Friday 28 May 2021

Done 2nd Dose!


Aku dah dpt Dos ke2 vaksin Covid 19 tadi

Dapat lah digital certificate dlm MySejahtera



Vaksin ni yang diatur oleh organisasi tempat kerja 
So aku ambil dkt kawasan tempat kerja
Bukan dkt tempat aku sendiri..


Kitorang punya vaksin jenis Sinovac


Tak kisahlah jenis apa pun
Janji dah vaksin..


Tadi balik naik flight twin otter



Setelah setahun lebih tak naik flight
Dapat naik flight ni utk 13 minit je di udara
pun jadi lahhh… lepas rindu naik flight


Twin otter sejenis flight terbang rendah utk jarak
dekat ..



Jumlah penumpang hari ni 10 orang .
Semalam masa aku datang 5 org je okay..
Memang sikit gila penumpang musim2 pkp


Aku selalu drive je ulang alik..
Tp semalam aku malas drive..
Sebab hari ni nak vaksin..
Takut ngantok masa balik ..
Hari Isnin aku book ticket..


Effect vaksin tu mmg ngantuk dibuatnya..
Memang patut aku naik flight..
Khamis pergi.. Jumaat balik..
Malam tadi aku stay hotel..








Tinggi ni je la twin otter terbang…
Dalam masa 13 minit, dah landing dkt airport Miri.


Kekok gila dkt airport.
Banyak perubahan sebab ikut SOP
Yang penting, airport sgt SUNYI…


Semalam kembali ke rutin berlari2 di dalam airport
dengan bagasi.. (macam dulu2) sebab kejar flight…rindu..
Sebab SOP dia lain dah, tak mcm dulu
Semalam aku lambat check in..
Flight dah nak tutup utk check in..
So memang berlari2 nak ke departure hall 
semalam sebab lambat..hahaha



Tak Boleh Move On



Masih dihimpit rasa kecewa




Dari semalam.. berita sukan semua pasal UEL


Aku skip. 
Kecewa masih..










Dkt social media pun aku skip berita ni
Selalu aku akan comment dkt IG ManUtd
Tp semalam.. mmg rasa kecewa..
Malas nak baca apa2…










Thursday 27 May 2021

Super Flower Blood Moon


Cerita semalam..
Gerhana bulan ..


Berjaya ambil gambar ni guna phone!
Supermoon ni bulan lebih besar dari biasa
kerana kedudukan bulan yg hampir dengan bumi

























Ni aku pakai iphone 11 Pro max
Dgn Huawei P20 Pro


Aku mmg tunggu fenomena ni
Dia berlaku time maghrib..
Sampai pukul 8 kalau dkt kawasan aku


Subhanallah.. mmg terpegun dengan
kekuasaan tuhan …


Dalam pukul 6.55 macam tu
Nampak la bulan tu kemerah-merahan..
Blood moon katanya..


Full eclipse tu mmg dlm waktu pukul 6.55-7.30  cam tu




Terkandas! Move On!





Sedih! Man Utd tewas di final UEL

Tanpa captain, Harry Maguire… rasa kekurangan
Maguire masih cedera…
Walaupun asyik kena kutuk,
Tapi ketiadaan dia mmg beri impak
pada bahagian pertahanan!!! 


Xda rezeki Man Utd menang UEL🏆
Seri 1-1 sehingga membawa ke sepakan penalty
Score penalty 11-10 .. David De Gea gagal menyempurnakan sepakan penalty😢😢


 1st time aku tgk sampai goalkeeper pun ambil sepakan penalty!! Apa2 pun always support team kita menang atau kalah💪🏼🔴🔴 


Semua player ambil sepakan penalty tu
termasuk goalkeeper..yang terakhir De Gea
He lost his battle :( 
Sedih tgk!! 


Tak apa la.. tak ada rezeki
Aku tetap bangga jadi fans Man Utd !!!
Walaupun akan kena troll dgn fans Liverpool
di social media….


Sorry ya.. aku dah mute semua
perkataan berkaitan dgn Liverp.ool di
twitter aku. So aku x terkesan
dengan ejekan team dorang tu!!


Ya aku ada member fans team Lvpool,
Tp sebab aku dah MUTE semua perkataan
berkaitan team tu, so aku x akan nampak la
apa yg dia update dkt Timeline


Hal lain kita boleh gang..
Hal bola, kita tak akan pernah sama
sbb Liver.pool sentiasa dengki dgn ManUtd
sejak dulu


UEL dah habis…

EPL pun dah habis.
Tamat season ni!!!


Jom kita tgk table EPL 2020/2021









Man Utd no 2 ..
Naik satu tempat berbanding tahun lepas.
Ada peningkatan! Itu yg kita mahu..


Tahun depan lebih power
Sebab ada player baru yg masuk.
Hope yg baru tu akan bawa team kita
menang trophy…






Sunday 23 May 2021

4.00 am thoughts

4.14am . Hujan . 
Bingung mcm mana mau balik tempat kerja ni..
Nak drive sendiri atau guna transport.
Sebab air mcm makin naik di Marudi.
Nanti kalau herterusan sampai hari jumaat,
susah pula nak bawa kereta balik ke Miri kalau banjir 

Saturday 22 May 2021

Banjir



Banjir kat kawasan ulu Sarawak
Termasuk pekan berdekatan tempat aku kerja
dah mula naik air hari ni..




Kat ulu, dah banjir teruk :(




Ni esok kena balik ke tempat kerja
Mcm menghantar diri ke
tempat berbahaya!


Pentadbir tak cakap apa2 plak tu
Tak guna semua!
Menyusahkan orang!!



Jambatan dkt ulu.. Long Seridan ni pun dah musnah
Padahal jambatan tu agak tinggi..
Jambatan besi…



Doakan aku selamat balik rumah
jumaat depan! Cuti 2 minggu kot
Tak kan aku nak stay sana 2 minggu


Doakan Marudi tak banjir
Jumaat ni aku ada temujanji vaksin 2nd dose 
dkt sana!!


Bosan nya nak balik tempat kerja
dalam keadaan mcm ni..
Pentanbir pun x menggunakan 
budi bicara time2 macam ni!
Tu pun x dpt fikir ! 

Monday 17 May 2021

Bosan





Beli printer baru semalam. Jenis InkJet 
Printer aku yg satu tu yg jenis tank tu problem
Weekend ni aku nak hantar kedai.
Masih ada warranty 2 bulan..


Ink banyak lagi tak pernah ganti yg color
Tp dah 2 kali problem! Leceh
So aku kena ada printer spare!!
Sbb nanti mesti seminggu lebih
dorang repair .. 


Actually aku nak try laser printer.
Tp semalam tak ada yg menepati citarasa
Dia ada.. tp yg jenis dpt print black color jer
So aku beli je yg jenis ink jet ni. Murah..
Tp tak berbaloi beli ink dia


Tp tak apa.. kita tgk tahan ke tak printer murah ni
Penat dah beli printer mahal.. tp asyik problem



Saturday 8 May 2021

Banjir Semalam





Aku dah balik!!!

Alhamdulillah.. keluar jgk dari tempat tak ada line tu
Masih tak ada line lagi dengar khabar..


Semalam aku dah disuntik vaksin
Kelam kabut pergi tempat vaksin
Sebab tak ada line, jd aku tak tahu
yg aku kena pergi sana pukul 10 pagi..
Org tak dpt hantar mesej/call sbb line tak ada
So nasib baik ada staff dtg. Bagi tahu.
Yg lain mmg tak dtg sebab tersekat banjir
Dan dorang pun mmg kena pergi cucuk vaksin 
So aku sorang je dkt office  semalam handle semua benda
 .. sbb aku je duduk dalam
Yg duduk dalam pun stay luar sbb xde line


Pagi semalam aku pun pelik, mana semua orang
Tak datang2 office?? 
Pastu baru teringat hujan sepanjang hari
sejak petang khamis.. mesti banjir ni..
tak dpt lalu kalau kereta saiz mcm myvi..
Bayangkan line tak ada.. nak tanya pun x dpt
Mmg terputus hubungan la..
Dgn xde letrik nya.. line tak ada..
Banjir … pastu info pasal vaksin pun tak tahu..



Dalam kul 7.50 dtg sorang..
Tu pun sebab dia redah banjir tu dengan HILUX..
So, dia terus bagi tahu aku suruh ke
tempat vaksin.. di pekan..


Jadi aku terus kemas barang
Tukar baju dulu. Mula2 aku pakai formal
Balik kuaters, aku tukar la t shirt
Senang sikit nak cucuk nanti..


Aku pun neves lalu banjir tu..
Tp aku redah je.. kereta aku tinggi sikit
jadi neves tu kurang! 
Alhamdulillah lepas.. fuhhh



Vaksin tu skejap je..
Dalan 10 minit je.. tp kena tunggu 15 minit lagi
If tak ada effect apa2 terus boleh balik selepas
15 minit disuntik..


Kesan vaksin tu selepas dua jam
ada rasa kebas2 sikit.. sikit je la
Masa aku drive balik.. terasa kebas tu 
Tp tak la teruk sgt.. sikit2 je


Dos kedua nanti 28 Mei ..
Org kata 2nd dos kuat sikit vaksin dia












Final Europa League





Awal pgi semalam Roma vs Man Utd
Walaupun Roma menang 3-2 .
Tp agregat, ManUtd tetap menang 8-5
Jadi Man United layak ke final..
Mereka akan menentang Villarreal di final nanti
setelah Arsenal tewas ditangan Villarreal jgk semalam


Semalam tahu tak siapa  score 2 gol utk ManUtd ?


Of course Edinson Cavani lagi..
Masa 1st leg minggu lepas pun dia jugak 2 gol ..
Power laa.. dia mmg role model utk
player2 muda dkt sana!!








Khabar gembira.. dia akan extend contract utk semuaim lagi
Hari tu rumors bertiup kencang dia akan meninggalkan club
sebab contract dia mmg utk setahun je!!


Dia ni org Uruguay..
Dan tak berapa sgt speaking english
Jadi, dia agak susah utk tinggal di England
Belum biasa menyesuaikan diri dengan
bola sepak inggeris … dan reason dia nak pindah
pun sbb nak dkt dgn keluarga.. ye la musim pandemic
nak travel pun susah


Ramai kot pemain bola dari America Utara dan Selatan
yg main di Liga Inggeris tp tak tahu cakap omputih
but still boleh survive ..


Apa2 pun ramai happy bila khabarnya 
selepas gol yg meyakinkan minggu lepas
keputusannya utk berpindah mungkin ditangguh
utk setahun lagi..


Banyak impact dia dgn club..
Sejak dia datang.. banyak improve
Dia mcm abang2 la dkt situ..
Penting utk beli pemain berpengalaman
Kalau aku manager.. aku akan pilih yg 
berpengalan..


Dia idola aku kot sejak dia dgn PSG lagi
Suka tgk proffesional nya dia atas padang
Style plak tu.. rambut panjang! Hahaha



Semalam dia backup Greenwood
masa Greenwood kena buli dgn pemain lawan
Nampak tak gaya abang2 tu! Hahaha
Greenwood tu baru 19 tahun..
Dia berpotensi.. pemain muda yg sedang meningkat
Salah satu tugas Cavani di club ni ialah jadi
role model utk player muda…sebab penain muda
akan lebih bersemangat kalau ada player 
berkelas dunia bermain bersamanya..








Roma kan kelab dari Italy
So Cavani dia faham la bahasa tu sebab dia
pernah bermain di Italy utk Napoli di usia mudanya
Sebelum ke PSG ..

so benda ni trending semalam..
Sebab fans suka tgk dia backup Greenwood




Wednesday 5 May 2021

Takde line CELCOM untuk hari ketiga


Hurm dari hari ahad petang
Line Celcom hilang !
Sampai dah hari rabu ni


Mcm ni ke SKMM buat kerja
Mcm ni ke Celcom buat kerja
Slow!!!!


Ni pun mujur aku ada line digi
Phone yg satu tu dpt detect line digi
Ikutkan kawasan ni hanya ada line Celcom
Line digi tu pun kena cari port yg sesuai



Mcm2 cara aku dah try utk cari port yg okay
Cara kat atas ni la paling ok
Dpt la jgk buka sosial media..


Tp tgk video tak cukup kuat lagi…


Sunday 2 May 2021

Tak ada feel nak raya langsung



Serious bila duduk sini sorang2
Takde feeling langsung nak raya


Kalau balik rumah sendiri
mungkin baru ada feel
Sama jugak kalau driving
Radio mesti dah putarkan lagu raya


Tp aku xde keluar lagi ni sejak lepas swab test
hari tu.. sebab susah nak keluar
Jalan masih construction
Setiap petang hujan memburukkan lagi
keadaan jalan tu…


Dgr2 kerajaan nak buat PKP 3.0
Mmg mcm bangang betul..
Awal2 dulu tak nak buat?
Masa kes 4k lebih..
Kalau buat masa tu.. sekarang
mesti lebih baik!!


Kerajaan patut haramkan dulu sebarang 
majlis social … penganjuran majlis sosial
lagi bahaya dari rentas daerah!!
Punca kes meningkat bukan sbb org rentas 
daerah sangat pun.. tp sebab majlis sosial
berkunpul ramai2…


Mengetatkan rentas daerah sampai mati
pun akan menyusahkan orang ramai..
Kes tetap akan meningkat !


Kesian org yg nak ulang alik balik kerja
yang terpaksa rentas daerah dan buang masa
beratur lama minta permit polis
Yg kena covid tetap orang yg tak rentas daerah!



#KerajaanGagal 

Saturday 1 May 2021

Bosan



Aku masih di stesen bertugas
Membosankan..


Sampai 8hb . Lepas tu baru cuti


Kenapa aku rasa kerajaan sekarang
Melampau dan kejam!