Tuesday, 7 November 2017

SISSY IMANN UNPLUGGED SESSION SGT SUPERB!!!





Hello people.. hari ni aku nak cerita pasal
aku pegi Showcase "Sissy Imann Unplugged" yang sangat awesome!
Berbaloi pegi tengok show dia ni... nyanyi live memang padu..!
Aku rasa kat Malaysia ni artis nyanyi live paling best adalah Sissy Imann .
Maksud aku artis baru... tak ramai artis baru yang muda2 ni boleh nyanyi live dengan bagus



So showcase Sissy Imann ni telah diadakan di Fuel Shack Nexus .. dekat Bangsar.
Nice view la Fuel Shack ni.. mmg sesuai jugak nak buat show..! Sambil makan2 boleh berhibur..


Ramai jugak yang datang ke mini showcase Sissy Imann ni 
Suasana sangat happening..! And terasa aura..


Untuk yang tak tahu siapa Sissy Imann meh aku cerita.
Sissy Imann ni seorang singer songwriter yang berbakat.
Umur baru 22 tahun. Dia juga seorang guru muzik.dan salah seorang
ahli dalam Koir Kebangsaan Malaysia.



Sissy Imann pernah tercalon dalam Anugerah Planet Muzik bersama Isyana Sarasvati
pada tahun 2015 menerusi lagu ciptaannya sendiri iaitu MUNGIN KAMU
Bagi kategori Artis Baharu Wanita Terbaik ...and kalau korang nak tahu..
lagu Mungkin Kamu ni pernah menang LAGU OST PILIHAN di
Drama Festival Kuala Lumpur 2016. 


Bangga kot .... lagu ciptaan sendiri... menang award...
So aku memang minat Sissy Imann ni dah lama...
sebab bakat yang dia miliki tu tak ada pada artis2 wanita lain
yang ada di Malaysia ni...



Mungkin nama dia belum besar macam Wany Hasrita tu..
tp kalau nak compare dari segi bakat... Sissy Imann memang ada
apa yang artis lain tak ada...

Contohnya... Sissy Imann boleh bermain banyak instrumen muzik..
Dia juga boleh compose lagu sendiri... dan kalau korang dengar lagu 
ciptaannya.. korang akan rasa kelainan yang ada pada lagu dia..
tak sama mcm lagu2 biasa yang korang dgr berulang kali dekat radio


So.. Sissy Imann artis paling rare setakat hari ini yang aku tengok
sangat berpeluang cerah untuk jadi sehebat Yuna....


Moga perjalanan seni Sissy Imann berjalan lancar dalam industri muzik Malaysia mahupun di luar negara. Kat Malaysia ni pelik sikit... orang Malaysia tak nampak... tp orang luar yang selalu nampak artis kita yang berbakat.



Aku perhatikan perjalanan artis macam Dayang Nurfaizah
dan Yuna... yang dulu memang orang tak kenal.....
Tapi lepas 7 hingga 10 tahun...,
tgk la.. di mana mereka skarang...
Yang pentng.. dorang ni pandai jaga diri
jaga imej dan kualiti .... tak putus asa dan terus mencuba
sampai... dorang bertemu dengan "orang yang betul"
yang boleh guide and buka banyak peluang sampai 
dorang jadi siapa dorang sekarang..
Dorang tahu apa yang doarang nak achieve dalam karier
and akan kejar sampai berjaya dulu....


Macam Dayang.. aku suka sebab dia seorang yang humble..
Walaupun dia dah popular ... tp kalau jumpa depan2..and bersembang elok2
dgn dia... dia best ..!! tak tahu la.. dgn fans.. dia sgt okay...


Kalau Yuna plak.. aku suka lagu dia...
lagu dia semua menepati citarasa aku la..
and aku suka Yuna yang dulu sebenarnya
Yuna yang selalu perform dengan gitar..
itu the real Yuna yang orang suka .....


Tp Dayang tak main instrument sangat. dia vokal je la.. power..
tp Sissy Imann ni... suara dia pun unik... main piano ..
gitar dan semua alat muzik bertali semua dia pandai.... 
Korang boleh tgk Instagram dia... tgk dia main piano and cover lagu..


Korang kena explore!! Jangan biar diri korang
dipaksa oleh Radio utk layan lagu yg dorang main hari2 tu
dah la lagu sama... bosan dowh...




So kita support artis yang berkualiti macam Sissy Imann ni..
Korang kalau nak tahu..., banyak artis bagus2 kat Malaysia ni
tapi... bila buat show... memang sold out.. macam Masdo.


Pernah dengar lagu Masdo keluar radio Era atau HotFm??
tak ada kan??


Tapi dorang memang ada pengikut yang seriously sgt awesome
Sama jugak mcm SOG ..... semua ni memang tak kuar radio
kecuali IM4UFM je support.... Tapi kalau buat show..
memang penuh la...!!!!



So perasaan aku lepas tgk Mini Showcase Sissy Imann ni,
aku rasa sangat puas hati... dan nak lagi dan lagi..
Nak Sissy Imann nyanyi lagu yang dia tulis..
semua....banyak.. yang best2 yang aku dgr dkt youtube dia,,
Contohnya TAK GUNDAH, , Beyond Yourself... Keliru




Aku rasa kalau dia nyanyi lagu2 tu..
mesti lagi rare...!!!!!! Terutama lagu Tak Gundah tu..
lagu tu paling aku minat la.. sebab aku rasa lagu tu "sesuatu"
Hope next single Sissy Imann dia release kan lagu tu...
Aku tak silap memilih.... aku tahu taste aku bukan biasa2 :)




Masa mini show case Sissy Imann tu.. dia nyanyi lagu:

Mungkin Kamu 
Entah Apa Rasa
Jatuh

(3 lagu ni memang lagu dari single dia yang korang boleh dgr dekat youtube dan mana2 streaming platform yang lain....) 

dan cover lagu:

Feeling Good (Michael Buble)
Lelaki Idaman (Melly Goeslaw)

dan atas permintaan ramai...
Sissy Imann turut nyanyikan lagu

I AM ME ( Dato Seri Vida)

lagu yang dia viral baru2 ni lepas buat cover sampai 
DSV pun repost ramai la yang repost masa tu..


Memang padu! Sebab Sissy Imann ni nyanyi dengan style dia sendiri.. Goosebumps!!! ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ‘๐Ÿฝ
Tapi lagi awesome kalau Sissy Imann main keyboard sendiri..
utk showcase ni dia just nyanyi diiringi dengan band.. 
tapi memang best...!!!! Serious!!!




Sebenarnya aku nak tgk
artis Malaysia yang perform macam Isyana Sarasvati
macam Charlie Puth,,,,, dorang nyanyi sambil main piano...
Malaysia masih tak ramai yang buat mcm tu...
Tak tahu la kalau aku terlepas pandang atau tak cukup explore lagi



So.. akhir sekali. aku rasa sgt happy
dpt berada di Showcase Sissy Imann ahad lepas (5 Nov)
Walaupun hakikatnya aku last minute beli ticket flight ke KL
last minute ambil cuti...


Aku beli tiket flight hari sabtu malam..
sedangkan showcase tu esoknya.. (ahad)
hati aku rasa "Nak sangat" dan tak dpt tahan
kalau tak pegi ..aku rasa hati aku tak senang...
so aku decide . malam tu jugak...



Padahal aku baru balik dari KL hari Selasa (31 oct)
dan hari Isnin 30 Oktober pun aku ada tgk show Sissy Imann
dgn artis FMC di UKM... tp aku nak tgk Sissy Imann je ...
artis lain tu mcm dah biasa sgt tgk kat tv


kiranya dalam minggu ni
2 kali aku tgk Sissy Imann perform....



First time... aku pegi KL sehari
First time dalam semingu 2 kali pegi KL
Turun naik flight. 
KL-Sarawak dan macam sebelah2 je..


semata2 nak tgk artis perform!!
minat kot.... kalau tak minat... tak ada la aku sanggup
datang sejauh itu utk hal2 hiburan ....


Artis yang rare je aku sanggup buat mcm tu..
So Sissy Imann memang terbaik la..


Aku sampai KL ahad tu.. kul 5 petang..
show pukul 7... agak rushing..
tp nasib baik sempat... 
lepas check in and basuh muka apa semua..
terus pegi ke Nexus Bangsar... fuhhh.. kul 7.15 aku sampai
show belum mula.. and kengkawan aku pun dah sampai..
Aku tak suka lambat. tp hari tu aku lambat.. :(



So sebelum aku mengakhiri entry ni
Gambar kat atas tu.. aku amik guna DSLR..
aku tak dapat angle yang sesuai utk dptkan shot menarik'
tapi ni pun aku dah puas hati...dan aku suka 


ramai orang.. jadi aku cam tak nak ganggu orang lain
yang nak tgk dia... 






No comments:

Post a Comment