Tuesday 31 December 2019

Nasib Baik



Aku ingatkan ada meeting hari ni
Rupanya esok..


Okay la tu. X perlu aku rushing drive
jap lagi..


Dkt hospital masih..
6.40am gerak tadi sbb
takut susah parking kalau lewat














Hujan lebat kat luar ..
Mujur td masa aku gerak belum hujan lagi



Monday 30 December 2019

Esok Balik



Hope esok cpt je urusan aku dkt hospital .. 
aku nak balik cepat ada meeting

Barang semua dah masukkan dlm kereta
Esok just keluar je...

Jumaat x tahu la balik ke tak
Tgk dulu... kalau cam letih
Tak la balik..


Best Gila Lagu “Gadis Dan Bunga” Versi Dayang Nurfaizah



Ternampak di IG Dayang
Best gila kot versi ni.
Tak pernah terfikir lagu ni akan
jadi macam ni



Dah mcm Sheila Majid




Sunday 29 December 2019

Kos Normal Service AirCond



Ada org quote twit and kata
Normal service aircond
Iaitu cuci filter tu cost dia
RM80-RM90 kalau suruh technician 
buat..


Aku hampir nak panggil technician ok
utk service aircond semalam tu..
Nasib x jadi...


Simple sgt okay..
Bukak je cover aircond tu..
Dah nampak filter..
Keluarkan je.. dan basuh..
Dah keringkan.. masukkan balik..
Dia ada tulis mana satu FRONT
dkt filter tu supaya x terbalik masa
masukkan..


Benda boleh buat sendiri..
Buat apa nak buang duit RM80
utk kerja yg sgt mudah ni 😆😆


RM80 tu boleh beli makanan utk
seisi keluarga okay..
Atau cover duit minyak utk
seminggu dua ...


Kalau kat tempat keje aku tu
Entah lagi mahal dia charge
sebab jauh .... 


Masa pasang dulu pun dia charge RM150
tau utk kos perjalanan.. mahal kan?
Tp mmg jauh la..



Aku rasa ramai org, khususnya perempuan
Tak tahu yg kerja cuci filter aircond tu
sgt2 senang... dorang tahu pakai je


Bila dah kurang sejuk...
Kata aircond rosak la..
Padahal bertahun2 x pernah cuci filter dia


Hope lepas ni ramai dah tahu
And x payah panggil technician..
Boleh buat sendiri...x perlu screw driver
Haha...


Kalau x tahu.. youtube kan ada
Aku mula2 tgk youtube okay..
Pastu aku tanya Ijam...
Ijam kata bukak cover dia..


Bukak cover aircond tu depend

Ada yg dari depan tepi, tolak sikit ke atas
Ada yg dari atas..


Mcm aircond aku,
Bukak dari depan...pegang dua2 kiri kanan
bahagian muka depan aircond tu
Pastu tolak ke depan... maka terbuka lah
Terus nampak filter.. ada 2...


Cam tu je la..


Semalam.. jumpa serangga mati jgk
😱😱 nasib dah mati..
Aku ni sejenis yg fobia dgn
serangga!! 


Hope lepas ni jgn biarkan filter aircond anda
bertahun2 x dicuci ya...
Lepas ni boleh buat setahun sekali
Atau kalau rajin, 6 bulan sekali 🙃









Erm...


X dpt la bagi bunga ni
Dia dtg 31.12 time aku dah balik
ke tempat kerja :(


Nak bagi bunga kat airport ..
pun x sempat ya.. sbb dia dtg lewat petang


Patutnya aku yg terima bunga kot


Tp ni kes lain...
Org dtg ke tempat aku...
Mestilah nak bagi bunga
tanda selamat datang ...


Tp tu la..
X berkesempatan nak jemput






Done






Done basuh kereta
Semalam kotor gila kereta sebab 
hujan lebat


Pencapaian terbaik tahun 2019 ni
Aku cuci kereta sendiri..
Brapa kali je hantar kedai...


Aku rasa x berbaloi cuci dkt kedai
kalau lepas tu hujan.. kotor balik..


Kalau cuci sendiri xpe..
Kalau kotor, cuci lagi
Berkali2 pun xpe...

Bad Experience??


Terbaca luahan netizen 
Mencuba servis/produk yg di promot oleh
influencer... 


Tu la.. kebanyakan influencer kat luar tu
main amik je semua if org suruh review
produk.. 


Skali dpt review teruk dari customer
Tak rasa bersalah ke ?????


Paling bahaya ialah skin care!!
Boleh memudaratkan kulit pengguna okay









Saturday 28 December 2019

Wah..!



Aku pegi kuaters aku tadi
Nak kemas rumah sikit sebelum
start kerja..


So next week aku x payah la
penat2 mengemas...
Datang dan boleh berehat dgn tenang..


Tadi ganti langsir baru..
Yang aku beli masa sale 12.12
Sapu and mop lantai...
Dan bersihkan filter aircond


First time aku buat kerja ni
Senang je rupanya ...
Ni kan kerja lelaki ...:
Tp mudah je .. org perempuan pun boleh..







2 tahun x pernah bukak badan aircond
Nahhh.. kekotoran degil dia..
Mmg tak boleh bawa bincang..
Banyak debu


Patut aircond x rasa sgt lately!!!


Pas keluarkan filter tu..
Aku basuh guna span dkt sinki


Bersih dah ... :)


Fuh sumpah letih gila
Letih kemas rumah
Letih drive

Bayangkan gerak kul 7.30am
Balik semula ke rumah almost 7pm


Aku x sempat buka sosial media sgt



Tenang






Seumur hidup aku 
semalam buat pertama kali
masuk Maybank dkt Miri
tapi tak ramai orang
Ada 2 3 org jer


Maybe sebab masa tu hujan..,
dan baru pukul 1.55pm


Syukur...
And lancar urusan aku...


Ada 2 urusan pegi bank semalam..


Tak plan nak pergi..
Tapi alang2 dah keluar
and tak tahu bak pergi mana lagi,
maka aku singgah jer..






Thursday 26 December 2019

Gerhana Matahari Anulus 26 Disember 2019






Subhanallah! 
Besarnya kekuasaan Allah ...
Aku berpeluang menyaksikan fenomena ini
hari ni.. 


Yang dikatakan macam Cincin tu dkt kawasan tertentu
je .. di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.
Dkt tempat lain dpt tgk separa je..
Tp tu pun dah epik...


Gambar dkt atas adalah dari phone aku..
Aku patut guna Huawei tadi
Tapi aku lupa...

Kenapa Huawei...?
Sbb Huawei P20 kan dpt adjust ISO
jadi bila amik gambar mcm ni..
Boleh tgk lagi clear la...
Tadi betul2 lupa


Aku berusaha kot nak dptkan gambar ni
Lama aku berada di luar rumah..
Nasib rumah aku ni ada pokok2
Tak la panas sangat.....


Tp guna iPhone pun okay jgk..


Mula2 aku dapat tgk guna plastik hitam
jenis tebal... so memang dpt tgk clear
dgn mata kasar


Jgn tgk tanpa pelindung mata..
Boleh menyebabkan retina terbakar..
Aku ni dah la tgh jaga mata aku..
So aku cari plastik hitam yg tebal
bukan yg biasa tu.. yang tu nipis..


Lepas tu aku amik video...
Dari video..  nampak clear 
bila di zoom!! 


Kehadiran awan tu pun membantu
supaya tak la terang sangat ..
Jadi bersyukur gila dpt tengok
fenomena ni... bukan selalu..









Wednesday 25 December 2019

Tuesday 24 December 2019

Cepat Masa Berlalu



Rasa mcm baru je cuti
Ni dah nak habis dah

Hurm...

Road Tax DONE!!





Semalam amik road tax dkt Calvin
Selalu mmg dia yg uruskan hal road tax aku



Hospital


Dkt hospital..
Teman abang aku

Sambil2 tu aku pun mmg nak
awalkan appointment aku
sepatutnya 7.1.2020
Aku malas nak mc tarikh tu
Baru start keje dah mc..
Nanti dipandang serong hahaha


Dpt tkr ke tarikh 31.12.2019
Hari yg sama aku kena balik ke tempat kerja
Tp appointment kul 8pagi
Lepas check up aku terus 
balik ke tempat kerja ..



Monday 23 December 2019

Juara Gv6 Naqiu dan Hady Mirza






Rare kan..
Tp okay la... keputusan yg best..


Naqiu mmg ramai org suka
So kompom ramai org akan
tulis la pasal dia. Dia mmg bagus
dari minggu pertama lagi


Tapi... aku nak ckp pasal Hady Mirza 
Nama yg bukan asing ..
Lama dah aku tahu
nama dia.. bkn sejak GV ni je


Apa yg aku suka pasal Hady Mirza
ialah nampak keikhlasan dia perform
Dia perform tanpa tekanan
Seolah2 ni bukan pertandingan
Maybe dia memiliki hati yg suci

Mungkin dia pandai sorok , x tahu la


Tp apa yg aku tgk..
Betul2 relax.. tapi meletop!!!
Best kan mcm tu...


Dan apa yg aku perhatikan..
Dia seorang yg menyenangkan hati la
Kalau tgk org interview dia..
Dia sgt cool .. x pernah dgr dia
berlagak.. so down to earth..


Tp hari tu aku ada nampak video
dia melaungkan azan dgn sgt merdu
di suatu event. Masa tu masuk
waktu zohor. Kalau x silap..
Dia la yg laungkan azan dari belakang
pentas... semua org terpaku..
Aku rasa dorang x tahu dia yg laungkan azan
Hanya org belakang tabir yg tahu
sbb yg share video pun crew2 
belakang pentas


Tp serious best tgk Hady Mirza perform
dia kan juara Singapore Idol
dan Asian Idol...


Mmg tak dpt disangkal lagi power!!!!


Aku suka One Nation Emcees jgk
Tp lagu yg dorang dpt malam ni
mcm kurang menarik..
Aku kurang minat lagu tu..
So x begitu dpt menangkap la
persembahan dorang . Tp still best


Kan bagus kalau lagu Gadis dan Bunga
atau Drama yg dipilih utk final..
Mesti gempak! Lagu yg dorang perform
minggu2 sebelum ni.. 














Thursday 19 December 2019

Suri Katriana



Makin best. 
Sentiasa x sabar tunggu next episod

Cerita ni sumpah saiko
Watak dlm cerita ni mental habis!!

Suka citer mcm ni
Dia 10% je sweet...
Selebihnya banyak saiko
Pasal bunuh2.. pasal family
Padu skrip dia.. 


Pelakon pun sesuai

Episod hari ni 37/49

Baru terbongkar 
Yg kawan baik sbnrnya fake!
Dia tunggu masa nak balas dendam


Dan rupanya dia yg menyebabkan 
mak Suri mati dlm kebakaran dulu
Tp org lain yg disalahkan..


Banyak lagi la... 
dia bukan 1 kisah tu je..
Dia ada banyak lagi konflik lain
Plot twist citer ni mmg sgt2
power sampai kita tak sangka





Kreatif gila skrip

Which One?






Teh Bunga
100 plus
Mineral Water 


Yg mana satu?


Mineral water la !!!
Sejuk sikit hati..



Hurm



Org lain senang2 kata
Sabar la apa la...
Tak kena dkt family kau
mmg la..


Dan kau pun x tgk full komen tu kan
So kau x terkesan...


Mcm mana dgn org yg berbalas komen
semua tu.... yg terpaksa
menahan rasa berapi yg x terhingga
sakit hati lagi


Lain org lain perspektif
Tak kena kat dorang, mmg la
suruh sabar.....


Sampai bila sabar??
Sampai org buat berkali2 ?????



Gila...



Mmg bodo la perempuan tu
Hina2 Sissy Imann dan bondanya.


Sekali kedapatan!!
Seorang cikgu.. fuyoh! Senior Sissy 
plak tu!! Nama skolah pun dah tahu


Pelik jgk...
Cikgu komen mcm org gila!
Perempuan plak tu!!
Muka cantik.. perangai cam apa je..
Adab mana adab!!


Dia patut diberi pengajaran
Apa dia ingat, dia BESAR sgt ke
Jgn berani belakang2 je..
Jumpa depan2 la!!!


Baru gentle!!! Huhu


Hope dia x terlepas mcm tu je!
Sakit hati aku tahu tak!!!!
Baca komen dia! 

Rasa mcm dia hina aku
dan keluarga aku...

Tuesday 17 December 2019

Perempuan Dari Neraka!!!



Semalam aku rasa 
nak naik hangin..
Tp aku control ...


Kalau korang dpt baca
hati aku.. korang tahu la


Struggle is real..


Pantang aku tgk org biadap
Org biadap, x layak dilayan dgn baik.
Sama ada reply dgn kasar
Atau x reply langsung..
Itu je pilihan yg ada...



Alang2 kalau dah reply tu
Semua perkataan akan keluar
Yg aku sendiri rasa mcm bukan aku
Tp bila dah keluar perkataan pelik2
Tu maksudnya aku sgt2 marah..


Aku cari kau sampai jumpa!!
Kalau ada clue senang la..


Kalau kau boleh malukan orang,
kau pun patut rasa dimalukan
tu macam mana!!


Kalau aku nak buat lagi jahat, 
siap la org tu sampai family dia 
aku cari utk dedahkan perangai buruk
dia menghina orang lain...


Pada pendapat aku.. perbuatan dia
Sgt2 biadap!!!


Muka mcm perempuan lindungan kaabah
Tp perangai mcm perempuan dari NERAKA!








Monday 16 December 2019

Meremang



Aku habiskan 1 jam lebih
baca pengakuan terbaru
Azilah yg dituduh membunuh Altantuya
dulu.. 

Azilah kini banduan akhir
di penjara ...

Ya .. mmg dia bunuh
Tp atas arahan siapa?


Semuanya ada di sini... klik 
link kat bawah ni


Baca boleh.. 
percaya 100%, ermm.. 
terpulang la..kalau rasa logik


Tp bg aku logik..
Siap berani ingkar arahan
org atasan kalau dikatakan
perempuan tu perisik yg berbahaya


Sunday 15 December 2019

Lemon Boleh Buat Wajah Anda Bertukar





Semalam aku dpt beli lemon dgn harga RM5
dalam kuantiti yg banyak.. org tu jual murah
pulak. Ada la dlm 25 biji


Sebenarnya aku nak sikit je utk
bantu pulihkan tekak aku ni
Lemon suam kan baik utk kesihatan


Memandangkan lemon banyak sgt
dalam peti sejuk sekarang..
Boleh la buat macam2


Antara kelebihan lemon ni

1. Lemon Dapat Mencerahkan Wajah
Hanya dgn perahan lemon dan sedikit madu
dah boleh dah oleskan di muka..
Biarkan selama 15 minit dan
basuh. Buat la hari2 atau
Seminggu 3 kali ke..


2. Lemon Mengurangkan Jerawat Di Muka 
Perah lemon.. letak kat kapas..
Letak sikit air... pastu lap2 je kat muka
macam pakai toner ..
Lemon ni kaya dgn vitamin C
kira kaedah semulajadi nak menyelesaikan
masalah kulit.. selain tu lemon pun
bagus utk org yg ada kulit berminyak
mcm aku sebab ianya dpt melembabkan kulit



3. Lemon Mengecilkan Pori-Pori
Langkah sama je semua


Buat je mcm kat no 2 tu..
Buat hari2..


Sementara lemon tengah banyak ni
Kita manfaatkan la kan :)


Tapi Lemon ni mmg bagi aura
positif okay lepas guna


Korang google la lagi khasiat lemon
Banyak! Berbaloi okay..
Tak payah produk mahal2 ..
Kaedah semula jadi ni paling senang

Penaja



Aku perhati la jgk penaja
sebuah acara nyanyian ni
dia setahun sekali


Dia akan jemput penyanyi luar
dan dalam negara


Skali ternampak antara penaja dia
Carlsberg dan Heiniken


Tu kan brand minuman keras


Tp penyanyi yg dijemput tu
Penyanyi Melayu okay..


Mungkin mereka x tahu
Wallahualam..


Sblm ni Shila Amzah pun pernah kena kecam
Pasal isu ni..




Saturday 14 December 2019

Ajak-Ajak Ayam



Topik dkt radio... menarik


AJAK2 AYAM 
Biasa dah benda cam ni

Sesetengah org selalu kata mcm ni:

“Eh kalau datang, rojer la..”
“Bila kau nak dtg? Boleh minum2..”
“Rindu kau.. nak jumpa..”

Kita pun bila member ckp cam tu
mesti kita rasa happy dan teruja
jugak ... tipu kalau tak..


Skali bila kita dah dtg..
Semua menghilang..
Dan macam2 alasan pulak tu..


Baik jalan sorang2
Tak perlu susahkan sesiapa..


Org kalau betul2, dia buktikan
dgn perbuatan. Bukan cakap pakai angin
mcm tu jer... dan menghilang
bila kawan kau tu dah ada dkt tempat kau


Well benda biasa je...biasalah manusia
Acah2 jer... tp x baik dowh..


Ada tu.. bila kita dah balik
Baru reply text dan tanya2
Acah2 sangat... haha


Utk yg biasa menjadi mangsa ajak2 ayam
ni.. lepas ni kau jgn mengharap lagi..
Sebab kebarangkalian kau akan
kecewa adalah sgt tinggi
kalau dah pernah kena sekali
oleh org yg sama..


Normal benda ni..
Tp jgn buat mcm tu ..
Nanti susah minta tolong
Mana tahu kalau turn kau pula
nak dtg tempat org.. dan perlu
bantuan?  Xde siapa nak tolong nanti


Kan?



Good night


“you can be important to someone 
but not all the time...”

Sedih!!!

Can u feel me???




Done..!!









Done beli 2 ubat batuk
Dan 1 minyak angin cap kapak..


Ubat batuk Hurix tu bagus..
InsyaAllah batuk cepat baik..
Madu kan... penuh khasiat !! 


Beli kat Watson je..


Minyak angin aku hari tu
Tertumpah dkt beg.. huks masa di Kundasang
Bau minyak angin beg aku.. terpaksa
beli beg baru di KK ..


Beg yg tertumpah tu dah basuh..


Tanpa minyak cap kapak,
hidup aku x lengkap..
Sbb selalu sebelum tido
mmg aku suka letak sikit kat
hidung... sgt melegakan.. 
dari kecik mmg mcm tu .. 
rutin gitu..






Ketahui Tahap Kesihatan Tubuh Badan Anda Melalui Warna Air Kencing





Aku rasa aku terlebih air dalam badan :)
Haha sebab semalam mmg aku
banyak minum air..


Time sakit mmg kena banyak minum


Kalau time sihat, nak habiskan
1.5 Liter air mineral botol besar tu
punyalah susah ...

Friday 13 December 2019

Group Apa Ni?




Hahaha 
Thanks for inviting ...


Btw hari ni aku rasa kesihatan aku
Makin x baik...


Sbb aku belum keluar beli ubat
Penat gila nak drive.. esok kot
Beli ubat batuk yg penting skali





Rindu Kundasang



Puas hati pegi Kundasang

Rasa nak kerja dkt situ 

Tp aku masih selesa di tempat skrg

Tahun dpn aku bz...

Jgn pelik kalau tgk aku kerap stress 

Ada org pesan... jgn fikir sgt hal kerja

Susah kalau x fikir..

Sebab aku x suka buat kerja

yang tak ada kualiti ... faham tak?

Kita mesti nak buat yg the best..

Kepuasan tu... 







Thursday 12 December 2019

Bosan



Bosan dgn social media
Annoying tgk twit ntah apa2 dkt TL
Budak skolah  tgh cuti ni
Banyak sampah dkt TL






Husnudzon


husnudzon since that's the 
only thing i can do

Lemahnya


Aku rasa x sedap je ni
Sakit perut
Rasa mual2
Tekak pun pedih
And badan sgt lemah

Panas dalam

Wednesday 11 December 2019

Hari tu


Hari tu aku terserempak Siti Nordiana 
Masa dkt JB...sama2 dlm satu lif 
Tapi masalahnya masa dlm lif tu
Aku x perasan tu dia
Tapi mcm kenal.. LOL 😁


Jd aku check la IG Story dia
Tgk baju dia pakai.. eh sama 
mcm org yg aku jumpa dkt dlm lif tadi
So tu dia la tu.. masa tu aku nak check out


Dia baru nak gi rehearsal kot..
kul 11.30 pagi masa tu


Alaaa rugi Syima x ikut aku..
Kalau tak, jumpa dah fav artis dia..
Ada ajak .. tp dia kerja.... 


Tp Siti Nordiana kalau tgk depan2
lebih slim berbanding tgk dkt TV


Akim pun aku ada terserempak..
Tp tak berani tegur.. hahaha
Aku terserempak dia baru keluar bilik
Aku plak otw ke bilik aku
Otw cari bilik masa baru sampai


Bilik aku jauh sikit.. dkt block 3 
Tingkat 2 ... agak hujung jgk la..
So otw ke bilik yg jauh tu,
sempat lapar !! Huh


Kalau malam.. masa balik dari konsert
tu , boleh meremang jgk rasa berjalan
ke block bahagian hujung2 tu..
Sunyi.... 


Nasib ada jgk pekerja housekeeping
Yg masih bekerja waktu malam..


So Akim tadi tu..
Aku lalu je la tepi dia..
Tak tahu cemana nak react ...
Ni pun fav artis Syima jgk ni
Memang rugi la dia x ikut
aku masa tu... haha 


aku pun x jumpa fav artis aku
Dpt tgk dari jauh...
Tgk dia bekerja pun cukup la..
Bila lama x berkomunikasi or kurang
berkomunikasi  jadi awkward ..... :(


Tp aku mesti sedar diri
Aku bukan siapa2


Tp jauh disudut hati
Aku tetap berbangga dgn
pencapaiannya!!







Tuesday 10 December 2019

Saturday 7 December 2019

Balik Dah



 Flight aku pg td kul 11.15
Awal sampai airport KK
Aku takut lambat..
sebab x biasa dkt airport tu
Nasib senang je..


Airport KK mcm lagi besar dari JB
Ada banyak gate!! Lebih 15 kot


Miri mmg kecik je 4 Gate..


Aku malam te dah la tdo lmbat
Mmg ngantok gila...
Bangun plak awal..
Sampai skarang 7.09pm belum
sambung tido lagi...


Craving satay!!


Cuti dah habis
Tp aku ada kerja nak buat..
Cuti pun, still ada kerja 







Thursday 5 December 2019

Dah Sampai Kundasang




Aku stay sini terus
Malas nak amik hotel di KK dulu
atau gerak keesokan harinya ..
So tadi sampai airport KK
dlm kul 12tgh hari .. tour guide ambil
dan terus ke Kundasang


Tour guide pun cakap
Pandai aku atur trip...
Ramai org suka stay di KK dulu
the next day baru g Kundasang...
Sbb xde apa dkt KK tu.. boring


Tips utk korang kalau nak bermalam di Kundasang
Amik flight pagi.. sebelum petang
dah sampai Kundasang...
Kalau dpt hotel atau homestay yg dkt 
dgn Gunung Kinabalu pun best
Dulu aku pernah.. and view petang sgt cantik


Aku mmg  x sabar nak terus ke Kundasang
3D 2N dkt sini..sbb tu aku pilih
nak terus ke Kundasang..


Best jgk guna perkhidmatan tour guide ni
Kita just relax jer dan BAYAR
Jgn demand sgt nak murah2..
Kena ambil kira semua kos dorang
jgk...


Bila aku kira2 semua, lebih kurang je
Kalau sewa kereta 3 hari.. minyak ,
Tempat tinggal, upah driver bawa kita
jalan utk 3 hari ke tempt yg kita nak
So jgn demand nak yg murah2
Org pun cari rezeki jgk


Pastu, 
Tak payah pening2 nak waze
dan kemudian stress tgk jalan
nak apa semua x perlu...


Lebih baik cari tour guide org local Sabah
dia tahu jalan short cut yg cepat
Dia tahu tempat mana best makan


Tour guide aku ni boleh masuk la
Sebab dia suka adventure driving
Suka nature... sama cam aku jgk
Banyak la berkongsi pengalaman
masa OTW tadi. 2 jam jer ..
Dia laju!! Bagus!! X buang masa


Aku stay kat Homestay je
Hotel banyak penuh musim2 cuti ni
Sedih.. kalau x mmg dah cari
hotel yg view cantik.. 
Next time la..


Mmg last minute aku decide 
nak gi KK ni.. masa kat JB lagi..
Aku rasa trip aku xde kepuasan..
So aku kena cari lagi...
Biar pulang dengan happy dan puas


6hb check in kat KK pulak
Last lah tu sebelum balik Miri
Nak beli barang...
Mmg kena beli luggage air asia 
jgk ni... 


Tadi kan hujan lebat gila!!
Mmg sejuk gaisss... sumpah!!
TAPI, ITULAH YG KITA NAK
SEJUK YG ORIGINAL !!!
Suhu 16c waktu malam..
Siang paling tinggi 22 atau 23 darjah celcius
Kalau hujan , lagiii laaaa


Hari ni mmg tak berjalan lagi
Tadi pun hujan lebat gilae
Esok baru jalan...pulun habis
Plan aku mmg mcm tu..


Nak relax dulu
Td pun aku sempat tido kejap
Ni dah x dpt tido pulak


Mana aku jumpa tour guide ni?
Google.. search dkt FB... mmg ramai
Pilih je mana nak...


Yang aku ni.. xde dlm pakej
tp aku ada spesifik tempat aku nak pegi
Tak semua tempat yg mereka offer
tu menarik.. selalunya boring dtg kali ke 2
ke tempat mcm Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli
semua tu.. so aku request tak nak pergi tempat tu lagi
Sebab dah pergi sblm ni and bosan..
Kalau pertama kali perlu la kot
singgah semua tempat tu


Aku just nak kawasan2 sekitar
Ranau dan Kundasang.. haa senang
tak payah singgah2 byk sgt 
and aku nak feel...
Kalau tempat bersejarah, boring!


Ni kali ke 5 kot gi Kundasang ni
Tak jemu dtg sini berkali2
Serious!!


Tadi Marno mesej aku
Kenapa x ajak dia!!
Kalau tahu dia nak jalan
Lama dah aku roger


Tp kali ni lupa nak text dia
Adess kalau x, mesti lg seronok
Tahun lepas kan kitorang g Kuching
sama2 ... Next time la Marno
Kundasang ON!!!!! 


Tahun lepas kitorang mmg plan
awal.. tahun ni xde plan
Sbb hari tu dia kata ada program


Aku x kisah pegi sini berkali2
Sbb tempat ni mmg sgt tenang
dan cantik utk org yg suka Nature
tempat ni masih terasa sgt keaslian
hutan dia.. rasa2 pekan koboi tu
masih ada. Itu yg aku suka...



















Tuesday 3 December 2019

Laundry



Next time x payah bawa baju banyak2
Dah jumpa laundry self service 
dkt kawasan ni... 


Nak beg ringan 😌
Dan baju sentiasa wangi


Dari Easy Hotel jalan 50 meter je
Dah jumpa laindry ni..


Sebelah laindry ada lagi Cozy Hotel
Citi Hotel , NU Hotel, New Winner Hotel
yg aku pernah stay


Dan baru tahu jalan short cut nak ke
NU Sentral kalau dari hotel2 tadi..
LOL.. sebelum ni aku x explore sgt


Hari ni baru tahu...
Bagus jgk la.. benda baru
Pengalaman baru...





Monday 2 December 2019

Wahhh!!!





Patut la tour guide aku 
Suruh bawa baju tebal extra
Tgk suhu dkt Ranau .. 16 c


Ya aku x jd nak drive
Risau kalau hujan
kabus sgt tebal kat sana


So aku cari tour guide...



You are not welcome












Cheese Naan




Hangus sikit :)

Bismillahirrahmanirrahim



Btw dah jumpa laundry dkt2 hotel ni
Esok la kot gi basuh baju..




Dari Lensa Kamera Aku



Smart tak? :)
Host Konsert Big Gig Orkestra RTM Iskarnival
di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, JB
30 November 2019

Mahal gambar ni okay :)
Sebab dari jauh aku dtg
Hehehe


Good job Sissy Imann and Jay Walia
Mmg serasi la jadi host malam tu ..
Happening!!!! 


Sissy Imann boleh jd host program MELETOP










 




Dah sampai KL


Tp belum sampai hotel..

Tgh fikir nak makan apa mlm ni

And nak cari laundry.. esok pun boleh
Esok last kat KL.. lusa baru g KK
dan terus pulang 7hb

Baju aku bau nasi goreng
Esok la cari laundry

Lepas makan kat kedai mamak
pagi tadi... serious bau dia melekat


Esok x tahu nak continue hotel ni
Atau tukar hotel lain..
Tgk la cemana..


Easy Hotel ni dkt gila dgn NU Sentral
Tak payah naik grab!!!!
Just turun dari lif dari jejantas tu
pastu sampai terus. Hotel kat
tepi lif tu... senang!!





Len kali kalau ada flight awal 
Boleh stay sini je..
Hotel dia pun okay..
Bersih.. besar...


Harga x la terlalu murah
Tak mahal.. sedang2 ..


Stay sini je la lain kali kalau ada 
flight awal ...


Nak ajak org keluar 
Tp mesti semua bz time ni
Org lain keje.. aku je free..

Tak apa la ... 

Jgn menyusahkan org :’( 



Sunday 1 December 2019

Hasil dari Iskarnival









Majalah Eco Zine
Dan fridge magnet


2 benda ni tanda ingatan
aku dah ke Puteri Harbour




Bosan


Channel TV kat hotel ni
tak menarik.. ntah apa2

Hujan kat luar






8pm di bilik je..
Kenyang mkn satay


Kalau aku dah balik nanti
Aku x keluar dah..
Tunggu next cuti ... :(


Peluang tak dtg selalu..
Mood pun x datang selalu..
Hargai masa yg ada dgn sebaiknya



Satay dkt Al Mizan Satay House, Majidee
Dia ada banyak branch dkt JB


Satay tadi sumpah meletop!
Sedap gila.. lembut..
Kuah kacang dia tiptop


Aku pelik kat tempat aku 
Satay keras2 ... serious! 







Check in




Berpindah randah je keje..
Jauh perjalanan 


Check in hotel lain dah hari ni
Yg lebih dkt dgn mall ...
Tp aku x rasa aku gi mall
Cam pening kepala..


Tgh gigih cari satay! And jumpa
Hasil google...
Dkt Al Mizan Satay House





Femes di Jb katanya...


Esok flight aku kul 3 lebih. 
Boleh la check out kul 12 tgh hari


Tahu tak Grab Reward aku ada 10000 point
Trip kali ni aku banyak redeem!!
So mmg murah la kalau aku nak ke mana2
dgn grab!!! Kalau yg jauh2 tu
boleh dpt RM15 off..
Save kan??


Banyak lagi point ni..
Berkurang la lepas ni sbb byk guna :)

Sobs..

Pening kepala ..

Eh aku dah beli tiket flight
Tapi ke KK dulu ... sebelum balik
tempat aku...


4hb ni gi KK ..
Nak gi Kundasang!!!
Nak bermalam kat sana..
Nak tgk keindahan Gunung Kinabalu
Nak rasa sejuk embun pagi...


Nak gi jenguk ikan koi besar di Fish Spa
Tempat fav aku.. sbb ikan tu besar
dia kelilingi kita dan gigit2
kaki kita.. x sakit.. tp best..
Ikan tu besar betis manusia..


Dan ke Desa Dairy Farm
Yg ala2 New Zealand tu ..


Tgh fikir nak sewa kereta 
Ke mcm mana.. erm..
Aku rasa aku boleh kot dgn kesibukan 
KK tu.. dulu aku blajar driving
amik lesen kat sana ok..





Done


Terjumpa DJ Sonic semalam di lobby hotel
Masa check in..

Tiba2 mcm reunion anak2 Sarawak di sana
Fieya Julia pun ada....


Fieya Julia sopan je hahaha
Salam cium tangan...


Teruskan kesopanan mcm tu
sampai bila2.... walaupun suatu hari 
nanti dia makin femes...


Tp mungkin tak...
Bila dah femes mesti rasa mcm
org mcm aku yg xde pape relationship
dgn dia ni x begitu penting sgt

Tak sempat bergambar pun..

Mula2 masa DJ Sonic tanya2 reception
Aku dah agak... itu dia.. 


Pstu aku tegur la dia
Pastu mmg rancak tiba2 kami
bersembang kat situ 

Receptionist: Bah reunion kamu org (gelak)
Dia orang Sabah !! Mesra layanannya

Pastu sembang punya sembang
DJ Sonic kata dia host utk esok
punya konsert.. dia tanya aku dtg tak esok

Pastu dia tanya la aku dtg utk konsert ke
Semata2

Aku jawab la ..ya..
Dah alang2 aku ada kat sememanjung ni

Dia tanya lagi dtg utk artis mana?
Aku jawab Sissy Imann! 

Dia pun “wahhh” 

Pastu dia panggil Fieya Julia 
sembang2 kejap pastu aku
pun dpt dah number bilik
dan macam tu je la 
perbualannya..


Malam td aku gi konsert tu
Nasib x hujan..

Tp letih...

Dari barisan yg agak depan..
Perlahab2 aku gerak ke tengah..
Dan kemudian ke belakang...


10.30 aku dah gerak bilik
Malas nak bersesak2 balik
dgn org ramai..

Aku kat sini sampai esok je..
Esok balik semula ke KL
Naik flight..

Pastu 2 3 hari lepas tu baru balik
Sarawak. Aku belum beli tiket
Nanti lah..

Beg aku ringan sikit dah
Sebab aku dah suruh kakak
aku bawa balik sebahagian..
So tak perlu la aku beli luggage
air asia nanti..


Hari ni baru nak cari makanan
Lapar gila.. hotel ni kalau booking
guna Booking.com mmg x sekali
dgn breakfast...


Semalam sampai dlm kul 5.30 sampai hotel