Korang tahu tak skarang ni Memory Card.
pun dah di design khas utk connect wifi
dengan mudah.
Maksudnya.. korang tak perlu laptop
atau cable utk transfer gambar dgn segera
ke phone korang!!
Kadang2 kita mesti la nak cepat kan
Nak share moment2 atau gambar
yg kita capture dgn DSLR terus
ke laman sosial..
Canggih teknologi skarang!!!
Kadang2 g travel.. malas nak bawak lappy!
Skarang dah senang.. DSLR je dah cukup!!
Ni la dia Flash Air SD Card Toshiba👆🏽👆🏽
Tak kira la korang pakai camera apa
Asalkan ada slot utk SD Card..
Tak ada masalah!!
Harga FlashAir SD Card Toshiba
Harga hari ni time entry ni ditulis (20Nov2017)
16GB - RM109
32GB - RM140
64GB - RM248
(Lebih kurang la.. tgk kedai jugak...)
Tp kompom lama2 nanti makin murah..
Aku pilih 32GB ... sebenarnya level2 aku ni
16GB dah cukup..ikut korang la..
Kalau korang mmg banyak nak shooting
video .. amik la storage yg besar..
Mana nak beli ni?
Kat kedai camera.. kedai konputer ada kot
Aku ni beli online je.. sebab aku tak ada masa
nak pegi kedai... serious tak ada masa..
Dkt Lazada ada.. mana2 pun ada
Search je “FlashAir”
Cara Menggunakan FlashAir SD Card .
1. Masukkan Flash Air Toshiba ke dalam slot memory card DSLR korang..
2. Install Apps di PlayStore atau AppsStore utk Iphone
(android ke iphone ke.. semua ada apps tu!!
Tengok ni.. aku dah install!! Haha
Step seterusnya
3. Korang try la amik gambar mcm biasa dari DSLR
Contohnya mcm ni:
Pastu pair kan Flash Air dgn Phone
Mcm biasa.. pair kan je la..
Pastikan DSLR dalam Mode ON
Gambar kat atas 👆🏽ni means aku dah pair kan.
Lepas tu masukkan factory password
utk FlashAir iaitu 12345678 senang je
Password tu ada dlm instruction.
Bila dah pair ..
Kalau korang guna iphone akan kuar
mcm dlm gambar ni. Klik OK.👆🏽
Lepas tu (tgk gambar kat bawah ni 👇🏽
4. Korang boleh tgk gambar yg korang snap
dari DSLR tadi dekat phone dah..
Masa ni korang boleh pilih mana satu yg korang
nak save dlm galery atau camera roll phone korang
Contohnya aku nak satu yg terbaik..
mcm dlm gambar kat bawah ni
Step ke 5: Save la!! Senang je!!
Tak semestinya semua gambar
kita nak letak dlm phone kan..
Mesti ada 1 atau 2 yg terbaik.. yg kita
akan share dkt IG atau social media yg lain
:)
Ni camera roll atau galery phone aku yg aku dah save gambar dari DSLR .. segala screenshot yg aku guna
utk buat entry kali ini ..👇🏽👇🏽👇🏽
Dan inilah gambar sebenar yg aku capture
dari DSLR tadi dan save menggunakan
FlashAir SD Card!
So ni dia gambar yg dah pun ada dlm phone aku!
Dan entry ni aku buat pakai phone je..
Senang kan??
PERINGATAN:
Pastikan DSLR dlm mode ON sepanjang process ini..
DSLR kan kalau kita x tekan apa2
dia off sendiri ..
Teknologi transfer photo/video/music tanpa
perlu guna laptop dan cable terus ke
phone atau laptop..
Utk transfer ke laptop, ada URL dia yg korang
kena follow. Tgk instruction
yg disertakan semasa korang beli
Flash Air SD Card tu..
Tapi simple je!! Serious! Sgt berguna
Bagi yg suka travel tp malas bawak laptop
SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment