Wednesday, 30 May 2018

Reservation Confirmed!!



Done buat reservation utk minggu depan!
Hope aku dpt on time la..










Jealousy



U know...
Some people... betul2 jeles dgn pencapaian kita
Bila dah jeles... dia mula la pakat2 nak sekat
hak2 kita...

Ketahuilah.. hari ni kau sekat rezeki orang
esok lusa Tuhan sekat rezeki kau pula..
pintu rezeki tetap terbuka utk org yg teraniaya...






Selfish



Some people buat statement utk selamatkan diri dia je
Dan sengaja nak tunjuk yang kita bersalah...
dan saja nak menjatuhkan air muka kita
dihadapan orang lain....: 
dah biasa dgn drama mcm ni...
Mcm mana kita nak bekerja bersama
kalau niat pun asyik nak menyalahkan org lain


Mcm kes Azrul
Mula2 sopan dan berlapik je ayat.
Mcm soleh je...
Tapi last nampak motif sebenar
Nak memalukan dan menjatuhkan orang





Tuesday, 29 May 2018

Tun Dr Mahathir - Kenapa beliau istimewa



Tun Dr Mahathir ni adorable..
Sebab tu ramai suka..
1st yg aku salute sgt ialah
dia tak berlagak... 
Jarang la nampak dia cakap besar
Selalunya humble .. dan bila berkomunikasi
dgn wartawan.. dia pandai bergurau..
Best!! 


Kalau dia mengutuk2 orang sekali pun
Dia ada fakta kenapa dia cakap macam tu!
Dan tak kelihatan sgt desperate nak jatuhkan orang!
Dia sgt cool !! 



Sikap mcm ni la kena ada pada semua pemimpin!
Tolong jgn cakap besar! Sebab korang nampak
sangat annoying bila cakap besar
Amik contoh Najib Razak, Nazri Aziz,
Zahid Hamidi, Shahidan Kassim
dan ramai lagi orang BN yg suka
bersikap angkuh!!
Dan nampak DESPERATE gila jatuhkan org..
Memang menyampah betul tgk!
No wonder orang tak suka!!



Hopefully Tuhan panjangkan usia Tun Mahathir
Dan diberi kesihatan yg baik utk terus
mentadbir negara ini...



Sebagai rakyat Malaysia..
Aku rasa selamat kalau dia jadi PM











Mohon Sedar Diri



Okay ini berkenaan gaji
Bulan ni kan dah payday
Next month pun payday awal kot
plus bonus!!! Sebelum raya


Next gaji bulan Julai !
So kena pandai2 ...


Minggu dpn nak shopping ni
Aku takut lupa diri nanti hahaha!!
Ada la beberapa barang nak beli..



Minggu dpn aku akan pegi banyak tempat
Hope dipermudahkan urusan minggu depan..













Bz


Bz buat reservation hari ni..
Untuk minggu depan....
Cepatnya masa berlalu.. 
Banyak lagi belum settle .. 
penat tgk screen je..
Sebab aku bukan main tibai je
aku akan amik kira banyak faktor lagi..
Kena betul2 .. 

Sunday, 27 May 2018

Video Syafiq Kyle pulakkk



Apa nak jadi la..
Bulan2 puasa ni pun..
Confirm Syafiq Kyle tak akan mengaku
Sama mcm Zul Arifin ..
Bagi alasan bodoh mcm la org
tak tahu tu mmg dia..
Tak payah la nak cliche sgt!!


Sebelum ni Syukri Yahya
dan Sufian Suhaimi
kantoi bermesra dgn budak wicet
Tapi dorang tak mengaku.. biasa la cliche!
Siapa nak mengaku!
Walaupun gambar dan video jelas
muka dorang.. 



Yg masa Sufian Suhaimi tu
aku kesian tgk Elfira..
mempertahankan lelaki yg sah2 curang
Netizen nasihat.. dia tak nak dgr
Malah ada je yg dia menjawab
menegakkan benang yg basah...
Tetap pertahankan laki yg muka nampak baik ni..
Nasib la El tak jadi dgn Pian akhirnya..
Tak semua netizen saja2 nak mengata
Kadang2 apa yg mereka cakap tu betul..
Family atau org terdekat mmg tak akan nampak
keburukan seseorang tu.. semua yg baik2 je
di mata dorang.. kadang2 org lain
lihat dari sudut yg berbeza dan mereka perlu
ambil juga apa pendapat netizen
kalau tak banyak.. sikit pun jadi la..






Perbuatan yg memalukan..
Dah tahu public figure..
Pegi video call  dgn perempuan mana ntah
Dah tersebar baru nak menyesal..
Masa tgh seronok tak fikir!!


Buat malu selebriti je..








Saturday, 26 May 2018

Jubah untuk ibu



Done beli jubah utk mak aku


:)


Aku rasa cun kot mak aku
Pakai jubah tu.. 



Angkuh...



Nak hantar hadiah..
Tapi orangnya sentiasa ada je alasan
tak ada di rumah.. 
masalahnya ada je kot kat rumah..




Okay maybe org tu jenis tertutup
Tak suka org datang rumah dia.. huhu
Kami tak nak pun masuk and lama2 
kat rumah awak tu... sorry la..
huhuhu



Hadiah ni mcm mana nak bagi..
Amanah orang ni suruh sampaikan huhu



Nanti kalau ditimpa masalah..
Jgn cari kami... 
kami semua busy! 
Tak ada masa nak jumpa
Sekian! 








[Trending] Suka eh hashtag tu .. hahaha






Friday, 25 May 2018

Migrain



Sakit kepala :(
Migrain teruk ni



Hari ni tadi
pepagi dah neves dan buat org risau
At least aku tahu kan siapa yg
risau and amik berat kalau
aku ditimpa masalah ..
yang akan sama2 cari jalan..



Hehe thanks for your concern :)


Neves sebab aku salah tgk figure..
Bila dah panik.. semua orang aku contact
Semua pun jadi neves dgn figure tu..



Aku mmg dah nangis ..


Pastu aku nekad check balik
and tanya incek boss aku betul2
And mmg aku salah tgk!
Fuhhh lega terus..


Kengkawan aku yg aku contact tu
semua gelak.. dorang pun neves sama..
Siap panjangkan lagi isu tu ke
pihak yg sepatutnya.. pantas!
Hehe anyway thanks..
Maaf menyuaahkan .... sekali skala :p


Dan aku dah mula cuti!! SEBULAN uolss







Doakan..



Urusan kenaikan pangkat 
kami berjalan lancar 

Moga2 Esok Tak Hujan



Esok nak balik..
Kekanda D nak tumpang..
Aku on je.. at least ada teman 
bersembang ..



Tp malam ni hujan lebat
Hope jalan okay je esok



Aku ni pelik sikit..
Kalau ada org tumpang aku jadi risau
(kalau cuaca hujan la..)



Kalau aku sorang aku tak risau
At least kalau jadi apa2
aku yg tanggung sendiri..


Kalau sesuatu terjadi and ada penumpang
Aku risau takut apa2 jadi kat penumpang
disebabkan kecuaian aku ... 



Hope esok perjalanan kami dipermudahkan
Amiinn

Tak Ada Adab!!



Tadi aku habiskan masa
layan youtube FBI Live bersama Nurul Izzsh
program yg di hostkan oleh Fara Fauzana dan FBI
dorang buat kat rumah je setiap hari
Tapi viewers ramai je
Sebab dorang kan DJ tersohor suatu waktu dulu..
And masih ada pengikut


Berbalik pada cerita tadi..
Nurul Izzah ni satu skolah ngan Fafau
memang masuk air dorang dua ni
Banyak la sesi throwback yg kelakar
pasal Nurul Izzah
Daripada situ kita dpt rumuskan
dia memang anak yang baik..
Tak menggunakan kuasa yg ada pada ayah dia
untuk mendapatkan sesuatu..
And dia tak mahu dikenali dgn 
anak Anwar Ibrahim masa zaman skolahnya..



Pastu ramai la caller nak bercakap ngan dia
Sampai satu caller .. 2nd last
Aku syak org ni gila sex kot!
Soalan yg memalukan !
Malu pulak aku nak mention sini
and FBI patut cut video tu..
sebah benda tu memalukan kot..



Biasalah program live yg tak ditapis ni
bahaya!!


Lepas caller tu call nampak Nurul Izzah berubah
Mula2 dia mmg happy and enjoy gila dgn show 
tu.. caller tu punya pasal.. mood dia lari sedikit..
Nasib baik Fafau ada..menceriakan suasana!



Tapi serious la!
Kalau aku tahu siapa caller tu
aku rasa dia berhak dimalukan
Seperti mana dia memalukan YB Nurul Izzah



And aku x suka tgk laki kurang ajar
dgn pompuan! And jgn ingat semua 
perempuan semurah tu! 



















Wednesday, 23 May 2018

Juara THE VOICE & AMERICAN IDOL


2-2 fav reality show..
2-2 baru je melabuhkan tirai
dan juaranya 2-2 wanita!



Juara American Idol . Maddie Poppe


Suara dia bukan jenis yg nyanyi high note.
Dia story teller la.. and singer songwriter!
Lagu yg dia perform pun mostly
yang santai2 .. dan dia main gitar
tu yg buat orang suka...!!!
and aku pun suka penyanyi perempuan
yang perform dgn instrumen.
Baru la ada nilai tambah pada persembahan dia.




Tapi ada cerita sebelum bergelar juara
kisah cinta dgn seorang lagi peserta American Idol
yang juga finalist.. spoil kot cerita tu..
Tak tahu la kalau drama yg direka khas
untuk naikkan rating show tu (American Idol) 





Brynn Cartelli - Juara The Voice (Team Kelly)






Brynn ni umur baru 15.. 
tp performance dia setiap minggu semua best
Dia pun bukan penyanyi yg nyanyi high note.
Tp kalau nyanyi pun.. dia boleh hit note tu.
Kawal vokal sgt baik..
Baru umur 15.. kalau dah 27 nanti
confirm lagi mantap suara dia..


Brynn ni pun boleh main instrument jugak
and dia tahu apa yg dia nak..
Boleh dikatakan setiap persembahan
dan susunan muzik semua dia yg plan..
Kecuali lagu Adele “skyfall” tu pilihan Kelly
utk dia.. tp mmg best dia nyanyi lagu Skyfall tu
style sendiri.. 



Kejayaan Brynn ni sgt manis sebab
ini kali pertama Kelly Clarkson jd coach.
Kelly Clarkson ni juara American Idol musim pertama
Dan kali pertama jd coach The Voice pun dia menang
Terbaik!



Brynn adalah artis pertama yg Kelly pilih 
untuk Team dia.. and dia yg 1st turn kerusi tu..
Lepas tu Blake pun sama..
2 org berebut Brynn masa blind audition
and finally Brynn memilih Kelly
Pilihan yg bijak!!



Kelly ni dia seorang sgt berbakat.. adorable
dan kelakar.. boleh dikatakan Brynn dgn Kelly
dah macam BFF.. Kelly 1st time jadi coach
pun mmg terbaik la cara dia ajar..



Aku pun minat Kelly Clarkson dah lama
and aku mmg harap dia menang The Voice ni.
Nasib baik menang.. yayyyy!!


















Tuesday, 22 May 2018

BFF



Kawan lama ajak iftar
Aku akan datang walaupun jauh


1st .. sebab dia tak lupa kawan bila 
senang atau bahagia..
Kitorang masih sama mcm dulu.. :)
Saling bertukar pendapat dan bincang
macam2 hal ....  


Tak mcm sesetengah orang
time susah baru cari kita..
Time senang ... mereka berlagak..


Bff aku...
Walaupun jauh.. 
ada je contact and bergurau
dalam group... :) 



Walaupun jauh tapi rasa dekat
teknologi kan ada ..
jauh pun tetap rasa dkt 










Monday, 21 May 2018

Chocolate Cheese Cake



Last week aku order..
Sebab office aku pernah order
event bebaru ni.. mmg sedap 
ni kira repeat order .. 
tapi utk personal la .. ini 500g 



10 minit lagi buka puasa .. Bismillahirrahmanirrahim







Sponsor



Jgn lupa penaja!
Apa2 kita buat.. 
org yg jadi penaja x patut dilupakan..
Ingat tu... 
mereka tak akan sponsor lagi
kalau dilayan mcm sampah..




Saturday, 19 May 2018

YB Nurul Izzah .. Beauty with brain







Sekarang dah boleh tgk dia senyum ceria
Tadi ada live di youtube TV3 .. wawancara 
bersama YB Nurul Izzah.. mmg best dgr
dia bercakap.. nampak la berilmu 
dalam melontarkan hujah!! Respect!! 



Actually aku mmg selalu tgk talk2 dia
dkt youtube. Dia pun selalu kena jemput
buat talk di university2 dan college di luar negara
dan dalam negara. Mmg best . Kita boleh rasa
vibe dia!! 



Orang yg tak pernah tgk.. mesti
memandang rendah pada beliau..
Dia ni mmg bijak.. ikut acuan
mak ayah dia jugak.. 
Dulu dia blaja engineering..



Skarang .. kita dah boleh selalu tgk
YB2 yang RARE mcm ni di TV3!
Terasa minda lebih terbuka
berbanding dulu... Dulu TV3 bias.
hari2 fitnah ...  



Pastu aku baca komen2 orang Lembah Pantai
Mostly cakap yg baik2 pasal dia
Termasuk orang Cina pun senang dgn dia
Siap gambar peluk2 lagi (perempuan ok)


Memang Respect la!! 


Ayam Gowrenggg !



Oppps bukan beli dekat KFC yer..
Ni buat sendiri... sebijik macam KFC style!
Yummyyyy...


Salah satu menu utk buka puasa hari ni..
Simple je :)


Pastu ada sambal belacan lagi..
Auchhh!! 

Ok sabar... x lama lagi buka puasa..