Tuesday, 31 August 2021

Kereta



Lepas basuh kereta baru nampak
Yang kereta aku ada kemek sikit
Lepas langgar tiang..


Aku belum hantar kedai lagi..
Kena ambil cuti..
Aku dah tanya kedai kereta
Nak ketuk and spray tu amik masa
5-6 hari ikut keadaan cuaca..
Sbb cuaca skrg mendung2 dan hujan hari2


Kalau aku hantar sekarang, aku xde transport
nak pergi kerja..


So mungkin minggu depan aku nak ambil cuti
Serious aku perlu cuti. Minda aku tak sihat setiap
kali berada di tempat kerja..


Bayangkan.. kau kena tinggal sorang2
dalam rumah.. yang takde orang pun dekat 
kawasan tu. Ada.. tp jauh.. 


Sunyi nak mampus
Aku depress okay! Penat buat2 mcm okay
depan orang !!! Dalam hati Tuhan je tahu


Tapi aku okay bila aku ada dgn family..
Terbukti tempat kerja aku sekarang
ibarat batu besar yg nak hempap kepala
Punca stress, anxiety, depress utk 5 hari..



Monday, 30 August 2021

Tiktok LIVE






Dorang dah tak live dkt IG lagi
Sekarang dah beralih ke Tiktok


Aku layan je..
Kalau live.. mmg suka bukak je Live Apit
dan Michael Ang .. suka dgr org membebel haha



Tp tiktok live boleh jana pendapatan
No wonder la..  dah x live di IG ..
Dkt tiktok , nyanyi2 dpt gift
dari viewers.. tp kena ada yg jd host
dan kena pandai berinteraksi 
la utk ajak viewers bg gift!!


Dah 2 hari ni dorang live malam2..
Best!! Kalau ada nyanyi2 mesti la best!!


Wany jadi gian dah nyanyi sbb dah lama
tak nyanyi katanya! Kelakar tp best!
Banyak gift dia dpt hasil live tu.
Ara pun sama..


Crowd tiktok agak best aku tgk..








Saturday, 28 August 2021

HE’S COMING HOME !!! Yes!!!


Berita baik tengah2 malam ni
Saat bursa transfer pun hampir tutup

Ronaldo setuju kembali ke United.
Legend is back..

Serious korang kena tgk EPL season ni
Subscribe la channel SPORT ! 
Cam aku RM119 je sebulan hehekss
Berbaloi. Best tgk bola




Utk korang yg x tahu.
Ronaldo meninggalkan united tahun 2009
utk ke Real Madrid.


Bakat dia mula berkembang di United
Sebelum jd pemain berkelas dunia.

Lepas beberapa musim di Real Madrid
dia  transfer ke Juventus!!

Dan bebaru ni dia minta untuk dijual ke kelab lain
Mungkin tak happy dkt Juventus


Dia hampir join ManCity!! Gilaaa la! Mana boleh!
Seluruh fans akan heart attack kalau dia join kelab
lain selain Man Utd di English Premier League (EPL)


Ramai la legend2 Man Utd nasihatkan dia
Jangan join City… termasuk bekas manager
Sit Alex Ferguson!! 


Mujur la hari ni dia decide utk join ManUtd balik
Sebelum menamatkan karier bola sepak nya
Dah 36 umur dia. Tp masih power okay


Contract Ronaldo 2 tahun je


Isu sekarang ni jersi no 7 Cavani yg pakai
Tu nombor keramat Ronaldo .
Kesian la Cavani kalau kena bagi
nombor tu dkt Ronaldo
Cavani pun skor banyak last season
Dia mmg layak pakai jersi no 7 tu


Apa2 kita tgk nanti!


Seronok sgt berita ni..

Thursday, 26 August 2021

Hari Yang Menyedihkan





Hari ni aku nak balik
Biasa khamis petang aku balik
Sebab jumaat jadual aku 1 je.


Aku dah sampai Miri
Tetiba dpt mesej ada meeting esok
Aku stress .. jarang meeting hari jumaat
Aku patah balik


Tp aku sempat hantar bahan fotokopi
And binding. Esok ambil..


Disebabkan terlalu stress dan sedih
Aku terlanggar tiang masa masuk parking
Kereta aku calar sikit :’(
Nampak kesan putih :(
Aku harap polish and wax dpt hilangkan kesan tu
Kalau tak aku hantar la pegi spray lagi nanti


Aku xtahu la .
Aku jenis syg kereta 
Aku patut sedih pasal kereta aku


Tp aku rasa lagi sedih sebab terpaksa patah balik


Dalam perjalanan patah balik tu
Serious berair mata aku drive
Patutnya aku dah sampai rumah
Tapi terpaksa patah balik
Bukan dekat… 


Pastu mak aku call tanya
Jadi balik ke tak
Dengan berat aku kata “tak jadi”
Dgn mata yg masih barair dan
hati yg benar2 stress dan sedih





Monday, 23 August 2021

Penat



Selalu aku balik hari ahad
Tp minggu ni aku gerak isnin pagi


Bayangkan 6.20am keluar dari rumah.
Sampai tempat kerja dlm kul 9pagi.. 


Lain kali aku gerak kul 7 pagi je la..


Gerak awal pun bukan ada pape sini.
Aku mcm nak gila stay sini
Dah la xde orang


Tuhan je tahu apa aku rasa


Hari tu ada mental health check
Dia suruh jawab questionaire..
Hasil daripada tu, terbukti
Mental aku tak sihat setiap kali
berada di sini.. !!!


Actually bukan persekitaran punca utama
Tapi pentadbir dkt sini yg buat aku
rasa stress dan tertekan!
Jiwa aku memberontak tak puas hati
kat dalam ni. Tp kena simpan dan behave..
Pdahal dlm hati ni.. hurm.. aku je tahu



Skarang ni aku banyak tgk Tiktok
Banyak info dan benda kelakar 
yg boleh ditonton
Yg boleh buat aku gelak…
Aku perlukan hiburan utk tenangkan
diri.. 



Minggu lepas.. xde line… 2 hari..


Minggu ni hujan sepanjang minggu
Tak dpt parking dalam. 
Jauh kereta aku. Sbb jalan kat depan tu
becak teruk… susah betul hidup
Pastu kena berjalan lalu semak nak ke sini
Sumpah fedup!

Pentadbir takde inisiatif lansung
At least beli batu.. supaya
senang la nak lalu dan x bahaya


Tgk la sikap pentadbir kat sini..
Tak fikir kebajikan staff !!
Cari salah kita je tahu!








Sunday, 22 August 2021

PM Ke 9




Hope politik di Malaysia akan berubah la lepas ni
Hope jgn ada menteri terlibat rasuah..
Atau ambil kesempatan


Tapi sosok PM baru kita ni
So far imej nya bersih..
Nampak berkaliber..


Monday, 9 August 2021

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Siti Sarah




Al Fatihah..

Innalillahiwainna ilaihi raji’un



Hari ni rasa macam tak dpt fokus buat apa
Hati rasa sayu yang amat atas pemergian arwah


Mcm terlalu cepat Allah ambil dia..

Actually malam tadi aku dah rasa tak sedap
Bila Shuib up status yg paras oksigen nya
turun ke 40 …


Dalam diam aku berdoa agar ada keajaiban berlaku esok
Iaitu hari ni la..


Sekali berita duka yang aku tengok
Bila buka soc med lepas buka mata😭 Dan memang 
Aku buka soc med utk tahu berita terkini
Siti Sarah.. 


Bangun pagi belum bangkit dari katil,
pastu buka2 je IG, semua media dah umumkan
Siti Sarah dah tak ada..
Ya Allah.. masih macam tak percaya!!


Bila dia dah meninggal,
Banyak orang buka cerita akan kebaikannya
yang suka bersedekah … Allahu..


Moga Syurga tempatnya..
Syahid sebab melahirkan anak dan meninggal
sebab wabak ..  Allahuakbar..


Sampai ke maghrib dah ni aku rasa sebak
Sedih mengenangkan baby yang ditinggalkan
Dan mengenangkan arwah yg selalu ceria
bila di kaca tv..  Sekarang dah tak ada lagi


Selalu dalam drama je aku tengok
Orang meninggal lepas melahirkan anak..
Tapi kali ni betul2 rasa dekat je kisah
kematian Siti Sarah ni…


Moga turn kita nanti,
dalam keadaan husnul khotimah… Amiin


Dah la lagu Siti Sarah
kalau pergi karoks mesti ada dlm list
Sedihnya rasa…


Orang baik2 selalu pergi dulu