Sunday, 30 December 2018
Hujan Lebat.. Dan Ketam..
Dah 2 hari ni hujan lebat je
Malam td sampai pagi ni pun
masih lagi... Hope esok cuaca baik
Hari ni nak gi hospital..
Amik ubat...ubat yg hari tu
dah habis.. Tgh hari sikit kot
keluar..
Eh bukan hari ni
Esok la.. Salah tengok tarikh
kat deskripsi..
Malam td lepas aku buat entry pasal
ketam, gigih pulak aku tgk
youtube cara tangkap ketam tu..
No wonder la ketam mahal..
Sebab berisiko jgk org yg tangkap
ketam..
Ketam nipah kan banyak kat
kawasan yg ada pokok bakau..
Iskk kalau kat tempat aku,
Sungai mmg ada buaya..
Seram aku tgk org naik perahu
pegi kat lubuk2.. Hurm..
Semata2 nak tangkap ketam
Tangkap ketam kat sungai
lagi berisiko dari ketam laut kot
Sila jgn komplen kenapa harga ketam
mahal okay..
Sekilo dlm RM40-RM50
Sekilo boleh dpt 2 atau 3 ekor
ketam saiz sederhana..
Lepas search pasal cara tangkap
ketam, aku search cara
matikan ketam utk di masak.
Sebab aku nak try masak sendiri
Selalu makan yg dah siap masak
Nak jgk ada pengalaman mengerjakan
ketam...
Dari hari tu.., x dpt ketam lagi ni
Masih mengidam...
Ketam ni ganas. Org selalu jual hidup2
dan mmg diikat la sepit dia..
Kalau kena sepit mmg dahsyat la
Org cakap boleh hancur tulang..
Mak aku hebat bab2 ikat ketam
dan mengerjakan ketam ni..
Biasa la mak2 ni semua pun tahu
Aku tahu makan je.
Tp aku nak ada PENGALAMAN tu jgk..
Rugi tak cuba..
Dia ada cabaran tersendiri..
Seronok pulak aku tgk youtube
pasal tangkap ketam dan cara
matikan ketam utk di masak
malam td..
Kalau jumpa ketam nanti
boleh cuba...
Ketam susah nak dpt lately
Tp time kita x de rasa nak
makan ketam, ada pulak dia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment