Wednesday, 30 September 2020

Rabu



Bila dah sampai hari rabu..
Rasa seronok..
Sebab dah dkt nak hari jumaat


Jumaat excited nak balik


Satu terapi bila dpt keluar dari persekitaran kerja



Sunday, 27 September 2020

Big Stage 2020 Minggu Ke 7 : Separuh Akhir

Fuh Farisha gais tersingkir
Tak best takde perempuan
Apa2 pun move ON!
Ni la reality show!! 
Farisha dah buktikan dan gunakan
platform Big Stage utk tunjuk
pada orang kebolehan dia yg ramai x tahu
sebelum ni... 

Tak sangka Dinie ke Final!
Bangga jgk aku dgn dia sbnrnya
Berbanding lelaki2 yg lain,
Dinie ni tetap ada kelebihan dia
Tone dia sedap!
Dan feel dia tu!! Menusuk!


Ranking aku minggu ni..

1. Azzam Sham
2. Fadh Majid
3. Qody 
4. Farisha Iris (Tersingkir)
5. Dinie Rashid 
6. Usop


Farisha Iris 

Lagu Pertama : Semalam

Mantap! Konsep persembahan dia best

Mcm ada drama2 sikit!

Tp suara mmg terbaik!

Sedap gila suara. Aku rasa mcm

xde cacat cela performance dia

Betul la kata Syafinaz.. graf nyanyian 

dia tak naik.. Maybe lagu tu yg xde klimaks


Lagu Kedua: Ratusan Purnama

Lagu ni ngam la ! Mmg lagu duet

lelaki dan perempuan. Tak mcm duet

yg tadi tu... Masuk2 je Farisha

tertinggal lirik....Farisha dpt props

lagi! Dgn pokok2 plak. Yg 1st td pun ada

dancer!  Astro bias keh? Tetiba mcm Syamel yg x brapa

best! Ke mmg dorang tak sesuai berduet

Tp Farisha okay la! High note, low note

ada yg x sempurna. Lagu ni mcm tak sesuai paduan suara ni. Mcm kurang latihan bersama.





Dinie Rashid 

Lagu Pertama: Sumpah

Seperti biasa , boleh rasa...

Malam ni suara dia jelas!

Tp rasa mcm boleh bg lebih lagi

Knapa xde props utk Dinie!

Lagu ni lagu juara lagu kot..

Patut ada props... maybe ni

malam terakhir Dinie. Komen Ajai

pun dah kata “tak sedap!!” Haihhh sian!

Ke mmg nak singkirkan Dinie???


Lagu Kedua: Adventure Of A Lifetime

Okay ada dancer kali ni

Woahh!! Best plak suara dia!!

Cuma pergerakan dia perlu bagi lagi

Nampak takut sgt muka tu! 

Tp best okay! Lain dari Dinie yg biasa

Suara mmg aku suka! Mcm sesuai plak

lagu ni dengan dia! English dia okay sgt!

Maybe sebab dia mmg minat Coldplay


Qody  

Lagu Pertama: Rude

Ok jgk la.. tp mcm ada yg

note tu tetiba sharp!

pronounciation jgk..perlu diperbaiki

Mcm dia kurang enjoy sgt

Dkt2 nak habis lagu baru nampak 

dia enjoy dan baru rasa ada best sikit

See, Dayang pun kata benda yg sama!


Lagu Kedua: Satu

Tetiba aku rasa suara Qody ni sesuai

lagu tradisional. Tp mcm td, tetiba

ada note yg dia lontarkan terlalu Sharp!

Not bad jgk! Mcm menjerit pun ada

Ntah la.. Tapi baru la rasa malam ni

HIDUP !!! Pemilihan lagu penting utk

menghidupkan suasana 



Usop

Lagu Pertama: Kembali Merindu

Wow knapa Usop sering dpt layanan

yg mcm lebih? Dpt Haqiem Rusli plak tu

Kompom naik undian sbb HR ramai fans

Erm biasa je performance ni

Cuma ada improvise sikit2...

Ke arrangement ni bosan! Aku x rasa..

Dah persembahan ke 4 , mcm xde aura

semua persembahan setakat ni..

Tu la pemilihan lagu agak bosan..

See, Faizal Tahir pun kata “tak rasa”


Lagu Kedua: Lelaki Ini

Low note x dgr sgt... 

chorus baru clear sikit..

Tp terlalu slow plak lagu ni

Bosan plak tgk Usop nyanyi lagu ni

Lagu ni lagu yg “Mahal” kot

Kena penyanyi yg power jgk..

And Usop x dpt bg.. pada pendapat aku la.. juri ni suka bg markah tinggi dkt dia

Aku rasa markah dia  sepatutnya x lebih 70 kot utk lagu ni..  

puji lebih2 sgt masa awal2..



Fadh Majid

Lagu Pertama - Someone You Love

Not bad... lagu ni senang kot!

Aku suka arrangement dia..

Tp ada part tinggi tu mcm x brapa

cantik la dia tarik.. dan mcm

sama je mcm peserta sebelum2 ni

Agak berhati2 dan bosan. Tak rasa sgt

Padahal lagu senang ni.. 

Siapa pilih lagu bosan2 ni?? Hurm..


Lagu Kedua: Percayalah

Sedap intro!!! Lagu mcm ni

makanan dia.. suara dia blend dgn

Shiha Zikir. Ada connection la

Best!! Walaupun aku x tahu lagu ni

Tp mmg best! 



Azzam Sham

Lagu Pertama : Gundah

Lags slow lagi..... Not bad..

Rasa mcm boleh naik key lagi..

Bob mmg meletop! 

Entah la! Aku rasa ada yg tak kena

je performance ni... org lain aku x tahu la

Tp tu yg aku rasa.. maybe lagu ni

tak sesuai diduetkan... 

Syafinaz kata try hard and over done!

Falsetto ada yg sedap ada yg tidak

dan perlu fikir adakah ia perlu atau tidak


Lagu Kedua: Tak Mungkin Bersama

Sedap! Ni pun lagu makanan dia

Sedap je! Xde komen sgt....

ada jgk la part2

yg mcm dia susah nak bawa

Tapi dia dpt lakukannya

Aku tgk dia ni kreatif la

Dia selalu improvise..

Terbaik dari Azzam Sham...

Kes Covid 19 Makin Meningkat



Makin banyak kes


And aku tgk masyarakat khususnya premis2  perniagaan
mcm ada longgar sikit dah SOP


Ada yg dah x sedia hand sanitizer
Jimat kos ke????? Hurm...



Kalau kat negeri aku ni
Peraturannya ketat... susah nak keluar masuk
Kalau keluar, silap haribulan tak bleh masuk balik
Sebab peraturan dia kerap berubah
Dan ada kurantin berhari2 jugak..



Mmg susah...
Kakak aku kat semenanjung pun x balik2 sini
dari start pkp, hari raya, sampai hari ni..
Bayangkan...  lama..


Bersyukurlah siapa yg masih 
dekat dgn family..

Tuesday, 22 September 2020

Gegar Vaganza Musim Ke 7


Senarai bintang GV7



Wuuu Noraniza Idris dowh!!
Legend!! Level dia dah 
patut jd juri kot...

Mus May pun Legend!!

Tp dlm ramai2 ni
Aku minat lagu Rozita Izlyn
Dia pernah berduet jgn dgn Aju
Kebetulan Aju pun ada dlm GV7 ni


Korang boleh search lagu
MENGAPA SUKAR MELAFAZKAN MAAF


Selain tu, Hazlinda pun lagu dia
mmg ramai suka! SEHATI SEJIWA



INDIGO pun aku minat jgk dulu!
Patut JULIANA BANOS pun masuk GV
Baru ngam!! Indigo dgn Juliana Banos
pun ada lagu duet yg best jgk dulu..


Dekat Rumah Dah..



Letih aku drive
Hari ahad balik tempat kerja
Hari ni dah drive balik rumah
Sebab esok appointment hospital aku
So, esok aku MC


Lepas habis appointment balik tempat kerja lagi
Jumaat nanti balik lagi kat sini..
Letih..


Tp dpt bersama keluarga skejap
Pun dah rasa best!!
Keluar dari persekitran kerja skejap
mmg terapi terbaik

Monday, 21 September 2020

Mesti Tengok! KAMPUNG PEOPLE 2!





Kampung People 2 dah start
Di Slot Lestary TV3 ... 
Rabu-Jumaat jam 9mlm!!


Baru episod 2 ..., minggu lepas!
Cerita ni sgt menghiburkan!!
Korang tak perlu layan season 1
pun boleh layan!


Aku tgk dkt Apps IQIY dua episod ni
sebab tak sempat tgk mgu lepas
ngantok.. tido awal..


Cerita ni kelakar!
Sangat!! Hahahahaha
Dah lama x tgk cerita yg betul2
menghiburkan mcm ni!!
Serious korang kena tgk!!
Kompom mood korang akan berubah
Kak Lina Pom Pom mmg kelakar gila!!!


Yg kelakar nya cerita ni sebab slang dorang
yang dibuat2 tu! Mmg sgt2 menghiburkan!
Cerita ni patut panjang sikit episod dia
Ramai suka ..

Sunday, 20 September 2020

Big Stage 2020 - Minggu ke 6 (SUKU AKHIR)

Minggu Suku Akhir dah?!

Pantas !!!



Tersingkir:

Nana Sheme :(

Hafiz Zainal


Nampaknya juri gunakan

Immunity utk Dinie Rashid

Moga dia jgn hampakan juri

minggu depan

........................................

Okay ni ranking aku

Sebelum keputusan penyingkiran diumumkan..


Ranking aku minggu ni

base on persembahan solo


1. Farisha Iris

2. Nana Sheme

3. Dinie Rashid

4. Fadh Majid

5. Azzam Sham

6. Qody

7. Usop

8. Hafiz Zainal




Okay.. ni komen aku

Semasa peserta sedang perform

dan sebelum keputusan penyingkiran

diumumkan...



Dinie Rashid - Umpan Jinak Di Air Tenang

Not bad.. ada lenggok tradisional tu

Still dia kena kuatkan sikit suara dia

Tp sangat okay persembahan Dinie ni

Mcm tak sangka dia 

boleh nyanyi lagu ni.. sgt bersahaja

Dah la 1st perform! Depan Mas Idayu

plak tu!! Good job Dinie!!!! 

Hope Dinie belum

tersingkir minggu ni..



Qody - Teman Pengganti

Suara lantang! Sesuai jgk Qody nyanyi

lagu ni... woww! Qody boleh rap!

Mmg kagum tgk performance ni

Ada jgk satu part tu mcm flat sikit

Tp keseluruhan tetap best!

Bukan senang nyanyi lagu ni

Aku rasa arrangement dia terlalu hebat

Lain sikit dari lagu asal..



Fadh Majid - Seperti Mati Lampu

Tak familiar lagu ni.. hurm..

Opening dah power suara..

Lagu dangdut.. tak jauh beza dgn

qasidah! So Fadh xde masalah sgt

membawa lagu ni.. 



Hafiz Zainal - Rampas

Knapa aku rasa Hafiz Zainal ni

nyanyi mmg boleh nyanyi..

Tp wajah dia yg jambu tu buat rasa x sesuai je dgn lagu2 yg dia nyanyi..

“Tak sampai” kat aku nyanyian dia.

Tp mmg dia boleh nyanyi...

Seperti komen2 aku yg sebelum ni..

Tak natural la atas stage. Nampak try hard.. dan bagi aku .. bosan..


Ha see?! Dayang kata... honesty tu tak ada..Dayang tak rasa. Sama la..

Aku tak pernah dpt rasa persembahan

Hafiz Zainal dah minggu ke 5 ni.

Sorry Hafiz! 



Nana Sheme - Ngam

Terbaik gilaaaaaaa

Karektor tu!! Wow sgt

Power gila! Aku sukaaaa

Sbb lgu ni fav aku! So aku

dpt rasa performance ni..

Nana not bad rap!! Bangga kot tgk

persembahan ni! Usaha tu tip top!!

Whatever apa kata FT! Tp bagi aku

Nana Sheme dah bagi yg terbaik...



Azzam Sham - Numb

Suara dia mmg sentiasa tiptop

Everything on point!

Sgt berbakat anak muda sorang ni!

Dia x nampak try hard!!

Natural je ... lagu apa pun xde masalah

Good job! Bakal juara!!! 

Artis masa depan ni!!!!!



Usop - One Call Away

Usop ni jarang perform awal2..

Ditunggu satu Malaysia kata Sherry..

Hurm... 

senang nya lagu ni..

X mencabar sangat pun..

Knapa dia buat2 suara ala2 justin bieber

LOL.. tak brapa best! Lagu kurang mencabar.. kalau dpt markah tinggi

tak tahu la... rezeki dia la..

Lagu ni x sesuai utk pertandingan..

Ntah apa Mas Idayu puji ni... 

Nasib Ajai dan FT cakap benda yg betul..



Farisha Iris - How You Like That

Power ! Lagu ni mmg menguji la

Sebab lagu Korea. 4orang nyanyi

Farisha boleh nyanyi sorang

Arrangement padu terukk

I like!!! Ntah la! Lagu main peranan

Aku suka. Serious best!!

See, markah tinggi dia dpt!!



Hahahaha!!

Time ni Kak Lina Pom Pom

baca twit aku dkt TV... Bangga

“Thanks Kak Lina pilih twit saya”



BATTLE!!


Qody X Azzam Sham - Merisik Kabar

Rasa mcm 2-2 power

Tak tahu nak pilih siapa bagus

Sebab mmg 2-2 best




Nana Sheme X Dinie Rashid - Sejati

Mcm x brapa best part Nana

Lagu ballad mcm x sesuai kot

Tp still best di dengar

Dinie Rashid nyanyi dgn style dia

Tak dengar sgt...beberapa part

Dinie ni dia biasa nyanyi akustik

Bila dgn band mcm ni suara dia selalu tak

berapa dengar! Tenggelam.. Rugi laaa!! 

Betul la kata FT... chemistry tak ada

Jgn dorang 2 ni tersingkir dah la..



Dalam ramai2 peserta lelaki

Dinie ni masih malu nak buka mulut

Tone dah sedap!! Rugii okay

tak keluarkan sepenuhnya



Hafiz Zainal X Fadh Majid - Bujang Senang

Blend jgk la suara dorang 

2-2 okay je... xde komen sgt



Usop X Farisha Iris-Tak Ada Logika

Okay ni lagu aku... fav!!!

Arrangement padu teruk!

Ini baru sesuai battle! 

Ntah knapa Nana dgn Dinie dpt

lagu Sejati. Nak battle mcm tak sesuai..

Farisha dgn Usop not bad

Mmg sesuai . Tak tahu nak pilih

Tak kisah la..









Saturday, 19 September 2020

Movie “TENET”



Tgk movie td .. citer TENET


MMG BEST!!!
Action movie..
Aku suka cerita ni sebab start je
terus dimulakan dgn aksi!! 
Tak perlu tunggu lama nak rasa goosebumps tu


Jalan cerita menarik


Tp terlalu lama!! 2 jam 30 minit okay!
Selalu cerita mcm ni paling lama pun 1 jam 50 minit
Bila dah 2 jam 30 minit tu rasa mcm
“Bila cerita ni nak habis??”



Masuk 1.30 
Keluar pukul 4 ptg! Lamaaa tuuu

Beli Barang



Bangun awal td..
7.30 dah keluar pergi pasar
Beli ayam...  mcm biasa
penuhkan peti sejuk dkt rumah dulu


Sebab tgh hari ni aku nak keluar
dgn kawan2 gi tgk movie...
So sebelum tu kita 
berbakti utk keluarga dulu..


Lepas beli makanan semua
Pegi makan roti canai jap..
Lapar gilaa pagi2...


Lepas tu gi amik Burn Cheese Cake
Dua hari lepas order..


Satu utk mkn dkt rumah
Satu utk bawa balik ke tempt kerja..
Ada 4 kotak(2 kotak besar / 2 kotak kecil)
Kek ada 2... sebab minta dia potong terus
sebab tu dia jadi berkotak2 ...


Sedap burn cheese cake ni
kalau utk minum kopi waktu petang..




Mimpi Lagi

Lately selalu mimpi orang yg
jauh... yg susah nak jumpa..


Kali ni mimpi Raff plak ..


Mimpi hari ni buat rasa x nak bangun
Mimpi jumpa Raff ...


As always Raff ni
semua yg keluar dari mulut dia
semua yang mendorong ke arah
kejayaan...


Bila dengan dia,
rasa mcm jadi “berilmu” lebih dari biasa
Ketenangan tu ada...


Tu specialnya dia...
Bersyukur ada kawan mcm dia
Rasa bersemangat lepas
jumpa dia dlm mimpi...







Wednesday, 16 September 2020

Mimpi



Mimpi mlm td...
Mimpi org2 yg dah lama x jumpa...
Entah bila dpt jumpa lagi...


Kita pun x tahu apa berlaku akan datang
Dapat ke tidak berjumpa lagi..
Jadi, bila ada peluang utk berjumpa
Jangan lepaskan peluang lepak minum..





Monday, 14 September 2020

Tq Afiq



Wuarghhhh 

Afiq berbesar hati nak ganti aku pergi kursus
Alhamdulillah!! Sebab aku malas nak pergi
Sebab aku ada benda lain nak settle..


So aku akan send dkt Afiq bahan
yg nak kena bawa

Sunday, 13 September 2020

Move On


Aku tak tgk sampai habis 
Big Stage td...
Aku tgk part yg ada Sissy Imann je
komen interview dia yg terakhir
bersama Sandra je.. sedih


Aku dah sedih 2 hari berturut2
mengenang arwah :(



Dan hari ni aku x mahu sedih lagi
Tadi lagu2 pun sedih.. 
Tak mahu emosi terganggu
Aku tgk Immortal Songs..


Lagipun aku rasa, agak kurang sesuai
majlis nyanyian utk arwah yg baru sahaja
meninggal dunia.. 
Pada pendapat aku la..
Ntah la.... daripada Astro buat
konsert mcm tu, elok buat sesi temubual je
tanpa sebarang aktiviti nyanyian.. 


Immortal Songs tadi
Best jgk ada Fieya Julia
Tp kebanyakan arrangement mlm ni
kurang menyengat!
Mcm sama je dgn versi asal..
Tp FJ punya rare!! Dia buat lagu tu
versi rock. lagu Di Alam Fana Cinta


Dah la dia sorang je perempuan minggu ni
And pada pendapat aku FJ patut menang td
bukan Azmi.... tp xpe la..
Persembahan penutup FJ mmg
menyelamatkan Immortal Songs minggu ini
Sebab yg lain punya arrangement biasa je
Tak rasa kelainan sgt ..




Lapar



Aku kalau bz buat kerja
Aku xde selera nak makan


Bila kerja dah siap baru lapar gila
Nak cari makanan...


Mcm skrg!!
Aku belum mkn sejak sampai pukul 12 td
Bz buat kerja..


Dah settle semua kul 7 td
Baru rasa lapar tu datang!!


Batery Laptop






Baru beli batery laptop dkt shopee
Seminggu dua lagi baru sampai


Aku ada 2 laptop..
Satu yg dibeli pada tahun 2012
Satu lagi tahun 2015...


Yg aku kerap pakai yg 2012 tu..
8 tahun dah okay! πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½ Tp tu la bila dah lama
batery dah x boleh on lama2 susah nak
guna time kursus kalau xde plug..
So aku beli batery baru.. ori.. RM200



Yg laptop tahun 2015 tu masalah keyboard dia
Ada button yg x function. Kena pakai external
keyboard.. Aku ada external keyboard tu
Tp leceh nak bawa .. so laptop tu jadi
laptop utk tujuan recording kat rumah je



Utk bekerja aku still suka Toshiba yg tahun 2012 tu
Mmg berbaloi...!!! Dah pernah ganti screen skali
dulu sebab pecah atas kecuaian aku sendiri..
Tp dari segi performance, laptop tu mmg terbaik!


Saturday, 12 September 2020

Sobss



Baru tgk senarai nama
utk kursus next week..


Ada nama aku lagiπŸ˜“πŸ˜“


So aku la kena pergi lagi minggu depan
Hari Rabu - Jumaat😣
16 hb hari cuti 😣😣




Grrr..

Aku ada appointment Hospital bulan ni
Tapi aku tak ingat bila...

Ya .. mata ni masih lagi
perlu pemeriksaan..

Hope tak terlepas la..
Kalau terlepas aku kena buat appointment lain
Dokumen hospital dlm kereta
Tak sempat nak tgk ...
Jap lagi aku turun tgk jap



Friday, 11 September 2020

Tak Boleh Fokus


Lepas tahu Sandra meninggal
Perasaan jd bercampur baur dan tak fokus


Aku drive kereta balik dari kursus td
pun asyik terfikir2 je..
Sampai sekarang... 


Berfikir tentang kematian..
Mcm mana la agaknya bila
masa kita akan sampai nanti..


Sandra dijemput Illahi pada hari jumaat
Hari yang penuh berkat...
Al-Fatihah .. moga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan dikalangan org beriman.. Amiinnn


Minggu lepas pasal cikgu pedalaman yg accident
Pun masih lagi terngiang2 di fikiran...


Ajal tak mengenal usia


Bayangkan dlm kemalangan, 
org lain selamat, arwah je tak selamat.
Tu lah yg dikatakan ajal maut 
telah ditentukan.... Allahu