Thursday 31 October 2019

Deleting.....




Delete number org yg
dah left group..

Buang masa aku je save
number org mcm tu...

dan org yg anggap kita
tak wujud ... yg x perlukan
kita pun..


Wednesday 30 October 2019

Suri Katriana





Drama Slot Tiara Astro Prima
mmg tak pernah mengecewakan
Hari ni episod 1 SURI KATRIANA..
Bersiaran jam 6pm Isnin-Jumaat

Drama ni mmg best gila
Sebab Ernie Zakri berlakon..
1st time aku tgk dia berlakon..
Watak utama dan agak berat
Tp not bad... tak kaku dan dia berjaya
bawa watak Suri tu dgn baik..


Team2 Pali, Eez dgn Aju
punya drama mmg selalu best
Sebelum ni Selafaz Cinta...
juga utk slot Tiara di Astro Prima


Bawah ni detail pasal drama tu
If korang rajin, boleh baca sampai habis


...........

Drama bersiri Suri Katriana akan ditayangkan di Astro Prima slot Tiara bermula 30 Oktober 2019. Dibintangi oleh Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Nazim Othman, dan ramai lagi. Drama 49 episod arahan Pali Yahya.  Bakal bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

JUDUL : SURI KATRIANA
EPISOD : 49 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara Astro Prima
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani

WATAK PELAKON
Ernie Zakri sebagai Suri
Ummi Nazeera sebagai Katriana
Aishah Azman sebagai Yasmin
Nadiya Nisaa sebagai Saerah
Ezzaty Abdullah sebagai Edora 
Zul Huzaimy sebagai Faizal
Nazim Othman sebagai Daniel
Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
Eleena Sui sebagai Amanda
Ryzal Jaafar sebagai Rizal
Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)

LAGU TEMA / OST
 Ernie Zakri  - Sinar Mata Hati 

SINOPSIS SURI KATRIANA
Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.

Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy).

Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.  

Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?



Tuesday 29 October 2019

13 Years Of Taylor







”I said in an interview 13 years ago
 "I'm just hoping that I have a second album 
that does as well as the first & 
someday get to be a headliner, 
& always be the same person 
that I started out as.” Scrolling through 
your posts has me feeling 
all the feelings & I want to thank you.

Because of you,
 there was a 2nd 3rd 4th 5th 6th and 7th album. 
You guys made me into a headliner 
because you wanted to see me play. 
And your support all these years 
is what’s helped me stay true 
to that kid I was when I started out. “



Terharu baca post Taylor Swift ..
Dulu masa mula2 sikit je org gi show dia
Skarang... penuh satu stadium...




Bz Tapi...


Banyak kerja
Tp xde mood nak buat...


Sama-Sama


Wah kekanda D 
baru beli iPhone 11 color purple..

Dulu kami sama2 beli iphone 6

Sama2 tukar ke android..

Dan skarang kembali ke iPhone sama2 jgk

:)



Tuesday Blues



Kerja hari ni .. ngantok

5 Nov .. ada lagi kursus..

Monday 28 October 2019

Sayang Pulak




Syg nak pakai towel tu :)
Semuanya.. sayang..

Hope semua org suka...

Aku mestilah suka bila
benda yg aku design 
telah dizahirkan jadi
button badge, card, fridge
magnet dan banting, towel..












gambar ni diambil 2 minggu sblm hari kejadian
Aku pasang kat rumah dulu...
Amik mood :)


Design dia aku siapkan awal September
Aku kalau boleh semua dah ready awal
Tak nak bergelut dgn masalah last minute


Last minute buat aku pressure..

Semua ni dah siap
print awal oktober..
Alhamdulillah...


Photographer kali ni mmg bagus
Hasil gambar semua cantik...
Menepati kualiti yg aku nak..
Org nya pun baik.....


Dia mcm ni
Kalau kita minat org tu
Kita akan sedaya upaya
nak yg terbaik..


Aku rasa Nizar photographer tu pun
minar sissy.. Sebab tu gambar dia
amik semua cantik...


Cuba bayangkan org yg tak minat
yg design... yg amik gambar..
Mesti kualitinya agak kurang
memuaskan..


.... aku rasa la....
Teori aku je..



Kesimpulannya kali ni semua
sgt smooth.. tenang...
X ada tekanan...


Manager DISENAR yg berurusan
dgn aku pun memudahkan semua..
Dia siap kata nak booking sissy
utk wedding adik dia hahaha
Tu boleh contact manager Sissy la


Tp masa hari sabtu tu dia x ada
Staff yg buat kerja...


Alhamdulillah..
Dpt jgk meraikan org yg kita sayang
dan minat di hari ulang tahunnya
Dalam suasana yg tenang..
Less drama... Tu yg penting

















Tenang....



Hari sabtu berjalan dgn sgt
tenang...


Apa yg dirancang sejak
september
smooth je... Cuma terkilan
org yg sepatutnya jd emcee
pukul 5 petang baru bagi tahu
yg dia x dtg...takpe lah


Event tu mmg utk 30 pax je
yg dtg dlm 26 or 27 org..
Tp makanan yg ditempah
RM40 per pax...
Tak termasuk yg ada atas
table deco dpn chalk art tu..
Makanan lebih xpe.. Boleh bawa balik


Andai kata x ada yg bawa balik
kita buat la krbajikan..
Sedekah kat masjid atau surau..  :)


Event space ni mmg pandai bisnes
Harga yg dorang letak kat IG
just sewa tempat je..
Deco2 yg lain tu, catering , set karaoke
kira add on.. Tp total semua masih dlm budget
Lebih kurang mcm tahun2
yg sebelum ni... X jauh beza


Mmg nak ajak beberapa artis
Tp aku ni sbnrnya fikir...
dahulukan fans dulu..
biar fokus dorang pada
artis yg dorang sayang je...
Kalau ada artis lain, nanti fokus lari
Dan lagi aku takut kena judge..
Kalau evemt ni x seperti yg mereka
harapkan...


Aku sendiri pun nak fokus only
kat artis yg aku sayang jer..
bukan selalu dpt jumpa dia..
sbb selalu kalau dkt show..
ntah berapa patah perkataan
je sempat berbual...


So utk kali ni...
Biarlah JUST US!!!!
Tu je masa yg ada utk kita
lebih dekat.... lebih lama :(
















Alhamdulillah


Dah sampai..
Tp ngantok sgt ni..
Esok aku cerita lagi..


Happy...


Aku x tahu la org lain rasa apa
Tp aku happy je semalam..
Tp sedikit letih ...


Aku happy sebab 
Org2 sekeliling aku semua
nya yg baik2 belaka..
yg senang bergaul...SEMUA!!!
So aku happy la...
Nanti entry akan dtg
Aku cerita lagi 


Kita cerita pasal hari jumaat jap

Sbnrnya flight aku jumaat tu patut kul 5 tp delay
sampai kul 7pm...
Aku satu flight dgn Melissa
dia pun gi KL
Tp kawasan berbeza...
So kami berpisah dkt tempat
collect luggage... Sebab brg aku
semua masuk kargo.. Melissa tak.
So dia jalan dulu



Aku emo dgn pemandu teksi dkt airport
malam jumaat tu...dan grab driver jgk


Kita cerita pemandu teksi dulu


Aku sampai airport pemandu teksi
approach nak ajak carpool .. dia
bagi murah konon.. 
pastu dia suruh tunggu kejap
JANGAN BOOK GRAB lain dulu
sementara cari penumpang lagi


Aku ok je.. dia nak income lebih
kira nak tolong la

Naik grab sorang pun aku x kisah
Dgn bayaran RM73 selalunya
Dah biasa...


Pastu hampir 15 minit tunggu
Aku fedup... aku penat nak tunggu
X ada jgk penumpang lain yg dia dpt


Pastu masa aku nak book grab lain
Dia boleh tanya aku..
Apa address hotel aku.. jalan apa


Cara dia ckp tu mcm aku ni
baru 1st time naik grab
first time dtg KL


Aku cakap la.. 
Book Grab x perlu kot
nak tahu nama jalan semua
sebab grab driver kan pkai waze


Pastu boleh dia argue


Dia cakap
Takkkk.. driver grab kena tahu nama jalan
selalu pemandu teksi mmg mcm ni
Tak tahu pakai waze..


Aku dah nak naik hangin masa tu
Sebab dia mcm ingat aku ni
tak tahu pkai grab


Aku bertegas la..
Hellooo, grab driver pakai maps la
X perlu nak detail sgt nama jalan semua


Aku ckp mcm tu..
Dia masih nak menafikan



Aku terus blah sambil ckp
dgn rasa annoying gila


Slamber aku cakap ...kbye
Sambil buat isyarat talk to the hand..
malas nak bertekak..

Sakit ati...


Pastu grab plak...


Aku dah kata aku tunggu kat Gate 2
Pastu dia berhenti kat Gate 3


Pastu boleh dia call and cakap
BOLEH TOLONG CPT SIKIT

omaigad... aku tgh marah dgn pemandu 
teksi tadi.. kau boleh nak suruh2 aku cpt


Padahal dia yg salah berhenti kat situ
Yg aku ni menunggu dia 13 minit
Xde plak bising suruh dia cepat


Tahu x aku jawab apa masa
dia suruh cpt tu..


Aku x boleh kawal marah
Aku jawab.. 
Haa??!! Kan saya ckp sy kat gate 2
siapa suruh berhenti kat gate 3!!!


Pastu aku makin marah sbb
Dkt apps tu dia tulis kete dia
color silver.. tp sbnrnya hitam
patut la aku terlepas pandang
Sbb aku fokus color kereta..



Pastu bila dah sampai kat kereta dia
Dia cam takut.. and minta maaf
Asyik ckp sorry je
Takut aku bagi review 1 bintantg la tu



Tp aku mmg x boleh kawal emo aku
masa tu... mungkin aku terlalu letih
Jadinya apa2 benda yg annoying
aku akan lepas je cakap
Dlm hati aku, aku nak rehat
cepat..


Dlm hati aku, istighfar je
Sbb driver grab tu org tua..
Rasa berdosa pun ada..











Friday 25 October 2019

Kan best kalau..


Kan best kalau
Ada 2 simcard yg sama nombor
So boleh pakai lebih dari 1 decice 
dalam masa yg sama tanpa perlu
tukar2 simcard setiap masa


Contohnya nak hari ni pakai phone ni
Bila habis batery , tukar phone B
tanpa perlu kita keluarkan simcard
setiap kali nak switch..


Sbb aku jenis malas bawa powerbank..

Morning



Maybe i’m not good enough
Tak ada kepentingan
Tak apa la

Thursday 24 October 2019

Migrain!!



Migrain 
Aaaaaaaaaaaaa...


Hari ni aku x produktif
Mujur infrk bosa x ada.


Petang  ni aku nak rehat..

Tak Dapat Fokus



Aku x boleh fokus..
Nampak x banyak tisu kat atas meja..


Tak kelakar ya..


Tak tahu nak explain..
Aku nak nangis je..


Tuhan je tahu apa
dalam isi hati aku skrg




Wednesday 23 October 2019

Bila nak kemas...


Belum ada masa kemas rumah..
Barang2 lepas g kursus masih
atas lantai ruang tamu..


Next.. Next week la aku kemas..

Tuesday 22 October 2019

Bz


Rasa mcm dah lama x tgk youtube
secara maksima ...






One Nation Emcees - GV6


Aku rasa aku suka tgk
One Nation Emcees
Dkt GV bebaru ni


ada Sabhi Sadhi
Sbb jarang tgk Sabhi Sadhi
menyanyi lagu rancak dan menari


One Nation Emcees ni mcm The Fabulous Cat
Aku suka lagu2 yg rancak cam tu




May God Bless You


Tadi aku nampak twit someone
Dia muda lagi kot...

Dia kata doktor cakap dia dah 
tak boleh buat dialisis...
Jantung pun bermasalah...


Kesian...
Dpm hati aku berdoa agar dia
disembuhkan dari penyakitnya


To all of you yang baca ni
Pls take care of your health
Kurangkan minum benda2
manis yg boleh merosakkan
anggota dalaman seperti jantung
dan buah pinggang


Jauhi rokok




Tuesday



Semalam x ada line..
Dari kul 6pm sampai 9am hari ni
Baru je ada..


Now aku rasa pening kepala balik



Monday 21 October 2019

Pixel 4 Kedekut



iPhone 11 Pro Max x kalah lagi
Sbb pixel punya batery kecik je
Dan x ada ultra wide angle  lense
Kompom batery cpt drain dgn
90Hertz display screen tu

iPhone 11 Pro Max #Critics



Apple tak patut guna perkataan PRO
pun sebab specs iPhone 11 Pro Max
ni khususnya camera takde
mode pro mcm Huawei P20 Pro..
Mode pro camera tu yg kita
boleh adjust ikut dslr mode


And xde banyak pembaharuan..
interface lebih kurang je
mcm iPhone 6 aku...
Tp camera ada sikit improve
Tp still x dpt lawan Huawei punya
kualiti gambar..


Tp dari segi kualiti audio dan video
iPhone punya stabilizer mmg the best..



Sunday 20 October 2019

Welcome To My World









Ni la dia

iphone 11 Pro Max Space Grey


Aku dah transfer contact semua
Tu yg penting sekali..
Yg lain2 tu nanti la


Masih sakit kepala..


Esok2 explore


Cpt la kepala aku ni baik
Esok awal pagi gerak







Sakit Kepala


Aku dah dpt iPhone...
Yay!!!

Tp aku xde perasaan
Sebab aku betul2 sakit kepala..
Nak bukak mata pun payah..


Just malam ni nak transfer contact
ke phone baru.. Itu je aku nak buat



Balik Esok



Esok aku balik awal pagi
Dah text incek boss
masuk lambat sikit..


Tak larat drive jauh2 hari ni
Serious berdenyut2 kepaka

Dia ckp.. okay...

Thank You



Smlm Marno call aku..
Mcm tahu2 je aku perlu bercakap
dgn dia.. Kebetulan dia kaunselor
Elok la tu...


Sembang2 la pasal macam2 hal..


Lega jgk dpt bercakap dgn dia
Sebab dia faham aku...
Dia tahu aku mcm mana..
Sebab kitorang lebih kurang je


So aku rasa apa aku buat tu
betul...sebab Marno pun kata
akan buat benda yg sama..
kalau dia jadi aku...


Org lain x akan faham...





Pixel 4 Kills IPhone 11 Pro Max


Bila tgk Pixel 4 XL dah keluar
dgn Screen 90hertz tu..


Apple dah kalah kat situ..


Its okay.. Aku dah pilih iPhone..
Yg masih screen 60Hertz..


Appls ni slow la...


Senang cerita, Apple jual brand..
Bukan jual produk...


Apa2 pun Apple keluarkan,
Org tetap akan beli....
Walaupun tahu banyak lagi
android phone yg canggih
sekarang..



Xpe la.. 2 tahun lagi la kita try Pixel






Morning...



So many feelings go unsaid...


Migrain pagi ni..
X tahu cemana nak balik
tempat kerja hari ni..

❤️





Saturday 19 October 2019

Letih Gila... :(


Aku dah dkt rumah..
Ngantok and letih....


Aku fikir pasal keje je ni..


Tp aku ngantok gila
Sebab mlm td tido lambat



Friday 18 October 2019

Cc ok ke??


Td tgk IG cc imann
Hurm cc baru lepas facial ke


Its okay..
Nanti baik la tu...
Dont cry... :(


Dulu aku umur2 mcm cc tu
pun banyak jerawat..
and ada masalah kulit muka
sensitif...


Sampai aku bergantung pada ubat
yg aku beli dari farmasi..
Aku x akan ambil supplement
sesuka hati. Aku akan minta
nasihat pakar..

Mmg bagus ubat tu..
Tp aku x nak bergantung
dgn ubat... Start 2014 aku berhenti
amik ubat tu..


Selain pil color hijau..
Aku pernah cuba TOTAL IMAGE
yg farmacist recommend masa
muka aku teruk dulu..
ada dkt watson or guardian..
Yg ni pun berkesan utk aku...


Paling tak berkesan utk aku
ialah Himalaya.. Aku elergic
dgn product tu... Muka aku jadi
teruk.. Jerawat besar2 semua
lepas aku guna..


Himalaya tu buat aku x nak
lagi cuba apa2 supplement..
Sumpah serik!!!!


Aku stop guna ubat..
Tp Total Image dgn pil color
hijau tu mmg berkesan..
Tp penat dowh asyik kena
makan pil...

Aku cuba cara normal je
iaitu banyak minum air
kosong.. Slow2 aku cuba
x nak bergantung dgn pil..


Aku dah x amik apa2 supplement
utk kulit dah lepas kes Himalaya tu


Aku rasa, minum air suam banyak2
Paling senang...


Kadang2 mungkin jgk sbb hormon..


Tukar pencuci muka pun sama
Boleh buat muka kita berjerawat..


Mcm aku, mmg biasa pakai
pencuci muka Clean and Clear
(warna kelabu) sejuk je rasa muka


Aku pernah cuba pakai pencuci
muka lain, keluar jerawat banyak..

So aku x berani tukar lagi..

Skarang ni okay la..
Muka x la licin..
Tp xde la keluar jerawat
besar2 lagi...


Kalau ada pun..
Yg biasa2 je..
Terutama time period...


Facial pun dulu aku rajin..
Sebulan sekali.. Tp skrg aku
dah malas dan x jumpa temoat
yg best.. Yg aku selalu pegi
dah tutup..


Tp aku g facual time jerawat
dah kecut... Time naik jerawat
sakit gila dowh.. X sanggup rasa..



So skrg ni aku x ada ambil
supplement... Air suam je..









Okay Jer


Wehh iPhone blom dpt ambil
walaupun dah ada.. Td gi sana
Tp dia nak register apa ntah
system down pulak..


Astaga... Apalah nasib..

Duit halal okay aku pakai utk byr tu
Duit gaji aku bulan2...
Tak pakai duit org lain...
Gila ka nak pakai duit org‼️


Aku suka beli something yg aku
suka dgn titik peluh sendiri
Tanpa perlu meminta2...


Okay la.. Mungkin sesuatu yg kita
akan sayang ni mmg susah nak dpt..
Benda RARE  tu :)


Masih sabar lagi...

Aku dah byr full taw utk iPhone tu..


Tak apa la... Aku okay je..
Lagipun aku masih nak
pakai phone sedia ada ni
Sbb banyak kerja aku
masih guna phone ni..


Cuma letih taw
Aku habis kursus.. Pastu
keluar nak g celcom tu..
Pastu sistem ada masalah la..


Esok last day kursus...
Hope relax2 je esok..
Penat gila..


Pastu ada beberapa jam je rehat
sebelum kena balik semula
ke tempat kerja..


Huwarghhhh penat





Yasss




Staff Celcom dah text..
iPhone dah ada..
Lepas habis slot petang ni
boleh la pegi Celcom..

Thursday 17 October 2019

Done Utk Malam Ni..


Hari ni aku jd photographer utk lecturer
sebab dorang perlu evidence jgk
Tp cara nak upload semua
gambar tu agak baru bagi aku
Sbb baru belajar pasal google classroom?


Baru semalam belajar..
Aku rasa aku dah faham..


Senang jgk la ada google classroom ni
Tp x semua  org terutama pelajar
dipedalaman dpt guna semua ni
Disebabkan kurang kemudahan,.
tak ada makmal komputer..
Pelajar di bandar boleh la kot


Berbalik pada isu jd photographer td
Seolah2 tahu je aku ni
mmg suka ambil gambar...
Hebat lecturer tu.. Dpt baca kecenderungan
seseorang.. Haha


Dari pagi td okay..
And slot malam ni..
Lecturer yg sama.. Ada 2 org..
Kedua2nya incharge
Slot 1(pagi) dan slot 4(malam)


Malam ni tadi, bamyak blaja pasal IT
bedah laptop.. Apa je yg aku
tak tahu pasal hidden tools
yg sgt berguna.


Semalam ada pasal edit video bagai
Lagilah aku suka sbb aku dah biasa
pakai apps yg disuruh tu..
Org yg x biasa mungkin
ambil masa sampai 20 minit kot
utk hasilkan video 30 saat..


So far aku sgt cepat hal2 tu..
5 minit je😂😂


Respect kat lecturer2 tu..
sbb dorang agak hebat pasal IT.
Susah nak tgk perempuan yg
agak berpengetahuan pasal IT


Pastu masa kursus ni kan
ramai lecturer. Bonda pun ada ckp
kawan dia pun ada... Tp aku rasa
dkt group 1 lagi.. di hotel lain..
atau dlm group sama tp kelas
yg lain... . Bila tgk lecturer IPG
ramai2 ni terus teringat bonda
Bonda kan lecturer jgk kat ipg..


Penat Gila


Malam ni ada lagi slot..
Banyak gila kerja utk kursus ni


Hal2 pejabat pun banyak
Semua sekali due date awal
bulan 11....


Nak cuti je rasa...


Cuti utk settle kan kerja2 ni
Aku nak tempat yg tenang
dan sunyi skejap utk
aku berfikir... dan buat kerja..


Mcm mana nak sambung master
kalau buat assignment kursus ni
pun rasa tertekan sikit..


Lepas habis kursus aku pulak
kena ajar org lain apa yg aku
dpt dr kursus ni..

Cuti ni deepavali ni tgk la
kalau aku ada masa...





Tuesday 15 October 2019

Free Malam Ni



Malam ni x ada slot
Yassss... Aku nak keluar dr hotel
ni kejap... Penat dowh..
Rasa nak new environment


Gi mall....


Tp ada assignment dowh..
Perlu disiapkan dlm masa 25 hari
Secara online...


Dah la lepas submit, tak boleh
redo..

Hari ni sampai pukul 6 direct...


Pastu nak keluar gi jalan..



Monday 14 October 2019

Well done!


Hari ni 2 kali aku ke depan
bercakap dpn ramai org..


Neves gila rasa...
Pastu speaking english..
Bedal je....  Walaupun sedikit broken
Normal la org Malaysia..
Perkataan "lah", tu sentiasa ada..


Selalu kalau kursus biasa
Semua dlm BM.. Senang
Kali ni punya mmg kena english

OHH MY ENGLISHHHH


Selama 7 hari ni semua
input dan output dlm english..
Ok la tu..








Waiting....



The longer you wait for something,
the more you appreciate it,
because anything worth having
is definitely worth waiting for...

6 Days To Go


Letih betul...
Pack jadual..
Hari ni 8 pagi.. Sampai 10 mlm..
Hope slot malam jap lagi
tak oayah la betul2 sampai
kul 10....

Ni baru nak dinner..
Jap lagi kul 8 sambung...
Ngantok la kalau taklimat malam

Hope hari esok dpt la dianjak
jadual malam.. Habiskan petang
terus..


Tp dgr2 pegawai tertinggi
nak dtg.. Tu yg nak jaga2


Td rehat dari kul 4 aku iron baju..
Dan isi borang tuntutan..
Lama kot isi borang tuntutan
Ssbab isi 2 salinan...



Hurm.. Habis masa rehat aku
mcm tu je..


Sunday 13 October 2019

Good night...


Baru habis taklimat
and ice breaking..

X satu group dgn Raff :(
So kelas asing2 start esok..
Hanya jumpa time makan
je nanti.. Bukan selalu
dpt jumpa ni...rindu tahu x
Kitorang duk texting ni..
Dari bilik masing2...
Aku tingkat 4...dia tingkat 9
Sembang pasal surat..
Dia x ada...
Surat aku plak dah dicop incek boss
Tak dpt jgk dia nak fotostat


Takpe... Tp aku dgn roommate
Satu group...ok la..
Ada la jgk org yg dikenali
dalam 1 kelas..


Walaupun dia bawa anak
tp anak dia jenis dgr kata..
So, x ada masalah pun..
Ok jer...


So malam ni aku x tgk Gegar Vaganza
Sobs...


Aku nak tgk Nurfatima,
FEEZA dan Mazleela..

Sbb lagu dorang best..

Mcm lagu Feeza tu buat aku
teringat yana.. Dia pernah minta
aku cover lagu tu..
Aku pernah cover


Yg Maxleela tu.. Lagu TABAH
teringat Diha.. Dia selalu
nyanyi lagu tu kalau
gi karoks...


Nurfatima plak aku suka
lagu2 dia

Jumpa Siapa Kat Sini



Ada Raff... Yasss!!
Kursus mcm ni mmg akan
jumpa dia sama.. Sbb
sealiran gitewww..
Hope dpt 1 group dgn dia..


Selain Raff.. Ada Azizzzz..
Aziz urusetia.. Senang la
nak berurusan sbb dah kenal
lama..



Checked In






Dah checked in..
Roommate aku bawa anak
dan pengasuh...


Redahhhhh...


Happy Weekend


Stay behind.. Put others in front..
Especially when u celebrate victory
when nice thing happen.

And u take the front line
when there is danger... ❤

Saturday 12 October 2019

Purple skies in Japan.. Pray For Japan



if yall didn’t know,
currently there’s powerful
super typhoon is hitting Japan
called Typhoon Hagibis.

Please give your sincere
prayers for the people there

#PrayForJapan









Gempa bumi pada magnitud 5.7
juga melanda dkt Jepun..

Moga baik2 je kat sana..
Scary dowh tgk video2
taufan org post dkt twitter..








Kereta Ibarat Almari Bergerak




Done basuh kereta..
Mcm biasa.. sekali dgn coating..
Dgn carpet skali aku basuh..


Penting menjaga kebersihan kereta
Sbb kereta ibarat almari bergerak
Dlm kereta la jgk kita
simpan kasut/selipar extra
dan pakaian extra..


Lebih2 lagi aku ni nak
gi kursus 7 hari..  Mmg byk baju
nak pakai.. Of course bawa lebih
Simpan dlm kereta baju extra..
Org pompuan mmg sentiasa
beg besar dan bawak baju banyak
Hahahaha


Kes Kerat 8?


Kes bunuh yg sedang hangat
diperkatakan

Baru baca kronologi kes..
Scary.. Suami sendiri bunuh
Isteri dan anak.. Kerat 8
Warga Singapura..
Tp dia buang dkt hutan
kat Melaka


Dia dah mengaku dia bunuh..
Mcm mana boleh terdetik
sampai nak kerat???
MasyaAllah..


Aku tgk kucing mati tepi jalan
pun rasa nak nangis


Apa yg aku baca td..
Punca dia bermula dari
pertengkaran..


Isteri dia mcm provok2 la..
pasal keluarga suspek..
sampai baling2 hadiah yg
diberi oleh keluarga suspek
dan minta cerai..
Suspek jadi terlalu marah..
Anak dia yg umur 11 tu nampak
Dan dia bunuh skali... Dan kerat..


Gambar yg tersebar di FB
gambar kedua2 suami isteri
tu.. Nampak mcm happy
dan bahagia... Tapi hakikatnya

HURM......



Friday 11 October 2019

Letih Gila



Hari ni letih gila rasa
Masa drive balik td  hujan

Sempat singgah beli satay..
Mengidam...hahaha


Skarang kenyang satay...
Hari tu lapar satay.. :)


Esok aku nak g mendobi..
Berehat sblm mula berkursus
hari ahad


Dlm masa yg sama
aku still perlu siapkan buku
program tu... Belum dpt bahan


Buat simple je..
Kalau meletop sgt
next year dorang suruh
buat lagi... X nakkkk...
Aku akan buat..
Pastu kalau dah siap
minta rakan sekerja yg lain
print kan..


Benda ni dia mcm ni..
Nak buat tu xde masalah..
Tp bg bahan awal2 la..


Ni tak.. Majlis tu next week..
Bahan nya x dpt lagi..
Buat aku nak marah je
kalau last minute...


Pressure la kalau last minute
Kerja tu memerlukan kreativiti
kalau nak hasil yg baik..


Kreativiti x dtg last minute..
Yg dtg hanya tekanan..


iPhone



Td staff celcom text..
Dia ckp iphone Space Grey
belum ada.. Midnight Green
ada.. Dia tanya aku nak ke
tak...


Tak pe aku masih setia menunggu
Space Grey.. Biarlah lambat..


Hope minggu dpn... :)
Kalau minggu dpn masih x ada
Aku amik je midnight green
kalau masih ada..



Omg..!!



Tgk jadual kursus..
Aku ingatkan mula isnin..
Aku salah..


Start ahad.. Sampai sabtu
Betul2 7 hari :(
Buat apa kursus lama2..
Buang duit kerajaan je...


Dan aktiviti sampai malam :(





Menangis Kemas Barang



Semalam aku kemas barang
nak gi kursus.. Mcm nak gi KL
je pakai beg segiempat tu..
Seminggu kot..


Haih...pagi ni print
Surat panggilan kursus
jadual, slip gaji, front page
buku bank, ic, borang claim
and minta incek
boss sah kan siap2..

X banyak dpt claim..
Sbb penginapan dan makan minum
disediakan..


Dgr2 ada kursus lagi minggu2
yg seterusnya.. Ntah siapa
la yg pergj..


Silap hb aku jgk yg kena pegi
sebab aku kan mmg org Miri..
Tu mmg point kukuh nak
suruh aku yg pegi kursus tu


Melissa pun org Miri jgk..
Antara kami berdua la..
Tak tahu lagi
Harap bukan aku la..
Meeting lepas ni decide


Bosan dowh g kursus lama2
Sbb kira mcm kerja
dari kul 8 sampai kul 5...
setiap hari






Thursday 10 October 2019

Casing and Wireless Charger




Casing dah ready ni..
Sedang menanti kehadiran
iPhone 11 Pro Max 256GB
Yasssss... Excited..

Aku beli 2 casing,
1 lagi masih otw...
Spigen Tough Case..


Xpe.. Masih boleh sabar lagi
Still masih enjoy dgn phone
yg sedia ada ni.... :)


Sabar itu indah..







Wireless charger pun dah beli..
Brand Baseus.. Original..
And ada warranty...


:)



Free


Apsal aku rasa free sgt
pagi ni.. X ada kerja..
LOL...

Tp aku still tunggu  bahan
utk buat buku program tu..
Malam nanti kot bz..
Atau sepanjang pagi esok


Xpe.. Skrg bg aku peluang
utk relax...


Wednesday 9 October 2019

Esok Bz....

Stress...

Sbb kena siapkan 1 buku program
yang meletop utk event daerah..
Kena siapkan dlm sehari


Sebab dorang baru nak meeting esok
Jadi, aku ada sehari utk siapkan
dan print....


Sbb next week kan aku tak ada
So kena siapkan jumaat ni la...


Buku program aku selalunya
aku print dgn bahan aku sendiri
glossy paper okay yg jenis
macam majalah tu...nipis
tapi high quality...


Aku x pakai kertas A4 biasa
utk event2 mcm ni sebab
yg ni VIP dia org2 penting..
ada wakil rakyat sbg tetamu khas






Thank You





Tq sbb sudi follow aku
Walaupun aku bukan siapa2.
Tahun ni aku agak perlahan
di sosial media... Aku rasa
tak layak utk org follow
aku yg bukan siapa2 ni..


Aku x sangka dpt reach 60k
Kira 10k naik selama 10 bulan.
Sbb awal tahun dulu baru 50k
Seriously aku x rasa follower aku
akan naik 10k utk tahun ini


Terima kasih atas sokongan
dan minat korang terhadap
twit2 aku yg biasa je tu..


Twit aku kebanyakannya
up pasal pendapat aku terhadap
isu2 semasa dlm persekitaran kita
Apa yg trending... Aku akan
rungkaikan secara adil dan berhemah..


Pasal gajet...
Dan apa2 yg aku tahu je...
Aku kalau tak tahu,
aku x berani pandai2 twit...
Aku hanya twit pasal apa
yang aku tahu je..


Aku perhatikan... Follower naik
100 org selama seminggu....
Aku x deserve semua tu..
Bila aku tgk ia terus meningkat
setiap minggu, aku rasa ada satu
tanggungjawab yg perlu dipikul disitu
iaitu menyebarkan maklumat2
YG BERGUNA pada masyarakat..


Sesekali aku twit ntah apa2 jgk..
Manusia..... Biasalah.. Ikut mood..
Apa2 pun aku x akan sia2kan
peluang yg ada ni utk terus
memberi maklumat pada semua..



Mari Makan Kek


Td bawak choc cake 2 tray ke
tempat kerja. Order dari member..
Rasa nak mkn kek..


Mkn kek ramai2 baru best..
Member aku tanya..
Ada nak umum apa2 ke
tiba2 bawa kek ni
LOL...


Aku jawab la.. Tak...
Saja.. Rasa nak makan kek..
Makan ramai2 baru syok...



Minggu Depan...


Minggu depan kursus.. 
Yang seminggu tu... 

Huwarghhhhhhh

Tgh fikir ni nak berulang alik
dari rumah ke tak... 
Sebab kalau stay hotel
kena sharing bilik dgn org.. 


Adehhh x best sharing2 ni.. 
Aku nak privacy... 
Kalau dgn org yg kita close
dan kenal xpe..... 


Ni tak tahu lagi dgn siapa.. 


Kenapa la seminggu... 
Pastu mesti ada presentation bagai
Xde ke method lain kalau kursus.. 
selain presentation... 


Tuesday 8 October 2019

Lapar Satay


Weekend ni balik
aku nak cari satay..

Lewat dah ni..
Nak tido..
Tp overthinking..
Hurm

Layan Jer..



Layan video kelakar
sebelum zzzzzz....


Utk menghappykan diri

Boikot Food Panda


Start dari hari ni..
Jom kita boikot Food Panda..
Tak guna support golongan kapitalis
yg menindas buruh bergaji rendah🙄🙄🙄

Hope rider2 Food Panda
tukar jd rider GrabFood
dan lain2 service.. Ada banyak


Grabfood lagi ok!!

Monday 7 October 2019

The End...


Abis dah Bigstage
Aku mmg setuju Han Byul menang


Bkn setakat vokal dan
gaya persembahan setiap minggu
baik, tp sbb dia ada attitude
yg menyenangkan...
Mcm kata Misha Omar pd dia
"Keep being humble.. "


So far aku tak begitu menghayati
konsert tadi.. Sebab x ada lagu yg
aku suka... Tgk gitu2 je..
Twit pun sikit2 je...
Tak tahu nak twit apa..



Saturday 5 October 2019

Birds Of Prey (2020)



Tak lengkap rasanya
kalau Warner Bros Pictures
hanya keluarkan JOKER tak keluarkan
filem pasal Harley Quinn.....

Ada... Ada....
Tp 2020 keluar.. Yessss..
Aku minat Harley Quinn
Sejak tgk Suicide Squad...


Kalau nak tahu,
Suicide Squad 2 akan release
pada 2021...lama lagi..


Maybe dorang nak keluarkan
movie setiap watak dlm Suicide Squad tu
dulu.. Mcm Joker, Harley Quinn,
Ramai lagi dlm Squad tu
hero2 dia.. Yg saiko2 dan
mmg licik..


Apa2 pun x sabar tunggu tahun depan
HARLEY QUINN punya movie
BIRDS OF PREY!!!




JOKER (Review)




Rating: 9.5/10

Citer ni aku suka..
Sbb dia sgt saiko..
Dlm masa yg sama
simpati dgn kisah hidup Arthur Fleck


Mmg x dinafikan..
Bila seseorang kerap menerima
penderaan mental dari org
sekeliling.. yg judgmental, pembuli,
suka menuduh, ambil kesempatan
dan mcm2 lagi jenis penderaan mental,
lama2 boleh jadi saiko... Sakit mental
mcm Arthur...


Arthur dia bercakap benar pun
org tak percaya.. Sampai dia
kena pecat..  Padahal dia bersungguh2
buat kerja dia demi menjadi
seorang komedian...



Kalau aku jd dia pun aku rasa
boleh depress teruk....


Semua salah manusia sekeliling
Yg menyebabkan org yg jujur,
setia dan selalu bg komitmen 100%
ni tiba2 berubah jd makhluk
paling saiko....


Aku mungkin akan bg 10/10
kalau dia bunuh lebih banyak
orang dlm filem ni...
Sebab x puas tgk scene
yg buat adrenalin memuncak tu..


Aku mmg suka cerita bunuh2
Tembak2 ni....


Highly recommended la citer ni...


Ada 1 moment,
bila org yg duduk belakang aku
dia gelak.. Sgt menakutkan...
Aku ingat, org dlm movie yg gelak
Rupanya org belakang aku..
Serious meremang dgr org gelak
mcm tu.. Mcm kena rasuk...
Serious aku ingat macam
dia kena rasuk... Lol.


Mana la tahu lepas tgk
scene saiko2 dan mental
tetiba ada yg mental sama..



Friday 4 October 2019

Hujan



Hujan lebat gila pagi ni


Nobody Cares..



Biasa dah pujuk diri sendiri.
Orang salah, kita mengalah.


kita dah besar
makin malas nak fikir banyak.
Tipu la tak terasa,
but pendam sorang jel ah

Because at the end I know,
nobody cares....


Shocking News



And i dont like it..

😔😕

Thursday 3 October 2019

Hoapital... Done



Agak lancar perjalanan aku hari ni
Alhamdulillah...


Mwnunggu pun x lama..
Doctor pun okay...
Senang communicate
Buat lawak pun boleh masuk
Haahahaa..


Tp mata aku merah sikit hari ni
Mcm aku kata sblm ni..,
Lately kerap gatal2....


So far okay semua..
Maybe esok nak buat spek..
Power aku 100++ je..
Nak buat hari ni, mata merah
pulak...


Esok je la






Letih Gila


Letih gila...
Malas nak drive..
Aku keluar naik grab je
pegi hospital...


Sbb kalau lewat keluar
X ada parking..


Wednesday 2 October 2019

Masih Lagi...



Masih lagi cerita iPhone..

Aku dah book iPhone dari Celcom
Berbaloi gila.....

Tp phone blom dpt lagi..
Maybe seminggu dua cam tu
Color yg ada dlm stock mereka
hanya Gold... Tp aku x nak gold..
Aku pilih GREY.. Sbb td tgk
yg midnight green tu mcm Grey
jugak..

So kena tunggu la...
Xpe.. Aku boleh bersabar.



Berbaloi gilaaa...
Harga iPhone 11 Pro Max(256GB)
kat pasaran ialah RM5999


Tp aku hanya perlu bayar RM4388
dan x perlu bayar upfront payment RM1000
Kalau ikutkan mmg kena byr la RM5k
and dpt rebat pastu...


Tp memandangkan track record
bill payment aku mmg bagus,
tak pernah ada masalah
tertunggak.. So aku x perlu
bayar upfront payment..
Hanya perlu bayar device je
bila dpt phone nanti...
Btw aku mmg under Plan Platinum
Tak sia2 jugak..


RM1600 kot jimat di situ...


Okay la tu...


So sementara tunggu phone sampai,
Boleh la usha2 casing dkt shopee..


Alhamdulillah..
Sekurang2 nya dpt la mengubati
mood aku yg x brapa heloq dari
pagi tadi....


Td kalau aku pilih Note 10 Plus
ada stock... And boleh dpt dlm RM2k++
kalau ikut Platinum aku tu..


Harga pasaran Note 10 Plus RM4199


Tp aku dah decide.. sejak malam td
Aku sanggup tunggu iPhone....







Stress...



Aku stress sbnrnya..
Dari pagi td...
Ada je benda buat aku
rasa nak emo x tentu pasal
Hahahaahha!!!

Aku nak cari benda utk
menghappykan diri..


Dah sampai Miri...
Nak singgah mall dulu
sblm balik rumah..


Ya Allah stress sgt rasa..
Sbnrnya pasal kerja td..
Dia terbawa2 sampai diluar
waktu pejabat...


Td dkt ofis pun aku diam
malas nak cakap ngan sesiapa
Nanti x pasal2...




Penat Betul...



Hari rabu mmg bz..

Penat ni..
Jap lagi nak balik..
Esok kan appointment..
Jumaat.. Cuti..

Larat ke x aku nak drive ni
Maybe perlu buat kopi
jap lagi sblm balik..


Tuesday 1 October 2019

iPhone 11 Pro Max Memanggil-Manggil


Masih cerita pasal handphone



Still obses dgn phone..
Hari2 tgk review...


Tu maksudnya aku betul2
nak phone baru...


Rindu iPhone.....
Tgk iphone color midnight green
tu... Smart.. Xde phone lain
color mcm tu..


Dlm masa yg sama nak cuba
Note 10 Plus...


Dan One Plus 7T


Bebaru ni aku berpeluang
pegang Oneplus.. Melissa punya
Tp model lama (2016). 3T series


Mmg sgt memuaskan..
Laju gila.. Kagum di situ..
Ye la 90Hz kan..


Tp chip terbaru Apple
buat aku nak iPhone...


Tp batery Note 10 plus
dan lagi besar dan skrin
lagi besar.. Puas tgk youtube


2 tahun pakai android,
dah mula rindu iPhone balik..


Nanti lepas 2 tahun, rindu android
balik..


LOL...


2 tahun cukup utk buat kita
nak sesuatu yg baru ya
penting tu... Boleh bg semangat baru
jgk...


Elok jgk kalau ada 2 device
Android dgn Apple..
Sbb ada function yg Apple
tak ada.. Tp android ada..
Dan sebaliknya


Tp harga iPhone Pro Max 256gb
Tu.. Sebulan gaji kot
Berhuhuhuhu tgk harga dia



iphone aku yg lama tu.. Ada je..
Tp dia bengong2 dah..
Batery cpt drain.. dan stuck2
Sebab bamyak kali jatuh jgk
Dah 4 tahun.. Mmg la..



I Can See Your Voice 2 Final


Baru tgk kat youtube...
Juaranya.. Remaja berusia 17 tahun
Tahniah Muiz


Yg atas tu Muiz..
So dia dpt la record single...





Tp aku minat suara dorang berdua ni
Lebih matang... Jenis tenor sikit
Jelas... Suara jantan..







Ni time Misha Omar berduet dgn peserta
Sedap jgk suara peserta tu..


Aku respect Misha Omar..
Dia  pegi kat tangga tu dan
jemput peserta tu turun...


Aku x rasa penyanyi popular skrg
akan buat benda sama mcm Misha
sbb kebanyakannya rasa diri dah DIVA
Penyanyi biasa x sama level dgn dorang
Yg KONONNYA dah femes
dan berjuta2 follower... Huhu


Dayang Nurfaizah baru 500k
followers tp ada kualiti dan
budi bahasa yg tip top..
berbanding penyanyi yg
follower berjuta2


Bilangan follower yg banyak
tak mencerminkan kualiti
seorang penyanyi...