Wednesday, 5 June 2019

Tips Beraya Di Rumah Orang


Jgn sentuh isu sensitif
Terutama hal2 seperti

1. Jodoh
Jgn sibuk tanya bila org nak
kawen..

LOL...!! Tak tahu ke jodoh
tu kan kerja Tuhan......
Kalau Tuhan belum bagi,
belum laa...

Ataupun baik org yg bertanya
tu tolong carikan jodoh utk
org yg jd mangsa tu..
Ada jgk faedahnya..
At least berjasa la jgk


2. Politik
Jgn berkempen hal politik
Sbb tak semua org ada
fahaman politik yg sama..
Isu ni sensitif bg sesetengah
orang yg kuat politik..

Sesetengah ahli politik
merupakan Idola org lain


3. Bola
Sesetengah org sgt sensitif
bila team mereka diperkotak
katikkan... Jgn berlagak..
Kalau nak cerita pasal bola,
cerita dgn geng2 team yg sama.


Org yg minat bola ni,
tahap minat dia.. ala2 fanatik
artis jugak la.. Tak suka org kutuk2
org2 yg dia suka.. Contohnya..
ManUtd dgn Liverpool punya fans
mmg tak boleh masuk langsung..
Musuh tradisi sejak dulu...
Begitu jugak Real Madrid dgn Barcelona

Hormat la apa yg org lain minat


4. Body Shaming
Jgn tegur org tu gemuk ke
makin kurus ke.. Atau jgn tegur
kalau org tu nak makan banyak
mana yg dia nak... Memalukan
org jer...

Tp kalau kau puji dia
makin slim(puji ikhlas)
Tu mmg dia suka la..

Biasa la sesetengah org..
Bila gi open house je
ada la yg suka tegur
"eh.. Banyak nya kau makan?"
Tegur di hadapan org lain plak tu

Makan tu nikmat kot
Sesetengah org mmg suka
makan..


Tu je la kot..


Daripada bincang hal2 di atas
Baik bincang pasal benda lain
Supaya tak potong mood
orang nak beraya...

Banyak lagi topik
yg boleh di bincang masa raya



Contoh:
"cantiknya baju kau.. Beli kat mana"
"sedapnya kuih ni, kau buat ke.."
" banyak buat kuih raya tahun ni? "
"cantik la langsir rumah kau
tempah dgn siapa..
beli kat mana"



#SajaKongsi 🤭




No comments:

Post a Comment