Thursday, 30 November 2017

Supernova



Supernova 1987A, amazing example of 
what a star can look like when it dies

Dah habis ke meeting



Hari tu aku sediakan bahan 
utk meeting hari ni..
Hope okay la semua .. 
Aku korbankan masa tidur aku
untuk siapkan keje tu..




“Sorry” susah ke?


Kadang2 perkataan sorry tu
kalau diucapkan dalam bahasa melayu “maaf”
ianya kedengaran lebih deep dan ikhlas..
Lagi dpt rasa bila cakap depan2
Bukan dalam text...
Bukan org lain yg perlu minta maaf
bagi pihak orang lain...




Itu la solution dia sebenarnya..
Ramai org terlalu ego utk
meminta maaf...


Sama jugak dgn perkataan thank you
Atau “terima kasih”




Hurix . Ubat batuk gamat yg bagus



Biar masa yg mengubati hati. 
Ada hati boleh diubati dgn kata2. ..
dan ada juga hati yg hanya perlukan 
masa utk kita bernafas semula...
Dah la.. jgn ditambah lagi...
Penat.. 


Aku baru lepas makan ubat batuk Hurix ni
Ada potensi tido awal ...

QOTD

The quieter you become, 
the more you are able to hear

❤️

Senjata Makan Tuan







Kita tak boleh cerita semua benda pasal 
masalah diri kita kat orang lain.


Kelak takut jadi senjata makan tuan.


Harini orang yang mendengar 
boleh jadi rakan kita yang paling baik, 
boleh jadi esok-esok dia jadi 
musuh yang paling jahat.


Aku dah x percayakan sesiapa..


Sebab dah banyak kali terjadi
Kita percaya orang
Tp orang tu jgk la yg tikam kita
senyap2... and nak kita jatuh..



Allahu..
Moga2 aku x jumpa lagi
orang mcm ni...
Jgn salahkan aku kalau x nak cerita
apa2 lagi....  sebab orang yg suka
jadi penyampai ni la..










Rantai Art Festival 2017



Kalau korang tak buat pape..
Jom la dtg ke Rantai Art Festival 2017 #RAF17
Tahun lepas aku ada pegi ni..
Banyak aktiviti..pameran, performance dari
ramai artis2 hebat


And bagus la utk relax2 ...
Tahun ini ia akan berlangsung pada
16 & 17 December..
Bertempat di IM4U Sentral !!





Flower



๐ŸŒธ๐ŸŒธ 

Using Tamron 17-50mm

Canon 50mm still the best.. 

Oucchhh !!







Luka di jari nampak berdarah
Luka di hati x siapa tahu..



Uhuuuks .. careless !!



Keperluan


Pagi ni charge 2-2 batery siap2
Nak g jalan... batery spare semua kena ready
Sometimes seronok2 capture gambar..
Batery habis.. leceh plak kan..
Kena ada spare satu :)


Tp setakat hari ni
Aku x pernah lagi kehabisan batery
Pada waktu2 event atau masa jalan2
Sebab sebelum tu mmg charge penuh2..
Ni.. just ready je la.. in case lupa nak charge..




Ni cerita semalam.. jenjalan dgn kekanda
Aku bawak lens 50mm tu je..
Walaupun kecik.. tp imej yg dihasilkan
sgt memuaskan... ringan pun ringan :)




Ni .. Qalish Irfan .. :) kami panggil Ipan je ...




Ipan tgk apa tu?? :)





Ni adik Ipan... Khayla :) nama sebenar Khayla Ammara ... (nama novel sangattt) hehe


























Speedlite .. jarang guna..




Last day of November


Morning..
Alhamdulillah masih boleh menghirup udara segar
Aku rasa okay pagi ni
Pepagi mmg rasa okay
Malam je selalu tak okay..
Pagi ni xde suara..





Aaaaarghhhh






Penat ..
Sakit kepala.. and batuk lagi
Asal malam time nak tido je mesti x selesa
And suhu aku naik lagi ni


Tgh2 malam lap badan dgn towel basah
Stressss...๐Ÿค•๐Ÿค’๐Ÿค’


Berdenyut2 rasa kepala..
Huwarghhhhhhhb๐Ÿค’๐Ÿค’๐Ÿ˜ท๐Ÿค•๐Ÿค•๐Ÿค•๐Ÿคข๐Ÿคข๐Ÿคข




Tak bleh tido .. 



Wednesday, 29 November 2017

Doctor..


Aku nak jumpa doctor
Tp malas nak explain atau cakap banyak


“Boleh tak Doctor cari 
apa masalah pada tubuh badan saya” 

Gitewww ..

Sebab doctor pun kadang2
X faham apa yg kita explain..


Nak explain pun penat ...




Good Night Wednesday ..

Manusia datang dan pergi, 
tapi kenangan akan 
sentiasa di ingatan dan di hati


Aku harap yg pernah dtg
jgn pernah pergi...stay..
jgn berubah..



Kalau nak kata aku yg brrubah..
Salah tu.. aku x berubah pun..
Selalunya orang lain yg berubah 
terlebih dahulu..bila dah ada org baru..



Sebab dah biasa sgt jumpa org mcm ni
X faham kenapa perlu ketepikan
kita bila dah ada yg lain.. 


Semua org mmg tak nak pun berkecil hati 
mahupun berjauh hati..
Tapi kita ini tetap manusia yg ada perasaan ๐Ÿ˜
Bila2 masa perasaan boleh goyang









4 episod MY COFFEE PRINCE!


Aku dah tgk 4 Episod terus
Citer My Coffee Prince ni dkt Astro On The Go


Best citer ni!!
Hahaha rare la.. x mcm drama biasa2

Color dia pun rare!!
Korean style sgt
Yg penting jalan cerita tak cliche!
Aku suka cerita ni!


Tahniah Michael Ang. Serious best!! 



Fazura๐Ÿ˜˜❤️❤️


Tahniah Faz!!! Finally !!! 
Seperti entry aku sebelum ni
Aku suka Fazura dgn Fattah Amin..
My cousin pun sama..
Die hard fan Fazura :)
Kalau ada drama baru Fazura
kitorang mmg akan seronok berborak :)
Fazura ... 
Malaysian Sweetheart ..  pada pendapat aku la


Selalu tgk Fazura berlakon dgn pelakon lelaki lain
Begitu juga Fattah Amin..
Gosip Fattah dgn Neelofa aku mmg rasa
dorang takde pape..mmg tak nak tahu pun


Tp bila dgn Fazura.. aku dpt rasa
dorang sgt sesuai...


Fazura plak.. pernah digosipkan dgn
Shaheizy Sam la.. serious tak ada “rasa” gosip tu
Bila dgn Fattah.. dpt rasa kuasa cinta tu..
Fattah mmg sesuai dgn Fazura ❤️
Sebab aku sendiri mmg suka tgk dorang..
Sorry haterssss ๐Ÿ˜…






Fazura ni jenis x suka
tayang2 sgt kisah cinta dia di media sosial..
Itu satu yg aku suka and respect pasal dia ❤️
Seri pengantin tu terserlah sgt bila tiba saatnya






Ni fazbulouswarriors (fc fazura) punya IG
Since 2008 !! Fattah Amin pun follow..
๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ



All The Best to Fazura !!
Always support ❤️ 






Outing with kekanda ..


Outing with kekanda hari ni..
Bertiga ...seperti selalu.. eh.. berlima ...

Tekak aku ni masih tak brapa okay..
Hurn... 


Hari ni .. berkemungkinan pegi karoks
LAGI ...


Hahaha 
semalam dah pegi..
Tp semalam just warm up je.. sejam
Testing tempat karoks yg baru bukak


Not bad la tempat tu..
Sound dia best.. mic dia best ..
Cuma lagu je x banyak lagu baru
Tp okay la.. lagu lama2 pun best..



Kami mmg suka pegi karoks
Tempat yg sesuai utk
bersembang... sambil berhibur..
Lagi pun ada 2 budak kecik
Irfan dan Khayla nanti :)
Senang nak jaga ..






Tuesday, 28 November 2017

Matahari ku ..



Dah tanam ... Sunflower ;) 

Aku catat step dan tarikh dia...

Sampai berbunga... di blog yg lain!!

Bila dah berbunga .. dan berjaya nanti
aku share sini ...


Kalau dah berbunga dalam 3 4 bulan nanti
baru aku share sini semua step berserta tarikh
yang detail.. 






Alert


Yaa.. aku mmg cepat alert dgn persekitaran
Aku nampak apa yg lebih dan kurang
dalam sesuatu perkara..


Sebab selalu buat analisis..observation semua..
Semuanya perlu pemerhatian sehingga ke akar umbi
Aku mmg seorang yg sgt teliti...


Kadang2 ada yg kurang dari pihak aku sendiri
ada juga dari silap dorang.. 
tapi tak boleh buat apa2..
Nanti org kata tunjuk pandai..
sebab kita ni org bawahan je..  
orang luar....
x boleh lebih2



And semua pun mereka dan rancang....
Tak dpt buat apa2 ... just ikut je..

Hurm...












Hurm



Apsal badan aku ni panas balik
Hari tu dah nak baik dah..
Hurm... panas dalam ni..
buat aku rasa mcm nak tido awal je..



Pray for Kelantan



Dgr2 air dah naik..
Hope semua okay je kat sana ..

Terjaga

Aku dah tido td..
Tp sebab batuk non stop
ni buat aku terjaga..

Dah nak 3.30pagi
Aku rasa x selesa tekak and 
susah nak bernafas
Normal la bila batuk akan rasa cam ni






Siapa Naim Daniel ?


Dia pelakon ...
Tp aku kenal dia sebab lagu
Banyak lagu dia cover
Sumpah sedap..
Boleh aku katakan..
Dia penyanyi lelaki kedua paling best
lepas Hael Husaini...

Maksud aku... 
paling best bila cover lagu..
Dia buat style dia..
Aku sukaaaa..
Dia buat lagu tu jadi lain..


Korang google la..
Atau search dkt twitter..


Aku x suka lagu “tak tun tuang” 
Tp bila Naim Daniel buat versi R&B 
Sunpah jadi best lagu tu..


And banyak lagi laa lagu yg dia cover..
Korang tgk kat youtube..


Atau IG dia..







Aku rasa dia sesuai jd penyanyi berbanding pelakon



Takziah


Salam Takziah buat sahabatku..
Yg baru kehilangan ayahnya sebentar tadi :(


Aku faham rasa kehilangan tu
Aku dah rasa dulu..
Moga kau kuat..

dan moga arwah ditempatkan 
dikalangan org2 beriman ... :( Amiinn.. 







Monday, 27 November 2017

Sunday, 26 November 2017

Gegar Vaganza 4 : Minggu ke 5 (2017) - Elyana Tersingkir


HAZAMI - Jerat Percintaan
Aku mmg tunggu2 Hazami utk lagu ni
Pada aku Hazami mmg penyanyi lelaki
yang sgt pro. Vokal dia sedapppppp
Dan aku suka style dia..
Dia boleh bawa mood utk sesebuah lagu tu
Arrangement lagu ni telah diubah...
Ikut range Hazami... sumpah bestttt!!
Dia buat style dia!! Kalau dia buat konsert
berbaloi kot datang tengok!!
Tok Ram kara projection dia bagus
Sangat sedap!!!


ELYANA - Sepi 
Elyana ni asek dpt lagu artis seberang
Kalau lagu Agnes Monica aku suka la..
Utk lagu ni.. Elyana mmg best.
Aku terikut sama  dgn mood lagu ni
Ada sikit flat tadi.... 
hope bukan aku sorang yg dgr tadi..
Cuba Elyana ni nyanyi lagu 
NAKAL NAKAL NAKAL (Ayda Jebat)
Atau Mungkin Kamu (Sissy Imann)
Mesti best.. lagu fast kena sgt dgn dia
Atau bg lagu baru Stacy ke CAKAP KE TANGAN..
Kata Bunda Hetty nada rendah 
masih banyak flat.. dan tambah lagi ekspresi



AQASHA - Juwita
Lagu Dato M Nasir ni
and dia juri minggu ni ... siap la Aqasha haha!
Perghhh suara Aqasha dah mcm Dato M. Nasir!
Lagu ni senang kot utk Aqasha!
Mcm tak ada masalah ..
Cuma pada pendapat aku.. lagu ni
Penyampaiannya perlu lebih bercerita.
Lebih nakal lagi atas stage
Bagi kepada penonton.. ekspresi wajah dan 
komunikasi yang lebih gila la.. 
Kalau dia turun ke bawah ke mesti gempak!!
Kata Dato M. Nasir, Aqasha perlu lebih chicky
... betul la apa aku kata tadi..
Sama pendapat dgn Dato M. Nasir



TIA - Antara Hujan & Airmata  
Tia Jinbara ni mmg power! Aku suka dia
Energy dia .. dan vokal dia mantap!!!
Lagu ni pun dia buat versi dia..
And dia tak ada masalah bagi feel 
pada lagu ... konsisten kot dia ni!
Dangdut je lagi dia belum try..
Setakat lagu balada yg tinggi2
mmg forte dia laa!! 
Tok Ram kata .. energy steady!!
See sama lagi dgn pendapat aku :)
“Energyyyy “ :))



SYURA - Sepi Sekuntum Mawar Merah
Lagu pebret aku masa g karoks
Hope Syura nyanyi baik2
Jom dgr..
Opening... perghhhh ada “rasa” rock
versi tradisional sikit
Lagu rock balad ni kacang je kot
utk Syura! Aku sukaaaaa...
Mcm style VE . Korang tahu tak VE
pernah nyanyi lagu ni versi R&B 
Lenggok Syura mcm LAH AHMAD 
Kalau korang x pernah dgr.. cer cari 
versi VE ... tp Syura pun best!!
Last tu lirik ada salah2 sikit :)
Kata Bunda Hetty, pernafasan bagus.
Masih ada flat sedikit.
Tapi masih bagus penyampaiannya!!



AISHAH - Menghitung Hari
Legend !!!!
Lagu ni mmg x susah untuk dia.
Astro x ada lagu yang lagi besar ke
nak bagi??? Lagu ni senang la
utk level dia... 
Aku suka .. tak pernah x suka tgk dia
Rasa tu ada.. vokal tak payah cakap!
Sentiasa best!!! Artis kat Malaysia ni
patut contohi dia.....
Korang cuba tutup mata dan dgr..
tanpa melihat visual.. mmg best gila okay!!
Last skali arrangement lagu ni diubah jadi
tinggi... and Aishah tak menghampakan!!
Bunda Hetty dan penonton bagi standing ovation
DSV nangisssss ...
Dato M. Nasir terkesima!
“anda masih hebat” kata Dato M. Nasir.

Perghhhhh!! 


FIRMAN - Bukan Aku Tak Cinta 
Lagu yg tidak asing lagi
Sekali lagi Firman berkaca mata hitam
3 minggu berturut2 huhuhuhu
Suara dia xde masalah la lagu ni
Feel pun bagus... 
Lagu balada mcm ni mmg makanan dia..
Ada salah lirik jugak sikit tadi..
Kata Tok Ram..mcm orang mabuk menyanyi
Tp itu kekuatan Firman...  
Firman perlu masuk lagi dgn muzik yg agresif tu



LAN - Sangkar Cinta
Lagu recycle dari AF dan AF Megastar
Astro dah xde lagu lain agaknya huhuhu
Tp Lan mmg best!! Arrangement lain sikit
kali ni.. lagu ni jadi rock sikit
Vokal Lan mmg okay!!
Ekspresi wajah pun sesuai..
Kita dpt rasa ..Lan performer yg bagus!
Seriously aku suka lagu ni di rock kan
ikut style Lan!!! 
Kata Bunda Hetty,
Lagu ni makanan Lan
Dan dpt rasa groove!!
Yess betul tu!! 



LIZA HANIM - Lelaki Teragung 
Liza Hanim kottttt...
Xde masalah la lagu ni...
Dia penyanyi pro..
Tak pernah tak best..
Aku minat dia duluuuuuu.
Opening je dah sedap!!!!
Arrangement pun ada R&B sikit
Liza Hanim buat lagu ni dgn cara dia..
Vokal agak kurang kawalan malam ni
Kalau ada minggu duet..
Duetkan je Shah Indigo(suami Liza Hanim) dgn Liza Hanim
Shah pun ada suara yg bagus...
Komen Dato M. Nasir..
nyanyian tidak sempurna..



ELYANA TERSINGKIR


LAGU UNTUK MINGGU KE 6
Aishah - Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)
Hazami - Jampi (Hael Husaini)
Firman - Terakhir (Sufian Suhaimi)
Lan - Pahit Akan Manis Akhirnya (Ukays)
Syura - Kau Tetap Dlm Anganku (Azie)
Liza Hanim - Warkah Untukku (Ara)
Aqasha - Thats Why You Go Away(MLTR)
Tia - Bayang (Khai Bahar)






Benarlah... Melayu Mudah Lupa






Setiap hari orang bercakap sesuatu
yang negatif pasal Tun Mahathir..
Beliau dikatakan cuba memecah belahkan
dan menyebarkan kebencian dalam masyarakat
terhadap kepimpinan yang ada sekarang..


Dan kalau korang perasan... kalau tgk berita TV3
Lepas mengutuk Tun M .. kompom ada
puji-pujian terhadap Najib..




Melayu mudah lupa..
Negara kita ni banyak kemajuan
diaebabkan dia...
Tak akan ada lagi pemimpin mcm dia
setakat ni... kecuali Anwar Ibrahim..


Aku x peduli apa agenda dorang
Entry ni merujuk kepada cara memimpin
Tun M dan DSA adalah pemimpin yg hebat..




Aku tetap rasa Tun M adalah ahli politik
yang bijak dan tiada tolok bandingnya..


Sesiapa yang kata beliau patut berhenti
menjadi ahli politik sebenarnya takut...
Takut tembelang mereka pecah..



Jadi mereka akan timbulkan
Macam2 cerita negatif pasal dia..
Org bijak je akan tahu berfikir..



Tun M masih mengambil berat pasal negara ini
Masa dia memerintah negara kita dulu..
Aku rasa negara ni lebih harmoni..




Rasa nak pitam...


Tadi aku rasa mcm nak pitam
Tangan semua rasa kejang..


Tu 1st time seumur hidup aku
Tp aku x bg tahu sesiapa..
Masih control lagi
Masa my mum potong kek
Aku dah duduk diam kat kerusi
Sambil tutup mata and cuba utk relax
dan bernafas mcm biasa..
Kalau aku x duduk tadi, aku rasa aku
dah pengsan ... 
Aunty aku pun ada sini..
Aku x nak orang risau...
Lebih2 lagi hari ni bufday mak aku..


Aku td dgr perbualan pasal
operate mata...aunty aku bercerita dgn my mum
menakutkan.. dan rasa mcm masalah tu
Sama mcm masalah aku... mmg serious takut..



Aku mcm lemah semangat sikit...
Tangan aku jadi kebas tiba2..
Lepas habis mak aku potong kek
Aku masuk bilik dan baring.
15 minit .aku cuba relax .
Baca ayat kursi berulang kali..
Dan Cuba gerakkan tangan aku yg keras tadi


Alhamdulillah dah okay skarang...


Dah boleh keluar dari bilik..



Alhamdulillah..





Ni kek bufday mak aku..
Chocolate Indulgence dari Secret Recipee :)



Ucapan utk mak aku.. biar aku simpan dalam hati
Sesungguhnya tak ada perkataan yg dapat menggambarkan  perasaan sayang dan doa 
kami 4 beradik pada dia..  :) 


Kalau dpt biarlah aku yg pergi dulu sebelum dia..


:(









Outing...



Hari ni outing....

First g tukar carpet kereta...
Nak warna purple..
Sebab aku pernah naik hilux kawan aku
Color purple mmg style..
Lagipun carpet aku hilang satu..


Maybe org dkt car wash terlupa..
Lama dah hilang... 
Tak apa la.. hari ni dah ganti yg lagi cantik ;)






Smart!!! 

Aku nak sesiapa yg naik kete aku 
rasa environment yg lain..


Mcm Shah..hahaha 
Shah kalau naik kete aku dia
mesti “wowww” dulu..
Walaupun kete biasa je..
Tp bahagian dalam tetap wowww!! Hahaah


Pastu dgn lagu lagiiii
Lagu aku kan rare sikit..
Hahaha 


Carpet purple ni RM150 je..
Tp mmg bagus la.. tebal
Dan tak bergerak2.. ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ


Lepas tu.. aku gi ganti batery phone
Maklumlah phone aku dah 3 tahun
Batery pun dah cepat drain..
Mmg dah kena ganti batery baru





Aku x nak tukar phone baru 
Walaupun banyak godaan dari org sekeliling
Suruh tukar iphone 8 atau iphone 10 ..
iPhone 6 yg aku guna ni masih tip top okayy
Aku masih suka dan sayang phone ni..
Kalau phone ni dah x boleh berbakti lagi,
baru aku tukar..


Aku ada tgk iPhone 10 tadi..
Xde beza sgt pun..
Cuma skrin dia je la.. lain sikit
dari model iPhone sedia ada..





And aku beli ni tadi ๐Ÿ‘†๐Ÿฝ๐Ÿ‘†๐Ÿฝ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Aku kan nak tanam sunflower..


Hehehe ... tak sabar..



Nanti la esok2 aku buat
Hari ni birthday my mum .. (26 Nov)
And esok my sister pulak.. (27 Nov)


Seperti tahun2 lepas
Kami celebrate sekali dkt rumah je.. :)


Family aku punya birthday 
October, November dgn December
Dekar2 je semua..
Kak Long and Abang aku bulan 10
My sister sorang lagi bulan 11 sama ngan my mum..
Aku je bulan 12 ...



Okay la.. nak prepare jap :)




Sunday Morning




Sebelum g KL aku dah beli ni
Baru teringat nak makan..




Saturday, 25 November 2017

Fattah Amin & Fazura memang sesuai



Fazura dan Fattah Amin ni mmg sesuai..
Aku tak minat Fattah..
Tp lebih minat Fazura.. dari dulu lagi..


Cerita dia. Masa first tgk drama
“Hero Seorang Cinderella”
Aku dpt rasakan (instinct) yang
Fattah sesuai gila dgn Fazura
Walaupun Fattah jauh lebih muda dari Fazura


Masa mula2 ... Fazura ada buat statement
Dia kata cinta lokasi tak akan pernah berlaku pada dia
Dengan yakin Fazura cakap..
Fazura kan sejenis yg ego tinggi
Dia ni nampak lembut tapi
sebenarnya keras di dalam .. 


Well fans kalau dah minat..
Dorang boleh nampak artis mcm mana
perwatakannya.. 



Berbanding dgn gosip2 terdahulu
Kisah cinta Fazura dgn kerabat di raja ..
Sumpah rasa “tak sesuai”


Kalau tgk muka Fattah tu.. 
Nampak la dia lelaki baik..
Tak menunjuk2 apa yg dia ada ... 
penyabar
walaupun ramai haters..
Fazura pun sama...



Sekali je aku tgk Fattah buat live kat IG
dia tunjuk dia tgh shooting drama
PA dia la yg buatkan live tu..
Best jgk la. Kita dpt tgk
mcm mana artis shooting..



Okay la ...Fazura dgn Fattah ni..
2-2 pelakon... senang nak faham komitmen masing2
Dan 2-2 dah capai tahap terbaik dalam kerjaya..



Dan skarang tak ada rahsia lagi dgn fans..
pasal status dorang ni..
And mostly fans suka ...
And mmg fans kedua2nya suka dari awal lagi..



And aku pun suka...



Gambar kat atas tu dari Rizman & Ruzaini
bestfriend Fazura..
Nangis Rizman masa reporter interview
Dia x sabar nak buat baju utk wedding bestfriend nya..
 

Ya.. aku tahu kenapa dia nangis..
Aku faham perasaan bila bestfriend
yang kita sayang akan berkahwin..


Kalau aku pun.. aku nangis berminggu2
Nangis happy ... semestinya
Dan kedua.. nangis sebab lepas tu nanti
dah tak sama mcm selalu..
Nak ajak keluar pun susah..
Nak bermesej2 mcm selalu pun susah..

Dan kita bukan lagi tempat
untuk dia meluahkan masalahnya..
 

Dah ada gap...


Di sinilah bermulanya perkataan. “Kawan” tu
dah tak bermakna lagi..
Kalau dulu dalam seminggu ada je bermesej
Lepas status bertukar.. sebulan sekali pun
kau tak akan dpt text dari dia lagi.....
Kecuali hari raya...
Dia tak ingat kita dah..
Kita je ingat dia..
 

Kalau dulu dia akan ambil berat pasal kita..,
tanya khabar kita.. kalau kita sakit ke..
dia akan jenguk kita..walaupun hanya demam biasa.
Lepas status bertukar.., xde lagi semua tu.
Semua akan tinggal kenangan...



Kalau dulu semua benda
walau sekecil2 perkara.. dia akan share dgn kita
Lepas ni.. tak ada dah semua tu...




Inilah realitinya... :(







HAVANA - Camila Cabello




Tgh addict dgn lagu ni..
Aku beli lagu ni dkt itunes
Kalau aku beli sesuatu lagu tu
means aku betul2 suka..


Sesetengah lagu hanya best layan sekali dua
je dkt youtube.. tp lagu ni mmg best!
Kena ada dlm playlist!!!


Camila Cabello ni bekas anggota
Fifth Harmony.. yg kini tinggal 4 orang.
Dia ni mcm Zayn Malik la..
Keluar dari group dan meletop
bila bergerak solo. Dan group
dia sama la mcm One Direction..
yang dah tak ada hala tuju lepas Zayn Malik  keluar



Havana ni kalau x silap aku
nama tempat di Cuba
tempat asal penyanyi ni


Style dia mcm Rihanna
And bebaru ni dia menang “Best New”
di MTV Europe Music Award (#MTVEMA)
Artis Baru Terbaik la kiranya...


Aku dah tgk org cover lagu ni.. best
Aku suka layan versi acoustic..


Shila Amzah ada buat. Tp ada org lain
yang buat lagi best dari dia.
Org Malaysia jgk.. respect!! 


Aduhhh





Knapa aku x perasan call dari kool fm ni
khamis lepas.. serious dowh.
Kalau tak.. dpt bercakap dgn AG dan Haiza
dan tetamu jemputan Sissy Imann masa tu..



Friday, 24 November 2017

Hahaha



Kawan aku nikah hari ni
Tp aku x dpt pegi..
Dia sempat mesej aku pasal keje
LOL!!  Neves ke? 


Aku harap dia masih “dia” yg aku kenal dulu
Walaupun lepas ni status dah berubah...



Ramai  org berubah bila status berubah..
Hope dia tak mcm tu...





Bz...



Quite bz...
Ahad baru free kot..


Hari ni g basuh kete jap
Baru sampai tadi.
Kete aku dah 10 bulan takde kat sini.
Last.. bulan januari
Lepas tu aku x drive dah
Aku tinggalkan kat tempat keje
Weekend kan aku balik rumah family..
2 hari je.. penat satu hal..
Tgk keadaan jalan .. satu hal..
Sayang kete .... sebab tu malas nak drive







So memandangkan cuti panjang
Kene bawak balik jugak..
Mulanya nak hantar dgn kapal
Tp x jadi... tadi kawan aku kata
jalan okay... so aku drive je la..
Dalam hati x putus doa
supaya tak hujan.
Alhamdulillah tak hujan.
Kalau hujan susah nak drive
Licin .. dan tak nampak lubang
Dah la lubang dia bukan kecik2
Semua besar dan dalam..


So Alhamdulillah dah sampai..
So excited ....  
10 bulan ni aku naik grab je 
kalau nak ke mana2 :)
Walaupun ada kete satu lagi (Myvi)
Aku makin malas nak drive
Sejak ada kemudahan grab car..
Grab car ni memudahkan ..
X payah pening2 cari parking
in case nak cepat.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…






Thursday, 23 November 2017

Batuk


Lepas selesema kompom batuk
Hurm...pagi ni bangun..
suara tak ada..
and the best thing is
peluh keluar..
Selalu dkt sini sejuk kalau pagi
Hope cpt la demam ni kebah..


Wednesday, 22 November 2017

Tak larat

Baru habis program
Sakit kepala aku...
Selesema lagi :(
Badan pun masih panas
Tadi Raimee pun sama..
Atiq pun sama..

Aku dah makan soluble ni
Jap lagi kompom tido mati

Tp sebelum tu aku ada keje 
nak buat ... biarla aku buat keje tu 
sampai tertido 





Panas sejuk panas sejuk..



Sedih betul la demam ni
Dah la hari ni program sampai malam...
Tp xpe ... part aku 
Video , Buku program and photographer..
Video and buku program..semalam lagi dah siap..
Hari ni just amik gambar je


Utk sesi pagi td
Aku puas hati dgn hasil tangkapan
Semua gambar cantik...


Malam nanti ada lagi..
And td event kami habis kul 11.
11.30 aku dah balik.


Badan panas  ni :(
Selesema
Dah kirim kat kawan td mtk tolong belikan
panadol soluble... nanti petang baru dia datang
Aku tgh berselubung dlm comforter 
masa menaip ni.
On aircond.. kalau tak on panas..
Kalau On, sejuk...



Tuesday, 21 November 2017

............


the more you underestimate me , 
the harder i’ll go

This...




Kadang2 baca twit orang
mcm ada kaitan dgn aku..


Hurm...


Hilang motivasi..


Kita manusia..
Tetap ada hati dan perasaan ...
Kita bukan robot..


Ada sesetengah orang
Dorang boleh buat main lagi
perasaan org lain..



Beringatlah... 
hari ini bermain2 dgn perasaan orang
Esok perasaan awak pula akan dimain2kan
oleh orang lain.. 





Xpe la...


Mungkin overthingking aku je.
Malam2 biasa la..


K laaa.. goodnight ๐Ÿ˜˜
Aku x sihat ni...




Demam Berjemaah :(



Seminggu sorang demam..
Kami semua berjangkit..
Tp xpe...
Jatuh bangun bersama :)


Panas dalam .. :( 


Tak sabar nak habiskan esok
Esok bz... dari pagi sampai malam..


Pastu tadi ada satu keje datang
LAST MINUTE!! Dan urgent
hari jumaat mesti dah siap!!


Hari khamis la buat. Tak larat

Female Violinist - Zila






5 hari lagi