Alhamdulillah hari ni hari 0% GST
Aku tanpa membuang masa beli phone baru
Huawei P20 Pro
Free gift
Aku pilih warna hitam... tak nak warna biru tu
Aku mmg tunggu masa ni.. tunggu GST 0% baru beli
Banyak faktor diambil kira sebelum beli phone ni..
Kengkawan aku 2 org pakai Samsung S9
Aku nak kelainan and tak nak sama dgn dorang
Hehehe ...
Jadi tadi aku pegi beli phone kat kedai phone
dan bukan dkt telco.. sebab aku x nak terikat
dgn kontrak.. aku takut dalam masa beberapa bulan
aku x happy dgn phone ni dan mungkin akan jual..
Harga phone ni RM3k lebih..
Kalau beli kat telco murah la..
tapi ada kontrak 24 bulan..
Aku x nak terikat dgn kontrak tu..
First .. keputusan yg sukar jgk
sebab aku sayang iPhone lebih..
And masa tulis blog ni pun aku tetap pakai iphone
(iphone yg tanpa sim card dah skarang)
First yg aku fikirkan.. camera dia 40MP
Pastu ada 3 camera .. mmg kualiti terbaik
sama mcm DSLR dah!!
Jadi tak perlu la aku mengusung DSLR
selalu lepas ni... itu 1st yg aku fikir..
Tapi dah 12 jam memiliki phone ni aku belum
try amik gambar lagi.. nanti2 la..
Apa yg aku tahu.. Huawei P20 Pro ni sgt baik
bila amik gambar dalam keadaan kurang cahaya
dan pixel tak pecah kalau zoom jauh2 !!
Itu point paling besar dia yg menyebabkan aku nak
memiliki phone ni...
Dan 1 lagi seperti yg digembar gemburkan
oleh youtuber yg buat review,
Batery Huawei P20 Pro ni sgt la tahan lama!
Seriously amazing..
Selalunya phone kalau skrin besar batery
cepat habis.. Sebab banyak power
diperlukan dkt screen je
tp yg ni.. mmg lama la..
Respect la part tu..
Batery and camera... Huawei menang
Yang selebihnya iphone menang
seriously.. iphone ni kalau scroll.. licin je
maksud aku smooth gilaaaaa..
Walaupun phone dah 3 tahun..
P20 Pro ni smooth jugak...
tapi tak se smooth iphone
Samsung S9 pun sama aku dah try scrolling
member aku punya phone..
Hopefully bila dah lama2 nanti
still smooth lagi...
Ni masih baru mmg smooth la
Tp still iphone lagi sedap kalau menaip atau
scrolling.. sesuai utk aktiviti online..
macam aku ni.. menaip banyak...
Sentiasa nak cepat..
Aku rasa sgt selesa dgn iPhone kalau
menaip..
Aku akan terus gunakan iphone ni
utk relax2 online.. blogging dan sebagainya..
Tapi utk kehulu kehilir.. dan amik gambar
aku akan pakai Huawei P20 Pro tu..
Kalau dlm masa 6 bulan ni aku tak happy
dgn Huawei P20 Pro ni... aku jual je la..
Masih perlu membiasakan diri lagi..
Dan tadi hampir nak beli iPhone X
Tp hati aku kuat nak Huawei P20 Pro
setelah berminggu2 aku tgk review
org buat dkt youtube..
boleh dikatakan setiap hari
aku tgk video review yg banyak sgt
dari pengguna phone serata dunia..
Baru sehari...
Amik masa sikit ...
Nanti lepas 2 bulan aku review lagi
Macam mana tahap kecekapan phone ni
No comments:
Post a Comment