Wednesday, 29 April 2020

Ramadan ke 6


Tepung pelita dan kuih buah melaka




Kalau bulan puasa x pekena tepung pelita
Rasa x lengkap!!

Hari ni beli kuih di E-Bazaar walaupun agak
Mahal... dgn delivery skali semua RM7.50


Tp demi tekak yg mengidam ni
Apa salahnya๐Ÿ˜

Sunday, 26 April 2020

KORBAN KASIH DI BULAN RAMADHAN





Drama sepanjang ramadan di TV1 ni mmg aku
recommend sgt kat korang utk tgk
Setiap hari jam 7pm .
Ulangan waktu sahur pukul 5am


Hari ni (Ahad) masuk episod 3
Serious drama kekeluargaan ni sgt2
meruntun jiwa... 


Menangis tgk episod 1 jumaat lepas..


Btw .. ni drama team Pali, Eez, Aju  etc..
Mmg follow drama dorang ..
Selafaz Cinta, Suri Katriana dan byk lagi
Mmg best gila semua.. 


Yang bestnya dorang join twit 
sama2 ... baru la rasa tak syok sendiri
twit pasal drama orang bila
pengarah dan produksi drama pun
join reply twit2 netizen..






Setuju









Friday, 24 April 2020

UNTUK PEREMPUAN YANG BERNAMA _____





....itu la tajuk buku tu...
UNTUK PEREMPUAN YANG BERNAMA ___


Aku baru je beli buku ni dari HELIUM BOOKS MALAYSIA


Sebuah antologi karya 22 penulis wanita
Tajuknya pelik.. jadi, aku tertarik


Dan sebelum ni aku memang ada baca
karya Embun Karina, jadi aku tahu
cara penulisan dia macam mana
Gaya bahasanya santai dan deep
dan memang best selalunya.
Dia pun salah seorang penulis dlm 
antologi ni..





Well Embun Karina kot..
Tidak asing lagi dkt twitter
Social media aku dia ada follow back
and kitorang mmg pernah kerja bersama
utk campaign2 di social media..


So, sambil2 PKP...
Baca buku pun elok jugak...


Aku akan review sekali lagi pasal buku ni
bila aku dah habis membedahnya nanti.. 






Salam Ramadhan 2020




Selamat menunaikan ibadah dan
tanggungjawab...


Dalam sibuk kita semua kumpul pahala
jgn lupa bersedekah kepada
insan yg memerlukan..


“Sesungguhnya sedekah yg paling utama adalah
sedekah pada bulan Ramadhan”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)



Ramadhan kali ini unik...
Pertama kali dlm sejarah menyambutnya
tanpa terawih berjemaah di masjid, 
tanpa bazaar ramadhan, buffet ramadhan
di hotel dan sebagainya...


Tp ada hikmah dia..
Hadapi dengan senyuman



Sunday, 19 April 2020

Done!!







Hari jumaat hari tu aku terpaksa jgk
keluar daerah sekejap..
Sbb nak ambil ubat aku 
Ubat tu mmg perlu sgt..
Sebab tak bukak lagi..


Rugi kalau x digunakan
ubat dari hospital tu.
Yang tak ada dijual di mana2 farmasi..




Dijual dipasaran adalah titisan yg biasa je..
utk melembabkan mata..


Yg hospital bagi tu utk masalah lain..


Dlm masa yg sama aku ambil kad kesihatan aku
sekali sbb aku ada appointment tak lama lagi
Dan kad tu aku x bawa balik sbb tak sangka
pulak PKP sambung lagi..


Setiap malam aku gelisah nak keluar mcm mana
Kan tak boleh keluar dari radius 10km 


So aku mintak surat kebenaran polis..
Kali kedua datang, lancar je sebab x ramai org..
1st aku datang minggu lepas que dia
nauzubillah panjang sampai ke tempat parking
Masa tu pagi kul 9 pagi

Yg kali kedua dtg, aku dtg kul 3ptg
Mmg 5 minit je settle hantar borang..
Hanya ada 3 4 org je que..


Dalam kul 6.30 pihak IPD call bagitahu
pernohonan aku diluluskan dan keesokannya
kena dtg lagi utk ambil semula borang td
yg telah ditandatangani oleh ketua polis..


Masa dtg utk collect tu mujur tak ramai..
Yg baru memohon plak sentiasa ramai kalau pagi




Ni dia surat tu..
Nak simpan la buat kenangan...
Pertama kali dalam sejarah ni.. 


Aku dgr lain IPD lain cara..
Hari tu ada org DM aku.. dia cakap
dkt kawasan dia, just email je..
Wahhh senang la kalo email je..


Maybe tu kawasan zon merah kot
bahaya kalau keluar dan berbaris ramai2

Thursday, 16 April 2020

Moga Semua Sihat



Moga semua sihat 
Ibu bapa kita sihat
Semuanya la..

Moga semuanya berjalan lancar
Moga semua masih tabah

Moga semuanya selamat

Amiinnn

Wednesday, 15 April 2020

So bosan..



Ya walaupun cuti PKP
Tp still buat kerja seperti biasa...


Busy...


Kami tak mkn gaji buta ya.. huhu
Ada je kerja... org bukan nampak.
Tahu nak cari salah orang je

Saturday, 11 April 2020

Hurm..



Hari ni aku rasa x sedap hati je
Ntah la...


Dari pagi sampai malam


Mmmm



Friday, 10 April 2020

PKP Dilanjutkan



Sobss

Aku sbnrya nak balik tempat kerja aku skejap
Ambil dokumen hospital..
Tak tahu plak PKP ni lama
Jadi aku x bawa balik la hari tu


Harap polis izinkan aku 
masuk daerah sebelah tu..


Tak tahu lagi bila nak pegi
Sama ada esok atau lusa..


Aku rasa PKP ni sampai lepas raya..
Tp macam hiasa la lepas 2 minggu
baru PM umum..


Lamanyaaaaaa...



Wednesday, 8 April 2020

Perfume...




Aku suka perfume ni...
Apple blossom punya haruman..
Serious sedap.. bau dia x terlalu kuat,
bukan bau manis... tapi.. sedap la..๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ’ฅ


Sebelum ni aku pakai gucci flora..
Tp sejak bulan lepas aku nak try la yg lain
Ternyata Apple Blossom tak mengecewakan..


So perfume aku skarang dan akan datang
akan guna haruman apple blossom ni..
Highly recommended✅



Cukai Terlebih Bayar



Aku rasa baru je 2 minggu lepas aku 
isi E-Filing... semalam tgk dah dpt
balik cukai terlebih bayar tu..
Ada la dlm RM1k++


Alhamdulillah..
Boleh belanja dkt shopee ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
ataupun beli makanan๐Ÿคญ
Yesss! Muahahaha

Wednesday, 1 April 2020

Lupa Diri


Bila dah kaya raya
Mmg ramai lupa diri..
Cakap sewenang2nya
tak peduli perasaan org lain
yg hidupnya tak semewah kau...


Skrg boleh la cakap mcm tu.. riak
Kau tgk la zaman kejatuhan kau satu 
hari nanti.... masa tu mohon
ingat balik la apa kau pernah cakap
dkt masyarakat ...


Masa dah tak ada duit tu nanti
Beringat la.. itu la rasa orang
yg hidup lebih susah dari kau!!


Dan jgn mengemis ehsan
dkt masyarakat yg kau duk hina tu
beli produk kau .... 


Tak suka tgk org yang rasa diri dia
ada standard tertentu dlm masyarakat
Kalau anak raja xpe jugak.. huh...


Kita ni sama je... RAKYAT MALAYSIA
Bezanya pekerjaan kita bidang x sama..
Jgn la rasa diri lagi up dari orang biasa..
MELAINKAN KAU ANAK RAJA..
itu baru consider darjat lagi tinggi
dari rakyat biasa



Sunday, 29 March 2020

Bebal Ke Apa???



Buat crowdfunding guna personal acc bank??


Yang membuat ni bebal..
Yang menderma pun bebal


Lepas tu kena scam!
Mmg padan muka la


Kalau nak derma, derma la
dkt pertubuhan2 dan badan2 yang official..
Official account bank dorang ada jer...
Bukan personal account bank atau
company account la !!!


Yang pakai company acc and personal
account bank ni acah2 nak jadi hero kot
Menggunakan wang derma org lain
utk menaikkan nama company 
atau nama dia sendiri...konon2
RM50k adalah duit dia atau company dia
Fakoffff uols!!! 


Itu namanya MENANGGUK DI AIR KERUH
mengambil kesempatan ...


Orang2 kat luar sana pun jgn
la tetiba jadi bebal.... tak kan x boleh
fikir kot... dkt malaysia ni banyak
saluran yg betul kalau nak menderma
tapi korang malas nak cari



Saturday, 28 March 2020

Kisah Benar



Kawan aku cikgu..
Bebaru ni KPM wujudkan sistem blajar online
Maka group whatsapp diwujudkan..


Kemudian ada ibu bapa mesej cikgu
Mintak duit cikgu utk beli data
Mereka x mampu nak beli data apa semua
(Ini sebelum kerajaan umum pakej rangsangan ekonomi)


Pastu dorang cakap..
Makanan dan keperluan harian adalah
priority mereka skarang berbanding
beli data internet dan sebagainya..
((Ini kawasan pedalaman ya))
So kebanyakan keluarga terdiri dari
org yg berpendapatan rendah


Nampak tak..
Golongan B40 lebih memerlukan wang
untuk kelangsungan hidup..


Maka cikgu tadi bagi RM100
kpd parents tadi yg mengalami
kesempitan wang..


Moga2 dgn apa yg kerajaan dah bagi 
Dpt membantu sedikit sebanyak orang
yg betul2 memerlukan...



Banyak tu kemudahan..
Bank pun dah bg penangguhan
Bersyukurlah...


Kalau ada yg mampu,
Tapi sentiasa rasa tak cukup2 lagi
Maybe org tu punya lifestyle yg melampau! 
Huhu...

Sebab manusia ni makin banyak duit
makin besar belanja!!!


Hope kita x terikut2 budaya tu









Panas betul social media!!






Mcm2 hal.. whatever la..
Pasal bantuan kerajaan semua..


Mujur kita orang biasa je..
Tak kaya.. tp Alhamdulillah cukup makan..



Apa2 pun duit hasil review 
aku dah dermakan pada badan2
yang memerlukan..
Its time to give back to the society
Gitew ....


Rezeki boleh dicari..
Ingat , sesungguhnya Allah yg bagi kita
rezeki .. bukan manusia ya..


Tapi kita mesti berusaha jugak

#kongsirezeki 

Friday, 27 March 2020

Hurm



Kesian Azwan Ali kena denda RM17k


Sesetengah org mungkin rasa
tak patut kesian dgn dia...
Whatever...


Tp aku tetap rasa Azwan Ali
adalah orang baik yang tersakiti..
Dia pelajar terbaik Undang2 kot dulu..


And aku sempat tgk dia mengacara Muzik2
masa tahun 90an..  mmg bagus kerja dia
Dia kira mcm Alif Satar sekarang la waktu tu


Tgk cara dia bekerja dah tahu dah


Lagipun kadang2 dia maki tu
Ada orang request!!

Wednesday, 25 March 2020

DIY Hand Sanitizer - Done





Done buat sanitizer

Boleh la letak dlm kereta
Aku dah kehabisan sanitizer taw
Cari kat kedai tak pernah jumpa..


Mcm aku kata hari tu 
Senang je buat 
Sebab 2 je bahan asas dia


1. Isopropyl Alcohol (99%) - aku cari kat shopee
2. Gel Aloe Vera - beli dekat watson

Dan utk mengurangkan bau alcohol,
titiskan sedikit pewangi..


Sukatan pulak
1/3 Gel Aloe Vera
2/3 Alcohol
digaul rata..


Masukkan dlm spray bottle
Aku beli kat watson jgk hehe


So hasilnya! Sama mcm sanitizer di pasaran
Rasa sejuk2 bila gosok ditangan ..


I like!!!


1 Liter alcohol banyak gila...
Lebihan boleh simpan!!
Jangka hayat alcohol 5 tahun.
Atau kalau banyak sgt alcohol
boleh la disinfection rumah terus.. Hehe


Kalau ada nak cuba buat,
Hati2 mengendalikan dan menyimpan alcohol
Jauhkan dari api... sebab alcohol mudah terbakar



INTROVERT


Utk sesiapa yg rasa diri dia
INTROVERT ayuh baca ni






Introvert selalu disisihkan, dianggap personaliti tak baik, 
anti sosial, tak berjaya dalam kerjaya dan paling dahsyat,
Ada sesetengah orang introvert sendiri kalau boleh nak bertukar jadi extravert.

Konsep introvert dan extravert ni, 
berkait rapat dengan ARAS.
 Sejenis benda dalam otak kita yang memproses Social Pleasure System.

Senang cerita, bila kita bersosial,
 otak kita hasilkan sesuatu yang buat kita rasa pleasure.
Kita feel good, feel nice and feel satisfied.


Orang introvert, Social Pleasure System (SPS) dia, cepat ‘penuh’.

Anggap macam ada gelas dalam kepala. 
Dan SPS ialah air.

Introvert gelas dia kecil. 
So jumpa orang sikit pun dah penuh gelas. 
Dia dah seronok.

Beza extravert, dia tak puas. 
Gelas dia besar, kena lagi banyak SPS.

Gelas SPS introvert ni kecil, 
so bersosial sikit dah terasa pleasure. 
Kalau dah penuh gelas dia, dia kena take a step back.

Lari jap. Balik awal, pergi berjalan seorang, 
pergi baca buku kat kafe, dll.

Senang cerita, dia perlukan me-time. 

(Nak pergi makan mee sorang pun boleh)


Sebab itu, introvert selalu dianggap anti-sosial, 
terutama oleh golongan extravert dan ambivert.
Padahal dorang tak tahu, introvert 
sebenarnya sangat setia kawan kot. 
Dorang sangat hargai persahabatan.
Quality melangkaui quantity.

Biar kawan sikit tapi sayang ketat-ketat. ๐Ÿ’‹




Dalam diam introvert, dia berisi. 
Suka membaca, suka tengok movie sorang, 
suka simpan isi hati, ada satu skil akan develop,

Skil menganalisis.

Deria dia lagi sensitif, lagi tahu siapa 
ikhlas nak berkawan, suka tengok 
tingkahlaku orang.

Dia senyap je, tapi dalam kepala, bising.



Ada 4 jenis introvert.

Pertama, the anxious introvert. 
Jenis yang tak boleh bersosial, cepat gemuruh, 
takut bercakap depan orang ramai.
Tapi orang macam ni biasanya 
dia ada kawan rapat sangat. 
Tempat dia meluahkan, 
bersembang dan sangat hargai kawan tu.

Till jannah, gituu..



Kedua, the social introvert.

Hampir sama macam Anxious, 
tapi dia tak suka bersosial, 
bukan tak boleh (macam Anxious)
Dia prefer berseorangan, pergi mall sendiri, 
makan tanpa kawan dll.

Dorang suka berseorangan, tapi bukan kesepian.
Being alone and feeling lonely is different.


Ketiga, the thinking introvert.

Golongan pemikir. Ini yang kita 
kata mulut diam 
tapi kepala bising.


Kalau korang nak idea yg bagus
cuba la tanya dgn org yg introvert
InsyaAllah berguna..
Introvert punyai kebolehan menganalis 
yg baik!!!


Dia suka membaca, analisis, 
review movie dll berkaitan proses otak.
Walaupun tak bersosial, orang macam ni 
sangat power untuk nampak 
benda orang lain tak nampak

(Bukan hantu)



Keempat, the restrained introvert.

Jenis tenang, rasional dan ada ciri-ciri leader. 
Dia sangat jaga kata-kata, 
tingkahlaku dan boleh bersosial (tapi minimum).


Orang macam ni, nampak senyap je, 
tapi sekali bercakap, semua terdiam.

Bukan jenis bising tapi tin kosong ๐Ÿ˜‚


Dalam dunia yang bising, mudah untuk kita nampak Extravert berjaya. Sebab tu ada introvert terfikir 
sifat dia tu satu kelemahan.

We have our own success. Ada je aku kenal introvert tapi kerja lawyer, trainer, motivator. Jenis kerja kena bercakap.

And they’re awesome in it!


Introvert biasanya ada kawan rapat yang extravert. 
Dorang kamceng. Depan orang, sorang bising, sorang senyap.

Tapi bila berdua je, terbalik. Sebab introvert tu 
selesa dengan kawan extravert dia tu, dia pula jadi bising banyak benda nak cerita ๐Ÿ˜‚


Ni mcm aku dgn Marno
mcm aku dgn Shah la..Ahhaha



Kesimpulan kali ini, nak cakap yang,

You don’t have to change who you are to be successful. 
You just need to learn to use your personality as a strength.

Don’t have the perception of your personality 
is a weakness.

You need to accept and love yourself first.