Tuesday, 6 February 2018

Weakness





It is okay to accept your weaknesses 
because people will support you 
with their strengths







❤️

Hujan sepanjang hari



Dari pagi tadi hujan lebat!
Sampai kul 5 petang ni masih lagi
Mungkin sampai ke malam..
Tak ada tanda2 utk reda..
Sama macam kita....




Monday, 5 February 2018

Ambil Berat






Aku rasa tak payah kot “terlalu” ambil berat 
pasal orang lain, sebab mungkin dia 
rimas gila dengan kita ... 

Dan.. 
bukan dihargai pun kasih sayang dan 
kerisauan kita
terhadap dia...


Aku kalau dah sayang
mmg aku ambil berat...
Tp...  ntah la...
Sejak kasih sayang aku 
diragui .. aku rasa 
tak perlu lah lagi “terlalu” ambil berat


:’( 


Am I right ? 

Takut nanti nangis je keje 
sebab kecewa dgn orang yg kita
“terlalu” ambil berat tu
And tak baik utk kesihatan mata :( 


Ntah la .. aku cakap je mcm tu..
Tp aku masih seorang yang mengambil berat
Mungkin aku dah tak tunjuk lagi :( 
Kalau tunjuk pun.. org tak nampak..
Dan orang lain jgk yg lebih mereka perlukan
berbanding kita... 









Sejuk



Malam ni tido tak payah pakai kipas..
Sejuk sgt ..
And berselubung dlm comforter
pun still sejuk... tanpa perlu on kipas
ataupun aircond

Exhausted



Penat..
Sampai tahap nak bangkit
pi basuh muka pun tak larat

Sunday, 4 February 2018

Shopping Mall KL & Shah Alam



Setia City Mall Shah Alam





mall ni agak tak sibuk dan 
rasa tenang bila nak shopping
mahupun window shopping..
Aku tak habis explore pun Setia City Mall tu
Tp aku rasa okay la.. tak ramai orang
Jauh jugak la rasa nak pegi situ..
Tp semua ada... tempat makan pun ada
Boleh dikatakan penat jgk la nak round 
1 bangunan ni. Aku x habis explore lagi
Sebab masa datang tu.. masih penat lagi




Quill City Mall 



Quill City ni plak dkt KL ..
Luas je aku rasa bila jalan dlm ni.
Dan tak sibuk.. tak ramai orang
Tapi best! 
Mcm banyak aktiviti kesenian
di sini. Ada org nyanyi2
Ada bilik utk tayangan teater
Dan aku pun pernah tgk teater
dalam bilik kecil tu..
Not bad !! At least karyawan muda
berusaha nak hasilkan sesuatu
utk tontonan orang ramai yg mahu
menghayati seni..


Quill City ni pun not bad.
Ada jgk restaurant best yg patut dicuba 
kat dlm tu. Fast food mcm KFC .. ada je




Berjaya Time Square 




Syuga shopping kot Berjaya Time Square ni
Biasa orang sebut TS je..
Masa aku dtg sini..
Sumpah rasa cam rimas
ramai orang... sebab besar..
Tak tahu brapa tingkat..
Tak habis explore!
Tp maybe sebab banyak tmpat best shopping
sebab tu ramai orang..
Masa aku sampai tu..hujan lebat
lagi la rasa cam tak selesa.. pening
Orang ramai lagi..


Rasa mcm Mid Valley lagi best!
Dia ramai org tp bukan tahap crowded
mcm kat TS ni..



Midvalley Megamall 




Yang ni tak yah cakap..
Aku rasa aku paling suka pegi sini..
Mcm2 ada.. tak terlalu crowded..
Weekend crowded sikit je
Tp TS lagi crowded kot..
Tak terlalu sunyi dan macam2 ada..
Sebelah dgn The Gardens.. 


KLCC crowded.. tak suka..
Pavillion aku x pernah lagi..
Maybe next time..
Tp aku harap tak crowded la mcm TS tu
Barulah tenang nak jenjalan 


Aku tak suka tempat yg crowded
terlalu ramai orang.. aku pening..
Kadang2 nak makan pun susah
Sebab penuh sentiasa..


Ada banyak lagi tempat sbnrnya..
mcm Sogo.. tp dah lama tak pegi..
Last pegi 9 tahun yg lalu 













Nak “Big Mac”



Aaarrr time ni la nak burger McD
Masalahnya aku dah jauh dari bandar ni
Semalam takde plak rasa nak makan tu


Selalu mcm tu..
Dah sampai sini baru nak mkn mcm2

Drama Adaptasi Novel “Papa Nak Menantu”






Bermula hari ini (4 Feb) jam 6.58PM
Setiap Jumaat hingga Ahad .
Ost memang terbaik la.
Pilihan yang bijak memilih
lagu “Jatuh” nyanyian dan ciptaan
Sissy Imann . Lagu tersebut memang rare!!







Masih Tak Jumpa



Phone aku yg missplaced tu...
Hurm mana ntah...


And aku check calendar
mcm tak boleh cuti hujung bulan ni..


Hurn..

Saturday, 3 February 2018

[Review] Acts Of Violence


Tadi pi tgk movie..
Acts Of Violence .. sebuah action movie





Dah lama tak tgk movie.
Konon nak tgk Ayat2 Cinta 2.
Tp kecewa.. kat tempat aku tak ada tayangan
Pawagam tertentu je ..



So ni 1st movie aku 2018

Acts Of Violence ni action movie
Tapi seriously aku ngantok masa show ni
Means jalan cerita dia slow..
Aku tak rasa vibes dia dari awal.
Adrenalin tidak memuncak..
And boring..



Jarang aku review action movie boring..
Tp tu la.. AKU TAK RASA VIBES dia..


Aku kalau tgk movie
aku tgk genre dia dulu.
Kalau dkt Apps TGV Cinemas, mmg 
dia letak skali info pasal movie tu..
And aku selalunya akan pilih action movie
berbanding genre lain..



Tp Acts Of Violence ni mengecewakan..
Aku bagi 6/10 




Fly..





Hujung bulan ni kalau xde pape
Aku mcm nak fly sekejap..
Nak cari barang dkt KL..



Tp tak tahu lagi..
Tp dlm kepala aku ni mmg rasa nak fly
hujung bulan ni...
Tgk la.. kalau harga tiket okay,
Aku ON la hujung bulan ni..



Pegi khamis.. balik ahad..
nak amik cuti hari jumaat.
Tp surat cuti belum buat
Selalunya sebulan sebelum cuti
aku dah kena buat surat cuti tu..
Boss aku tak suka last minute
Seminggu sebelum pun kira last minute.
At least 3 minggu sblm tarikh cuti
dah kena submit surat ..



Nak fly.. tp malas nak check ticket..
Adesss.. aku ngantok..
Esok la tgk tiket flight



Dah kenapa aku ngantok sgt ni..
Baru pukul 9!!
Takpe la.. kena tido awal
Esok nak balik... awal pagi dah kena bangun..








Ariz Lufias cover lagu




Lagu ni lagu baru Zulin Aziz - KELIRU
Antara penyanyi lelaki yg aku suka bila nyanyi
Ada feel ... and suara dia sgt “jantan”



Group!!






Group ni dari td orang main tukar nama group!
Yang ini paling sejuk hati melihatnya hahaha
Sebelum nama ni.. sumpah annoying
and overrrrr ...





Well said



Bila kita cakap benda betul
memang org tak dpt terima


Tak pe.. Allah tahu niat sebenar kita..
Mungkin cara penyampaian kita tu salah

Friday, 2 February 2018

Menggiurkan






:)   Yummylicious . Udang mmg fav aku❤️

Masak kari camni mmg meletop la..



JANGAN MENGELUH



Kalau hari ni kita dapat “sikit” je.. 
jangan mengeluh... ๐Ÿ™‚
Rezeki kan Allah yg bagi :)
Mungkin Dia nak kita usaha lagi kuat... 
teruskan usaha dan 
jgn putus doa mahupun putus asa ..

3 pemberian yang tidak boleh ditolak




Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu 
anhuma berkata: Nabi ๏ทบ bersabda:

ุซู„ุงุซٌ ู„ุง ุชُุฑَุฏُّ: ุงู„ูˆุณุงุฆุฏُ، ูˆุงู„ุฏُّู‡ู†ُ، ูˆุงู„ู„َّุจู†ُ "

"Tiga pemberian yang tidak boleh ditolak: 
Bantal, minyak Wangi (parfum) dan susu."

[HR. at-Tirmidzi 2790 di hasankan oleh al-Albani]

ุฃู† ู‡ุฐู‡ ุงู„ุซู„ุงุซ ุฅู† ุฃُู‡ุฏูŠุช ุฃูˆ ุฃُุนุทูŠุช ุฅู„ูŠูƒ ููŠُุณّู† ุฃู† ุชู‚ุจู„ู‡ุง.

Maknanya: "Sesungguhnya tiga perkara
tersebut jika dihadiahkan kepadamu atau 
diberikan kepadamu, maka engkau 
disunnahkan menerimanya."


❤️

Internet...






Aku antara yg awal merasa
dari zaman awal kewujudan internet..
zaman2 mIRC ... tp aku masih berhingus waktu tu



Walaupun masa tu tak tahu apa2
Tp aku ni jenis suka try and error
And aku minat IT ..
Bab2 computer aku tahu serba sedikit
Dalam usia muda, banyak benda
aku belajar . Hanya dgn
duduk sebelah kazen aku..
tgk dia buat kerja..
Aku x pernah masuk kelas computer..



Budak2 skarang untung
Dekat skolah dalam sylibus pun
dah ada penggunaan IT dan computer.
Untung sgt! 



zaman dulu orang banyak pakai desktop
orang tak pakai laptop dulu ..
Mostly setiap rumah ada computer
iaitu desktop. Bukan laptop.
Even zaman aku kat Uni pun
aku belum mampu pakai laptop..
Mcm mana aku buat assignment..


Aku bawak desktop kakak aku pegi asrama..
Bawak naik flight letak dlm kotak and packing
elok2... 



Printer pun sama!!!




Macam tu la life aku belajar..
And masa tu org belum mampu pakai laptop!
Dlm bilik dkt hostel pun
Mmg kami pakai desktop..
Sebab bukan orang senang pun
nak beli laptop..



Dulu kalau nak cari bahan..
Aku pegi cybercafe !
Berjam2 dlm CC
Alhamdulillah mampu jugak
Cemerlang! Alhamdulillah..
Sebab kami menghargai setiap
kesusahan dan susah payah family..
Dah susah2 bawak desktop kakak,
kalau belajar main2, mmg sia2 je la



Budak2 skarang.. 
belum graduate.., baru masuk kolej
Tak payah kolej.. ada jgk bdk skolah
pakai CRV sendiri drive pegi sekolah!
(Kawan aku masa skolah dah bawak CRV)
parents bagi kereta..
Kereta bukan brand local plak tu..
Apatah lagi laptop.. senang2 je..
Terlalu dimanjakan.. takpe la
Mungkin mereka mampu...
Takde salahnya.. yg salahnya
ialah bila berlagak dan menunjuk2...



Mmg jauh lah perbezaannya dgn aku..
Aku pakai laptop pun bila dah habis degree..
1st gaji aku keje aku dpt RM5K !
(Bukan keje yg skarang) 
Dgn 5K tu la aku beli laptop..
Alhamdulillah..gaji aku skarang lebih baik
dari itu... (aku sgt bersyukur)
Cukup la utk hidup secara normal..
Tak mewah... tp sgt sederhana..
Aku lebih suka mcm tu..
Rasa cukup la.. 




Senang citer mcm ni lah..,
kebanyakan barang mcm laptop,
phone, kereta ... 
semua dgn duit sendiri..
Untung la sesiapa yg asyik
dpt reward dari family..
Aku tak ... sebab aku tahu
masa tu fmly aku biasa je..
Aku tak mintak apa2 .. tak berani..
Nak mtk duit utk yuran pun neves..
Serious!!


And aku setiap kali habis cuti sem,
bila nak balik uni,
mak aku selalu pesan..
Belajar betul2...
Itu je yg aku pegang..
Bukan senang nak masuk universiti..
Banyak duit yg diperlukan..
Banyak dah pengorbanan family..
utk pastikan aku habis degree ..



Ada skali tu course aku buat 
trip ke China. Aku x mampu nak
ikut sebab kos dia agak mahal..
Mmg sedih la..
Jeles tgk member bergambar
dan main salji..
Takpe lah...


Tu la citer dia..


Phone pulak aku pakai masa 
mula2 masuk degree!
Seminggu dkt Uni aku rasa
phone sgt penting..
dan masa tu aku beli hp
murah2 je... asal dpt contact kawan



Dulu tak ada whatsapps
Tak ada group2 whatsapp nak discuss apa2
Semua SMS !! SMS dulu mahal..
Dulu topap mahal!! 
dan tak ada RM10. Semua RM50 ke atas
Nak keluar duit RM50 utk topap
pun rasa susah.. sebab masa belajar
duit penting utk makan dan beli buku..



Dulu kalau kelas cancel.. lambat dpt sms
Dah sampai kelas, baru tahu kelas cancel..
Susah kan dulu.. xde whatsapps mcm sekarang..
But still aku rasa zaman2 tu
orang2nya lebih independent..



Alhamdulillah skarang aku dah mampu
nak dpt kan apa yang aku nak..
Aku dah mampu bagi duit
kat mak aku setiap bulan..
Aku dah mampu belanja family aku makan..
Aku dah mampu pakai phone yg aku minat
kereta yang aku suka..

Alhamdulillah..
bersusah2 dahulu .. bersenang2 kemudian!
Jgn lupa utk “memberi” saat kita mampu..
Jangan jadi hamba duit..
Jangan lupa diri..Jangam berlagak..
Mudah2an kekal macam tu!
Mudah2an Allah jagakan kita..




Kadang2 rindu jgk zaman dulu.
Tak ada internet
Media sosial belum famous

Tak ada medium utk org buat & tunjuk benda pelik

Tak ada kecam mengecam

Istilah “netizen” belum wujud..

Tak ada tempat utk org menunjuk-nunjuk aktiviti seharian atau kekayaan

Tapi itu dulu! Skrg x ada internet, 
rasa tak keruan๐Ÿคญ








Thursday, 1 February 2018

Syafinaz Selamat dapat gelaran Datuk


Ini baru betul .. ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ




Syafinaz dpt gelaran Datuk sempena
Hari Wilayah hari ni.. 


Tahniah diucapkan pada Datuk Syafinaz.
Banyak sumbangan dia yg orang tak tahu..

Antaranya.. beliaulah tulang belakang
Koir Kebangsaan Malaysia yg banyak
menang award di luar negara..


Beliau juga seorang guru vokal
dan banyak menjadi juri dlm 
pertandingan nyanyian berprestij
di Malaysia selain menjadi pensyarah muzik
di UITM dan ASWARA..







Baju Aku dah Siap :)



Ingat tak hari tu aku cerita pasal 
aku hantar 9 helai kain dkt tailor
Dah siap dah semua. 2 minggu je..
Hebat betul tailor tu...


So aku dah ada baju raya.. utk tahun ni
dan tahun depan.. baju keje sekali la tu hahaha

Alhamdulillah..
Ok la tu...2 tahun 9 helai baju baru :)
Sebab aku mmg banyak baju kalau utk keje
Jadi rotation  dia mcm okay la.. 
After 2 or 3 weeks baru nampak aku pakai
baju yang sama lagi.. 


Baju raya tahun lepas pun ada 1 lagi
belum pakai ..
Takpe la..


Senang keje aku. Tak payah fikir pasal
baju raya dah.. 


Tapi if aku gi KL atau mana2 dkt semenanjung
Aku tetap akan beli kain lagi :)