Saturday, 30 June 2018
Kelab Peminat Fattah Amin Dibubarkan
Friday, 29 June 2018
Why
Aku dah lama ada Insurans Prudential ni
Masalahnya knapa aku takut sgt
nak buat check up..
Aku tahu aku tak la sehat sgt..
Aku dah mmg kena buat check up
Prudential boleh cover aku
in case aku kena buat operation
and kena admit hospital lepas tu..
Tapi aku ni...
Bila nak berani pegi buat check up..
Mmg aku jenis tak suka pegi klinik
and hospital...
Cium bau ubat kat hospital
dah buat aku rasa nak pengsan..
Thursday, 28 June 2018
Peristiwa 15 Syawal
Ada perkara yg berlaku pada 15 Syawal
Tahun lepas..
Dan kesannya sampai hari ini..
Kisah sedih...
Masih mood raya waktu tu
Kita patut bermaaf-maafan..
Tapi malam tu.. something happen
pada kita disebabkan dia..
Its a long conversation..
Susah nak diceritakan dgn detail..
Tapi aku tetap ingat setiap text
yg berlaku malam itu..
Keesokan harinya
Aku pegi keje dgn badan yg lemah
mata yang bengkak.. Tak dpt fokus
Berlanjutan sehingga seminggu dua
And aku decide pegi short vacay
utk rehatkan minda.. Tapi still
aku tak dpt balik mood aku..
yang selalu happy dan ceria seperti selalu
Dan effect dia sampai hari ni..
:(
Benda paling kita tak nak berlaku
dah pun berlaku...
Tu cerita 15 Syawal tahun lepas
Dan hari ni 15 Syawal jugak :)
Aku teringat....
Aku mmg pengingat..
Banyak benda dan tarikh2 berlaku sesuatu
yg aku dpt ingat tarikhnya..
aku x perlu ingat pun sebenarnya..
:(
Nak nampak normal
Ramai jgk golongan GAY dlm masyarakat
Yang sedihnya ramai jgk kawen
semata2 nak nampak normal
Kesian kat perempuan..
Kalau satu hari nanti mereka sedar
Yg suami mereka sebenarnya
suka lelaki.. Kawen dan ada anak
utk buktikan pada org yg mereka straight
SEBENARNYA TAK..
SCARY!!!
Selebriti pun ada.. Sampai cerai berai
walaupun selama ni nampak elok je..
Sama jugak..
Kalau suami/isteri masih ada wechat
dalam phone... Kebarangkalian
curang sgt tinggi.. Sebab
Wechat ni kan tempat org yg
Kesunyian and nak "fun" dgn gadis2 muda
Pegi check phone suami/isteri korang cpt
Ada wechat ke tak... Huhuhu
Wednesday, 27 June 2018
Coffee
Sambil minum coffee panas petang2 ni
Sempat aku potong kuih..
Nak makan sama2 dgn geng office esok..
Kami masih mood raya :)
Niat
First.. Semak niat dulu..
Kau buat mcm tu utk diri kau sorang
atau nak impress someone..
nak show off..yg kau lebih hebat
dan at the end boleh bermegah2
yang semuanya kau buat sendiri..
Niat yg tak betul..
Akan bawa kesan jangka panjang..
Manusia terlalu ego.. Ego utk
mengaku kesilapan...
Desperate nak menunjuk2 kehebatan..
Buang yg lama utk dptkan yg baru
sedang yg lama masih boleh guna..
Sama la jgk kalau kita nak
bekerjasama dgn org..,
Kalau dibelakang dia kau kutuk dia..
Kau ingat hasil keje kau nanti memuaskan
ke???..... Sikit pun x hormat pendapat org
Nak idea kau semua org ikut..
Mcm mana org nak ikut kalau
diri kau sendiri pun kau tak ubah..
Cara memaksa dan mengarah..
Kau x pernah nak amik tahu
pasal perasaan team kau... Down ke tak..
Janji org ikut apa kau nak..
Bila perlu kau cari..
Bila kau ada org lain.. Kau buang
Langsung tak cuba faham dan kenal
team sendiri...
Bila gagal.. Kau perli... Kau salahkan org
Bukan nak bagi semangat supaya
org lain tak down dan boleh improve..
Teringat masa cuti
Petang kul 1 kul 2 camtu aku dgn mak aku
Keluar pegi pasar..
Beli ikan la.. Udang...
Mak aku pilih.. Aku tukang bayar..
Bila dah dkt tempat keje jauh dari rumah
Petang2 mesti teringat..
Mesti mak aku x pegi pasar sangat
kalau aku xde... :)
Kehadiran kita tak diperlukan.
Z(bkn nama sbnr) sorang je datang
dah cukup utk dia..
Kita? Dia ada cari kita tak time
dia senang.. Time dia happy?
Dia tak share dgn kita.. Mcm dulu
Tak ada kan.. Semua Z sorang je
di mata dia... Semua berubah
sejak ada dia..
Kita stok2 time perlu je :(
Datang ke tidak.. Bukan ada makna
utk dia.. Z sorang je penting..
Batuk non stop
Lama kali ni..
Sampai nak terkeluar semua dlm perut..
Bila rasa nak muntah..
Minum coke.. Coke
dpt mengurangkan rasa mual..
Dan mmg betul.. Terus x jadi nak muntah
Tuesday, 26 June 2018
I know what to do..
Tapi kadang2..
Aku x dpt nak buat bukan sebab aku tak tahu...
Tapi sebab,
aku takut x dpt terima kenyataan
apa yang aku akan jumpa..
Beberapa org je faham..
Yg lain semua hanya tahu komplen..
Menyalahkan orang dan show off..
Even org yg kita harapkan utk faham
pun sama tak nampak.. Malah
dia pun menyalahkan kita dalam diam..
Betul tak? Ask yourself..
Kita ni yg selalu buat keje belakang tabir..
Almost all the time..
siapa pun tak tahu..
Sebab mereka hanya nampak
barisan hadapan je..
Monday, 25 June 2018
Spesis Lelaki Perosak atau perempuan terlalu murah?
Janna Nick
Sufian Suhaimi
2 gambar ni ntah pape..
Walaupun sepupu..
Kalau adik beradik xde hal lah..
Tapi adik beradik pun xde sampai
nak bergambar mcm ni..
Effect dia.. Perlahan2..
peminat dorang akan hilang respect..
Mcm mana la admin fc dia nak jawab..
kalau fans lain bising pasal ni..
(kompom tak terkata..)
Ye la...selalu puji melambung...
Tapi keluar gambar mcm ni..
nak puji apa lagi?
Aku dpt rasakan admin atau presiden
Fc dorang akan kecewa...
Desperate sgt ke nak publisiti murahan..
Atau desperate sgt nak kawen..
Mcm mana nak jd role model masyarakat
Artis ni milik masyarakat.. Jagalah diri..
Nanti bila netizen kecam..
Cakap org cyberbully la bagai..
Padahal dorang sendiri buka ruang utk
dikecam..
Janna Nick sejak makin famous ni
makin berani.. Sama je mcm artis yg lain..
Sgt berbeza masa mula2 sebelum famous..
Sebelum famous.. lebih humble..
Tahu jaga tatasusila..
Kalau dia berterusan mcm ni..
Tak lama lagi.. Turun la populariti dia..
Org tak nampai bakat dia dah..
Kontroversi lebih kedepan berbanding bakat..
Just saying
Banyak cantik muka kau
Tadi dpt DM dari someone..
3 tahun kot senyap..
Tetiba mesej.. Tanya khabar pun tidak
terus2 mintak video AF2...
Aku je yg ada video2 tu..
And siap suruh send kat whatsapps dia..
Sorry.. Reply mesej kau pun aku malas..
Sumpah org mcm ni annoying..
Tak tahu beradab...
Dah la dia tu muda dari aku..
Macam aku ni org suruhan dia
Bila2 masa boleh bagi apa dia nak..
Aku mmg ada video2 tu..
Tapi dalam laptop..
And sebab org ni tak beradab,
Sorry la aku nak bagi..
Banyak cantik muka kau..
Ni la contoh manusia..
Time perlu baru cari orang.
Time tak perlu, kita dilayan mcm sampah
macam tak pernah kenal..
fakoffff huhðŸ˜
Zero respect dkt orang yg dah lama
tak contact.. Tetiba dtg mintak itu ini..
Mcm kita ni kuli dia...
Aku bukan orang suruhan..
Kau pun lupa aku time senang..
Jadi... Adil lah kan.. Aku x perlu
tunaikan permintaan kau tu huhuhu
Asyik aku je kena tunaikan permintaan org.
Permintaan aku org tak nak tahu pun..
Aku suka org mtk tolong..
Aku akan buat sehabis baik..
Asalkan orang tu tahu beradab..
And tak lupa aku time dia senang..
Sebab ramai orang.. Bila senang,
bila tgh bahagia.. Dia lupa kita
yg pernah sama2 rasa susah dgn dia..
Semudah itu kita dilupakan dan diketepikan.
Saat dia mula lupakan kita, saat itu
org tak pernah tahu betapa dia
cuba utk move on dan terima hakikat
yang dia dah dilupakan. Proses tu sgt
sukar... Bertahun menahan rasa pedih..
Tp depan orang.. Dia berlagak biasa..
P/S:, SENTIASA INGATKAN DIRI.. JGN LUPA ORANG LAIN.. JGN KETEPIKAN ORG YG PERNAH BERSAMA KITA WAKTU KITA SUSAH. MANUSIA MUDAH LUPA BILA BAHAGIA, BILA BERJAYA.. PADA MEREKA ORG LAIN ADALAH SEBAHAGIAN KECIL JE DLM HIDUP DORANG.. TP BG ORG LAIN. DIA SGT PENTING.. TAPI DIA X PERNAH TAHU.. CUBA FIKIR KALAU ORG TU TAK PENTING, BUAT APA DIA NAK ADA DLM LIFE KITA TIME KITA SUSAH..
Sunday, 24 June 2018
Saturday, 23 June 2018
Whats on your mind
Sesiapa pun x mahu...
Org yg kita rapat..
yang kita sayang mcm keluarga..,
suatu hari nanti bila dia dah success..
Dia jadi org lain..
dan lupakan kita
Seperti tak pernah kenal..
dan "dibiarkan begitu saja"
seperti lirik lagu Haqiem Rusli
(Tergantung Sepi)
Did u get what i mean...
Sebab dah banyak pengalaman mcm ni..
Org bukan tahu apa kesan dia pada kita..
Whatever.. Aku rasa penat gila hari ni
Bz kemas rumah.. Mop lantai..
Sapu...
Sakit pinggang..
Erkk btw.. Aku makin gemuk
Tak perlu lama.. Seminggu raya dah cukup
Ntah.. Badan aku ni jenis cpt gemok..
Jeles tgk org yg makan banyak
Tapi dia tetap kurus...
Huhu...
Apa sangatlah 2 jam OTP dgn BFF
ni BFF aku.. M A R N O A Z M A N
Kawan baik masa blaja dulu..
Dia Ketua.. Aku Secretary dia..
Ntah apa mimpi kau call aku kan..
Lama tak sembang..
Sekali tadi.. 2 jam terus sembang dgn dia..
Macam2 kitorang sembang
2 jam uols... Ntah pape... Hahahaha
2-2 masuk air.. Gilaaa la kalau tak..
Teman dia berborak sebab dia
tgh drive sorang2.. Kompom ngantok..
Well dia ni cikgu pedalaman di Perak..
Jgn main2.. Kuat pengaruh dia dkt Perak tu
Hahahaha!!
Dgn dia ni aku x perlu risau..
Sebab dia belum kawen dan single..
Friday, 22 June 2018
Double Standard
Org yg mengamalkan double standard ni
Moga suatu hari nanti dia rasa
di double standard kan oleh orang lain pula..
Contohnya.. Mentang2 la kau ni berduit
pastu org biasa2 x bleh masuk dlm
life kau.
Atau pun.. Kau ni kategori boss boss..
Org bawahan pun x layak bercampur dgn kau
Atau org yg keje biasa2 x layak semeja dgn kau
Atau bsrsikap kenegerian...
What the f
Kitorang pun tak hingin okay..
Ingat kitorang nak sangat.. Euwwww
Life ni simple..
Org layan kita baik...
Kita layan lagi baik...
Pegi mampus la... Berlagak
dgn kesenangan yg Tuhan bagi..
Jgn salahkan orang lain..
Aku paling tak suka org menyalahkan aku
kononnya aku x bagi tahu dia..
and dia cakap depan orang lain
yang aku x sampaikan pada dia..
Pada hal aku dah bagi tahu awal2..
Dia yg tak alert.. Pls la huhuhu..
Zero respect la kat org mcm tu..
Nak nampak baik dpn orang ramai..
kononnya dia mangsa keadaan..
acah2 inesennnn tak tahu apa2..
dalam masa yg sama menyalahkan orang..
Thursday, 21 June 2018
Netizen acah2 suci kutuk Yuna
Aku scroll fb page Rotikaya and aku baca
komen pada gambar Yuna...
Yang aku screenshot ni yg okay sikit..
Tak sanggup screenshot yg lain..
95% semua teruk2....
Aku x suka bila org perlekeh
org yg aku suka.. Yg berbakat..
Tapi kadang2.. Kita nak backup pun x dpt..
Kalau dah gambar tu salah..
di sisi agama.. :(
Yg kutuk tu aku tgk Lelaki je banyak..
Sedih.. Org pompuan kalau x pandai jaga diri
sampai ramai lelaki yg tegur pasal
penampilan diri..,
You must do something about it.
Its all about MARUAH...
Lelaki yg acah2 suci dalam ratusan komen
yang mengutuk yuna ni.. Jgn nak poyo sgt.
Entah2 dalam kalangan dorang tu
ramai jgk anak dara org yg dorang dah
rosakkan... Huhu..
Tp mmg betul laa..
Dulu Yuna pakai inner neck..
Skarang tak pakai dah..
Sebab tu org kecoh.. Hurm...
Aku x suka..
Aku sakit hati baca org cakap benda teruk2
pasal Yuna... Tp bukan dpt buat apa2 pun
Bila Yuna ni nak active menyanyi balik?
Yuna ni orang suka dia yang dulu..
Macam masa mula2 sebelum famous..
Lagu dia yg dulu2 lagi best
dari yg album english yg produce
dkt luar negara tu..
Org suka Yuna yg selalu perform dgn gitar.
Itu Yuna yg orang suka..
Jadi betul la populariti buat someone berubah..
Wang ringgit juga buat org berubah..
Dan status pun sama...
Laksa Sarawak
Raya ke 7.. Finally dpt laksa sarawak..
Sedap gila...
Istimewanya laksa Sarawak ni..
Kalau kuah dia pekat..
Kuah ada campur belacan..
mmg resipi dia.. kena ada belacan tu
Mmg perghhhh laaa...
Rokok
Walaupun tak baik utk kesihatan (semua tahu)
Tapi still org akan amik jugak..
Org cari jgk..
Bila stress makin banyak bilangannya
Org yg x merokok pun kalau stress cari rokok..
Teringat lecturer english aku dulu..
Perempuan.. Muda lagi...Dlm 30 umur dia
masa tu.. Gojes..
Dia buat confession yg dia mmg perokok..
Dia cakap bila stress..
Dia akan merokok.. Rasa tenang katanya..
Mcm tak sangka.. Ye la.. Wanita gojes
pun hisap rokok.. Tp tak la secara terbuka
Utk perokok2.. Jagalah diri dan nyawa org lain.
Kalau x berhenti pun.. Kurangkan la..
Kalau selalu 6 batang sehari..
Apa kata kurangkan jadi 2 batang..
Haa.. At least kann... Ada usaha..
Atau 1 batang sehari cukup la..
Atau slowly berhenti terus..
Vape okay jgk tp rokok real
baru ada kick kot (bagi perokok)
.. Kannn..
Just saying..
Jangan Batak LIKE mahupun RT atau FOLLOW BACK
Tips penting di media sosial..
Jangan gila LIKE dan mintak RT..
Dan jgn mintak orang follow back..
Ini yg selalu buat mcm ni, budak wechat la..
Naluri manusia.. X suka di suruh2..
Rasa annoying..
Tak payah la suruh org RT atau LIKE
atau follow back okay...
Kalau kau bagus.. Org akan cari..
Org akan follow... Itu lebih baik..
Sebenarnya banyak lagi tips and tricks
yg ramai org tak tahu..
Dalam sesetengah perkara
BOLEH je mintak RT
Contohnya.. Ada keje2 amal..
Atau mintak tolong.. Itu okay..
atau nak sebarkan maklumat.. Itu pun okay..
Tapi kalau maklumat tentang produk
atau bisnes... Baik korang buat yg berbayar..
Isi Hati
Even social media kita bebas nak tulis
Apa isi hati kita..
Tapi aku.. tak semua..
Isi hati aku tetap rahsia..
Hanya Tuhan yg tahu...
Kadang2 kalau kita kecewa..
Kita tulis je kat social media..
Itu mood waktu kecewa...
Tak sama dgn isi hati yg sebenarnya.
Sama la jgk time kita tgh marah..
Kita lepaskan je sampai puas hati..
Tapi bila dah cool down.. Minda dah waras,
Mesti kita mengucap..
"Ya Allah.. Apa yg aku cakap tadi"
Ya.. ISI HATI aku yg sebenar hanya Tuhan
yang tahu... Aku luahkannya dalam doa..
bukan di sosial media..
Wednesday, 20 June 2018
Izara Aisyah... Why?
Aku ternampak gambar raya
Izara yg viral tu
Dah la dgn Tun M..
Over kot peluk2...
Dan tak manis.. Sumpah..
Isteri orang.. Bergambar mcm tu
dgn Perdana Menteri..
Walaupun Tun M tu pangkat2 atok je..
Tetap over...
Cuba la bergambar biasa2 je
Hormat la sikit..
Sebab gambar tu akan buka peluang
pembangkang mengata...
Spoil laa Izara ni
Sebelum bergambar tak fikir ke dulu
Dah la org Malaysia ni mmg
sensitif gambar mcm tu..
Bukan setakat merosakkan imej Tun
malah imej Izara sendiri sebagai selebriti
Dan of course Adib pun akan terkena tempias
Kompom akan ada suara2 mengata
Adib tak larang ke isteri bergambar mcm tu?
Iskkkk spoil laa...
Imej ni bukan senang nak kukuh
Skali je buat silap..
Sampai bila2 org akan ingat
and org akan hilang respect..
Lebih2 lagi kalau kita selalu puji2 pasal
individu tu pada orang lain..
Tiba2 keluar gambar yg kurang manis
dkt public... Kita nak backup pun x dapat dah..
Sebab dah mmg gambar tu tak sesuai
ditunjuk pada org ramai...
Tuesday, 19 June 2018
Tak sihat
Kerepek
Raya kali ni xde selera nak makan kek lapis
Macam kali ni.. More to kerepek2...
Dan biskut...
Kek lapis kat rumah aku pun x semua
aku try lagi..
Kek Lapis Sisik Ikan selalu sedap..
Tahun ni kek tu tak jadi...
Aku rasa org yg buat tu..
Dia tgh marah kot.. Sebab tu
macam ada kurang rasa pada kek tu..
Dan susunan sisik pun tenggelam
Tak seperti yg sepatutnya..
Kalau lah dpt claim ganti rugi kan bagus..
Kek Lapis tak jadi... Tapi bayaran tetap sama..
Dah la aku order 2 buku Kek Lapis Sisik Ikan tu..
Sebab mmg favourite... Dan selalunya sedap
Kek tahun ini agak menghampakan
dan mengecewakan..
Senang mengelirukan orang?
Situasi A
Sorang post lain..
yang sorang lagi post benda lain..
Nak cover yg sbnrnya skrg
mereka di tempat yg berbeza..
Padahal di tempat yg sama..
Taktik lama...
Situasi B
post gambar sama.. 2-2
Supaya org tahu mereka berada di tempat yg
sama.. Padahal.. Lain2 tempat skrg..
Budak2 senang la terkeliru..
Org yg dah dewasa x semudah tu
utk diperbodohkan...
Jgn buat taktik mcm ni..
Orang dah tahu
I'm Fading Away
Soon, I will become a memory
Waiting to be erased..
Dont forget the day that we met..
It changed history.. At least for me..
..
Sunday, 17 June 2018
Selamat Hari Bapa
Buat semua ayah di dunia ini..
Dan yg tak ada ayah cam aku, jgn sedih
Mak kan ada :)
Dialah ibu.. Dialah ayah
P20 PRO Terbaik..
Raya ni camera phone terbaik
Confirm la Huawei P20 Pro..
kazen mazen dan
kengkawan tak tahu
aku pakai phone apa..
Tapi bila share gmbar dlm group
semua tertanya2..
"Cantiknya gambar.. phone siapa ni.
Kau punya ke.. Kau pakai phone apa?"
Pastu baru aku cakap..
Huawei P20 Pro..
Serious semua impressed dgn gmbar
dari phone ni..
Kazen aku yg pakai iPhone X
pun x amik gambar pakai phone dia
Dia suruh pakai P20 Pro je..
Macam DSLR katanya...
Hari tu aku sempat beli UAG casing ni..
Phone yg berkualiti mcm ni kena ada
casing yg boleh protect betul2 kalau terjatuh..
Aku mmg syg barang.. Handphone bukan
benda murah.. Lebih2 lagi benda ni beli
dgn duit sendiri... Kalau jatuh.. Tak lawak ok
dan sebab phone ni dah mcm. DSLR kedua aku
Mmg kena jaga la... Tp aku tetap akan pakai
DSLR utk amik gambar..
Phone ni utk kegunaan personal..
DSLR utk buat keje...
DSLR masih nombor 1...
Casing Urban Armor Gear (UAG) mmg
familiar dgn kualiti and mmg boleh protect
phone korang dari pelbagai sudut..
1st ketebalannya boleh protect camera
dari tercalar if kita letak atas meja..
Lepas tu skrin depan pun sama..
dan setiap bucu pun boleh protect
phone dgn baik if terjatuh..
Casing ni x la berat mana..
Kalau berat pun x kisah.. Janji phone selamat..
Dia keras dan kukuh..
Tapi button kat tepi tetap lembut
dan memudahkan kita tekan if nak
adjust volume and lock screen..
Normal price casing ni RM 149.. Original
Beli kat Huawei Outlet pun sama..
Kalau tgk kat shoppee ke.. Lazada pun sama..
Masa aku beli casing ni..
dia bagi free USB... Aku mmg perlukan
USB lebih.. Skarang ada 3 dah..
Satu utk charger original..
Satu utk kereta.. Satu utk powerbank..
Friday, 15 June 2018
Minimalis di Hari Raya
(hari2 pun minimalis)
3 benda ni dah memadai.. Kalau aku..
Product paling sesuai dgn aku Safi Rania ni..
X nak tkr2.. Kulit aku mmg sensitif..
Dulu pernah try product lain..
Tp tetiba muka aku jadi mcm..
Keluar jerawat besar2.. So aku serik
bertukar... Ini je la aku pakai
sampai bila2.. NOKTAH..
2 benda ni dah boleh buat muka
glowing2 tau... Serum pun sama
Dalam gambar xde serum
Aku seboleh2nya 2 jam sekali
aku akan rasa nak basuh muka je
Tak selesa lama2 ada benda di muka..
Selalu kalau time keje...,
Kul 10 aku akan basuh muka..
Pastu pakai balik 3 benda kat atas tu..
Tp kalau dah malas tu
mmg tak pakai pun semua ni..
Tgk pada kepentingan..
Kalau lepak santai je.. Mmg tak pakai la..
Selalu pakai kalau g keje..
Atau jumpa org je..
Selain dari tu mmg malas..
Kalau lipstick aku tak kisah sgt brand apa
Tapi aku suka lipstick color pink..
Yg aku pakai ni Maybeline "Technically Pink"
Asalkan pink..
Bila aku pakai merah,
aku rasa mcm bukan aku je..
Pitch boleh terima lagi la..
Pastu bila pakai lipstick ni pun aku suka tebal
Asalkan bibir tak pucat.. Dah kira okay..
Pencuci muka.. Aku pakai Clean and Clear
yg warna kelabu tu..
Aku suka pencuci muka ni
Sebab muka kita akan rasa sejuk2
dan menyegarkan la..
Pastu bau dia tak terlampau wangi
kadang terlalu wangi.. Rasa x selesa..
Bau dia sgt menyegarkan.. Best
Dan seminggu atau 2 minggu sekali..
Aku skrub muka..
Itu je aku buat utk wajah.. X over kan :)
Dulu aku rajin g facial.. Sebulan sekali
mesti buat.. Disiplin gituuu
Bila stress je terus rasa nak g facial..
Urutan di wajah tu membantu
kurangkan stress..
Tapi sejak spa yg aku pegi tu dah pindah
and aku x tahu dkt mana kedai baru dorang
aku stop buat facial... :(
Tempat lain ada je.. Cuma aku bz..
And kawasan pun kawasan yg sibuk..
Susah nak pegi..
Berbeza dgn spa sebelum ni
yg aku selalu pegi.. Selesa...sunyi
lagu pun best2.. Pekerja pun peramah..
Tapi nak cari jgk port baru nanti..
Rasa berat je muka ni.. Perlu urutan sikit..
Tp ompompuan ni kalau time period
atau sebelum period
jerawat pun akan keluar jgk
tak dpt elak..
Mesej Pagi Tadi..
Pagi tadi. Aku dpt text
Dari someone yg pernah mengecewakan aku
Yang pernah aku anggap adik..
Tapi dia dah pernah lukakan hati aku..
Dengan perbuatan dan perkataan yg
betul2 sampai buat aku nangis kecewa
sebelum ini...
Bila dia send mesej mintak maaf semua..
Sekali lagi aku nangis...
And aku maafkan apa yg telah berlaku..
Itu je dah buat aku happy..
Kata maaf tu betul2 dpt lembutkan hati
Sekelip mata je semuanya berubah..
Alhamdulillah..
..... Sempat aku nangis sekejap dalam
bilik.. Sebelum balik kampung pagi tadi..
Walaupun bukan adik kandung...
Bila aku dah anggap mcm adik atau keluarga
aku mmg betul2 sayang...
Tp kadang2.. Bila ada terlepas cakap..
Semuanya x dpt undur balik..
Hanya kata maaf yg ikhlas yg dpt
jernihkan hubungan yg pernah keruh..
Mcm text tadi
yang dihantar secara personal..
Aku bangga dgn kau dik...
sebab tak semua org sanggup minta maaf
sebab ego yg menebal dlm diri mereka..
Moga kita semua dpt berkumpul
ramai2 semula mcm dulu...
Seriously walaupun kadang2 kau
emo lebih... Tp bila kau xde..
Mcm ada sesuatu yg kurang...
Apa2 pun.. Hope semuanya baik2 je
Terima Kasih Ya Allah
sebab kembalikan adik aku yg sorang tu
Sedapnya suara Kaer dan Amylea - Tak Pernah Hilang
Kaer AF2 dan Amylea AF3
2 penyanyi yg aku minat sejak zaman AF2
dan AF3..
Memang Kaer dan Amylea memiliki
vokal yg sgt sedap..
Suara Kaer ni boleh jual kalau pegi
pasaran Indonesia... Seriously..
Amylea pun sgt berbakat sebagai komposer..
Setiap kali throwback pasal AF dgn
kengkawan.. Nama Kaer kami tak
pernah lupa.. Dia x patut hilang lepas AF
Suara dia best...
Hael Husaini vs Kaer
aku lebih suka Kaer...
Hael mmg best.. Tp Kaer lagi best..
Gituu.. Gemersik suara..
Kalau siapa yg mengikut
perkembangan Amylea, dia ni mmg gigih.
Nampak la dia berusaha dlm masa 13 tahun
ni... Buat lagu best2....
Xpe.. Org dah mula nampak dah
kelebihan Amylea skarang..
sebagai composer dan penyanyi..
Lagu Idayu "Ganti Diriku" yg juga OST NUR
pun ditulis Amylea... Best lagu tu..
Style2 Melly Goeslaw... Sukaaaaa
Dan kali ni aku rasa dia bertuah
ada team yg bagus dalam 17Eleven tu..
Lately artis2 dkt label tu semua
menyerlah... Means PR dorang mmg bagus
Dan lagu pun nampak kualitinya..
Bagus la mcm tu..
Skang ni x leh move on dgn 2 lagu OST
drama NUR... Drama yg bikin panas...
- Tak Pernah Hilang(Amylea x Kaer)
- Ganti Diriku (Idayu)
Deep lirik dia... Terasa seperti aku
dalam lagu tu..
Thursday, 14 June 2018
Terakhir..
Hari terakhir ramadan..
Hari ni semua lengkap..
Adik beradik semua dah ada..
Tahun ni kak long aku raya sini..
Dorang baru sampai tadi..
Esok maybe kami semua balik kampung..
Raya simple2 je..
Dah siap semua..
Tinggal nak masukkan biskut
dalam balang je..
Penat aku..
X sabar nak berbuka.. Yg terakhir ni..
Rumah aku ada 2 ruang
Senang... Kalau ada 2 team berbeza yg dtg..
Boleh tetamu duduk dgn team masing2..
Gitu hehe
Nak kemas sikit2 je lagi ni
Nak patah rasa pinggang...
Lepas berbuka nanti baru ada tenaga
Tak larat..
Batuk ni lagi la buat letih..
Puasa... Masih steady..
Tapi nak buat keje berat
tengah hari ni mmg tak mampu la
Malam nanti la..
.
Perfume Kereta Favourite
Ni la perfume kete fav aku..
Korang try la..
Mmg bau dia cool..
Tak buat pening.. Tak terlalu kuat..
Rasa segar..
Bukan rumah je kena wangi
Kereta pun sama..
Nanti nak balik kampung
kereta kena selesa..
P/s: Nanti nak keluar beli ubat batuk jap..
Macam makin teruk je tekak aku ni
Peluang ke 2
Zaman sekarang, bila orang jahat buat satu benda baik, ramai akan respect dan puji.
Tapi bila orang baik buat satu benda jahat, kena maki habis-habisan. Dan tiada peluang kedua.
Sebab tu ramai orang takut nak jadi baik.
Bila berubah je, mesti kena kutuk, kena ungkit kisah silam, dan lain-lain.
Wednesday, 13 June 2018
Cara nak mudah dapat rezeki
- Jangan berkira dgn mak ayah
- Sentiasa bagi duit kat mak ayah
- Belanja orang makan
- Jaga solat dan amalkan zikir
- Selalu bersedekah
InsyaAllah kalau korang amalkan semua ni
Korang akan rasa sejenis kebahagiaan
yg tak terucap dgn kata2...
Dada terasa lapang..
Duit terasa cukup..
Walaupun tak la berjuta2..
Tapi tetap rasa cukup dan ada lebihan..
Walaupun dah beli barang dapur
dah bagi mak ayah.. Dah belanja kawan2
makan... Dah beli keperluan sendiri
(dgn duit sendiri).. Tetap ada lebihan..
Jangan berkira... Jgn kedekut..
Sesetengah orang.. Semua benda dia
nak berkira.. Hati dia x tenang asyik fikir
duit keluar je.. Maksudnya tak ikhlas la..
Tapi kalau aku..
Entah la.. Aku tak suka berkira kalau pasal
makanan.. Di meja makan x perlu
nak berbagi2 duit..
Tak kisah kalau aku yg bayar..
Kawan2 temankan kita.. Dorang dah buat
hari kita happy.. Tu pun dah cukup bagus..
Tapi common sense la gaiss..
Kalau kawan kau dah belanja makan
pe semua.. Next time kau la pula bayarkan
makanan dia.. Baru la best..
Pasal tumpang kereta pun sama..
Kalau aku.. Aku x suka isi minyak time
aku tgh bawak orang dlm kete aku..
Selalunya aku isi awal2.. Penuh2..
Tak perlu la nak singgah2 Shell lagi..
Seolah2 kalau kita isi time ada penumpang,
Macam kita nak dia spon minyak..
Dah berkira dah tu..
Seriously aku sejenis manusia yg
tak suka org bagi duit.. Kecuali dia pinjam
duit aku.. Tu mmg hak aku la kan..
Kalau semua benda kau nak berkira
Baik tak payah keluar dgn kawan kau tu..
Senang... Haahahaha
Org yg menumpang pun kena la agak2 jgk..
Kau dah tumpang kete dia..
Nanti duit makan.. Kau la pulak bayar..
Centu la gaiss.. Give and take..
Baru la rasa seronok keluar dgn kawan2..
Aku pernah tumpang kete someone ni
Dalam perjalanan dia asyik cerita pasal duit..
Orang belum bank in kat dia la...semua
Dalam masa yg sama.. Masa drive
dia sempat buat transaction online
Kadang2 kita yg tumpang ni rasa bersalah
Menyusahkan dia ke.. Nak kena isi minyak
Nak kena hantar kita jauh2.. Ke dia
nak kita bayar dia sebab tumpang kete dia..
Jadi kalau benar2 ikhlas dan rela hati..
jgn la cerita pasal hal2 tak cukup duit time
bawak kawan jauh yg dtg kat tempat kau..
Pastu aircond pun berkira gila...
Cuaca dah la panas...
Aircond pun kedekut nak pasang kuat..
Org yg tumpang pun x selesa...
Kang kalau sendiri kuatkan aircond
dalam kete orang.. Biadap pulak huhu
Macam tu la.. Adat menumpang..
Kita yg menumpang ni.. Bersyukur je..
Lain kali.. Biar je aku naik Grab
Aku dah biasa.. Dkt tempat sendiri
pun aku kadang2 malas nak drive
malas pening2 cari parking..
and kadang2 nak cepat.. Jimat masa
kalau pakai grab ni..
Kalau kau rasa terbeban dgn kwn kau tu
Tak payah setuju keluar dgn dia lain kali..
Yg nombor 1 dan 2 tu penting
Jgn berkira dgn mak ayah.. Dan jgn
lupa bagi duit.. Walaupun dorang tak minta.
Mereka x pernah berkira dgn kita
sejak kita dilahirkan.. Ntah berapa puluh ribu
dah dibelanjakan utk kita..
Tolonglah jgn berkira.. InsyaAllah
rezeki kita akan bertambah berkat doa
mak ayah.. Percaya la..
Kalau aku.. Sebelum aku travel..
Atau balik ke tempat keje..
Aku akan pastikan makanan dan barang
dapur kat rumah aku semua cukup..
Aku x akan tinggalkan family aku
dalam keaadaan yg x cukup..
Sebelum travel atau balik ke tempat keje,
dah jadi rutin utk aku pegi beli barang dapur
beli barang basah utk seminggu atau 2 minggu
Kalau aku x buat semua tu
Aku rasa mcm ada yg tak kena..
Rasa resah semacam...
No 4..Amalkan zikir..
Yang ni kunci ketenangan jgk..
Berselawat 100x sehari..
Bertasbih.. Semua ni akan buat kita
rasa tenang..
Yg ke 5 bersedekah..
InsyaAllah Tuhan akan bagi kita lebih
kalau kita bantu org susah..
Kesimpulannya JANGAN BERKIRA..
kalau buat no 1 sampai 5 tu..
Pastikan ikhlas....
Kalau nak keluar duit pun rasa berat..
Itu tak ikhlas lagi..
Kalau kau rasa duit kau x pernah cukup,
asyik duit keluar je.. Barang2 kau semua
rosak mintak ganti yg baru,
Atau kau baru dpt duit.. Pastu sekejap
je abis duit tu....
Cuba kau semak balik..
Kau ada buat tak antara 5 perkara tadi..
Seronok conversation tadi
Penat2 pun hilang..
Ketawa sama2
Nangis pun biar sama2...
Kau tak tinggalkan aku
Aku pun tak tinggalkan kau..
Saling memerlukan
Dilayan Macam Sampah?
Utk sesiapa yg puas berkorban
utk org lain...
dan akhirnya dilayan mcm sampah..
Stay strong...
Dunia ini mungkin bukan utk kita
Tuesday, 12 June 2018
Mimpi tu...
Malam td aku mimpi..
Mimpi org.. yg bagi aku dia penting ..
Mimpi tu buat aku rasa dkt dgn dia
sekali lagi..
Walaupun sbnrnya jauh..
Sometimes.. Ada org.. Walaupun jauh
Tapi dia sentiasa buat kita rasa dekat dgn dia.
Bukan makin jauh...
Sebab org mcm ni jenis faham
betapa pentingnya ukhuwah yg terjalan tu..
Seriously menyesal bangun sahur
Sebab mimpi tadi buat aku rasa
happy dan teruja.. Mcm aku yg dulu2
sebelum motivasi aku jatuh sehingga
ke paras sifar.. Atau mungkin negatif..
:'/
Tak ramai org dpt buat aku
rasa teruja mcm tu...
Vibes tu tak semua org dpt bagi..
Sebab aku jenis teliti dan tgk org jgk...
Monday, 11 June 2018
Uh oh..
Kalau org cam perli2 and mula cakap kasar2
ni... Sila jgn cakap dgn aku... atau jgn depan aku
Aku merayu..
Aku x mahu jadi awkward nanti..
Aku x suka hubungan baik nanti jd strangers
Tahu ke bukan mudah memupuk kasih syg..
Sebab hati bila dah terguris ni.. Payah..
Amik masa lama tu... Atau sampai perlu guna
orang tengah utk betulkan keadaan..
Sebab aku x suka org cakap kasar2 ni..
Bukan apa takut aku hilang sabar..
Org yg selalu tenang pun boleh meletop..
Walaupun dia bukan tujukan pada aku..
Tapi aku betul2 tak suka dgr
org cakap kasar2 dan meninggikan suara..
Tolong jgn...
Kita masih ada bahasa yg sesuai
utk digunakan dlm perbincangan..
Tu la org kata.. Kalau tgh marah
jgn bercakap dgn orang
Tak pasal2 terkasar nanti org kecik ati..
Kita mampu mengubahnya...
Ambil kesempatan
Org yg suka ambil kesempatan ni
seronok la ak pawww orang..
Tp ingat... Tak dpt berkat okay..
Duit hasil powwww tu sekejap je abis
Percaya la...
Ntah org ni...
Harga tak sama. Mcm dlm katalog..
Nak kata ada GST.. Mana ada GST dah.
Dia pulak nak menindas orang..
Sedangkan kerajaan nak bantu rakyat..
Moga peniaga mcm ni jatuh muflis..
Tak pun Tuhan tarik sedikit demi sedikit
nikmat yg dia dapat...
Balik dulu..
Bye KL
Till we meet again..
Ni je bag aku.. Datang 2 bag..
Balik bertambah 1 bag lagi..
Tu pun aku dah padat banyak benda
dalam bag besar tu..
Mana yg ada kotak2 bagai
semua aku tinggalkan kotaknya
dkt hotel.. Sebab xde space dah..
Nak jimat ruang..
Good night
Im not sharing with anyone this time.
I dont want to be a burden.
Aku dtg KL ni aku tahu time ni
orang semua bz persiapan raya semua
Aku tak nak ganggu...
Kenapa aku x bg tahu..
Sebab aku tahu laa org semua bz..
Nanti kalau ajak keluar..
orang semua bagi alasan..
aku akan kecewa..
Biar lah mcm ni je..
Tp bila2 kalau sesiapa ajak lepak
aku on je... Aku boleh beli tiket flight
anytime.. Asalkan bukan hari bekerja.
Kalau org ajak... dan aku datang,
means dia penting....
Esok aku balik
Aku dah beli semua barang yg aku nak..
Aku boleh gerak sendiri dgn grab
Tak ada masalah..
Aku x suka menyusahkan org
bawa aku ke sana ke sini..
Kecuali kalau aku selesa dgn org tu,
aku akan menyusahkan dia la... :))
Sebab aku tahu dia ON je kalau
ajak gi tempat yg agak jauh dari pusat bandar..
Cakap je tanpa segan silu.. Dia tetap ON
tanpa byk songeh... :))
Tp kalau kat tempat aku..
Aku suka je entertain kawan2 aku
yang dtg singgah sekejap kat tempat aku
Asalkan jgn malam je.. Malam
aku x bleh drive..
Sunday, 10 June 2018
Buffet Ramadan di Cititel Midvalley
Saturday, 9 June 2018
Tapi...
"To give real service you must add
something which cannot be bought or
measured with money, and that is
sincerity and integrity"
Setuju.. Integriti tu penting..
Tapi kita dah buat dah mcm tu
Tp still x dihargai..
Nak buat macam mana lagi
Kalau dah dunia ni masyarakatnya
kebanyakannya selfish.. tamak..
sombong.. Gila kuasa..
Dunia hari ni..
Org yg suka ambil kesempatan
akan nampak mulia.. Nampak baik.
Sedangkan org yg berniat baik,
yang benar2 ikhlas.., Dilihat jahat..
FAKTA!!
Inilah realitinya...
Kita je kena dgr kehendak orang
Kehendak kita, apa yg kita perlukan,
org tak nak tahu pun....
Sedangkan apa yg kita perlukan tu
itulah sebenarnya kekuatan utk kita
terus bekerja dgn lebih bersemangat
dan penuh kasih sayang..
Tapi org tak pernah nak ambil tahu..
Asalkan kehendak mereka tercapai
dorang peduli apa pasal org lain...