Wednesday 30 September 2020

Rabu



Bila dah sampai hari rabu..
Rasa seronok..
Sebab dah dkt nak hari jumaat


Jumaat excited nak balik


Satu terapi bila dpt keluar dari persekitaran kerja



Sunday 27 September 2020

Big Stage 2020 Minggu Ke 7 : Separuh Akhir

Fuh Farisha gais tersingkir
Tak best takde perempuan
Apa2 pun move ON!
Ni la reality show!! 
Farisha dah buktikan dan gunakan
platform Big Stage utk tunjuk
pada orang kebolehan dia yg ramai x tahu
sebelum ni... 

Tak sangka Dinie ke Final!
Bangga jgk aku dgn dia sbnrnya
Berbanding lelaki2 yg lain,
Dinie ni tetap ada kelebihan dia
Tone dia sedap!
Dan feel dia tu!! Menusuk!


Ranking aku minggu ni..

1. Azzam Sham
2. Fadh Majid
3. Qody 
4. Farisha Iris (Tersingkir)
5. Dinie Rashid 
6. Usop


Farisha Iris 

Lagu Pertama : Semalam

Mantap! Konsep persembahan dia best

Mcm ada drama2 sikit!

Tp suara mmg terbaik!

Sedap gila suara. Aku rasa mcm

xde cacat cela performance dia

Betul la kata Syafinaz.. graf nyanyian 

dia tak naik.. Maybe lagu tu yg xde klimaks


Lagu Kedua: Ratusan Purnama

Lagu ni ngam la ! Mmg lagu duet

lelaki dan perempuan. Tak mcm duet

yg tadi tu... Masuk2 je Farisha

tertinggal lirik....Farisha dpt props

lagi! Dgn pokok2 plak. Yg 1st td pun ada

dancer!  Astro bias keh? Tetiba mcm Syamel yg x brapa

best! Ke mmg dorang tak sesuai berduet

Tp Farisha okay la! High note, low note

ada yg x sempurna. Lagu ni mcm tak sesuai paduan suara ni. Mcm kurang latihan bersama.





Dinie Rashid 

Lagu Pertama: Sumpah

Seperti biasa , boleh rasa...

Malam ni suara dia jelas!

Tp rasa mcm boleh bg lebih lagi

Knapa xde props utk Dinie!

Lagu ni lagu juara lagu kot..

Patut ada props... maybe ni

malam terakhir Dinie. Komen Ajai

pun dah kata “tak sedap!!” Haihhh sian!

Ke mmg nak singkirkan Dinie???


Lagu Kedua: Adventure Of A Lifetime

Okay ada dancer kali ni

Woahh!! Best plak suara dia!!

Cuma pergerakan dia perlu bagi lagi

Nampak takut sgt muka tu! 

Tp best okay! Lain dari Dinie yg biasa

Suara mmg aku suka! Mcm sesuai plak

lagu ni dengan dia! English dia okay sgt!

Maybe sebab dia mmg minat Coldplay


Qody  

Lagu Pertama: Rude

Ok jgk la.. tp mcm ada yg

note tu tetiba sharp!

pronounciation jgk..perlu diperbaiki

Mcm dia kurang enjoy sgt

Dkt2 nak habis lagu baru nampak 

dia enjoy dan baru rasa ada best sikit

See, Dayang pun kata benda yg sama!


Lagu Kedua: Satu

Tetiba aku rasa suara Qody ni sesuai

lagu tradisional. Tp mcm td, tetiba

ada note yg dia lontarkan terlalu Sharp!

Not bad jgk! Mcm menjerit pun ada

Ntah la.. Tapi baru la rasa malam ni

HIDUP !!! Pemilihan lagu penting utk

menghidupkan suasana 



Usop

Lagu Pertama: Kembali Merindu

Wow knapa Usop sering dpt layanan

yg mcm lebih? Dpt Haqiem Rusli plak tu

Kompom naik undian sbb HR ramai fans

Erm biasa je performance ni

Cuma ada improvise sikit2...

Ke arrangement ni bosan! Aku x rasa..

Dah persembahan ke 4 , mcm xde aura

semua persembahan setakat ni..

Tu la pemilihan lagu agak bosan..

See, Faizal Tahir pun kata “tak rasa”


Lagu Kedua: Lelaki Ini

Low note x dgr sgt... 

chorus baru clear sikit..

Tp terlalu slow plak lagu ni

Bosan plak tgk Usop nyanyi lagu ni

Lagu ni lagu yg “Mahal” kot

Kena penyanyi yg power jgk..

And Usop x dpt bg.. pada pendapat aku la.. juri ni suka bg markah tinggi dkt dia

Aku rasa markah dia  sepatutnya x lebih 70 kot utk lagu ni..  

puji lebih2 sgt masa awal2..



Fadh Majid

Lagu Pertama - Someone You Love

Not bad... lagu ni senang kot!

Aku suka arrangement dia..

Tp ada part tinggi tu mcm x brapa

cantik la dia tarik.. dan mcm

sama je mcm peserta sebelum2 ni

Agak berhati2 dan bosan. Tak rasa sgt

Padahal lagu senang ni.. 

Siapa pilih lagu bosan2 ni?? Hurm..


Lagu Kedua: Percayalah

Sedap intro!!! Lagu mcm ni

makanan dia.. suara dia blend dgn

Shiha Zikir. Ada connection la

Best!! Walaupun aku x tahu lagu ni

Tp mmg best! 



Azzam Sham

Lagu Pertama : Gundah

Lags slow lagi..... Not bad..

Rasa mcm boleh naik key lagi..

Bob mmg meletop! 

Entah la! Aku rasa ada yg tak kena

je performance ni... org lain aku x tahu la

Tp tu yg aku rasa.. maybe lagu ni

tak sesuai diduetkan... 

Syafinaz kata try hard and over done!

Falsetto ada yg sedap ada yg tidak

dan perlu fikir adakah ia perlu atau tidak


Lagu Kedua: Tak Mungkin Bersama

Sedap! Ni pun lagu makanan dia

Sedap je! Xde komen sgt....

ada jgk la part2

yg mcm dia susah nak bawa

Tapi dia dpt lakukannya

Aku tgk dia ni kreatif la

Dia selalu improvise..

Terbaik dari Azzam Sham...

Kes Covid 19 Makin Meningkat



Makin banyak kes


And aku tgk masyarakat khususnya premis2  perniagaan
mcm ada longgar sikit dah SOP


Ada yg dah x sedia hand sanitizer
Jimat kos ke????? Hurm...



Kalau kat negeri aku ni
Peraturannya ketat... susah nak keluar masuk
Kalau keluar, silap haribulan tak bleh masuk balik
Sebab peraturan dia kerap berubah
Dan ada kurantin berhari2 jugak..



Mmg susah...
Kakak aku kat semenanjung pun x balik2 sini
dari start pkp, hari raya, sampai hari ni..
Bayangkan...  lama..


Bersyukurlah siapa yg masih 
dekat dgn family..

Tuesday 22 September 2020

Gegar Vaganza Musim Ke 7


Senarai bintang GV7



Wuuu Noraniza Idris dowh!!
Legend!! Level dia dah 
patut jd juri kot...

Mus May pun Legend!!

Tp dlm ramai2 ni
Aku minat lagu Rozita Izlyn
Dia pernah berduet jgn dgn Aju
Kebetulan Aju pun ada dlm GV7 ni


Korang boleh search lagu
MENGAPA SUKAR MELAFAZKAN MAAF


Selain tu, Hazlinda pun lagu dia
mmg ramai suka! SEHATI SEJIWA



INDIGO pun aku minat jgk dulu!
Patut JULIANA BANOS pun masuk GV
Baru ngam!! Indigo dgn Juliana Banos
pun ada lagu duet yg best jgk dulu..


Dekat Rumah Dah..



Letih aku drive
Hari ahad balik tempat kerja
Hari ni dah drive balik rumah
Sebab esok appointment hospital aku
So, esok aku MC


Lepas habis appointment balik tempat kerja lagi
Jumaat nanti balik lagi kat sini..
Letih..


Tp dpt bersama keluarga skejap
Pun dah rasa best!!
Keluar dari persekitran kerja skejap
mmg terapi terbaik

Monday 21 September 2020

Mesti Tengok! KAMPUNG PEOPLE 2!





Kampung People 2 dah start
Di Slot Lestary TV3 ... 
Rabu-Jumaat jam 9mlm!!


Baru episod 2 ..., minggu lepas!
Cerita ni sgt menghiburkan!!
Korang tak perlu layan season 1
pun boleh layan!


Aku tgk dkt Apps IQIY dua episod ni
sebab tak sempat tgk mgu lepas
ngantok.. tido awal..


Cerita ni kelakar!
Sangat!! Hahahahaha
Dah lama x tgk cerita yg betul2
menghiburkan mcm ni!!
Serious korang kena tgk!!
Kompom mood korang akan berubah
Kak Lina Pom Pom mmg kelakar gila!!!


Yg kelakar nya cerita ni sebab slang dorang
yang dibuat2 tu! Mmg sgt2 menghiburkan!
Cerita ni patut panjang sikit episod dia
Ramai suka ..

Sunday 20 September 2020

Big Stage 2020 - Minggu ke 6 (SUKU AKHIR)

Minggu Suku Akhir dah?!

Pantas !!!



Tersingkir:

Nana Sheme :(

Hafiz Zainal


Nampaknya juri gunakan

Immunity utk Dinie Rashid

Moga dia jgn hampakan juri

minggu depan

........................................

Okay ni ranking aku

Sebelum keputusan penyingkiran diumumkan..


Ranking aku minggu ni

base on persembahan solo


1. Farisha Iris

2. Nana Sheme

3. Dinie Rashid

4. Fadh Majid

5. Azzam Sham

6. Qody

7. Usop

8. Hafiz Zainal




Okay.. ni komen aku

Semasa peserta sedang perform

dan sebelum keputusan penyingkiran

diumumkan...



Dinie Rashid - Umpan Jinak Di Air Tenang

Not bad.. ada lenggok tradisional tu

Still dia kena kuatkan sikit suara dia

Tp sangat okay persembahan Dinie ni

Mcm tak sangka dia 

boleh nyanyi lagu ni.. sgt bersahaja

Dah la 1st perform! Depan Mas Idayu

plak tu!! Good job Dinie!!!! 

Hope Dinie belum

tersingkir minggu ni..



Qody - Teman Pengganti

Suara lantang! Sesuai jgk Qody nyanyi

lagu ni... woww! Qody boleh rap!

Mmg kagum tgk performance ni

Ada jgk satu part tu mcm flat sikit

Tp keseluruhan tetap best!

Bukan senang nyanyi lagu ni

Aku rasa arrangement dia terlalu hebat

Lain sikit dari lagu asal..



Fadh Majid - Seperti Mati Lampu

Tak familiar lagu ni.. hurm..

Opening dah power suara..

Lagu dangdut.. tak jauh beza dgn

qasidah! So Fadh xde masalah sgt

membawa lagu ni.. 



Hafiz Zainal - Rampas

Knapa aku rasa Hafiz Zainal ni

nyanyi mmg boleh nyanyi..

Tp wajah dia yg jambu tu buat rasa x sesuai je dgn lagu2 yg dia nyanyi..

“Tak sampai” kat aku nyanyian dia.

Tp mmg dia boleh nyanyi...

Seperti komen2 aku yg sebelum ni..

Tak natural la atas stage. Nampak try hard.. dan bagi aku .. bosan..


Ha see?! Dayang kata... honesty tu tak ada..Dayang tak rasa. Sama la..

Aku tak pernah dpt rasa persembahan

Hafiz Zainal dah minggu ke 5 ni.

Sorry Hafiz! 



Nana Sheme - Ngam

Terbaik gilaaaaaaa

Karektor tu!! Wow sgt

Power gila! Aku sukaaaa

Sbb lgu ni fav aku! So aku

dpt rasa performance ni..

Nana not bad rap!! Bangga kot tgk

persembahan ni! Usaha tu tip top!!

Whatever apa kata FT! Tp bagi aku

Nana Sheme dah bagi yg terbaik...



Azzam Sham - Numb

Suara dia mmg sentiasa tiptop

Everything on point!

Sgt berbakat anak muda sorang ni!

Dia x nampak try hard!!

Natural je ... lagu apa pun xde masalah

Good job! Bakal juara!!! 

Artis masa depan ni!!!!!



Usop - One Call Away

Usop ni jarang perform awal2..

Ditunggu satu Malaysia kata Sherry..

Hurm... 

senang nya lagu ni..

X mencabar sangat pun..

Knapa dia buat2 suara ala2 justin bieber

LOL.. tak brapa best! Lagu kurang mencabar.. kalau dpt markah tinggi

tak tahu la... rezeki dia la..

Lagu ni x sesuai utk pertandingan..

Ntah apa Mas Idayu puji ni... 

Nasib Ajai dan FT cakap benda yg betul..



Farisha Iris - How You Like That

Power ! Lagu ni mmg menguji la

Sebab lagu Korea. 4orang nyanyi

Farisha boleh nyanyi sorang

Arrangement padu terukk

I like!!! Ntah la! Lagu main peranan

Aku suka. Serious best!!

See, markah tinggi dia dpt!!



Hahahaha!!

Time ni Kak Lina Pom Pom

baca twit aku dkt TV... Bangga

“Thanks Kak Lina pilih twit saya”



BATTLE!!


Qody X Azzam Sham - Merisik Kabar

Rasa mcm 2-2 power

Tak tahu nak pilih siapa bagus

Sebab mmg 2-2 best




Nana Sheme X Dinie Rashid - Sejati

Mcm x brapa best part Nana

Lagu ballad mcm x sesuai kot

Tp still best di dengar

Dinie Rashid nyanyi dgn style dia

Tak dengar sgt...beberapa part

Dinie ni dia biasa nyanyi akustik

Bila dgn band mcm ni suara dia selalu tak

berapa dengar! Tenggelam.. Rugi laaa!! 

Betul la kata FT... chemistry tak ada

Jgn dorang 2 ni tersingkir dah la..



Dalam ramai2 peserta lelaki

Dinie ni masih malu nak buka mulut

Tone dah sedap!! Rugii okay

tak keluarkan sepenuhnya



Hafiz Zainal X Fadh Majid - Bujang Senang

Blend jgk la suara dorang 

2-2 okay je... xde komen sgt



Usop X Farisha Iris-Tak Ada Logika

Okay ni lagu aku... fav!!!

Arrangement padu teruk!

Ini baru sesuai battle! 

Ntah knapa Nana dgn Dinie dpt

lagu Sejati. Nak battle mcm tak sesuai..

Farisha dgn Usop not bad

Mmg sesuai . Tak tahu nak pilih

Tak kisah la..









Saturday 19 September 2020

Movie “TENET”



Tgk movie td .. citer TENET


MMG BEST!!!
Action movie..
Aku suka cerita ni sebab start je
terus dimulakan dgn aksi!! 
Tak perlu tunggu lama nak rasa goosebumps tu


Jalan cerita menarik


Tp terlalu lama!! 2 jam 30 minit okay!
Selalu cerita mcm ni paling lama pun 1 jam 50 minit
Bila dah 2 jam 30 minit tu rasa mcm
“Bila cerita ni nak habis??”



Masuk 1.30 
Keluar pukul 4 ptg! Lamaaa tuuu

Beli Barang



Bangun awal td..
7.30 dah keluar pergi pasar
Beli ayam...  mcm biasa
penuhkan peti sejuk dkt rumah dulu


Sebab tgh hari ni aku nak keluar
dgn kawan2 gi tgk movie...
So sebelum tu kita 
berbakti utk keluarga dulu..


Lepas beli makanan semua
Pegi makan roti canai jap..
Lapar gilaa pagi2...


Lepas tu gi amik Burn Cheese Cake
Dua hari lepas order..


Satu utk mkn dkt rumah
Satu utk bawa balik ke tempt kerja..
Ada 4 kotak(2 kotak besar / 2 kotak kecil)
Kek ada 2... sebab minta dia potong terus
sebab tu dia jadi berkotak2 ...


Sedap burn cheese cake ni
kalau utk minum kopi waktu petang..




Mimpi Lagi

Lately selalu mimpi orang yg
jauh... yg susah nak jumpa..


Kali ni mimpi Raff plak ..


Mimpi hari ni buat rasa x nak bangun
Mimpi jumpa Raff ...


As always Raff ni
semua yg keluar dari mulut dia
semua yang mendorong ke arah
kejayaan...


Bila dengan dia,
rasa mcm jadi “berilmu” lebih dari biasa
Ketenangan tu ada...


Tu specialnya dia...
Bersyukur ada kawan mcm dia
Rasa bersemangat lepas
jumpa dia dlm mimpi...







Wednesday 16 September 2020

Mimpi



Mimpi mlm td...
Mimpi org2 yg dah lama x jumpa...
Entah bila dpt jumpa lagi...


Kita pun x tahu apa berlaku akan datang
Dapat ke tidak berjumpa lagi..
Jadi, bila ada peluang utk berjumpa
Jangan lepaskan peluang lepak minum..





Monday 14 September 2020

Tq Afiq



Wuarghhhh 

Afiq berbesar hati nak ganti aku pergi kursus
Alhamdulillah!! Sebab aku malas nak pergi
Sebab aku ada benda lain nak settle..


So aku akan send dkt Afiq bahan
yg nak kena bawa

Sunday 13 September 2020

Move On


Aku tak tgk sampai habis 
Big Stage td...
Aku tgk part yg ada Sissy Imann je
komen interview dia yg terakhir
bersama Sandra je.. sedih


Aku dah sedih 2 hari berturut2
mengenang arwah :(



Dan hari ni aku x mahu sedih lagi
Tadi lagu2 pun sedih.. 
Tak mahu emosi terganggu
Aku tgk Immortal Songs..


Lagipun aku rasa, agak kurang sesuai
majlis nyanyian utk arwah yg baru sahaja
meninggal dunia.. 
Pada pendapat aku la..
Ntah la.... daripada Astro buat
konsert mcm tu, elok buat sesi temubual je
tanpa sebarang aktiviti nyanyian.. 


Immortal Songs tadi
Best jgk ada Fieya Julia
Tp kebanyakan arrangement mlm ni
kurang menyengat!
Mcm sama je dgn versi asal..
Tp FJ punya rare!! Dia buat lagu tu
versi rock. lagu Di Alam Fana Cinta


Dah la dia sorang je perempuan minggu ni
And pada pendapat aku FJ patut menang td
bukan Azmi.... tp xpe la..
Persembahan penutup FJ mmg
menyelamatkan Immortal Songs minggu ini
Sebab yg lain punya arrangement biasa je
Tak rasa kelainan sgt ..




Lapar



Aku kalau bz buat kerja
Aku xde selera nak makan


Bila kerja dah siap baru lapar gila
Nak cari makanan...


Mcm skrg!!
Aku belum mkn sejak sampai pukul 12 td
Bz buat kerja..


Dah settle semua kul 7 td
Baru rasa lapar tu datang!!


Batery Laptop






Baru beli batery laptop dkt shopee
Seminggu dua lagi baru sampai


Aku ada 2 laptop..
Satu yg dibeli pada tahun 2012
Satu lagi tahun 2015...


Yg aku kerap pakai yg 2012 tu..
8 tahun dah okay! 👍🏽👍🏽 Tp tu la bila dah lama
batery dah x boleh on lama2 susah nak
guna time kursus kalau xde plug..
So aku beli batery baru.. ori.. RM200



Yg laptop tahun 2015 tu masalah keyboard dia
Ada button yg x function. Kena pakai external
keyboard.. Aku ada external keyboard tu
Tp leceh nak bawa .. so laptop tu jadi
laptop utk tujuan recording kat rumah je



Utk bekerja aku still suka Toshiba yg tahun 2012 tu
Mmg berbaloi...!!! Dah pernah ganti screen skali
dulu sebab pecah atas kecuaian aku sendiri..
Tp dari segi performance, laptop tu mmg terbaik!


Saturday 12 September 2020

Sobss



Baru tgk senarai nama
utk kursus next week..


Ada nama aku lagi😓😓


So aku la kena pergi lagi minggu depan
Hari Rabu - Jumaat😣
16 hb hari cuti 😣😣




Grrr..

Aku ada appointment Hospital bulan ni
Tapi aku tak ingat bila...

Ya .. mata ni masih lagi
perlu pemeriksaan..

Hope tak terlepas la..
Kalau terlepas aku kena buat appointment lain
Dokumen hospital dlm kereta
Tak sempat nak tgk ...
Jap lagi aku turun tgk jap



Friday 11 September 2020

Tak Boleh Fokus


Lepas tahu Sandra meninggal
Perasaan jd bercampur baur dan tak fokus


Aku drive kereta balik dari kursus td
pun asyik terfikir2 je..
Sampai sekarang... 


Berfikir tentang kematian..
Mcm mana la agaknya bila
masa kita akan sampai nanti..


Sandra dijemput Illahi pada hari jumaat
Hari yang penuh berkat...
Al-Fatihah .. moga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan dikalangan org beriman.. Amiinnn


Minggu lepas pasal cikgu pedalaman yg accident
Pun masih lagi terngiang2 di fikiran...


Ajal tak mengenal usia


Bayangkan dlm kemalangan, 
org lain selamat, arwah je tak selamat.
Tu lah yg dikatakan ajal maut 
telah ditentukan.... Allahu

Selamat Berehat Sandra


😢😰




Al-Fatihah & Salam Takziah buat keluarga

Thursday 10 September 2020

Night





Hurm


Minggu dpn ada 1 lagi kursus!
Hope bukan aku la pergi
Dah la dia ambil waktu cuti!
16 Septenber - 18 September
16 Sept kan cuti umum
Hurn


Banyak keje lain lagi nak buat


Hope bukan aku yg kena pergi





Wednesday 9 September 2020

Day 1





Best gila kursus kali ni..
Sebab bilik sorang2 tak payah share
Kalau dulu mmg share 2 org
Takde privacy .. kali ni mmg best la

Bilik aku tingkat 12
Mmg besar! 
1 King size bed
1 queen size bed

Hari ni tido katil ni
Esok tido katil satu lagi
Hahaha


Kali ni pergi kursus,
Hand sanitizer dah mcm free gift 
Semua org dpt!


Pastu masa check in pun
dkt kaunter bagi hand sanitizer!
So ada 2 la sanitizer hari ni..





Mmg best.
1 table ada 5 org... 
Sarapan pagi plak akan dihantar ke bilik
Kan skarang belum boleh buffet 


Pas tu utk minum petang plak
dihidangkan atas meja bulat tu
mcm makan berhidang! 
Tak payah nak bergerak dari
tempat duduk ..  


Kumpulan aku dpt meja paling belakang
Tenang je rasa !!! 
Banyak skrin .. kiri kanan
depan belakang. Takde masalah
tak nampak paparan di slide...



Kursus paling best pernah aku pergi..haha


Kursus ni mmg besar bajet..
Borang claim dia bukan yg biasa kami isi
Complicated sikit..  






Nikmatnya



Nikmatnya tido hari ni..
Fikiran dah mula tenang
Takde fikir hal kerja..


2 minggu lebih tak rasa tido yg tenang mcm td
Sebelum ni, selalu terjaga awal
sebab risau hal kerja..


2 minggu lebih jgk, tak dpt fokus
tgk tv...sebab risau hal kerja


2 minggu lebih tak lalu makan


Dah 2 minggu rumah bersepah 
dengan bahan2 kerja...
Ahad nanti la nak kemas rumah
Semalam tak sempat.. sebab 
bergegas nak balik utk kursus hari ni


Kursus hari ni start pukul 2


Tuesday 8 September 2020

Thanks Semua


Mula2 Shah.. 
Lepas tu Raff ..
Lepas tu Raimee ..
Lepas tu Fauzi..
Lepas tu Marno..

Dan Afiq... 
Banyak tolong hal2 fail..
Kalau xde dia, mmg tak terbuat
aku sorang2 benda tu..
Aku paling tak brapa suka hal2 
fail ni.. 


Apa2 pun, 
Lelaki2 ini yg banyak bantu
and bg semangat!!
Fuh, kalau x, tak tahu apa nasib..


Apa2 pun semunya kerana Allah
Dia permudahkan urusan..






Alhamdulillah


Settle!
Semua berjalan dgn sgt lancar
Tahu tak mlm td aku tido pukul 10!
Sambil dgr hotfm sebelum tu
Sebab aku mmg plan nak tido awal
Tp lepas habis dgr hotfm

Lama gila tunggu interview
Lepas 3 lagu baru ada!
Lama tu! Org excited nak dgr
interview... 

Pagi td bangun 4.30 ... 
Tp lepas subuh 5.30 baru
buat kerja sikit...


Syukurlah! Dah settle semua
benda yg buat resah gelisah 2 3 minggu ni
Tadi pun dpt komen positif je!!


Skrg tgh atas ferry! 
Otw balik. Esok ada kursus sampai
jumaat! Relax2 je la ..


Dah atas ferry ni baru teringat
blazzer tertinggal!
Padahal dah keluarkan...
Haihhh sejuk la aku nanti masa kursus tu


Bismillahirrahmanirrahim



I can do this!
Bismillahirrahmanirrahim..
Moga dipermudahkan..
X sabar tunggu 12.30..

Dorang dtg pukul 10..
10.30 aku dipantau..
11.30 bincang hal fail dan semua2 la





Monday 7 September 2020

Thanks


Aku baru lepas call Marno
Mintak dia bagi motivasi sikit
Dia kan kaunselor...


Bagus ada kawan baik kaunselor ni
So aku lebih tenang dan redha

All The Best To Me


Tadi aku tenang dah
Lepas ada info baru nak mcm2
Aku jd kelam kabut balik


Ya Allah . Permudahkanlah urusan esok
Aku berserah je ni..


Hurm..
Aku malas nak fikir..
Aku nak tido awal


Kalau buat kerja dlm keadaan sekarang
Nanti kelam kabut lagi..
Banyak salah!!
Redha je

Tak dpt fokus


Cepat la esok!
Kami semua dah tak tahan
menanti kedatangan pemantau
dan habiskan semua resah gelisah ni esok!

Sunday 6 September 2020

BIG STAGE 2020 - Minggu Ke 4

Kesian Sandra tak ada.
Moga dia cepat sembuh..

Okay ni komen aku! 
Aku taip ni masa peserta perform..
Sebelum keputusan penyingkiran


Ranking aku minggu ni

1. Azzam Sham
2. Usop
3. Dinie Rashid
4. Fadh Majid
5. Yamani (TERSINGKIR)
6. Nana Sheme
7. Farisha Iris
8. Qody
9. Hafiz Zainal




Azzam Sham
Sentiasa x mengecewakan 
Dia buat lagu tu mcm lagu dia
Ajai pun cakap, identiti tu..
Dia mmg bakal juara kot! 
Xde masalah dgn dia.. 
markah pun tinggi...
Hebat betul every week
BBNU of the week..


Hafiz Zainal 
Not bad .. tp still aku rasa mcm , hurmm
Lagu ni best.. “LAGUKU UNTUKMU”
Dia still nampak try hard... ending menarik
Sebab ada “klimaks”
Tak tahu la.. mcm ada je yg tak kena
pada pandangan aku ...
Nampak tak natural la ..


Fadh Majid
Mentera Semerah Padi 
Dia nampak suka dgn lagu ni
Nampak relax and effortless
Yang ini nampak natural la bila
perform... bagus.. bagus..
Siap tunjuk skil silat😁 ikut mood lagu


Farisha Iris
Lagu yg ditunggu2 KAU KEKASIHKU
Dia buat style dia...
Tp rasa mcm tak puas
Sebab dah turun key kot..
Agak kurang dpt rasa..
Mcm takde klimaks persembahan ni.
Mendatar je aku rasa
Betul kata Ajai... keikhlasan menyanyi tu
penting. Tu yang buat performance tu
rasa hambar je..


Yamani
Mimpi Laila...!! Mcm sesuai lagu ni dgn dia
Best!! Menghiburkannnnnnn! 
Mmg layan! Tp dia perlu belajar lagi
mcm mana nak nyanyi part high note tu
Tak la teruk sgt! Masih best lagi..
Tp bila excited sgt , tetiba off
Betul la apa Dyg kata tu.. but overall
best!! Yamani makin kurus!! Dgr2
rajin jogging skrg! Terbaik


Qody
Arrangement best utk lagu ni..
Dengan seruling bagai... 
Relax je dgr! Best! Dgn vokal
mantap Qody!! Tp mcm ada perkataan
yg kurang jelas...  mcm minggu2 sebelum
ni lagi best! Tak berapa menarik
Biasa je ...



Dinie Rashid
Best gila! Aku suka lagu Fauziah Latif ni
Minggu ni ada props and dancer utk Dinie
Rasa tgk AJL ok! Aku rasa performance ni
seriously!!! Aku rasa aku akan tgk banyak kali
performance ni...!!! Mmg puas hati
Good job Dinie!!! Performance
dia paling best antara minggu2 yg lain


Nana Sheme
Lagu ni fav aku.. DONT SPEAK!!
Tp mcm tak best! Sayangnyaaa
Arrangement dia x best sgt..
Tp tinggi jgk markah... 
Nanti aku nak dgr balik
apa yg best sgt sampai tinggi markah
Aku terganggu dgn arrangement dia
Nana ok la kot nyanyi


Usop
Usop xde masalah punya nyanyi lagu Iklim
Sebab lagu single dia sendiri pun
mula2 aku dgr mmg mcm lagu Iklim.
So performance dia xde masalah
Mmg lagu genre dia jgk kan. Balada..
Xde komen banyak! Lagu ni mudah untuk dia
Senang sangat..


Weekend Yang Membosankan



Weekend yg membosankan ...
Sebab banyak keje..
Tak ada life rasa :(


Sabar 2 hari je lagi



Kemalangan


Semalam ada berita yg sgt sedih
Ada cikgu dkt kawasan ni
meninggal sebab accident
Jatuh gaung sedalam 30 meter


SARAWAK

LAPORAN AWAL KES GURU MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA  SEMASA PERJALANAN KEMBALI SEKOLAH

1. Nama mangsa : NUR ANISAH BINTI OTHMAN 

Stesen Bertugas: SK  LIO MATO , BARAM 
Jantina: PEREMPUAN 
Alamat Sekolah: SK LIO MATO, BARAM 

LAPOR 
Nama Guru Besar:  ENCIK JIMBUN ANAK BERANDAK 
Alamat Rumah mangsa: **** JALAN KILANG UBI, CHERUK TOK KUN 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG 
Tarikh Kejadian: 3 SEPTEMBER 2020 
Tempat Kejadian: JALAN BALAK BERHAMPIRAN DENGAN KAMPUNG LONG SAN,  BARAM 
  
KRONOLOGI KEJADIAN:
 1.  GURU BERSAMA DENGAN 4 ORANG YANG LAIN MENGGUNAKAN TRANSPORTER UNTUK BALIK KE SEKOLAH SETELAH TAMAT TEMPOH KUARANTIN DI HOTEL DI MIRI. 

2. MEREKA MENGGUNAKAN KENDERAAN PANCUAN EMPAT RODA TOYOTA HILUX  
- 2 ORANG GURU 
- DRIVER DAN  PENUMPANG TRANSPORTER  

3. KENDERAAN YANG DIPANDU TELAH HILANG KAWALAN DAN  TERJATUH KE DALAM GAUNG.  TIGA ORANG PENUMPANG MENGALAMI KECEDERAAN RINGAN DAN SEORANG MANGSA TELAH MENINGGAL DITEMPAT KEJADIAN. MANGSA YANG MENINGGAL DUNIA DIKENALI SEBAGAI CIKGU NUR ANISAH BINTI OTHMAN. 

4. KEJADIAN  TELAH DILAPORKAN OLEH RAKAN MANGSA IAITU CIKGU HAIRILEQHWAN  FIRDAUS BIN FADZIL MELALUI PANGGILAN TELEFON YANG BERSAMA DI DALAM KENDERAAN TERSEBUT PADA JAM 5.47 PETANG. KETERANGAN TIDAK BERAPA JELAS DISEBABKAN GANGGUAN TALIAN YANG TIDAK STABIL. 

5. JENAZAH MANGSA TELAH DIBAWA KE KLINIK KESIHATAN LONG SAN, BARAM DAN SETERUSNYA DIBAWA KE HOSPITAL MIRI  DENGAN BANTUAN DARIPADA NGO DI LONG SAN. SEMASA LAPORAN INI DITULIS MEREKA MASIH DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL MIRI. PERJALANAN MEREKA AKAN MENGAMBIL MASA AGAK LAMA DISEBABKAN OLEH KEADAAN CUACA YANG KURANG BAIK MENYEBABKAN KEADAAN JALAN YANG LICIN.













SUMBER: FB





Al Fatihah
Dan Salam Takziah :(


Satu daerah :(


Aku semalam asyik terfikir hal ni
Atiq pernah sebilik dengan dia masa kursus


Jauh tu dari Long San nak ke Miri
naik 4wheel dlm keadaan hujan
Nak bawa jenazah ke hospital Miri


Aku dpt bayangkan gaung sedalam 30meter tu
Sebab jalan yg aku lalu setiap minggu ni
pun gaung kiri kanan!
Nasib lah jalan tu dah ber tar sejak 
2 tahun yg lalu.. tp bukan jalan
yg dorang lalu ni..


Tahun2 sebelum tu, mmg jalan tanah je
yang aku lalu setiap minggu tu..
Mmg aku pun pernah sekali 
hampir jatuh okay!! Masa hari hujan
Kereta susah nak naik bukit
Sebab jalan berlumpur tebal dan licin!!
Sampai kat tengah bukit nak naik masa tu
Kereta tersekat dan menggelongsor ke belakang
Mmg tak boleh kawal dah sebab licin! 


Pengalaman yg x dpt aku lupakan
Dah la aku bawak 2 org Masa tu


Nasib kereta tak jatuh... 
Terbabas di kaki bukit
Pastu terpaksa minta tolong orang
drive kereta aku utk naik ke atas
Lelaki tu berpengalaman la bawak 
4 wheel dlm keadaan becak..


Tu la pengalaman ngeri pernah aku lalui
Hanpir jatuh gaung..
Neves dia masa tu mmg
Tak dpt dibendung lagi
Dalam hati terbayang dah wajah family
Dan rasa macam hidup aku bakal berakhir 
di situ! 


Tahun lepas kes guru meninggal
dalam kebakaran.... mmg sedih dgr
berita ni




Saturday 5 September 2020

Kursus


What??! Ada kursus 9-11 sept
Aku baru nak kena pantau 8 sept
Memang non stop la otak ni 
kena berfikir!!


Aku ni dah la x sabar tunggu pemantauan
Tak tahan dah... berserah je ni..
Kena judge, judge lahhhh...
Proses pembelajaran..


Means selasa ni aku boleh balik rumah
Sebab kursus tu hari rabu.. Check in
Ok la tu!! Release tension lepas
kena pantau..


Actually pemantauan tu pun ada sikit
kaitan dengan kursus tu jgk!!
Elok lahhh!! 
Mantap la lepas ni 🦾


Aku harap Raff ada jd penceramah

Guess Lagi



Beli jam baru
Guess lagi... entah la 
Aku suka guess punya design...




Kombinasi dari blue dan gold
Mmg smart la🔥🔥👍🏽


Mcm background blog ni..
Tapi blog aku padanan dark blue
dengan pink. Pun sesuai😁
Next time tak tahu la kalau
aku tukar color lain..
Sehingga entry ni ditulis,
background blog aku masih dark blue

Friday 4 September 2020

Hurm



Kesian betul tgk Nora Arifin
Yang pasal kes video yg viral
aksi intim anak perempuan dia 
dengan remaja lelaki..


Sedih aku tgk bila
dia terpaksa mengaku tu anak dia
dan berasa terkilan dgn perbuatan anak



Hypertension



Aku dah x tahan ni hadap kerja
Ntah la dpt bertahan ke tak sampai selasa


Ni pun aku rasa sistem badan aku
mcm tak betul...  lemah je rasa..
Rasa nak collapse..


Tido tak lena
Tak lalu makan


Aku tahu aku boleh buat...


Zaman belajar dulu bab2 presentation
aku takde masalah...


Tp bezanya yg kali ni,
Pressure tu mcm tak dpt dibendung lagi


Tp mujur ada Afiq tolong..
Sebab ada 2 benda ni nak kena
hadap !



Wednesday 2 September 2020

Tuesday 1 September 2020

Keep Giving






Good night






Stress



Tak sabar tunggu 8hb
Aku dah xde life ni..
Life aku skrg ... kerja 24 jam..


Ni dah 8mpm baru rehat betul..
Non stop taw dari petang td...


Belum baring lagi ni...
Moga aku terus kuat dan 
Tuhan permudahkan urusan ni
Amiinnnn...