Sunday, 31 January 2021

Desperate



Aku...
Rasa desperate gila nak keluar dari sini


Setiap kali aku berdoa pasal hal ni
Aku nangis.. ntah la...
Benar2 nak pindah..


Aku doakan aku dpt
tempat yg lebih baik
dan rakan sekerja yg baik2 :’(


Pastu aku doakan pegawai2 yg tengok
pernohonan aku nanti dilembutkan hati
untuk melepaskan aku ... :’(


Doakan aku gais!!


Skarang baru aku faham
perasaan Raff tahun lepas..
Hari2 dia mengadu rasa tertekan
Asyik mintak aku doakan dia
supaya dpt pindah..



Sekarang aku pulak rasa benda tu


Tak kelakar okay 
Benda ni sgt mengganggu mental dan emosi











Hurm



Ahad dah
Bosannya nak balik tempat kerja
X ada hati dah kat sana

Kan best kalau esok cuti.
Tapi malangnya Wilayah Persekutuan je cuti


Keje aku menghitung hari nak cuti je


Seriously bosan gila

Wednesday, 27 January 2021

Busy Gila!



Aku bz gila
And aku rasa mcm x boleh hadap semua
benda ni..


Rasa nak marah je
sbb banyak sgt keje..



Monday, 25 January 2021

Man United 3 - 2 Liverpool



Berita paling menggembirakan hari ini.. :)




Berjaya menumpas kan musuh tradisi
adalah sesuatu yg x dpt digambarkan
betapa happynya fans ManUtd hari ni :)
Ini utk FA Cup! 


Hari tu Premier League seri 0-0


Apa2 pun good luck utk game akan dtg

Saturday, 23 January 2021

Sakit Gusi dan Gigi



Sejak minggu lepas
Aku sakit gusi dan gigi
bahagian dalam..


Susah nak makan nasi dan benda keras
Semalam aku baru mkn nasi
Sejak hari selasa aku x mkn nasi
Makan telur , kuih , mee ..





Beli Listerine tadi..
Shah recommend..
Aku keluar dgn Shah td lepas habis settle
urusan aku.


Shah terkandas x dpt gi tempat kerja dia
Kereta dia tak sampai lagi dari Kuching
Sebab bawa naik treller. 
Dia malas nak drive 14 jam..
Treller bawak kete tu x gerak lagi dari Kuching
So dia x ada transport..






Friday, 22 January 2021

Ni ke hasil kena audit L H D N hari tu??





Means aku kena bayar RM31.75 jer ..
Dah double confirm dgn Ily ..
Pastu tanya Farah pulak..


Farah siap tanya bos dia..
Boss dia dah confirm kan..
Boss L H D N terus .. 😅
Aku takut salah bank in..


Alhamdulillah kalau itu amount dia :)


Tp mesti ada lagi surat dtg nanti
Tu baru 2017....
Yg 2018 tak sampai lagi ni.
Hari tu kan dia mintak utk 2 tahun..





Thursday, 21 January 2021

Emosi



Hari yg penuh beremosi...




Hari ni Danny balik ambil barang dan 
kemas meja. Dia dpt pindah kampung


Dah la aku je staff yg ada masa tu..
Mmg sedih la setiap kali member pindah


Danny baru setahun..
Tp dia dah 15 tahun dkt daerah ni.
Cuma dia baru masuk sini awal tahun lepas
dari tempat lain..


Dia dpt dkt Kampung dia


Dkt office tadi pun aku nangis sorang2.
Pastu berhenti sbb bz buat kerja.
Banyak sgt kerja...



Balik rumah pukul 1.00 aku sambung nangis
Sedih.. sebab aku pun nak pindah..
Tahun ni baru nak apply..
Aku harap akan dpt terus la.. 


1st time aku rasa “nak sangat” pindah
Seriously tahun2 sebelum ni 
Tak ada rasa nak pindah pun...
Tapi kali ni.. membuak2!!! Dah sampai masa


Persekitaran kerja pun x membantu skrg
Bosan dgn karenah org dkt sini...
Bias.. tidak adil... x brapa jaga kebajikan staff
Pentingkan diri dorang dan kroni2 jer..












Tuesday, 19 January 2021

Hurm.. Dah sampai


Sampai2 jer dkt sini.. meeting terus
Lepas meeting .. stress..
Banyak keje


Sebab kekurangan staff..
Belum masuk yg tak dtg lagi
pastu dorang kena kuarantin lagi..


Mmg rasa nak menangis tgk jadual aku..


Pastu rasa mcm susah je nak balik
setiap minggu..


Dgn kes makin meningkat ni..


Apa aku nak buat kat sini sorang2
Mereput??


Sumpah rasa tertekan!

Monday, 18 January 2021

Asyik Fikir Pasal....



Hurmmm
Asyik fikir pasal nak pindah tmpat kerja


Ni la yg Raff rasa dulu agaknya
Tertekan... hari2 rasa down..


Kalau lah ada cable kan bagus..
Susah betul nak dpt ....  :(




Seri 0-0








Aku tgk bola mlm tadi
Perlawanan penting..
Musuh tradisi ... Liverpool vs Manchester United
Berakhir seri 0-0 ..


Bulan ni 2 kali ManUtd akan lwn Liverpool 😒😒
Sekali lagi nanti utk FA Cup! Minggu dpn..
Yg malam tadi tu Premier League
Means United masih lagi 
Top of the table!!


Tapi ManCity rapat jgk dgn
masih ada satu game dlm tangan..


Tp kalau tgk table..
Semua yg top 6 ni masih
berpeluang merampas tempat teratas
Beza sikit je point!!!


Kalau ManUtd kalah next game,
dan team lain menang, boleh jatuh
sampai tempat ke 3 or 4!!
Harap2 jgn laa...


Moga2 team kita terus sukses season ni
Dah banyak improve..
Dengar2 Sergio Ramos dari 
Real Madrid mungkin akan dibeli
Tapi tak tahu lagi...


Kalau dpt dia... untung jgk la..
Berpengalaman...
Walaupun dia lebih berusia dari Cavani








Stress



Hurm aku baru nak happy x jadi pulang ke tempat kerja
Sebab hari jumaat hari tu encik boss kata
boleh kekal dkt kawasan PKPB
Bekerja dari rumah je..


Pastu tadi tgh hari dia bagi tahu
suruh balik lagi ke sana..



Dah la baru pagi tadi 
aku dgn Mel bincang kami tak
jadi nak balik... sbb hari tu kan
kitorang sama2 pergi minta permit..
Tapi Mel dia pilih tarikh hari ni..
Aku plak memang pilih 19hb ..


Lepas tgh hari td disuruh pulang,
Aku mesej Mel lagi.. stress betul
Terpaksa Mel terus kemas barang
dan berangkat petang ni jgk...


Aku dah la tak suka benda berubah2
Last minit...


So esok la aku balik..
Lepas appointment dkt hospital..
Berat gila rasa hati nak meninggalkan rumah!


LOL !! Walaupun hari jumaat, 
Aku boleh balik semula ke rumah!
Aku akan usahakan jgk dpt permit polis
setiap minggu !!!


Tak sabar nak pindah!
Aku x happy kerja dkt sana..
Aku akan apply tukar 
tahun ni..








Friday, 15 January 2021

Settle!!













Settle minta permit pergerakan PKPB
Kali ni pantas .. dlm masa 5 minit settle!!


Sebelum ni kan yang tahun lepas tu agak leceh
dan queue panjang gila. 


Kali ni sekejap je sebab dah boleh buat
dkt Balai Polis berdekatan.
Tahun lepas hanya boleh buat dkt Ibu Pejabat  jer..
Sebab tu ramai dan panjang barisan..
Lama plak tu ..


Tadi dtg sebelah petang..
Mmg tak ramai orang ..
Dtg terus hantar borang yg dah siap isi
dalam 2 salinan semuanya!!!
Download siap2 dari website PDRM dan
isi dari rumah...


Dia terus luluskan..
Bagus la cam tu. Senang...


Kalau tahun lepas, kena tunggu dorang call
Lepas tu ambil permit tu keesokan harinya

Thursday, 14 January 2021

Tire Pressure Gauge





Aku beli benda ni dkt shopee!!
Utk check pressure tayar kereta..
Murah je.. tp berbaloi...


Dia ada 2 jenis. Yg ni kira yg manual la
Satu lagi digital.. terus tunjuk nombor
2-2 aku ada. 


Yg digital tu mcm ... kurang sesuai plak
sebab banyak angin tayar keluar masa aku 
tekan..


Bila pakai yg manual ni baru senang sikit
Angin tayar tu berbunyi “pssssst” je terus
dapat tekanan tayar tu...


Make sure tahu tekanan tayar kereta
29psi =  200kpa ( ni utk kereta aku..)


Selalunya sebulan sekali aku gi pam tayar
Lepas ni aku nak pastikan angin tayar
berada pada tekanan yg betul sentiasa..


Isi nitrogen pun 3 bulan sekali .
Time buat allignment and balancing
Time tu la isi nitrogen terus..


Nitrogen lebih bagus dari angin biasa..
Tp mahal la. Kalau kat sini, satu tayar RM5
kalau 4-4 tayar RM20 ...Nitrogen tahan lama
Angin biasa, dia cpt berkurang..


Nak diterangkan dgn terperinci
nanti mcm belajar Sains plak ye kita
mengkaji ciri2 nitrogen dan oksigen..


Wednesday, 13 January 2021

Banjir..!!





Hujan lebat mlm td..
Banjir pagi ni... hujan turun sampai
pukul 8 pagi.. sangat2 lebat
Bukan hujan biasa2...


Hope surut cpt laa..
Ni pun dah panas balik...


Semalam memang dahsyat..
Kebetulan air laut pun pasang..
Jalan persisir pantai memang dah naik
air laut.. pastu hujan lebat pulak..
Makin la banjir...


Jiran belakang rumah aku mmg masuk
air rumah dorang. Pagi tadi tgk dorang
buang air dari tingkap..


Rumah aku masih okay..
Tapi kalau hujan lebat lagi
sampai malam, mmg boleh banjir jgk ni..
Tp rasanya tak lah.. sbb dah mula panas ni



Finally







Finally united top of the table!!
(Menangis)


Dah berapa season Man United 
tak berada di posisi yg sepatutnya ni
selepas manager lama Sir Alex Ferguson bersara
Rasanya dari 2013 !!! Masa dia manager
ManUtd sentiasa top ok..


Last ManUtd berada di atas ialah
masa juara EPL 2013. Tu last okay.
Masa Sir Alex Ferguson manager! 


Manager baru dtg silih berganti dlm masa
7 tahun ni.. termasuk yg sekarang, dah 4 manager
Finally Ole Gunner Solksjaer (manager sekarang)
yg merupakan bekas lagenda United zaman 90an dan
awal 2000 berjaya perlahan-lahan rebuild semula team ni
Dia start dari season lepas.. 2019/2020


Nampak la improvement sikit!!
Itu yg kita mahu.. walaupun menerima kecaman
dari fans.. hanpir kena pecat..
Tp berjaya jgk bangkit sedikit demi sedikit
Serious bangga!! 


Tapi tak tahu la berapa lama akan berada
di posisi teratas.. sebab beza point dgn team
lain tak berapa jauh semua..


Tapi, tetap rasa bangga jgk!!


Season 2018/2019 paling aku tak tgk bola
Masa tu ManUtd asyik kalah
And takde harapan ... 


Afiq pun kata ..
“Season ni mmg bukan kita punya..”
-Afiq 2018-


Kitorang tgk highlight je masa tu..



Sekarang dah boleh berbangga!
Always support waktu susah dan senang!
Jangan time kalah, terus support team lain..
Tu lalang namanya..


Hopefully season ni ManUtd boleh
menang trophy EPL !!!
Jauh lagi perjalanan!!






Tuesday, 12 January 2021

PKP,PKPB, PKPP


Negeri aku PKPP
Tp daerah aku PKPB.. haihh pelik2 jer
Tetiba Miri kes meningkat mendadak
Zon merah dah ! Sama dgn Kuching dan Sibu


Apa2 pun tetap kena pergi kerja next week
19hb aku ada appointment di hospital
So lewat la sikit aku balik sana.
Lepas habis urusan di hospital aku terus
balik ke tempat kerja..


Yg aku risau, mcm mana aku nak balik
hujung minggu nanti!
Zon merah kan Miri...
Tak boleh rentas Zon.. kena ada permit polis :(
Hurm.. InsyaAllah ada jalannya..
Aku nak balik berhujung minggu dgn family
Lagipun Marudi - Miri dkt je sebenarnya..
Nantilah fikirkan jalan..



Friday, 8 January 2021

Hurm.. Kenapa Cepat Sangat!!




Malas nak kerja
Ke entah2 nanti ada PKP lagi..
Tapi maybe negeri tertentu jer..


aku baru beli
Calendar dari Catzonia...

Janna Nick Trending?



Bangun pagi tengok nama Janna Nick trending


Gara2 bertekak dgn netizen pasal filem The Purge
The Purge tu filem fav aku jgk!
Bermula pasal isu penapisan filem
adalah satu keperluan


Janna Nick kata
Perlu ada garis panduan dlm filem
Sebab filem ni masyarakat kaitkan
dengan isu yg berlaku di US
Impact daripada filem ni mmg dahsyat..
Kalau ada darurat atau lock down,
Inilah filem yg orang akan kaitkan
























1st aku x salahkan Janna Nick 
Apa2 pendapat dia tu mmg bagus.. 


Bila aku scroll2
Aku faham kenapa dia cam triggered


1st bila netizen nama Freyr aka Aidil 
guna ayat “please educate yourself..bla bla bla”


Dkt situ netizen tu tunjuk pandai.


And lepas tu Aidil ada delete twit dia dan edit


Janna Nick reply dgn kata “LOSER”


Dan bermula lah isu jadi makin panas
dan Janna Nick diserang netizan
dan dia mula jadi defensive gila..



Pada pendapat aku,
Janna Nick x perlu kot reply dgn
sgt angkuh.. panggil orang 
“Ngok” , “NERD” dan mcm2 lagi


Memang mendapat la dgn netizen
Lebih2 lagi twitter..
Jgn cuba2 bertekak dgn netizen di twitter
Sebab ada sebilangan twt femes ni
jenis suka hentam artis.
Kalau twt femes tu dah masuk campur
backup netizen mmg ramai la join backup netizen
artis akan kalah punya...



Siap lah semua video lama2
yang nyanyi sumbang orang keluarkan..
Semua cerita2 lama yg buruk2 pasal
artis tu akan dikorek...



Kalau kena kecam mcm ni...
Tips dia kalau nak disayangi netizen,
buat aktiviti kemasyarakatan
seperti menderma dan hulur bantuan
dengan orang susah....


Tp jgn sekali je lepas kena kecam!! LOL
Kena sentiasa tunjuk hahahahaha!!
Tu yg aku tgk dkt sosial media selalunya..


Masyarakat akan sayang dan puji2
Artis yg suka tolong orang susah...
Lebih2 lagi kalau yg konsisten suka
hulur bantuan dkt orang susah
Bukan lepas kena kecam baru buat



Tp kalau lepas kena kecam baru tunjuk
Nampak sgt nak raih perhatian....
Mcm kes Black, Tomok yg sebelum ni
isu pasal duit bantuan tu...
Lepas kena kccam, tunjuk bagi sumbangan
itu ini dkt masyarakat...


LOL !!! 



Lebih baik bersikap
Abaikanlah kecaman netizen..
Allah lebih tahu niat yg sebenarnya..
Biarlah kutukan/kritikan dorang tu 
kita yg dpt pahala andai kata kita 
dipihak yang benar...



Tp ada jgk, dah salah masih lagi nak
bertekak dengan netizen...
Buang masa.. tak akan menang punya
Kecuali kalau artis tu mmg 
nak perhatian dgn cara mcm tu..
Jiwa kena kental dulu.. dan tahan maki..
Family pun kena jiwa kental jgk..
in case netizen cari adik beradik skali
utk dikecam..






















Thursday, 7 January 2021

The Maid



Best citer ni
Tp setiap hari Rabu jer

Pemilihan pelakon pun best 
kecuali M i r a  F i l z a h


Bosan kot tgk MF berlakon


Tp kalau Michael Ang ,
Dia akan pilih pelakon yg dia selesa je
Kalau yg muka2 baru dia pernah ambil,
lepas tu dah tak ambil, 
means dia tak suka la pelakon tu..


Malam tadi aku join live IG dia..
Dia cerita la kriteria pelakon yg 
dia suka and selesa bekerja dan
pandai berlakon..
Yg selalu dia sebut, Kamal Adli, Uqasha
Zul Ariffin..


Mlm td dia kata Zizi Kirana pun dia
nak amik berlakon dgn dia x lama lagi


Whatever lah! Dorang mmg pandai berlakon
kot





Wednesday, 6 January 2021

Tusan Malaysia - Product Sarawak






Tusan Ice Cream ni 1st kedai dia dekat Miri
Memang sgt famous!!
Skarang dah semakin berkembang 
dkt Kuching, Bintulu dan ada


Dgr2 nak buka dkt KL pulak!!





Signature dia, Coconut Shake gula apong
Mmg sgt sedap!! Banyak ice blended
Avocado, Manggo mcm2 ada
Sumpah sedap!!! Sebab pure gila rasa 
kelapa tu!!








Ice cream dia punya mangkuk
pakai tempurung kelapa.. dan
ada isi kelapa dkt bawah ice cream


Mcm2 ada la!!
Tp aku selalu order manggo shake


Manggo shake ni pun sgt2 sedap
Sebab ada isi buah mangga kecil2 segiempat
dalam tu! Mmg puas!!


Kalau teringin nak makan mangga
Order manggo shake ni pun dah okay
Sebab dalam dah ada isi mangga!!


So aku bangga la anak melayu punya bisnes
ni semakin maju!!! Lebih2 lagi
ia berasal dari tempat aku..



Cepat Masa Berlalu



Tinggal separuh cuti..

Hurm...

Seriously aku x bersedia lagi 

nak gi kerja...




Rasa mcm kekurangan sesuatu cuti kali ni

Iaitu.. tak dapat berjalan2..

Tak tahu nak pergi mana kalau dkt Sarawak ni

Bosan.. hurm...



Jadi aku rasa mcm belum menemui

kepuasan. Otak rasa mcm masih serabut

Sebab takde pergi bercuti.. 



Friday, 1 January 2021

Tq For The Wishes!



Kali ni aku private kan birthday aku dkt FB
FB kan selalu remind dan hantar notification
dkt semua org...saje je tak nak meraih perhatian!


So siapa yg ingat, Alhamdulillah :)
Seperti biasa kalau member aku,
Zuha sentiasa ingat.. sebab birthday kitorang
dkt2...


Adik2 dari fc belle pun ingat
Azzy, Farah, Yana, Diha, Shima, Iwan ..
Kitorang kan mmg sgt close mcm adik 
beradik masa dulu... zaman sebelum Belle famous


Yanda pun ada wish di FB.. :)
yg first sekali di fb

Che Neil pun ada wish..
(Ni uncle Bella ni..) -2nd di fb
Ingat jgk dia birthday aku


Actually aku rasa biasa je birthday
Tak la teruja sgt..
Malah aku sendiri hampir lupa birthday aku
Aku baru sedar masa 30hb..


Aku lebih risaukan mak aku
yg semakin berusia..
Korang doakan mak aku sihat sentiasa okay..
Kesihatan dia mcm sedikit merosot..
Batuk non stop walaupun dah mkn ubat :(


Seriously aku x fikir pasal aku pun