Saturday, 1 August 2020

Service Kereta













Dah buat appointment 2 hari lepas
So hari ni 7.45 dah berurusan di kaunter.
Appointment pukul 8...

Service 72000km hari ni..

Best gila dtg awal. X ramai orang.
Parking pun senang... Terus masuk ...


Aku suka Toyota ni..
Selesa ... staff pun baik..
Minuman disediakan...



Dari dulu lagi mmg terbaik je
service and layanan dkt customer..


Kalau nak beli kereta, pilihlah Toyota
Service after sales mmg terbaik..
Produk Jepun, InsyaAllah tak banyak ragam
dan berkualiti... 
Value kereta masih tinggi in case nak
jual atau trade in..



Tp setakat ni aku xde rasa nak tukar kereta
Selagi enjin kereta aku masih elok
Takde meragam, aku akan stay...
Malas nak tambah komitmen...


So far kereta aku masih okay..Tiptop! 
Kalau ada masalah pun, ia bukan
dari engine... just masalah kecil
seperti brake fluid leak, kena ganti timing belt, brake pad
Benda tu biasa la kalau dah sampai
tempoh tertentu, ia perlu diganti.. 




Friday, 31 July 2020

Kan...





Susah bila org dah rasa martabat dia lagi tinggi ni, 
bkn level2 kita ni

Selamat Hari Raya Aidiladha





Jaga pemakanan ya..
Mesti banyak rendang sedap2 time raya ni


Aku baru lepas mkn rendang
dan kuah kacang...


Lepas mkn kenyang2, menyesal
mula menyelubungi😅

Tuesday, 28 July 2020

Perhimpunan Apakah Ini!??



Semua yg dtg ke mahkamah




Dah la x ada social distancing
Demi manusia bernama N A J I B


Kalau dorang yg susah,
atau kena tangkap polis
N A J I B tak tolong pun...


Tak payah la beria sgt


Nasib jd supporters
Diperlukan pada waktu tertentu je
Time senang, x dipandang pun dan
dilayan mcm sampah...




Kifarah






Tu belum lagi kes pembunuhan Altantuya...




Monday, 27 July 2020

Siapa A L Y A .. I M A N ??



Tetiba je nama dia
2 3 hari ni..


Cerita negatif lebih menonjol
dari bakat seni lakonan
Ntah.. dia pelakon ke!!!???


Tak tahu...
Tak pernah tahu apa drama dia



Apa2 pun aku tetap rasa ni semua
Strategi marketing!!!
Lepas ni kompom dikenali 


Dah mengikis, dah minta maaf terbuka
Masyarakat pun terus lupa...
Biasa sgt dah cara ni...


Mesti dirancang ni...





Ngantok



Ngantok gila
Aku rasa aku tido awal mlm ni
Tak larat...


Esok dan hari rabu
kena keluar sblm 6.30


Lemah betul rasa keluar awal sgt ni
Selalu aku keluar dari rumah 7.20 okay


Norma baharu utk minggu ni je

Salam Senja






Finished 3rd! Good Job !!!







Hari ni happy pergi kerja
Walaupun terpaksa turun seawal jam 6.20am


Sebab malam td last game English Premiere League(EPL)
musim ini
Finally MANCHESTER UNITED dpt top 4.
Menamatkan musim di kedudukan ke 3
Malam tadi perebutan tempat ke 3 dan 4
antara ManUtd, Leicester dan Chelsea.
ManUtd menang 2-0 ke atas Leicester! 
So Chelsea no 4... 


Kejayaan buat manager baru ManUtd
Kali ni dia dah bawa ManUtd ke tempat
yang sepatutnya la.. 


Bayangkan dari awal musim, no 8 9
Perlahan2 naik sikit2 akhirnya no 3
Sebab tu kejayaan tu sgt dibanggakan la
utk seorang pengurus baru..


Kenapa top 4 ni penting?
Sebab siapa top 4 , team tu layak 
ke Chanpions League musim depan..


Champions League tu dia amik top 4
dari Liga yg lain seperti La Liga, Serie A ,  Bundes League
dan lain2..  di benua Amerika dan Eropah

La Liga (team macam Barcelona, Real Madrid etc)
Bundes League (Bayern Munich, Bayern Leverkusen, Borrusia Dortmund etc)
Serie A (Juventus, Inter Milan etc
Ligue 1 (Paris Saint Germain etc)




Sunday, 26 July 2020

Face Mask Filter





Yang pakai face mask fabric..
Terutama yg jenis nipis, korang tahu
tak korang perlu letak filter
dkt face mask tu...


Ada dijual di shopee


Atau korang boleh hasilkan sendiri



Face mask fabric ni
Dia ada jenis..
Ada yg nipis
Ada yg tebal..


Kebersihan face mask perlu dijaga ya
Macam aku, aku ada banyak face mask
Sebab hari2 kena cuci and ganti..






Berebut dan Jealous??



Semua tahu kot pasal youtuber Pavithra dan suami
dia Sugu..


Bebaru ni Suami dia ditahan polis sebab
mengasari Pavithra


Gara2 nama dia tak tercalon utk
menerima anugerah tu... nama wife dia
jer tercalon...



Ada jgk mcm tu eh..
Bila 2-2 laki bini main youtube
channel asing2.... bila dah famous
macam2 hal jer... Laki bini pun boleh
bergaduh pasal salah seorang tak
tercalon..

Take 2





Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”

Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

7 Hari Mencintaiku 2

Astro Prima pukul 6 dah x ada drama
baru.. aku suka drama Astro Prima
Tp sejak pkp, mmg asyik ulang drama
yg dari Astro Ria...
Kurang minat drama pukul 10 Astro Ria


Aku x la minat sgt cerita 7 Hari Mencintaiku ni
Tapi sebab pukul 7pm mmg waktu free
layan jer....


Mia dan sikap sombong serta angkuh mmg
tak dpt dipisahkan! Respect lakonan
Siti Saleha! Mmg annoying gila
setiap kali aura jahat dia dah keluar



Tp Mia jadi mcm tu sebab terlalu ikut
dan percaya cakap mak dia..
Mak dia  punca masalah yang
dia hadapi skarang!!


Heran tgk, ada jgk spesia mak bapak
yang suka paksa2 anak dan sanggup
tgk anak dia ada masalah dgn suami
dan org lain..

Padahal Mia dah bahagia kot..
Tp sbb Mak dia masih lagi nak
pisahkan dorang suami isteri...


Mak si Mia dgn bapak si Sofi
2-2 sama! Spesis mak bapak yg suka
atur2 kan hidup anak dia ,
biar sampai bercerai.. asalkan
dpt ikut kehendak dorang...!


Tapi Sofi okay lagi.. dia dpt
fikir rasional!! Tapi Mia, bulat2 percaya
apa mak dia cakap


Mmg la kita harus hormati Mak kita
Tapi kalau benda yg dia suruh buat 
dan cakap benda tak baik,
Tak kan tu pun nak ikut
Agak2 la! Dah besar kot tahu fikir
mana baik dan buruk..


Dah la peguam, tak kan tu
pun tak dpt fikir logik
main percaya je apa org cakap
walaupun mak sendiri


Setiap kali buka IG mesti ada org post
pasal sedutan drama ni walaupun sabtu ahad


Khuzairi bakal berkahwin dgn Nurul..?


Pelik2 perangai!!
Jenis tak siasat sendiri segala benda
Main ikut jer apa family suruh
Walaupun terpaksa berkahwin lagi
dengan org yg dia tak suka....


DRAMA SANGAT


Friday, 24 July 2020

Set Mask Rizman Ruzaini







Ehehehe


✅ Mask
✅ Mask Extender
✅ Hand Sanitizer



Ni je la mampu dibeli dari butik RR 
😁😁😁


Jgn lupa bermula 1 Ogos, pemakaian mask
adalah wajib di tempat awam yg sesak


Thursday, 23 July 2020

Smart!!!











Masih cerita Suara Viral suku akhir..


Aku suka tgk mekap Erra Fazira dgn Misha Omar
malam td...  just nice and smart la.. tak over
Aura dari dalam tu terpancar sbnrnya 
Ada PESONA yg tersendiri ...


Dan baju Erra cantik 
Color tu.. mcm gold2, krim..
Nampak mahal dan elegant gila!
Sesuai dgn Erra ... primadona!!
Tp baju color mcm tu, mmg smart la













Suara Viral Suku Akhir



Takde banyak komen





Tapi aku suka tgk Fieya Julia nyanyi lagu KELIRU
Lagu ni fav aku jugak... vokal FJ
serta style yg digayakannya tadi
sesuai dgn lagu ni...

Boy tu .. erm terlebih malu kot..


Dan lagi satu Fieya Julia paling mencuri perhatian aku 
sebab partner duet yang lain tu selalu sgt
keluar tv, sampai rasa mcm, mesti sama je
cara perform... 


Mcm FJ ni, jarang kot muncul di TV
So , ada kelainan di situ...
Artis lain semua nama dah besar
kecuali dia! So paling unik di situ
adalah Fieya Julia!!


Dan biasa Fieya Julia kan sinonim dgn
lagu slow jer.. tp utk tadi,
dpt tgk dia nyanyi lagu yg berbeza
dari yg biasa dia nyanyi...


Aku perhatikan Fieya Julia ni bakat dah ada
Tapi dia perlu asah lagi cara berkomunikasi


Dia mcm ... bila kena interview,
dia tak pandai kembangkan lagi perbualan tu
supaya lebih menarik... faham tak..?
jawapan dia kadang2 terlalu ringkas
dan bosan... 


Maybe dia perlu anggap org yg
interview dia tu seperti dah lama kenal..
baru la tak rasa kekok nak bercakap...
Sebab aku yg menonton ni
rasa awkward bila dgr cara dia menjawab
soalan dari host ... 


Kena pandai berkomunikasi...
Nanti senang producer panggil utk 
program talk show....
Jarang tgk FJ ni dkt program TV
selain utk promot lagu..


Bukan nak puji artis lain lebih pandai berkomunikasi,
Tidak... tapi sebagai contoh, 
Just suka cara Sissy Imann..
Dia pandai bercakap.. ada idea la
kalau kena interview, mcm cool la
cara dia jawab... tak over, tak bosan,
dan rasa mcm dah kenal lama dgn org yg
interview dia. Tu yg aku perhatikan la...


FJ kena perbaiki part tu jer...
Kadang2 kena buat org yg interview kita
tu rasa seronok dan selesa jgk bercakap
So next time, dorang akan teruja
nak interview lagi...dan lagi... 


Pada pendapat aku,
Fieya Julia masih takut-takut
Mungkin sbb dia masih baru
dan kurang pendedahan kot..
Maybe manager/pr dia kena buat sesuatu
utk perbaiki cara berkomunikasi


Dulu Khai Bahar pun ...
Awkward gila tgk cara dia jawab soalan 
terutama soalan provok, jawab mcm
nak gaduh je.... mungkin masa tu dia
lupa yg dia dah jd artis!


Tapi lama2 dah semakin okay!!!


Masya Masyitah pun okay
Alaaa budak Kedah tu..
Dulu Ceria Megastar.. dah besar dah skrg
Maybe karektor dia mmg jenis
banyak cakap kot... non stop je bercakap 
kalau kena interview...

Tuesday, 21 July 2020

Hurm ... Meningkat Kes Covid19



Banyak nya cluster dkt Sarawak
Tp dekat bahagian2 Kuching je la..
Belum sampai area Miri...


Harap jgn la sampai sini...


Org dah lupa nak jaga social distancing ke?

Esok Cuti...!!!


Esok cuti umum kat negeri aku
Alhamdulillah .. boleh la rehatkan otak


❤️

Monday, 20 July 2020

H.A.T.E.R.S





Aku tak suka jd orang yg terlambat bila
nak komen di social media seperti IG


Kalau boleh aku nak jd yg pertama utk komen
(Di IG terutamanya)

Contoh la , kalau aku minat artis A
Kemudian Astro Gempak post pasal artis tu
Kalau boleh aku x nak jd yg nombor 2
atau yg terlewat...


Sbb aku rasa, kalau kita lambat,
haters komen dulu...
Bila org lain nampak komen haters tu
Confirm automatic komen yg lain akan 
negatif jgk!!! Selalunya lah..


Maklumlah
manusia ni sering terikut2 dgn
kata2 orang...


Sbb tu, penting utk jd org pertama
yg komen positif!!! Jgn biar haters komen
dulu...

Rindu Astro @15 Bila Tengok BAWANG LIVE







Bila tgk Bawang Live rindu betul channel Astro @15
dan channel hitz...
Sebuah interactive channel di Astro
suatu waktu dulu







di mana aku salah seorang chatters tegar di situ
Dan nickname aku tu lekat sampai sekarang


Sejarah nickname aku bermula dari situ..


Tp kami jenis chatters yg sgt friendly
Boleh lagi keluar lepak dan berjumpa
Bukan chat mcm tu jer...



Kitorang aktif dari zaman AF1 okay!
Aku dulu kan belajar dkt Ipoh
Bila aku turun KL aku 
ada jumpa moderator Astro @15
dan chaters yg lain jgk...


Dan masa dulu, selain @15 ni
aku aktif berFORUM!!!
Dulu2 takde social media mcm twitter, FB
So medium yg digunakan ialah FORUM
dia mcm website, yg korang boleh
up topic dan ramai2 akan berbalas komen!!
Especially pasal AF la...  last aku aktif forum
masa AF6 ....  maksudnya dari AF1-AF6



Masuk AF2013 (Zaman Bella)
Dah xde @15. Masa tu semua pakai FB dan IG jer
Forum pun dah tak ada.. 
so semua orang fans and haters
akan komen di FB dan IG jer


Kalau nak cerita lagi pasal AF2013 ni
Panjang lagi ni. Lain kali la cerita.
Buat sedih je kalau teringat ...
Tp aku pernah tulis di Blog yg lain
Dan post tu akan kekal jd memori
Yang penting penulisan aku tu bukan omong kosong
semata2 dah sekarang..... 



Percaya la ... apa yg ada dlm fikiran aku ni
sgt berguna utk someone... kalau bukan pada waktu
itu, mungkin 4 5 tahun selepas itu baru
orang akan nampak