Friday 29 September 2017

Ada apa dengan Cameron Highland ?? Sejuk okay.. best!!



Dari Lensa aku ...  :)


Suka datang sini... sebab sejuk
Sama macam Bukit Tinggi jgk la :)
And sama macam Kundasang jgk la..
Next time, nak bermalam pulak..
Sebelum ni... day trip je.. tak puas..
and jalan jammed teruk dkt Tanah Rata..









Tips utk korang yang pertama kali nak pegi Cameron Highland
Kalau nak day trip ke Cameron.. 
jgn pegi time weekend.. jammed teruk..



Recommended : Bermalam kat sana 2 malam. 
Kalau ada kereta senang..
Lupa plak aku nak check hari tu
Banyak tak grab car kat situ..
rasanya ada jer...
Dan jangan risau if nak tour guide..
Banyak je kat Tanah Rata..
Hotel pun banyak kat Tanah Rata...


Sebelum ni aku cam confuse masa mula2.. 
pasal Brinchang dan Tanah Rata ni


Sebenarnya Brinchang dgn Tanah Rata ni tak la jauh sgt.. dalam 4 - 5 minit je..
Kalau korang ada transport sendiri... nak stay Hotel dkt Brinchang takde masalah... Brinchang ni mcm Bandar ke 2 selepas Tanah Rata. 

Bila2 masa nak ke Tanah Rata pun boleh..kalau ada kereta..sebab kedai2 dan restoren banyak kat Tanah Rata. Kira mcm Tanah Rata ni bandar utama la di Cameron Highland..

Station bas , bank.. semua kat TANAH RATA.

Tp sekiranya korang tak ada transport sendiri semasa nak stay kat Cameron Highland... pilih lah hotel dkt Tanah Rata.. senang... banyak pilihan if nak cari tempat makan ke..bank ke..



Aku suka nak duduk lama2 sambil tgk ladang teh..
Tak payah pegi tempat lain pun takpe...
Sebab rasa tenang tgk pemandangan ladang teh tu
sumpah .. dah la sejukkkkk... tempat yang sesuai utk menulis
dan cari idea...
haihh... pls laaa.. aku mmg suka tempat sejuk..!


next time nak pegi Kundasang lagi... utk kali ke brapa tak tahu
tp itu tempat favourite aku.....


Genting bila nak siap ha??
Kalau dah siap... aku nak pegi..
last pegi Genting...  7 tahun yang lalu..






ALERT ATAU TIDAK PADA INFO???



Aku tgh buat job kpdnkk ni..
For 6 month insyaAllah...
Kalau korang perasan aku selalu
twit and spread info pasal kpdnkk
(sila alert pada info.. nanti menyesal)


ramai orang tak tahu hak masing2 sebagai pengguna
mahupun peniaga... dan ada yang aku sendiri tak tahu..
bila aku buat ni.. secara automatik meningkatkan
pengetahuan aku sendiri pasal hal2 yang melibatkan
pengguna dan peniaga...


Dan ramai jugak orang meroyan bila kena tipu, tertipu
dan mcm2 lagi la... dkt twitter
punyalah ramai orang meroyan kena tipu..
lepas tu minta di viral kan penipu tu..
Kami RT je...


Tapi korang tak tahu ke saluran yang betul utk buat aduan?







Ni ada dua saluran utk buat aduan kepada peniaga yang melakukan salah laku atau penipuan..... Jangan cakap ahkakkk tak payungggg pulak..






Dan... penipu2 yang suka tipu orang tu.. jgn ingat korang selamat.
Dkt dunia selamat la... kat akhirat?  Sendiri fikir ....



So.. .aku respect pada KPDNKK sebab dorang ada inisiatif
nak sebarkan info pada masyarakat...... Lebih2 lagi menggunakan
sosial media influencer utk spread info... Tindakan yang bijak..
and badan2 kerajaan yang lain sepatutnya buat mcm tu..






TAK TERIMA SEBARANG JOB

aku tak terima sebarang job. tp yang kpdnkk ni aku terima sebab mmg tujuan aku main twitter ni adalah utk sebarkan info. Ramai jugak orang minta review produk.. tp aku hanya review product yang aku betul2 guna sahaja... Aku tak nak review product yang aku tak guna.. walaupun benda tu boleh menguntungkan aku.. Duit bukan segalanya ...  hehe....

Tapi kalau peniaga tu suruh aku cuba produk dia... and terbukti bagus.. aku tak ada masalah.... (tapi jgn suruh cuba produk kosmetik ... sebab aku dah selesa dengan brand yang aku selalu guna.. tak nak tukar2 atau cuba yang lain)



Lagipun dekat twitter ni terlalu ramai dah org review product..
Penjual lagi ramai dari pembeli...

Sebenarnya.. serious talk, twitter tak sesuai utk buat review product..
Sebab sebagai pengguna twitter... aku bukak twitter bukan nak beli barang pun... dan aku rasa pengguna twitter yang lain pun sama... Kami main twitter sebab nak relax..  and dapatkan info... Twitter mmg cepat kalau info2 terkini...


So kepada peniaga2 semua... korang boleh cari insta famous utk review product  korang okay ....  Atau.. satu lagi platform berkesan ialah facebook. Facebook Ads.. Insta Ads 
semua tu lebih berkesan berbanding guna twitter.. :)



TAPI, PERCAYALAH... Twitter tak sesuai utk promot product.. 
Info2 boleh la...








I need that "vibe"



Bila nak ada header baru ni?

Ntah bila..
aku bz...
bila betul2 mood nak men'design" baru benda akan
terhasil dengan mantap...
masalah nya mood tu belum sampai...







sama lah mcm buat keje..
buat keje kena ada motivasi..
kena ada support dari persekitaran...
kalau tak ada, hasilnya tak akan sempurna...


I need that "vibe" ...
Kalau aku rak rasa vibes tu...Tak jalan keje....






MATA BASAH



Malam tadi sebelum tido mata basah..
pagi ni iron baju pun mata basah...
Macam sambungan kepada emosi malam tadi


Depression is real gaisss...!!!
hahaha.. am I really depressed?

see the difference..









Aku okay...
Lepas tgk video lawak2.. dah gelak semua..

aku okay

Thursday 28 September 2017

Pinjam Duit Tapi Tak Bayar!


Jadilah manusia bertanggungjawab.
Masa mula2 sebelum dpt duit..
Kemain lagi merayu buat orang simpati.


Bila masalah kau settle, 
hutang dgn aku bila lagi nak settle?
Aku dah jumpa banyak org mcm ni..


Let me tell u this...,
Aku bg pinjam duit sebab aku anggap kau kawan
Mcm family...
Tp bila kau mungkir janji dan tak bayar..
Aku rasa kau tak layak pun jadi kawan aku..
Sebab kau ni time susah je cari orang..
Time senang, lupa diri...!
Kau mmg tak tahu erti menghargai...


Life kau kat luar kemain mcm org kaya
Hakikatnya tak pun...
Jgn nak berlagak!!


Terutama PA Artis yg pinjam duit tp tak bayar
Dan beherapa individu lain yg buat2 lupa pasal hutang.. 



Nowadays.. org yg bagi pinjam duit dah mcm pengemis nak duit balik.. org yg pinjam.. relax je mcm tak ada pape! Aku x halalkan duit aku utk manusia tak sedar diri mcm ni... 






Tuesday 26 September 2017

Aku juga ada perasaan



Sampai bila asyik nak jaga hati orang..
Hati kita sendiri .. remuk tak siapa tahu


Tp inilah realitinya zaman skarang..
Orang pentingkan diri sendiri tak fikir orang lain. Dia nak kepentingan dia terjaga je. Kepentingan orang lain tak penting utk dia..


Hey you people..
Dunia ni bukan pasal kita sahaja okay..
Jangan abaikan hak orang..
Kalau takde orang lain..
Kau x boleh hidup sorang2 di muka bumi ni..


Siapa nak gali kubur kau nanti..
Siapa nak bacakan talkin semua..
Kau tak mampu .. sedarlah..


Tolong jgn abaikan orang lain..
Yang berusha mahu kekal bersama kau..
Tolong hargai!!



Aku Bukan Seorang yang “last minute”


Aku tak faham perangai manusia yg suka berlengah-lengah dlm membuat sesuatu yg penting...


Contoh... kau tahu kau nak konvo pada sekian tarikh.. kenapa seminggu sebelum konvo baru nak beli tiket flight?? Kompom lah mahal... LOL !!


Bukan aku yer.. org lain!!



Kalau aku... 
awal2 aku dah beli tiket flight..
Itu yg 1st aku buat kalau dah tahu tarikh nak konvo semua tu..


Apa yg boleh aku katakan..
“Padan muka” je la..
Teruskan dgn sikap last minute uols tu..


Hahaha


Bukan pasal konvo je..


Tp dalam segala hal. Aku tak suka last minute!!
Aku tak suka rushing..


Benda common sense kot..
Tak perlu diajar.. sendiri patut tahu fikir..




Video Fathia Latif dan Natasha Ellyza



I’m not sure siapa Natasha Ellyza .. hope betul la ejaan. Artis ke dia tu.. sorry ye tak kenal.. aku kenal Fathia je


Kecoh minggu lepas pasal video Fathia dan Ellyza ni menari sambil tayang aset. Aku ada tgk kat youtube..  

OMG! Selebriti kot Fathia!
Tak tahu apa yg terlintas di fikiran dia masa buat benda tu..

Sebagai selebriti .. dia patut tahu 
yang dia sepatutnya jadi role model pada peminat dia dan masyarakat! Sgt mengecewakan artis mcm ni!!


Walaupun Fathia dah nangis2 minta maaf.. 
tapi.. hurm.. aku still x bleh terima artis berkelakuan tak senonoh mcm ni.. memalukan org perempuan je


Ellyza tu lagi la.. dgn bahasa dia yg mcm kurang ajar tu... sorry to say! Kau masih hijau dik nak maki2 org mcm tu... 


Bila orang nasihat.. kau marah..
Tp tak sedar diri apa yg kau buat tu
sgt memalukan..


Kalau tak nak kena kecam..
Jgn buat video bodoh
Semata2 nak viral dan femes


Tolong jgn nampak murah sgt boleh tak!!



Baby Ara . Siapa tu? Low Class Attention Seeker!


Aku tadi layan youtube
Terjumpa org react pasal Baby Ara

Mmg nak maki je rasa kalau tgk video dia
That fucking girl is so stupid
Buat video menunjukkan kebodohan diri sendiri..

Macam org lalok pun ada
Macam tgh high pun ada..


Dan senang citer mcm ni la..
Dia nampak seperti “perempuan murah”
Huhuhu


Korang pegi tgk sendiri dkt youtube..
Mmg bikin panas!! Sgt memalukan!!!
Tgk pakaian dia pun dah tahu..
Nak jual diri dgn abang2 sangap kat sosial media


😏 nak upload gambar dia kat sini pun aku rasa jijik. Sorry ye.. aku x nak blog aku kotor!!!


Kadang2 pelik..
Kenapa mesti buat video murahan mcm tu
Parents tak jaga ke pasal adab???




Kambing adalah spesis zirafah ke?


Aku tak tahu..
Yg aku tahu muka zirafah dan kambing
macam sama.. cuma fizikal je tak sama

😅😅

Malas nak google 

Mari berfikir




Gajah sebenarnya berwarna kelabu



Lama x melawat haiwan. Bebaru ni aku ada pegi.. ha dpt la release tension. Mmg best tgk haiwan yg jarang kita tgk.. 


Tgk gajah pun hati rasa happy
Sebab gajah ni kelihatan tenang..
Dan berwarna cokelat (dlm gambar ni)

Tapi tahukan korang bahawa gajah sebenarnya
Berwarna kelabu.. yg dlm gambar ni, 
gajah tu belum mandi 😅😅

Monday 25 September 2017

Monday 18 September 2017

sedih lalu sini



Cuaca hari ni hujan..
Esok aku dah balik..
Percutian ringkas yg sgt .. memuaskan hati..


Aku sempat singgah ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar khamis lepas (14Sept2017)


Suasana di kawasan kebakaran masih dikunjungi ramai orang ... semua ambil kesempatan utk mengambil gambar .. sambil dalam hati.. speechless.. 


Kebakaran berpunca dari balas dendam antara remaja. 7 saspek dah pun ditahan . Semiga hukuman setimpal bakal diterima!!! :(


Daripada kejadian ini dpt kita simpulkan bahawa
Jiwa remaja kita terlalu rapuh..
Baru kena ejek pun dah nak bunuh2 bagai..
Ceteknya pemikiran!!!


Apa2 pun aku jumpa cikgu diorang tadi..
Lupa tanya nama. Tapi dia antara yang kena interview.. ada dkt youtube.. ustaz tu. Antara yg terselamat .. 

Al-Fatihah buat semua adik2 tahfiz :(
Moga roh mereka dicucuri rahmat.. 
Amiinn :(

Saturday 16 September 2017

Friday 15 September 2017

Al-Fatihah adik-adik tahfiz


Semalam digemparkan dengan kejadian kebakaran
yang melibatkan sebuah pusat Tahfiz di ibu negara

Sedih dan sayu rasa hati ..
21 pelajar dan 2 guru terkorban

Aku mmg lambat tahu pasal ni sebab semalam bz keje..
habis keje baru tahu.. and aku tgk video dkt youtube
Youtube skarang mmg pantas,,, banyak berita terkini


ada satu video tu..
masih dgr bunyi budak2 menjerit..
Ya Allah :(    kesiannya diorang
Orang ramai tak dapat buat apa-apa....


Dan video itu tidak patut disebarkan
Kesian ahli keluarga mangsa...





Fly....


yeahhh hari ni aku fly...
selalunya lepas habis satu tugasan yang aku buat
utk 9 bulan ni.. aku akan pegi somewhere utk release tension
nanti aku upload gambar (kalau aku rajin la)

:)


aku sempat tukar layout baru pagi ni..
suka tema hitam dan putih ni...
dia punya vibe sesuai dgn aku
and kebetulan aku hari ni pakai baju putih... tudung hitam
skirt hitam... kira black and white jugak la..
sama macam tema blog aku ni :)


Tuesday 12 September 2017

Aku Tak Marah


Aku kecewa je
....

Aku pun manusia..
Aku tak mintak org dgr cakap aku selalu.
Tp sesekali tolong dgr apa yg aku cuba sampaikan!

Selamat malam.
Aku letih.. 
Otak aku perlu rehat

Thursday 7 September 2017

Hurm...


Jangan bazirkan effort kau pada orang yang tak perlu. Once dia tak hargai, tak perlu lah bazir masa 


Konsep sedar diri tu sangat penting... 

Lebih 10 tahun berblog

Kau rasa???


Ini blog aku yg ke brapa maybe ke 5 dah..
Doakan blog ni mampu berkembang mcm blog2 aku sebelum ini..

Takpe slowly aku akan kemas blog aku.
Theme ni pun utk sementara dulu.
Bila ada masa nanti aku tukar layout lain

😣😣😣

Bila dah bosan

Bila kau dah bosan dengan aku, kau akan nampak semua kesilapan aku ..  Percayalah suatu hari nanti akan berlaku ...


Pain is...



pain is when you're slowly dying on the inside and you're way too weak to speak about it so you keep silent and suffer alone.

Facebook Page

Aku nak buat FB page baru
Doakan semoga berjalan lancar..
FB page pasal apa..
Kita tgk la nanti .. 

Always The Hardest Part


Membangunkan sesuatu yang baru
Memang sinonim dengan aku...
Mcm page ni la..


Akan aku bangunkan perlahan-lahan..
Seperti blog2 aku yang terdahulu
Ada yang dah dikenali..
Tapi aku hentikan..

Kenapa?
Setiap kali aku kecewa terhadap sesuatu..
aku move on..
walaupun aku boleh je nak tukar URL
Tapi aku tak nak.. biarlah semua tu jadi memori
Tak suka nak delete2 post lama... biarlah...


Ini yang baru...
takpe.. aku dah biasa...
Memulakan sesuatu dari zero...


Ini bukan kali pertama..





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...



Alhamdulillah
Blog baru...
Aku perlu move on...
Doakan aku berjaya :)