Monday, 17 August 2020

Relax2 dah la!!



Ramai betul benci Ajai...haha
Hari ni.. siap ada petisyen!
Suruh remove Ajai

LOL!!!!😅😅😅


Best kot ada Ajai...
Sebab dia bagi komen yg telus
Peserta big stage kena sedar
yang mereka dah jadi penyanyi,
Ajai tu guide penyanyi yg korang nak vote tu
supaya dia jadi penyanyi yg menyanyi dengan betul
Bukan sekadar penyanyi yg meletop2 viewers
di youtube tapi nyanyi live hancus!!!


Kalau xde Ajai, mcm hambar je komen
sebab Dayang terlalu berlapik dan mcm
takut nak bagi tahu benda2 yang
pahit utk didengar...


Tapi tu semua ala2 “drama”
utk menaikkan lagi rating program ni
Supaya org yg tak tengok 1st konsert
akan tgk di minggu hadapan..


Chill2 je sudah!
Tak payah la serious sgt!!!


Bersyukurlah ada org yg nak
betulkan artis pujaan korang tu
supaya jadi lebih baik utk
minggu seterusnya!!


Kebanyakannya masuk Big Stage kata
nak belajar sesuatu, tu Ajai dah bagi
tunjuk ajar dah tu! 



Aku tgk program realiti pun
Sambil2 tu aku nak guna utk
diri aku sendiri.. mcm mana menyanyi
dengan baik..


Contoh, aku tahu range aku tahap mana
Mcm ajai kata, tak semestinya yg boleh 
nyanyi sampai high note tu semua bagus..
Mentality yg perlu diubah!!


Betul la kata Ajai tu...
Dan tunjuk ajar yg dia bagi tu
Bukan senang2 boleh dapat okay..mahal tu
Kena tgk program realiti atau pergi
kelas vokal baru tahu semua perkara
tentang nyanyian semua tu


Masyarakat perlu diberitahu 
tentang perkara ni selalu..
Sama2 belajar sesuatu...
Bukan hiburan semata2 okay..



Big Stage 2020 - Ajai Mengganas Di Minggu Pertama !!



Hahaha!!
Ramai tak setuju dgn Ajai
bagi 2 markah je dkt Hafiz Zainal


Tp xde ke yg tak setuju dgn Faizal Tahir
Sebab bg markah tinggi tak setimpal
dengan persembahan?


Pada pendapat aku, Ajai buat kerja
dengan betul. Komen yg dia bagi
sgt berguna utk ditelan dan improve
minggu seterusnya!!


Aku setuju je semua pendapat Ajai..
Sebab pada aku, lebih baik kita dgr
komen yg sebegitu... sebab daripada kita
seronok sgt dengan pujian sampai terlupa
utk jaga kualiti persembahan...


Ajai ni dia jenis yg suka memberi ilmu
dan mengajar orang supaya dpt menyanyi dengan
betul... tp dlm bentuk yg mencabar peserta..
Walaupun pedas didengar.. tapi kalau seorang tu
jenis NAK BELAJAR, NAK IMPROVE,
dia patut bersyukur ada orang BETULKAN DIA
agar lebih baik!!! Faham tak maksud aku..


Dan mereka patut ambil komen tu
dan perbaiki diri utk minggu seterusnya..


Utk minggu pertama td
yg menyerlah, Usop, Azzam Sham, Qody


Tp aku suka tone suara Dinie Rashid.
Tp dia mcm kurang keyakinan utk
tunjuk kebolehan sebenar dia.. 
low note tak dengar sgt..
Tapi boleh “rasa” nyanyiannya..
Kalau di “polish” lagi, dan lebih yakin diri
mungkin dia akan jd lebih baik setiap minggu



Dalam sidang media td,
Oh btw aku tgk sampai habis PC tu
Ada live di Youtube and IG..


Setuju, juri berpendapat peserta big stage
Seolah2 menyanyi utk show biasa
dan tak anggap big stage seperti pertandingan
Tak nampak semangat utk jd juara..
Mcm nyanyi karaoke je..







Wednesday, 12 August 2020

Cuti



Aku cuti esok and jumaat...
Cuti rehat khas.. yg belum diusik lagi
tahun ni...



Musim Demam


Cuaca panas melampau klately
Kena minim air banyak2


Aku dah ok dari flu.
3 hari ...  makan panadol and panadol soluble
Dlm masa yg sama kena keluarkan
semua benda dlm hidung and tekak
kalau nak cepat baik...


Paling susah kalau dkt tempat kerja..
Tak dpt nak membuang sangat..


Tapi bila balik rumah, 
Nak tak nak kena jugak buat
Walaupun sakit dowh hidung kena
picit2... dalam sehari ntah berapa kali
kalau nak baik cepat...
Tak boleh biar lama2 dlm hidung atau tekak
Sebab nanti kena batuk pulak...


Aku Alhamdulillah.. 3 hari tu je
Batuk pun x teruk sgt...
Dah okay skarang....


Hari tu aku google pasal mcm mana
nak buat kalau hidung tersumbat..
Kena minum air panas..
Dan sedut haba dari air panas..
Ala2 sauna muka la pagi2


Mmg betul la tu... berkesan..


Tp lepas tu kena jugak buang semua
mukus dlm hidung dan tekak...
Paksa diri ... walaupun hazabbbbb gila!!!
Aku x nak lama2 flu and sakit tekak...
Susah nanti buat kerja...
Semua benda pun x jadi..


Alhamdulillah la tak lama ..
3 hari dah hilang flu..







Tuesday, 11 August 2020

Tak Ada Line !!



Semalam tak ada line
dari 8.30pagi...
Pukul 6 pagi tadi baru ada line


Mmg tak kelakar!!!


Bosan gila life.. 
aku tido awal mlm td..
Kul 10 lebih...



Sunday, 9 August 2020

Daun Pandan





Gunting daun pandan..
Utk dlm bilik.. dan peti sejuk


Dalam kereta dah tadi..


Daun pandan ni bau dia natural..
Sedap... menyegarkan!!! 
Tak payah beli pewangi kereta dah






Saturday, 8 August 2020

Wiper Baru





Td beli wiper baru...

Sebab semalam patah ..
Masa mencuci...


Wiper baru td agak mahal..
Tp mmg berkualiti...
Senyap dan lancar je wipe..
Berbaloi la.. 👍🏽👍🏽👍🏽




Check kat shopee, mmg harga dia mcm tu
and dia tak jual sepasang... kena beli 2..
Tapi seller mmg recommend la..!!


Setelah dicuba mmg best..




Ngantok



Ngantok gila rasa 
So far flu dah baik..








Mcm biasa..
lepak dgn Shah..
Skejap je pun..


Minum2, cerita2....


Malas nak jalan gi Mall.. bosan..
So aktiviti kitorang minum2 je la


Minggu dpn pun jumpa..
Celebrate “1 dekad” 






Hurm... kalau ada Marno ni
barulah lengkap!!!!


So memandangkan Shah dgn aku je ada
di kawasan yg sama, kitorang akan
celebrate sama2 la... 


Satu dekad dlm perkhidmatan.. 
Satu dekad persahabatan ..








Thursday, 6 August 2020

Belum Baik Lagi



Masih flu..
Hurm....’

Pujian...



Dah lama x dapat pujian..
Hari ni incek boss puji hasil kerja aku

Alhamdulillah...
Ada jgk org nampak dan perasan
Sbb aku ni x suka menunjuk2
apa aku buat... 


Benda kalau mmg bidang kita,
insyaAllah senang je nak buat ..
Kita buat kerja bukan utk dpt pujian




Flu....



Hurm start dari tengah hari semalam
flu.....


hari ni pun masih lagi...


Tak selesa nak gi kerja..
Nanti org ingat aku kena Covid19
hurm..


Dah makan ubat dah!! 
Tak sabarnya nak habiskan hari ni..


Wednesday, 5 August 2020

Big Stage 2020 !!! 16 Ogos




Big Stage kembali lagi!! 

Barisan hos konsert, kapsul and live plus
Alif Satar, Sherry Al Hadad, Sissy Imann, Neeta, Isha

Juri tetap serta presiden netizen
Ajai, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Michael Ang, Caprice




Haa ni la peserta #bigstage2020 
8 lelaki , 4 perempuan...
Usop, Azzam Sham, Farisha Iris, Amir Hassan, Yamani Abdillah, Nana Sheme, Hafiz Zainal, Fadh Majid, Sandra, Dinie Rashid, Qody , Hanie Soraya


Siapa agak2 bakal menyerlah..
Dalam ramai2, Nana Sheme, Hanie Soraya, Sandra
kira dah femes kot dulu... bkn BBNU sgt la..


Yg lelaki, suara power, Yamani..
dan Dinie Rashid pun sedap suara..


Tapi tak tahu la kan..
Sebab masa PC pun kita hanya dgr dorang
nyanyi sikit je lagu sendiri...
Belum diuji dengan lagu yang lain.


Kena tgk setiap konsert baru tahu.


Nantikan big stage 2020 bermula ahad 16 Ogos

Dan juga Kapsul Big Stage yg dihoskan oleh
Sissy Imann dan Neeta jam 6.30ptg(Isnin-Jumaat) 


Kali ni Big Stage buat live di PICC!
Tempat yg agak besar.. ye la, nak physical
diatancing lagi. Kapasiti audience di had kan
setakat 200 orang sahaja... kalau sebelum ni
1000 orang....


Tapi PICC tak bertingkat mcm MBSA kot
Tak tahu la dorang pakai hall mana..


Tp aku rasa, xde audience pun xpe kot
Macam Suara Viral..  Okay je..





Sunday, 2 August 2020

Jalan Sesat Ke Syurga






Slot Tiara di Astro Prima is back!
Start esok dah ada drama baru
Jalan Sesat Di Syurga 
Lakonan Siti Elizad, Aaron Aziz
dan ramai lagi


Setiap Isnin-Jumaat , jam 6ptg!


Finally!!!
Penat dah aku ignore Astro Prima waktu ptg
sebab ulang drama lama2...
Sebab masa PKP xde drama baru
Drama x sempat disiapkan kot..



Perghhh Siapa Tu Takde Disiplin







Aku saja je buka youtube
Ternampak video ni di timeline


Sokong apa kata2 Siti Elizad..
Boleh tengok sampai habis...


“Saya tak suka melihat diri saya berada di atas
Saya suka letakkan diri saya berada di bawah
Kalau kita letakkan diri kita di atas,
kita tidak lihat di bawah”


Tp mmg buruk perangai la kalau
lambat 2 jam !!!! 


Kalau aku limit aku sejam je..
Dan kalau menunggu tu selesa,
ada aircond, sejam masih boleh terima


Tp kalau tempat menunggu tu panas
30 minit boleh buat emo kot...
Aku cepat bad mood kalau cuaca panas
Bukan dalam hal menunggu orang je..
Hari2 biasa di tempat kerja, kalau panas
sangat pun rasa nak marah je and
dalam fikiran... “aku nak balik cepat”

Homestay Tepi Sawah Di Selangor ?? Wahhh!! Jom Cuci Mata Tengok Gambar


Kalau aku, selain kawasan pergunungan
seperti Kundasang, kawasan sawah padi
pun aku suka... aku suka ketenangan
dan pemandangan yang luas. 


Dekat Sekinchan banyak ya
tempat menarik dan homestay
yang boleh dilawati..


Tp buat masa ni, hanya mampu cuci mata
dengan melihat gambar je dulu.
Belum selamat nak keluar kawasan


Mari kita mulakan cuci mata

1. Farm Ville Cafe & Homestay, Sekinchan
tak payah jauh pergi perlis/kedah... selangoR pun ada




















Konsep dia kontena yg dimodified jd bilik
Ni sama mcm hotel dkt Kundasang yg aku
pegi last year! Konsep sama. View je lain
Rare jgk kan kalau photo shoot dekat situ..


Kalau phone ada ultra wide angle lense
Perghhhh kompom cantik gambar..
Dapat masuk semua kawasan sawah padi
yang terbentang luas 


Next, 

2. Sekinchan Padi Box, Sekinchan
Ni pun boleh.. view sawah padi..



















Tudia... banyak lagi homestay dkt Sekinchan tu
yg boleh disewa jika korang nak
view yg lain dari yang lain,
Nak shooting drama tepi sawah
nak gambar selfie yang unik dan sebagainya..


Aku upload ni sebab aku tgh bayangkan
sebuah percutian di tepi sawah yang tenang..
Dan aku google la... dan aku jumpa...
Maybe utk tahun depan jika
Covid19 dah beransur pulih... 


Tempat2 ni 2 hari 1 mlm cukup kot
Janji dpt bergambar ehehehe...
Kalau lama2 mungkin bosan...


Tapi kalau tempat mcm Kundasang, Sabah
1 malam tak cukup.... kena at least 2 malam ..
Sebab banyak tempat nak pergi 
yang memerlukan masa yang lama
utk amik feel dan bergambar.
Kalau rushing, tak seronok..




Saturday, 1 August 2020

1 Ogos Wajib Pakai Face Mask






Untuk yg masih keliru pasal,
facr mask mana korang boleh pakai..


2-2 boleh je...


Boleh baca keterangan dkt gambar okay
Klik gambar atau zoom utk lebih jelas