Aku baru je tukar pakej Astro
Senang je kalau nak tukar
Call customer service Astro
sebelum next billing cycle korang..
Mcm aku, bill aku akan dikira selepas 18 hari bulan
setiap bulan. So aku call customer service pada
15 hari bulan.
Jadi pakej lama aku akan tamat pada 18hb ni
terus dan diganti dgn pakej baru ..
So x la lama sgt tunggu kan..
Kalau aku call pd 19 jun, aku kena tunggu
sampai 18 Julai baru dpt tkr pakej baru..
Sebelum call, sedia nombor acc astro siap2 ya
tgk dkt bill tu..
Kalau astro tu atas nama orang lain,
Sedia la no ic pemegang acc astro tu skali
dengan nombor akaun astro
Sebab nanti dorang nak confirmation
Sebelum ni pakej aku ialah Super Packs
ada movie , ada sports, ada entertainment channel
Pakej baru aku Super Packs Lite Sports
Super Packs Lite Sports ni dah xde movie dah
mcm pakej Super Packs
HBO, Cinemax, Fox Movies semua tu tak ada
Aku mmg dah x nak dah channel movie
sebab cerita dia dah makin bosan
xde cerita baru yg menarik..
Lagipun aku dah ada netflix
Lagi banyak citer best dari Astro tu..
Yg penting sports kena ada semua..
EPL kan pakai banyak channel sport
Kalau ada Euro ke, sukan olimpik, world cup ke
Semua channel sports sgt berguna..
Kalau korang nak tgk list pakej Astro
boleh tgk dulu dkt website sebelum
nak call customer service
Kalau x faham boleh tanya
masa call tu..