Saturday, 30 June 2018

Kelab Peminat Fattah Amin Dibubarkan







Kecoh dah cerita ni di social media...
Banyak dah portal hiburan upload pasal ni..


aku screen shot apa yg ditulis di IG Kelab Peminat Fattah Amin ni..
dan aku ada sedikit ulasan pasal ni....







Aku faham apa yg mereka lalui dan rasai..
takde siapa akan faham melainkan korang 
pernah jadi Admin atau Presiden 
mahupun AJK dalam sesebuah kelab peminat seseorang selebriti...And selebriti sendiri pun 
tak akan pernah  faham dan x pernah cuba selami 
isi hati mereka..


First of all, tidak ada mana2 peminat mahu menjatuhkan artis kesayangan mereka..
Tak ada.. sebab niat pada awal nya utk support 
karier artis tu..tetap sama
Peminat sayangkan artis dan bagi mereka 
artis mereka minat dan sanjung itu
segalanya utk mereka.. Of course mereka 
mahu lihat artis tu berjaya..
tanpa sebarang cerita2 tak enak dan 
yess... status pun boleh jadi punca
selebriti dan peminat akan mula renggang... 




Bila artis tu dah kawen...ambik contoh 
Fattah Amin la..
Masa utk peminat makin sikit..
kerap upload gambar dgn isteri
berbanding soal kerjaya... 
mcm mana la peminat tak terasa 
keadaan yang semakin hari semakin jauh 
semakin renggang ni..
Fattah Amin pun tak pegi majlis2 Anugerah 
bebaru ni kan..
siap berjalan2 dgn isteri di shopping mall..
masa Anugerah Meletop bebaru ni..
Peminat mesti la rasa mcm.,tak elok mcm tu
Kalau x dtg sebab ada urusan kerja takpe lagi..


Artis popular suka hati je buat kan
Dorang bukan fikir perasaan fans..
Dorang tak tahu kot fans ni
kalau boleh nak bagi tahu masyarakat
yang artis yg mereka support
adalah yang terbaik... berbakat semua
Bila artis tu buat perkara2 yg 
boleh buat org lain mengata...
kompom la sia2 je puji2an yg mereka
selalu gembar gemburkan selama ni
kononnya artis tu terbaik la.. sopan .. humble
dan sebagainya...



Fattah Amin okay lagi..dia dah rasa jadi 
artis popular..Kalau kata fans sentuh 
soal peribadi..artis kena faham... 
fans sayang kan mereka..

artis juga milik masyarakat
mcm aku kata tadi..bagi peminat..,
artis tu segalanya utk dorang.
dorang dah habiskan masa tenaga 
dan wang ringgit utk vote2 selama ni
dorang mahu artis mereka sayang tu 
terus maju...dan mereka juga mahu usaha 
mereka itu dihargai, artis yg mereka sayang 
terus bekerja keras..menjaga imej 
dan kualiti kerja..



takde sapa akan faham kecuali 
kalau korang pernah jadi admin
atau jawatankuasa dlm sesebuah kelab peminat...
Kalau kata peminat ni sibuk je jaga tepi kain artis..
ingatlah semua tu sebab sayang..
Kalau kain kau koyak...tak kan mereka 
nak biarkan..Mereka ni la nanti yg akan 
tolong backup.. 



Aku x faham kalau ada artis tak suka 
peminat ambik tahu hal dia..
Artis tu patut bersyukur...
Kalau x nak org ambil tahu.. jgn jd artis..
Jgn upload apa2... jgn bagi hint apa2
di social media.. sebab fans selalunya
cepat dpt hidu apa perubahan2 pada 
artis kesayangan mereka..
Kalau dulu pakai cincin lain..
Dan tiba2 pakai cincin lain...
Fans akan alert apa je perubahan...



Kadang2 punca berlaku salah faham mcm ni..
bila ada perkara penting...admin tak diberitahu terlebih dahulu..
seperti selalunya..


sebelum ini mungkin semuanya telus...
selepas status bertukar ...komunikasi semakin berkurangan khususnya dgn admin/presiden sesuatu fc


sedangkan mereka ni penting.. 
kalau baik komunikasi selebriti tu dgn 
admin maka baiklah komunikasi admin dgn ahli2 yg lain... 


sebab kalau dalam group whatsapps...
selalunya Admin la yg selalu bagi berita terkini...
yang buat group jadi havoc..
yang cuba rapatkan hubungan antara semua fans.
dan hubungan artis dgn fans yg lain..
supaya bila jumpa ...tak awkward...
banyak sebenarnya admin kene buat... 
utk dptkan team yg baik..
Kalau komunikasi selebriti dgn admin
tak berapa baik.. Banyak effect dia.. 



sebab tu aku kata ..
komunikasi perlu baik antara 
artis dan admin FC,,



Contoh.. RoziSangDewi dan Dato Siti Nurhaliza..
dari dulu sampai skarang... mereka sgt baik..
Dato Siti mmg terbaik la...
dia jenis x cpt melatah..



aku suka tgk mcm mana akrab dorang...
dari awal sampai skrg..



Sebenarnya banyak kes 
Kelab Peminat Bubar bila artis dah terlalu popular
Artis bertukar status......Artis kerap timbulkan kontroversi....  dan artis dah berhenti menyanyi/berlakon ...



Sebab bila terlalu popular sesetengah 
artis mula berlagak dan 
rasa dia dah tak perlu peminat lagi..
cukup lah follower berjuta2...
Ramai artis mcm ni
bila dah famous.. Mereka x perlu fans
Bagi mereka follower juta2 tu
kira fans la.. Padahal termasuk haters
sekali dlm jumlah tu yg menunggu masa 
nak hentam dia bila dia buat salah. 




Lepas tu sibuk berniaga dan 
tak aktif menyanyi/berlakon
IG penuh dgn promot produk je...



Tapi mereka x guna perkataan Bubar ... 



ada jgk FC yg dulunya kuat..aktif...
tapi bila artis terlalu lama berehat 
sebab terlalu fokus jaga 
suami atau anak...
FC ni tadi tak dpt kekalkan momentum mereka
bila dah terlalu lama berehat... 
maka terbiarlah fc tu..
dan akhirnya hilang mcm tu jer...



sebab tu...bila momentum tgh baik..
atau adrenalin tgh memuncak,
jgn berhenti...terus bekerja... 
dan kekalkan komunikasi yg baik 
seperti mula2 dulu....



sekiranya status telah bertukar..  
sekalipun... jgn abaikan orang lain
jaga hubungan baik ... jgn ada yg rasa tersisih disebabkan dah ada org baru..
dan perhatian dia lebih kepada orang baru tu jer..
dan benda ni boleh menyebabkan fans tak suka...



benda ni boleh diselamatkan asalkan
jaga komunikasi..jgn sampai ada yg rasa tersisih..
pokok pangkalnya tetap KOMUNIKASI dan MENGHARGAI


Sentiasa ingat mcm mana semuanya bermula dulu..
dan jgn biarkan ianya berakhir...
Jangan berubah jadi org lain bila status bertukar
ataupun bila dah mula famous
sampaikan semua serah pada PA utk
berurusan dgn admin...



Admin/Presiden mahukan komunikasi terus
dgn selebriti tu.. bukan dgn PA..
PA kadang2 sengaja tak bagi
fans berkomunikasi dgn artis
Sedangkan sebelum ni elok je..
And lebih mudah... 



campur tangan PA sbg org tgh yg
terlalu banyak ni pun boleh jadi punca



Lain yang admin sampaikan
Lain pula yg sampai kat artis tu
PA yg mcm ni bukan membantu
malah merumitkan.... 



PA atau manager kadang over..
Seolah2 dia paling berkuasa.. 
dan org kena dgr cakap dia
Sebab dia yg jaga artis tu kehulu kehilir


Ada PA berlagak
Mentang2 dia jaga artis tu.. 
Semua dia conquer... Berlagak 1 hal.. 
Mmg aku tak suka PA berlagak
dan mengarah...konon2
semua benda disebabkan dia.. 
Sumpah aku tak suka.. 



PA yg baik adalah PA yg tak mengarah
Tak berlagak.. Tak over... 
Banyak membantu eratkan hubungan
BUKAN MENJAUHKAN.. 
Artis dgn admin mahupun fans
Buat keje sama2.. Bukan sorang2.. 




Sampai ada satu FC ni
PA suruh tukar nama FC.. katanya tak sesuai dah susah disebut..


Padahal nama FC tu wujud lama dah
Sebelum dia jadi PA... 
Nama FC yg dipilih oleh Fans
dari awal dan dipersetujui bersama
Dan dah pasti la nama FC tu ada sentimental value
pada peminat2 lama yg dari awal bersama
FC tu dari awal.... 



Last2 tukar nama jgk..
Berapa banyak hati yg terguris di situ?
Terpaksa telan.. terpaksa setuju
Walaupun dalam hati.. tak rela...



So aku rasa PA tak patut campur tangan
sampai macam tu sekali...



Dan dlm kes Kelab Pminat Fattah Amin ni
mesti ada kaitan dgn PA jugak...
PA yg over yg menuangkan minyak pada api..



PA patut bantu apa yg kurang
Bantu pulihkan keadaan
Bukan menyalahkan...
dan cari kelemahan dan jaja sampai
wartawan atau orang luar tahu masalah dlm “rumah”
Atau cari peluang menyingkirkan admin sedia ada
dan digantikan dgn yg baru...



No comments:

Post a Comment