Saturday, 25 November 2017

Fattah Amin & Fazura memang sesuai



Fazura dan Fattah Amin ni mmg sesuai..
Aku tak minat Fattah..
Tp lebih minat Fazura.. dari dulu lagi..


Cerita dia. Masa first tgk drama
“Hero Seorang Cinderella”
Aku dpt rasakan (instinct) yang
Fattah sesuai gila dgn Fazura
Walaupun Fattah jauh lebih muda dari Fazura


Masa mula2 ... Fazura ada buat statement
Dia kata cinta lokasi tak akan pernah berlaku pada dia
Dengan yakin Fazura cakap..
Fazura kan sejenis yg ego tinggi
Dia ni nampak lembut tapi
sebenarnya keras di dalam .. 


Well fans kalau dah minat..
Dorang boleh nampak artis mcm mana
perwatakannya.. 



Berbanding dgn gosip2 terdahulu
Kisah cinta Fazura dgn kerabat di raja ..
Sumpah rasa “tak sesuai”


Kalau tgk muka Fattah tu.. 
Nampak la dia lelaki baik..
Tak menunjuk2 apa yg dia ada ... 
penyabar
walaupun ramai haters..
Fazura pun sama...



Sekali je aku tgk Fattah buat live kat IG
dia tunjuk dia tgh shooting drama
PA dia la yg buatkan live tu..
Best jgk la. Kita dpt tgk
mcm mana artis shooting..



Okay la ...Fazura dgn Fattah ni..
2-2 pelakon... senang nak faham komitmen masing2
Dan 2-2 dah capai tahap terbaik dalam kerjaya..



Dan skarang tak ada rahsia lagi dgn fans..
pasal status dorang ni..
And mostly fans suka ...
And mmg fans kedua2nya suka dari awal lagi..



And aku pun suka...



Gambar kat atas tu dari Rizman & Ruzaini
bestfriend Fazura..
Nangis Rizman masa reporter interview
Dia x sabar nak buat baju utk wedding bestfriend nya..
 

Ya.. aku tahu kenapa dia nangis..
Aku faham perasaan bila bestfriend
yang kita sayang akan berkahwin..


Kalau aku pun.. aku nangis berminggu2
Nangis happy ... semestinya
Dan kedua.. nangis sebab lepas tu nanti
dah tak sama mcm selalu..
Nak ajak keluar pun susah..
Nak bermesej2 mcm selalu pun susah..

Dan kita bukan lagi tempat
untuk dia meluahkan masalahnya..
 

Dah ada gap...


Di sinilah bermulanya perkataan. “Kawan” tu
dah tak bermakna lagi..
Kalau dulu dalam seminggu ada je bermesej
Lepas status bertukar.. sebulan sekali pun
kau tak akan dpt text dari dia lagi.....
Kecuali hari raya...
Dia tak ingat kita dah..
Kita je ingat dia..
 

Kalau dulu dia akan ambil berat pasal kita..,
tanya khabar kita.. kalau kita sakit ke..
dia akan jenguk kita..walaupun hanya demam biasa.
Lepas status bertukar.., xde lagi semua tu.
Semua akan tinggal kenangan...



Kalau dulu semua benda
walau sekecil2 perkara.. dia akan share dgn kita
Lepas ni.. tak ada dah semua tu...




Inilah realitinya... :(







No comments:

Post a Comment