Sunday 28 February 2021

Partners For Justice - Highly Recommended !!



Tgh tgk cerita ni dkt Netflix skrg..
Tp aku masih season 1 lagi.. dia baru sampai 2 season

Sumpah best!!

Kisah Doktor Pakar Forensik dan Pendakwa raya
Dorang menyiasat mayat yg mati 
Apa punca kematian sebelum mendakwa 
suspek!


Setiap episod ada klimaks dia sbb tu
cerita ni best gila. Setiap episod ada cerita
dan kes yg berbeza.. 


Yang geramnya , dihujung setiap episod
akan ada hint penting yg buat kita kena tengok
terus episod seterusnya! Mmg best!!


First episod dia langsung tak membosankan
Start je terus mula dgn kes org mati kena langgar.


Dalam cerita ni, banyak benda yg kita dpt belajar
Pertamanya, prosedur2 dlm hospital forensic department
Dpt tgk mcm mana bedah siasat dan mcm mana
doktor ni dpt cari semua punca kematian seseorang
Sama ada dia dibunuh, bunuh diri atau sebagainya..
Semuanya dorang boleh tahu !!!


Tu yg aku suka.. sbb aku pun tak tahu
macam mana sbnrnya polis , forensik dgn pendakwa raya
bekerja!!!!! Semuanya terjawab dlm cerita ni


Serious mmg cerita mcm ni aku suka
Walaupun jarang tgk cerita Korea..
Tp kalau pasal penyiasatan.. aku suka!


Lepas tu daripada cerita ni..
Aku dpt pelajari sesuatu..
Iaitu, JANGAN CUBA TIPU DOCTOR ATAU POLIS
Org yg buat jenayah la maksud aku
Polis dgn forensik and pendakwa raya mmg
sentiasa akan dpt cari bukti semua..


Masa scene dorang bedah siasat and
cari bukti ditempat kejadian tu paling best
Mcm2 kita dapat belajar! 
Benda yg kita tak tahu mcm mana
polis dan pakar forensik ambil bahan bukti
dari tempat kejadian!! Dan buat analisis!
Mmg best part ni..


Sgt2 teruja bila tgk cerita ni.
Aku baru episod 12... nanti sambung lagi
Aku bagi rating 10/10 sebab cerita ni
langsung tak membosankan..
Ada jgk scene kelakar..
Mmg best la! Rasa tgk CSI.. tp lagi best dari CSI




No comments:

Post a Comment