Drama Slot Tiara Astro Prima
mmg tak pernah mengecewakan
Hari ni episod 1 SURI KATRIANA..
Bersiaran jam 6pm Isnin-Jumaat
Drama ni mmg best gila
Sebab Ernie Zakri berlakon..
1st time aku tgk dia berlakon..
Watak utama dan agak berat
Tp not bad... tak kaku dan dia berjaya
bawa watak Suri tu dgn baik..
Team2 Pali, Eez dgn Aju
punya drama mmg selalu best
Sebelum ni Selafaz Cinta...
juga utk slot Tiara di Astro Prima
Bawah ni detail pasal drama tu
If korang rajin, boleh baca sampai habis
...........
Drama bersiri Suri Katriana akan ditayangkan di Astro Prima slot Tiara bermula 30 Oktober 2019. Dibintangi oleh Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Nazim Othman, dan ramai lagi. Drama 49 episod arahan Pali Yahya. Bakal bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
JUDUL : SURI KATRIANA
EPISOD : 49 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara Astro Prima
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani
WATAK PELAKON
Ernie Zakri sebagai Suri
Ummi Nazeera sebagai Katriana
Aishah Azman sebagai Yasmin
Nadiya Nisaa sebagai Saerah
Ezzaty Abdullah sebagai Edora
Zul Huzaimy sebagai Faizal
Nazim Othman sebagai Daniel
Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
Eleena Sui sebagai Amanda
Ryzal Jaafar sebagai Rizal
Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)
LAGU TEMA / OST
Ernie Zakri - Sinar Mata Hati
SINOPSIS SURI KATRIANA
Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.
Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy).
Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.
Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?

No comments:
Post a Comment