Sunday 28 February 2021

Partners For Justice - Highly Recommended !!



Tgh tgk cerita ni dkt Netflix skrg..
Tp aku masih season 1 lagi.. dia baru sampai 2 season

Sumpah best!!

Kisah Doktor Pakar Forensik dan Pendakwa raya
Dorang menyiasat mayat yg mati 
Apa punca kematian sebelum mendakwa 
suspek!


Setiap episod ada klimaks dia sbb tu
cerita ni best gila. Setiap episod ada cerita
dan kes yg berbeza.. 


Yang geramnya , dihujung setiap episod
akan ada hint penting yg buat kita kena tengok
terus episod seterusnya! Mmg best!!


First episod dia langsung tak membosankan
Start je terus mula dgn kes org mati kena langgar.


Dalam cerita ni, banyak benda yg kita dpt belajar
Pertamanya, prosedur2 dlm hospital forensic department
Dpt tgk mcm mana bedah siasat dan mcm mana
doktor ni dpt cari semua punca kematian seseorang
Sama ada dia dibunuh, bunuh diri atau sebagainya..
Semuanya dorang boleh tahu !!!


Tu yg aku suka.. sbb aku pun tak tahu
macam mana sbnrnya polis , forensik dgn pendakwa raya
bekerja!!!!! Semuanya terjawab dlm cerita ni


Serious mmg cerita mcm ni aku suka
Walaupun jarang tgk cerita Korea..
Tp kalau pasal penyiasatan.. aku suka!


Lepas tu daripada cerita ni..
Aku dpt pelajari sesuatu..
Iaitu, JANGAN CUBA TIPU DOCTOR ATAU POLIS
Org yg buat jenayah la maksud aku
Polis dgn forensik and pendakwa raya mmg
sentiasa akan dpt cari bukti semua..


Masa scene dorang bedah siasat and
cari bukti ditempat kejadian tu paling best
Mcm2 kita dapat belajar! 
Benda yg kita tak tahu mcm mana
polis dan pakar forensik ambil bahan bukti
dari tempat kejadian!! Dan buat analisis!
Mmg best part ni..


Sgt2 teruja bila tgk cerita ni.
Aku baru episod 12... nanti sambung lagi
Aku bagi rating 10/10 sebab cerita ni
langsung tak membosankan..
Ada jgk scene kelakar..
Mmg best la! Rasa tgk CSI.. tp lagi best dari CSI




Korean Song Yang Tengah “IN” dkt Radio



Seminggu dua ni aku selalu dgr lagu ni
dekat radio! Best gila vibes dia😬😬


HWA SA - MARIA 


Sunday 21 February 2021

Power Screwdriver




Beli bendalah ni dkt shopee..
Senang skit nak drill screw dkt dinding..


LOL .. selama ni screw tu aku ketuk pakai tukul je
Padahal menggunakan benda ni senang je
Dan tak mengeluarkan bunyi bising
yg keterlaluan seperti bunyi tukul ..


Ni aku x try lagi..
Tp aku ada tgk org review dkt youtube..
Ni utk kerja2 ringan okay la..


Benda ni ada dkt kedai Mr DIY..
Tp aku xde masa nak masuk kedai sgt
Beli online je.. seminggu dah sampai rumah

Sunday 14 February 2021

Polis Dah Tiada Integriti??


Mesti tak sedap dengar tajuk tu
kalau siapa2 yg kerja polis..


Sama mcm kalau cikgu buat hal,
Semua cikgu yg jujur akan kena tempias


Tp tu la semalam..
Banyak cerita pasal polis yg 
buat hal semasa menjaga sekatan jalan raya..
Mungkin polis tu dah sangap sangat kot
Dah lama x balik jumpa isteri...


Kesan tak boleh rentas daerah..
Dan polis susah nak cuti .. kena kerja
time orang lain cuti..


Mengganggu mental dan emosi..



Sama mcm cikgu..
Cikgu , mental dan emosi terganggu
buat kelas online yg tak berkesan pun
Dalam masa yg sama org atasan tak faham
Sibuk nak mengejar KPI dorang sampai
golongan cikgu rasa tertekan!


Ni JPN la kot! Selalu mendesak suruh buat itu
buat ini sampai tugas hakiki cikgu masa kini
semakin terabai gara2 memenuhi kehendak
dan dokumentasi yg entah apa-apa..
Kan bagus kalau bagi ruang pada cikgu
untuk mengajar anak muridnya dgn cara 
mereka sendiri tanpa campur tangan dari pihak luar


Ramai member2 cikgu mengadu makin banyak kerja
Makin membebankan..
Berbanding beberapa tahun dahulu..


Tu lah..
Bila menteri asyik dgr nasihat orang luar
Bukan nak dengar keluhan guru pun..
Masalah guru dia tak peduli..
Janji kehendak org ramai dipenuhi..


Bosan menteri zaman skrg!!

Saturday 13 February 2021

Esok


Malasnya. Esok dah kena balik tempt kerja
Utk 5 hari... bertabahlah...


Tak sabar tunggu hari jumaat
Jumaat adalah hari paling bahagia
utk aku.. sebab boleh balik rumah
Rasa lebih tenang dkt rumah sendiri



Friday 12 February 2021

....... Just A Reminder





Cordless Vacuum





Tahun lepas aku ada beli vacuum utk kereta..
Ni la dia!


Berbaloi jgk la!
Kuat dia sedut..


Boleh la setakat nak guna utk 20 minit..


Lepas tu charge awal siap2 utk
kegunaan akan datang..



Tp jgn la guna vacuum ni utk
vacum rumah korang atau kereta
yg dah setahun tak vacuum...
Yg tu sila guna vacum besar..






Salam Jumaat






Thursday 11 February 2021

Dah Jumpa





Hari selasa hari tu
Sebelum balik rumah,
sempat cari Ice Cream Coconut Gula Melaka
Jumpa akhirnya! 


Rasa dia okay la.. 
Aku makan tapi
campur2 dgn ice cream perisa vanila
and cokelat ... 


Tapi Musang King memang sedap sgt la!!



Wednesday 10 February 2021

Broadband Dulu-Dulu


THROWBACK 



Dulu sebelum ada smartphone..
Sekitar tahun 2008-2013 kot ..
Aku pakai broadband tu..


Dulu kan kurang org guna smartphone
yg boleh buka hotspot mcm skrg..


Kenangsn betul bendalah ni..
Kalau lampu dia hijau, means line slow
Kalau lampu biru, kira laju dah
Kalau biru+hijau paling laju..πŸ˜…



Post dekat twitter gambar ni, 
Aku baca sambil tersenyum
semua twit2 reply dan quote yg
rakyat twitter tulis dkt post aku!


Ya!! Kita sama je!
Dulu 3gb sebulan boleh survive!
Dah la dulu 3GB tu pun dah RM48 kalau x silap


Sekarang 3GB boleh pakai 2 hari je..
Zaman skarang paling sikit pun 
at least kena ada 20GB kalau aku la
Tu paling sikit..


Tp 50GB sebulan mmg puas hati.
kalau zaman skarang ni..





Monday 8 February 2021

Angkara Cinta tambah 45 episod lagi ??







Perghhh gila !!! 115 episod gais semua ok!!
Skarang baru episod 71. Esok 72!!!


Memula 70 je.. skali up lagi 90 episod!
Yg terbaru tambah lagi jadi 115 !! 


Pengarah dia dah sah kan melalui IG Story





Aku dah la sakit jiwa setiap kali tgk citer tu
Tapi best okay!!


Mesti puluh ribu income watak utama cerita ni
Si Meerqeen, Wanna Ali, Hun Haqeem, Yuna Rahim
Sharifah Shahora, Nina Juren , Syazwan Zulkifli


Perghhh untung laa

Haters - KOTAK





Suka vibes lagu ni
Energy tu! 


Ice Cream...



Nestle lately makin banyak keluar ice cream
best2



Yang musang king ni susah nak dpt.
Merata cari.. baru hari sabtu jumpa
Tu pun tinggal 2 bekas yg terakhir
Laku keras!!!


Harga dia mahal jgk la..
RM25 utk bekas mcm dlm gambar!


Tp memang sedapp gilaaaa!!!!


Skarang aku nak cari 
Ice cream Coconut Gula Melaka ni



Susah nak jumpa jgk..










TV LED



Aku baru beli tv baru .. TV LED 50” inch
Jumaat lepas..


Penat aku tgk tv lama yg rosak hari tu
Tak baik2...


Bayangkan aku hantar bulan 12..
Sampai hujung bulan Januari..
Tak siap2... mcm2 alasan org kedai tu bagi


Last2 aku ambil balik tv tu.. tanpa dibaiki..
Sakit hati aku..


Lepas tu jumaat lepas aku try technician lain..
Dia dtg ambil tv tu dkt rumah..


Malam tu jugak aku beli tv baru
Sebab tak tahan .. nak tgk bola..


TV lama tu repair dia nak dkt RM400
Aku nekad suruh technician tu lupuskan.
Aku malas dah nak fikir..tv tu pun dah lama.


So technician tu kata okay..


Settle masalah...
Aku malas dah buang masa repair tv tu
Sebab dari bulan 12 tahun lepas
Patut dah settle masalah tu!!
Buang masa aku je tunggu.
Aku patut beli tv baru bulan 12..
Tp sbb aku sabar tunggu technician yg 1st tu..
Buang masa betul !!!


Apa2 pun.. alhamdulillah!
Settle hal tu. tak perlu aku nak fikir
mana nak letak tv lama tu dlm rumah
Biar la technician tu.. pandai2 dia la
Nak amik parts2 yg masih okay, silakan..
Nak buang pun takpe..



Bahagia dgn tv baru.. 
50 inch besar jgk la dari tv lama tu..
Puassss tengok bola!
Brand yg sama mcm tv lama
Sharp Aquos ...  tv biasa. Bukan smart tv.
Harga dia RM1499..
Memang bajet aku range RM1300-RM1500


Skrg ni kan famous smart tv..
Tp xpe la.. yg penting utk tgk bola..
Dan drama favourite..
Smart TV tak begitu penting utk aku
Nak tgk youtube tgk dkt phone or ipad je









Friday 5 February 2021

Luqman Podolski - Kalau Kau Rindu





Suka jgk dgr lagu ni
Relax... dan sempoi..



Kendati - Amylea (Ost Takdir Yang Tertulis)




Best lagu ni...


Start dari chorus dia sampai akhir..
Goosebumps and “rasa”


Korang kena dengar sampai habis
Dia mcm style Indonesia punya lagu.



Di inspirasikan dari lagu2 Melly Goeslaw agaknya
Tp mmg best melodi dia sampai ke akhir!!!



Wednesday 3 February 2021

Good Job !!





Manchester United 9 - 0 Southampton


Aku x tgk game ni sebab pukul 4 pagi...
Tapi, bangun pagi terus tgk results!
Syukurlah menang..


Bulan lepas ManUtd menang 3-2 
Selepas ketinggalan dibelakang.
Southampton score dulu..
Come back is real !! 


Awal pagi tadi... 
menang lagi.. tapi, sebab player Southampton 
dilayangkan kad merah seawal minit ke 2...
Separuh masa pertama..


Satu lagi red card masa 2nd half ..

Nasib x menyebelahi mereka..
Mesti sakit terima keputusan mcm tu.


Yg penting 3 points tu! ManUtd dpt!