teruskan bangkitkan isu ni..


Sepanjang tgk GV aku tgk ok jer Cliff
Dia sopan dan tahu “berbahasa” especially
dengan org yg lebih tua dari dia,
dengan juri... nampak sopan jer berbahasa



ASHIRA



Baju purple tu cantik gila..
Suara pun sedap masa nyanyi lagu Wajah Kekasih


Utk battle Ashira not bad.. lagu EH Zizi Kirana
Dia x la bagus sgt rap, tp okay la..



Baju utk battle pun cantik!
Terus teringat Sissy Imann dalam
muzik video KELIRU, blazzer and topi tu
MV Sissy Imann and lagu yg aku sgt suka dgr..
Style !!!


Aku suka Ashira sebab lagu DI OMBAK RESAH 
Lagu dia sendiri..
Setelah sekian lama x dgr,
Tengok dia perform lagu tu balik
dengan sgt baik di konsert minggu pertama..
Rasa mcm... wah bestnya.. suara dia masih sedap


So far tu je la komen aku pasal GV!
Cliff Umar mmg layak menang!!!


Utk GV8, aku mengharapkan JULIANA BANOS
akan jd peserta. Tadi Indigo nyanyi lagu Sehidup Semati
dgn Haslinda.. Sepatutnya Juliana Banos hahaha



Juliana Banos pun banyak lagu POP yg menarik
Contohnya lagu Mana Satu, Cinta Gila!
Favourite kot lagu2 tu masa zaman remaja!
Lagu2 artis KRU semua best2



Selain Juliana Banos,
Fairuz Selamat (Q-Face) pun patut join GV8
Yang ni aku follow IG dia sbb suara dia
masih sedap kalau cover lagu...











Sunday, 13 December 2020

TV Rosak tu



TV rosak hari tu aku dah hantar repair
Dah 2 minggu..


Td technician tu ada text
Dia kata tgh tunggu ribbon sampai je lagi..


Hopefully next week dah settle la TV tu
Next week kan cuti dah! So
Kalau xde tv, bosan lah!


And hopefully okay la TV tu
Kalau masih x okay baru aku beli
TV baru...

Saturday, 12 December 2020

Sale 12.12 Korang Beli Apa??



Aku banyak beli barang seminggu dua ni..
Dalam seminggu mesti ada je..



Ni yg baru sampai ..
Tu pun ada lagi otw..
Ada 7 dlm cart baru bayar td..



Tp aku paling excited nak benda ni



Cordless vacuum... 
aku perlu vakum ni utk vakum kereta.
Malas nak tarik vakum besar tu keluar rumah.
Aku kan selalu basuh kereta sendiri..



Vakum mcm ni biasanya utk kegunaan ringan la
Tak boleh guna sampai sejam non stop!
Normal la, utk kereta, dlm 30 minit
Atau 15 minit pun dah settle!!



Selain dlm kereta maybe celah2 kusyen dlm rumah 
pun boleh..









Aku baca review, semua kata
sunction power dia sgt terbaik..
Kuat jgk la dia menyedut...


Yg ni harga dia RM90-RM100 camtu la..
Tp bila sale 12.12 , dia jd RM79 








Banyak lagi brand yg harga lebih murah
Dalam RM30-RM50 
Utk vakum yg compact mcm ni..


Tapi bila baca review, customer
mcm ramai kata sunction power dia
biasa je... just nice..


So better aku beli yg betul2 power
Biar puas hati nak bersihkan kereta
dan sebagainya...



.....



Pastu aku punya bendalah ni
Dah sampai 😅



Tetiba cepat plak. Aku rasa aku baru je order..



Selalu kalau kat Sarawak ni ambil masa
4 5 hari jgk la..


Tuesday, 8 December 2020

LOL !!!





Gambar hiasan..


Tahu tak blender aku rosak dkt bahagian yg dry mill ni
Base dia color hitam tu yg ada mata pisau tu jadi mengeras 
Tak dapat pusing!! dah letak minyak lubricant pun
Still keras nak pusing


Korang tahu tak selama ni kalau benda tu rosak
Kitorang dkt rumah selalu beli blender baru terus
Padahal mesin dia elok jer lagi!!
Hanya sebab benda tu je rosak
Terus beli one set yg baru


Hari ni, aku baru tahu
Yang dekat shoppee ada jual dowh
Bahagian tu jer..
Nak beli dgn balang dia pun ada
If tak nak beli balang dia tu 
boleh beli base dia jer





Asalkan tahu model apa blender kita tu
Ada jer dkt shoppee rupanya.. LOL !!
Model blender dkt badan blender tu ada no siri 



Hurm... nasib aku belum beli blender baru lagi
Aku baru nak beli weekend hari tu..hahaha!!

Monday, 7 December 2020

Tak Tengok GV



Dah brapa minggu ni aku x tgk GV
Tgk sikit2 je ... selang seli
Banyak tgk Lagu Cinta Kita 2
Sebab pilihan lagu dot LCK2 lebih menarik
utk ditonton berbanding GV ..


Ntah la GV kali ni banyak legend 
Mesti la bias utk menjaga air muka
legend2 mcm Noraniza Idris, Muss..
Nyanyi x brapa best pun still markah tinggi



Layan gitu2 je la..





Sejuknya Cuaca ni


Tadi hujan..
Memang lebat masa aku tgh drive
Aku saja la drive perlahan
Sebab aku bawak printer
Takut ink dia leaking..




Dan aku x nak kereta kotor.. hahaha
Hujan lebat mcm tadi mmg boleh cuci
kereta terus!!! 


Sampai tempat kerja aku...
Memang tak kotor pun kereta haha..
Sikit2 je la... tak nampak sgt..



Tadi sampai2 je lepas solat pe semua
Terus test printer.. dah boleh print
Minggu lepas susah buat kerja
takde printer..



Paper semua dah marking terus tadi
So esok aku off site lagi..
Isnin and rabu!!
2 minggu lagi...
Tak sabar nak habiskan semua ni





Saturday, 5 December 2020

Vokal Mania - Tomok






Korang tgk ke Vokal Mania


Tomok best gila kot..
Tomok punya performance mmg sama
mcm masa dia dkt One In A Million dulu..



Kalau korang tgk OIAM dulu mesti tahu!
Mcm tu la performance Tomok


Range dia tak besar mcm Idol yg lain
Tp dia bijak tukar arrangement tu
Kebanyakan lagu2,  dia akan POP ROCK kan!
Dan perform dgn bertenaga walaupun
lagu asal tu slow dan high note!!
Tu kekuatan Tomok dari dulu..


Aku suka arrangement yg mcm Tomok buat tu
Means, lagu slow, dirancakkan! di pop, di rock kan!
Kira diberi nafas baru la!


Seriously lagu asal kedengaran bosan
Bila arrangement nya ditukar jd pop,
Terus best jadi lagu tu!!







Friday, 4 December 2020

Eeeeee Geramnya!



Makin geram tengok drama
Angkara Cinta



Dia mcm tu la..
Org jahat dia akan terus jahat
Sampai kita rasa nak maki2


Terutama watak Indah dgn mak dia tu..

Monday, 30 November 2020

AGNEZ MONICA X SISSY IMANN





Gorgeous!
And super talented 2-2 !!! 


Suka look and hairstyle ni.. !!

COMEBACK IS REAL!!!!!



Semalam tengok bola
Aku tak tgk GV dan LCK2 sampai habis
Sebab nak tgk bola pukul 10..



Mula2 rasa ...geram tengok
Separuh masa pertama ManUtd ketinggalan 2-0
Tak kelakar okay.. hampir aku tutup TV
Tapi sabar jappp


2nd half confirm Cavani di masukkan
ganti Greenwood! 
Game terus berubah okay!!




Cavani masuk je terus best tengok game tu!
Sebab dia kan orang kata dia terlalu tua
untuk bermain bola. Umur dia 33 dah
Team dia sebelum ni PSG ..
Tapi contract dgn PSG dah habis..
So sebelum join ManUtd bulan 9,
dia mmg takde dengan mana2 club..
Mungkin sebab usia dia dah 33, xde orang nak beli
Tapi dia masih cergas okay!!!!






Tapi aku minat Cavani dah lama dah
Bila dia join ManUtd mmg excited la!
Dia world class player ok 


So Cavani score 2 gol malam tadi
Satu gol lagi Bruno Fernandes hasil dari
assist Cavani jgk. Mmg teruja la!!





Dari ketinggalan, terus menang!
COMEBACK IS REAL!!! 







Rabu ni lagi.. 
utk Champions League,
ManUtd vs PSG !!!
Ex team Cavani tu.. haih apa la nasib



Sunday, 29 November 2020

Agnez Monica









Rantai dia..
😅


Style

SSD





Best gila rasa lepas dah upgrade ke SSD ni..
Semua benda cepat...
Dia format and backup semua
Seperti baru. Malah lebih pantas


Aku pilih yg 240GB je. Harga RM160
Tambah upah pemasangan semua
Format and backup.., 
semalam kena bayar RM250 
Okay la tu..


Minggu depan mcm nak buat utk
Laptop satu lagi...



Tapi lepas format, dia x install la software
Mcm microsoft and apa2 je la
Dia just intall yg basic2...


So kita install sendiri..
Aku xde masalah pasal tu..
Skarang ni nak dapatkan microsoft full version
yang ada licence key semua tu senang jer..
Dan apa2 software berbayar pun mudah
utk didapati...



Saturday, 28 November 2020

Tiberrr



Minggu ni je 2 kali tgk Uyaina jd host
Di Meletop and Vokal Mania..


Knapa ya? Tetiba ...


Org tgh nak jadikan dia mcm Neelofa 
And Mira Filzah agaknya..


Tp okay la jgk dia jd host
Bersahaja! Straight to the point...
Tak banyak melencong ke sana sini..
Tak nampak try hard ..


Sesuai la kalau nak jd host
NONA suatu hari nanti..




Anugerah Melodi Drama Sangat ? AMDS?






Gabungan DFKL + Melodi


Hurm..
No komen..


Tak ada yg menarik perhatian so far


Saja la scroll2 ..




Friday, 27 November 2020

Upgrade Ke SSD



Hantar printer tadi
Tak tahu bila siap..
Printer masih under warranty!
Kalau dpt tukar printer baru kan bagus


Musim2 PKPB ni printer sgt berguna..





Lepas tu alang2 dah ke sana
Terus upgrade SSD ..:
SSD ni akan buat laptop korang laju
Start up, shut down , buka apa2 program pun akan cepat!!

Sesuai la utk sesiapa yg banyak buat grafik,
Video editing, atau gaming..
Walaupun aku bukan suka main game
Tapi ada jgk la sikit2 buat grafik, 
recording dan sebagainya




Laptop biasa kan pakai HDD ...


Nak upgrade ke SSD ni depend dgn
brapa size GB yg dipilih...
Tambah cost dia backup file
and kos pasang...


Tu baru laptop yang satu tu...
Kalau aku rasa pakai SSD ni best nanti,
Aku nak upgrade jgk laptop satu lagi..
Esok baru ambil laptop tadi..
Dia buat tu 2 3 jam .. aku malas tunggu
And malas nak keluar lagi nanti
So esok la ambil...





Layan Jer



Tak dpt tido..
Dah lewat ni..
Tgk Indah buat live..
Layan jer..





Walaupun sikit je org
Tapi lama taw live ni...
Mcm best plak dgr Indah cerita2
Pasal teknik vokal semua...



Terisi jgk la masa aku dgn berfaedah  tgh2 malam ni
Tak tahu nak buat apa..






Thursday, 26 November 2020

Night






Minggu Depan


Minggu depan last aku sediakan bahan.


Terus buat bahan utk minggu terakhir..
(18 disember)


2 minggu terakhir tu aku nak kemas meja
Kemas buku, kemas rumah...
Kemas fail ..


Hari ni aku dah sedia bahan
Untuk minggu depan terus..
Minggu depan buat untuk minggu
yg seterusnya... 



Wednesday, 25 November 2020

Rindunya KL :(



Hurm...
Bila la dpt gi KL lagi
Rindu nak jalan2...
Hurm...  entah bilar



Hari ni aku agak bz..
Biasa la mcm2 kerja pelik2 kena buat
dari rumah!!! Kuaters ni ha.. bosan


Printer buat hal plak. 
Padahal baru beli!
Esok la nak packing balik printer tu
Nak bawa pergi kedai! 
Malasnya!!! Bertambah keje aku
Nak packing .. nak angkat ke kereta


Balik rumah jumaat ni
Singgah hantar printer dulu la


Aku baru ada plan lain nak buat weekend ni




Sunday, 22 November 2020

Pengacara TV Terbaik Tahun 2020 !!! Sissy Imann !!


Dalam kereta...otw pulang ke tempat kerja
Tgk Melodi ! Ada Sissy Imann uols!!
Amazing singer songwriter, pianist
and host in the making!!





Masih lagi isu fesyen!


Kalau aku, aku tak kisah org kritik soal fesyen!
Tapi kalau orang kritik pasal
mutu kerja kita, aku akan sedih!


Kalau aku penyanyi
Aku akan stress kalau aku nyanyi sumbang
And di kritik pasal tu...
Skali nyanyi sumbang, selamanya org cop
kau tak boleh nyanyi live!!
Padahal dgn suara tu jgk kita
nak cari makan...
Tu pendapat aku kalau aku penyanyi...
Jadi penyanyi kena sentiasa practice..
Supaya suara sentiasa pada tahap terbaik
dan lebih improve!!


Mcm Aina Abdul... fesyen dia pun pelik selalunya
Nasib baik suara dia power... 
Suara lg penting dari fesyen.. 


Biarlah fesyen tu,
Janji Sissy Imann adalah host
yang terbaik di tahun 2020 ni..
And memang skill mengacara dia mmg terbaik


Silap haribulan kalau kontrak Janna Nick dah habis
dgn Melodi nanti, Sissy Imann adalah
calon yg sesuai untuk mengacarakan MELODI
Hahaha

👌🏽