Sunday 29 March 2020

Bebal Ke Apa???



Buat crowdfunding guna personal acc bank??


Yang membuat ni bebal..
Yang menderma pun bebal


Lepas tu kena scam!
Mmg padan muka la


Kalau nak derma, derma la
dkt pertubuhan2 dan badan2 yang official..
Official account bank dorang ada jer...
Bukan personal account bank atau
company account la !!!


Yang pakai company acc and personal
account bank ni acah2 nak jadi hero kot
Menggunakan wang derma org lain
utk menaikkan nama company 
atau nama dia sendiri...konon2
RM50k adalah duit dia atau company dia
Fakoffff uols!!! 


Itu namanya MENANGGUK DI AIR KERUH
mengambil kesempatan ...


Orang2 kat luar sana pun jgn
la tetiba jadi bebal.... tak kan x boleh
fikir kot... dkt malaysia ni banyak
saluran yg betul kalau nak menderma
tapi korang malas nak cari



Saturday 28 March 2020

Kisah Benar



Kawan aku cikgu..
Bebaru ni KPM wujudkan sistem blajar online
Maka group whatsapp diwujudkan..


Kemudian ada ibu bapa mesej cikgu
Mintak duit cikgu utk beli data
Mereka x mampu nak beli data apa semua
(Ini sebelum kerajaan umum pakej rangsangan ekonomi)


Pastu dorang cakap..
Makanan dan keperluan harian adalah
priority mereka skarang berbanding
beli data internet dan sebagainya..
((Ini kawasan pedalaman ya))
So kebanyakan keluarga terdiri dari
org yg berpendapatan rendah


Nampak tak..
Golongan B40 lebih memerlukan wang
untuk kelangsungan hidup..


Maka cikgu tadi bagi RM100
kpd parents tadi yg mengalami
kesempitan wang..


Moga2 dgn apa yg kerajaan dah bagi 
Dpt membantu sedikit sebanyak orang
yg betul2 memerlukan...



Banyak tu kemudahan..
Bank pun dah bg penangguhan
Bersyukurlah...


Kalau ada yg mampu,
Tapi sentiasa rasa tak cukup2 lagi
Maybe org tu punya lifestyle yg melampau! 
Huhu...

Sebab manusia ni makin banyak duit
makin besar belanja!!!


Hope kita x terikut2 budaya tu









Panas betul social media!!






Mcm2 hal.. whatever la..
Pasal bantuan kerajaan semua..


Mujur kita orang biasa je..
Tak kaya.. tp Alhamdulillah cukup makan..



Apa2 pun duit hasil review 
aku dah dermakan pada badan2
yang memerlukan..
Its time to give back to the society
Gitew ....


Rezeki boleh dicari..
Ingat , sesungguhnya Allah yg bagi kita
rezeki .. bukan manusia ya..


Tapi kita mesti berusaha jugak

#kongsirezeki 

Friday 27 March 2020

Hurm



Kesian Azwan Ali kena denda RM17k


Sesetengah org mungkin rasa
tak patut kesian dgn dia...
Whatever...


Tp aku tetap rasa Azwan Ali
adalah orang baik yang tersakiti..
Dia pelajar terbaik Undang2 kot dulu..


And aku sempat tgk dia mengacara Muzik2
masa tahun 90an..  mmg bagus kerja dia
Dia kira mcm Alif Satar sekarang la waktu tu


Tgk cara dia bekerja dah tahu dah


Lagipun kadang2 dia maki tu
Ada orang request!!

Wednesday 25 March 2020

DIY Hand Sanitizer - Done





Done buat sanitizer

Boleh la letak dlm kereta
Aku dah kehabisan sanitizer taw
Cari kat kedai tak pernah jumpa..


Mcm aku kata hari tu 
Senang je buat 
Sebab 2 je bahan asas dia


1. Isopropyl Alcohol (99%) - aku cari kat shopee
2. Gel Aloe Vera - beli dekat watson

Dan utk mengurangkan bau alcohol,
titiskan sedikit pewangi..


Sukatan pulak
1/3 Gel Aloe Vera
2/3 Alcohol
digaul rata..


Masukkan dlm spray bottle
Aku beli kat watson jgk hehe


So hasilnya! Sama mcm sanitizer di pasaran
Rasa sejuk2 bila gosok ditangan ..


I like!!!


1 Liter alcohol banyak gila...
Lebihan boleh simpan!!
Jangka hayat alcohol 5 tahun.
Atau kalau banyak sgt alcohol
boleh la disinfection rumah terus.. Hehe


Kalau ada nak cuba buat,
Hati2 mengendalikan dan menyimpan alcohol
Jauhkan dari api... sebab alcohol mudah terbakar



INTROVERT


Utk sesiapa yg rasa diri dia
INTROVERT ayuh baca ni






Introvert selalu disisihkan, dianggap personaliti tak baik, 
anti sosial, tak berjaya dalam kerjaya dan paling dahsyat,
Ada sesetengah orang introvert sendiri kalau boleh nak bertukar jadi extravert.

Konsep introvert dan extravert ni, 
berkait rapat dengan ARAS.
 Sejenis benda dalam otak kita yang memproses Social Pleasure System.

Senang cerita, bila kita bersosial,
 otak kita hasilkan sesuatu yang buat kita rasa pleasure.
Kita feel good, feel nice and feel satisfied.


Orang introvert, Social Pleasure System (SPS) dia, cepat ‘penuh’.

Anggap macam ada gelas dalam kepala. 
Dan SPS ialah air.

Introvert gelas dia kecil. 
So jumpa orang sikit pun dah penuh gelas. 
Dia dah seronok.

Beza extravert, dia tak puas. 
Gelas dia besar, kena lagi banyak SPS.

Gelas SPS introvert ni kecil, 
so bersosial sikit dah terasa pleasure. 
Kalau dah penuh gelas dia, dia kena take a step back.

Lari jap. Balik awal, pergi berjalan seorang, 
pergi baca buku kat kafe, dll.

Senang cerita, dia perlukan me-time. 

(Nak pergi makan mee sorang pun boleh)


Sebab itu, introvert selalu dianggap anti-sosial, 
terutama oleh golongan extravert dan ambivert.
Padahal dorang tak tahu, introvert 
sebenarnya sangat setia kawan kot. 
Dorang sangat hargai persahabatan.
Quality melangkaui quantity.

Biar kawan sikit tapi sayang ketat-ketat. 💋




Dalam diam introvert, dia berisi. 
Suka membaca, suka tengok movie sorang, 
suka simpan isi hati, ada satu skil akan develop,

Skil menganalisis.

Deria dia lagi sensitif, lagi tahu siapa 
ikhlas nak berkawan, suka tengok 
tingkahlaku orang.

Dia senyap je, tapi dalam kepala, bising.



Ada 4 jenis introvert.

Pertama, the anxious introvert. 
Jenis yang tak boleh bersosial, cepat gemuruh, 
takut bercakap depan orang ramai.
Tapi orang macam ni biasanya 
dia ada kawan rapat sangat. 
Tempat dia meluahkan, 
bersembang dan sangat hargai kawan tu.

Till jannah, gituu..



Kedua, the social introvert.

Hampir sama macam Anxious, 
tapi dia tak suka bersosial, 
bukan tak boleh (macam Anxious)
Dia prefer berseorangan, pergi mall sendiri, 
makan tanpa kawan dll.

Dorang suka berseorangan, tapi bukan kesepian.
Being alone and feeling lonely is different.


Ketiga, the thinking introvert.

Golongan pemikir. Ini yang kita 
kata mulut diam 
tapi kepala bising.


Kalau korang nak idea yg bagus
cuba la tanya dgn org yg introvert
InsyaAllah berguna..
Introvert punyai kebolehan menganalis 
yg baik!!!


Dia suka membaca, analisis, 
review movie dll berkaitan proses otak.
Walaupun tak bersosial, orang macam ni 
sangat power untuk nampak 
benda orang lain tak nampak

(Bukan hantu)



Keempat, the restrained introvert.

Jenis tenang, rasional dan ada ciri-ciri leader. 
Dia sangat jaga kata-kata, 
tingkahlaku dan boleh bersosial (tapi minimum).


Orang macam ni, nampak senyap je, 
tapi sekali bercakap, semua terdiam.

Bukan jenis bising tapi tin kosong 😂


Dalam dunia yang bising, mudah untuk kita nampak Extravert berjaya. Sebab tu ada introvert terfikir 
sifat dia tu satu kelemahan.

We have our own success. Ada je aku kenal introvert tapi kerja lawyer, trainer, motivator. Jenis kerja kena bercakap.

And they’re awesome in it!


Introvert biasanya ada kawan rapat yang extravert. 
Dorang kamceng. Depan orang, sorang bising, sorang senyap.

Tapi bila berdua je, terbalik. Sebab introvert tu 
selesa dengan kawan extravert dia tu, dia pula jadi bising banyak benda nak cerita 😂


Ni mcm aku dgn Marno
mcm aku dgn Shah la..Ahhaha



Kesimpulan kali ini, nak cakap yang,

You don’t have to change who you are to be successful. 
You just need to learn to use your personality as a strength.

Don’t have the perception of your personality 
is a weakness.

You need to accept and love yourself first. 



Monday 23 March 2020

Yasss



Gusi aku yg bengkak tu dah baik :)
3 minggu taw aku susah nak makan
dgn sempurma...


Skarang dah boleh mkn mcm biasa
Melantak je keje...
Allahu..


Tadi aku keluar skejap pegi beli barang
Masih sunyi.. tp mcm makin ramai menggelupur 
keluar di hari ke 6 . Makanan kat rumah
dah berkurangan ... 6 hari kot!! 



Thursday 19 March 2020

Gotcha!



Dpt detect org yg hide story IG dia dari kita


Pelik2 je...


Share info lebih baik dari
bersikap selfish tak tentu pasal..


Mcm mana nak maju...
Info pun berkira...
This is MELAYU ...
Kedekut tak bertempat


Dunia skarang makin canggih
hide la mcm mana sekali pun..
Ada je teknologi yg boleh buat
orang dapat detect ...

Next Appointment



Appointment hospital aku bulan 5!!
Hope masa tu virus dah reda
Takut nak gi hospital



Wednesday 18 March 2020

Bengkak Gusi



Fuh... pagi td gusi agak bengkak..
Tak selesa rasa nak bercakap..

Lepas minum dan berkumur dgn
air garam bukit... bertambah baik..

Tak sakit sangat hari ni
Hope esok pun sama...


Bagus betul garam bukit ni la..
Campur je dlm air kosong.. secubit
Pastu minum... dan kumur la sebahagiannya
Letak sikit dalam coffee pun okay jgk..


Dia x masin mcm garam biasa yg putih tu
Ada la rasa sikit.. tp still boleh terima lagi
Boleh telan...


Korang tahu ke air garam ni
boleh membersihkan mulut jgk dari
kena infection apa2....




Tuesday 17 March 2020

Yasss OTW!!



Isoprophyl Alcohol aka Rubbing Alcohol
yg aku order dah on the way..






Banyak yg sold out
and kena pre order...


Aku beli 2 dari seller yg berbeza..
Well.. persediaan awal mana tahu leaking ke
oleh org keje pos... 

Harga lain2.. ada yg dah naikkan harga
utk 1 Liter..


I Liter pun kira banyak dah tu..
Inikan 2L ... 

Kena ada spare..


Dkt sini aku x tahu kat mana ada jual
barang2 lab ni...


Farmasi maybe ada
Tp x pernah check

Tak sabar nak buat sanitizer sendiri!!


Done Tukar Tarikh Flight



Aku dah tkr tarikh flight yg tak jadi tu
Ntah tarikh apa2 je ..
Sebab x tahu lagi


Aku pilih bulan 9.. weekend la
Okay la tu..


Pergi makan sea food.. pastu balik!
LOL ...

Erghhhh Ulser ke Nak Tumbuh Gigi ni??



Masih sakit lagi gusi kat blakang
Mula2 aku syak ulser
Aku beli bonjela .. and guna garam semua
Dah 2 minggu ni... x baik2 lagi...


Aku rasa gigi geraham bongsu tu nak tumbuh
Stress nyaaa...


Tak pun mmg luka sebab makanan keras ke..


Aku paling fobia nak gi jumpa dentist


Aku google2...
Ada yg kata kena surgery la..
Kena cabut bagai...


What???? 


Aku scary dah kalau sebut hal2 surgery ni
Kompom lepas tu sakit 😭😭


For now, aku biar je..
And bubuh bonjela kalau sakit..


So far xde sampai demam
Cuma nak mkn susah sikit


Gusi tu mcm bengkak sikit kat blakang
Huwarghhhhhh

Monday 16 March 2020

Panic Buying????


Betul ke ramai buat
panic buying hari ni?


Keep calm la..rakyat Malaysia


Aku tadi beli barang mcm biasa je
Just beli ayam segar, minyak masak
and bawang LOL...


Tu beli barang bukan sebab
Covid 19 perintah berkurung.. bukan ya!!


Kebetulan mmg nak beli barang 
hari ni.... malas nak keluar esok..


Aku tgk org post2 beli barang banyak2
dah kenapa... Malaysia belum sampai
tahap mcm China tu la


Jgn panic!!!

Face Mask & Hand Sanitizer Sold Out !!



Skarang mmg sold out la 2 benda ni


Tp ada cara lain gaisss
Face mask korang pkai la Bandana ke
Ala.. kain segiempat tu..
Style pun style!! Hahaha
Washable jgk...




Aku hari tu kebetulan sebelum virus mula kecoh
Bulan December lagi mmg dah beli
banyak face mask and hand sanitizer



Skrg mmg hand sanitizer aku tu dah berkurangan
Aku jenis suka tangan aku rasa bersih je
Jgn kata sebab Covid-19,
Hand Sanitizer tu wajib ada dgn aku
Dalam kereta, dalam bag, mana2 aku pergi la
Asal masuk dlm kereta lepas jalan
kat luar pun mmg terus nak sanitize tangan..



Tp memandangkan hand sanitizer aku
dah kurang... and dkt luar pun mostly sold out
Ada cara dia...


Buat sendiri!! Senang gila uols

3 bahan asas dia
1. Rubbing Alcohol (Isoprophyl Alcohol)
2. Gel Aloe vera
3. Sedikit pewangi


Aku dlm proses nak buat ni..






Isoprophyl Alcohol aku cari dkt shopee!!
(Cari yang 90% ke atas tu...)
Gel Aloe Vera, dkt watson pun ada..
Pewangi.. x kisah.. sebab 2 titik pun dah cukup
Perfume kan ada..


Sukatan dia.. 
2/3 Alcohol
1/3 Gel Aloe Vera
2 titik pewangi


Gaul2 .... DONE!!!!


Ni semua banyak Doktor2 ajar di youtube!
Google pun ada.. mmg senang!!
Rugi tak cuba!!


Aku tgh tunggu Rubbing Alcohol sampai ni..
2 3 hari lagi kot.. and tak sabar nak buat
eksperimen mudah ni!!!!



Jgn lupa sediakan spray bottle siap2
Untuk letak hasil eksperimen tu nanti
Watson pun ada 👍🏽👍🏽


Nanti kalau aku dah buat aku share

Alcohol tak haram selagi korang
tak minum sampai memabukkan..
Ianya adalah harus.. terutama sebagai
pewangi atau alat pembersih...



Ni makin ramai akan tahu buat
Silap hari bulan Rubbing Alcohol dgn
Aloe Vera akan sold out jgk!! 

Tapi kalau aloe vera sold out,
Kat rumah aku ada tanam...
Tapi leceh la nak ambik gel dia..
Nak kena belah aloe vera .. blend..
Tapi xpe... janji ada...


Kalau rubbing alcohol tak ada 
Ethanol pun boleh...
Aku belum habis explore lagi
pasal ethanol ni..


Nanti aku google..
Tp ethanol ni aku selalu guna
utk bersihkan whiteboard..
Mmg putih bersih la lepas lap dgn
ethanol. X ada kesan marker langsung


Sunday 15 March 2020

Nak Beli Vitamin?



Semalam Fyna text..
Cam biasa mesti la dia promot
produk Shaklee...


Vitamin E... 
yg dia promot semalam..
Tp aku dah ngantok.. 


Hari ni plak bz ..
Nanti aku roger dia balik..


Fyna ni kakak ipar Bella..

Friday 13 March 2020

Cancel???



Huwarghhhh
Banyak nya program cancel...

Hari ni keluar memo
Semua program KPM kena tangguh
Aku ada satu kursus and 3 program bulan
Mac ni ...


Kursus tu mmg aku x kisah la cancel
Sebab bosan pergi kursus!! Haha


Tp program yg aku nak pergi
dekat KK tu ... aku dah beli tiket
and dgr2 Cancel jugak!!
Sobssssss.... cuti hari isnin pun
dah lama apply..



Nasib aku x book hotel lagi..
Tiket flight RM140 lebih je
pergi balik...burn la


Eh boleh tukar tarikh selagi tak check In
Tp maybe perlu tambah duit ..
bergantung pada harga tiket
utk tarikh baru tu..


Murah mmg murah... RM140


Tp sayangggg 

bukan senang
nak dpt tiket murah ni taw...


Sobbbsssss






Monday 9 March 2020

Kabinet 2020 Muhyiddin Yassin





Moga yang dilantik ni semua
berintegriti dan berkhidmat
demi kepentingan rakyat..
Bukan kepentingan peribadi


Sunday 8 March 2020

Al-Fatihah Yen ...


Nazreen Amran
Seorang photographer..
Telah kembali kerahmatullah semalam

Nabila pun ada post pasal ni..

Aku pernah berurusan dengan dia
Tahun lepas.. aku nak hire dia
tolong tangkap gambar utk event

Tp dia x berkelapangan dan dia
hantar Nizar .. kawan dia jgk..
Nizar pun bagus katanya...
And mmg bagus..

Moga arwah ditempatkan dikalangan
orang2 beriman .....


Sepanjang berurusan dgn dia
Dia seorang yg sgt nice..
Dan tahu “berbahasa” dgn org 
😥




Wednesday 4 March 2020

Ulser



Super bz like hell 

Dan ulser dlm mulut

Aku bz gila! 
Huwarghhhhhh


Actually aku bz sebab
Aku nak repax weekend ni
So aku kena la siapkan semua
kerja cepat2...


Kalau tak, kena buat kerja
hujung minggu!! Penat
Minggu lepas pun dah x ada life
sebab buat kerja sabtu dan ahad!


Minggu ni aku nak release tension!
Nak lepak dgn Shah la


Sunday 1 March 2020

Politik



Apa dah jd dgn Malaysia ni

PM ke 8 ??
Asalnya aku suka Muhyiddin
Tp bila tgk muka Azmin dgn Zahid
kiri kanan dia.. ,

Ya Allah...

Say NO to Zahid...
Hope jgn la jd menteri lagi
orang yg banyak kes salah laku


As long as Najib and Zahid out 
aku okay!!! Walaupun Azmin pun..
sama jugak. Pengkhianat ...


Tak mustahil nanti Azmin rampas
apa yg dapat dirampas... kotor cara dia