Thursday 10 June 2021

Netizen

All Together Now Malaysia !! 
Fuh! Nasib baik polis tak siasat
Kalau siasat pun buang masa je..
Benda org dah record lama.
Time kes tak memuncak seperti skarang





Isu yg dorang bangkitkan:


Netizen 1: rancangan tak berfaedah ! 

  • LOL takde paksaan kau nak tgk ke tak. Banyak channel lain yg berfaedah kau boleh pilih jer . Animal Planet, Astro Oasis, TV Al-Hijrah , Box Office. Pergi la tgk channel lain! 


Netizen 2 : tak pakai mask !

  • org main bola bersentuh2 selama 90 minit pun x pakai mask. Xde siapa marah.
  • Juri dlm ATN hanya buka mask ketika recording. Bila off record, mereka pakai mask! Lebih2 lagi bila keluar dari dewan dan di tempat awam. Swab test pun dah dibuat! Penjarakan 1.6meter dkt set tu 
  • Even korang sendiri pun mesti akan buka mask sekejap2 kan? Dan bila dkt luar dkt tempat awam korang akan pakai semula mask. Dan sesetengah orang pulak, mmg sengaja tak pakai mask ditempat awam. Mmg mengundang kena compound! Dan belum pasti negatif atau positif. 
  • Dan FYI, program ni semua makeup artis pun x dibenarkan masuk melainkan artis tu sendiri. PA/Manager pun x boleh masuk dewan!  Cukup ketat SOP nya! 
  • Peserta sendiri mengakui mereka tak dibenarkan keluar utk tiga hari kalau x silap. Mereka ditempatkan dkt hotel je..


Netizen 3: Tak sensitif dengan situasi negara

  • Bukan org paksa kau tgk pun. Tapi masih ada orang lain yg NAK TGK!!! Orang dah sajikan rancangan baru, banyak songeh pulak! Bila Astro ulang cerita lama, mengeluh pulak. Kami bayar bill astro bukan utk rancangan lapuk okay! Kami mahu program/drama yg terbaru!! Astro dah bagi, bersyukurlah! 
  • Tak semestinya org yg tgk program hiburan tak sensitif! Tapi pandai2 la. Tak kan 24 jam kita perlu meratapi . Dah la PKP terperuk dkt rumah, bagus la jugak ada program yg kita boleh chill duduk rumah utk mengelakkan kemurungan! 
  • LOL ! Astro banyak channel kot! Astro Ria mmg sebuah channel berbentuk hiburan. Nama pun RIA !! Mmg channel utk riang ria lah! Nak channel yg lebih serious dgn isu semasa, AWANI kan ada. Bernama.. tgk RTM pun boleh yg sentiasa update situasi dan info terkini. 
  • Atau kalau korang islamik sgt.. tgk Astro Oasis, TV Al-Hijrah, Naura . Lain org lain taste dia! 



Netizen 4 : Masjid 12 org je boleh masuk. Program hiburan sampai 50.

  • Ini, menteri agama kena jawab! Kenapa dia x sediakan SOP yg selamat utk membolehkan ramai orang solat dekat masjid! Daripada asyik menyalahkan orang, baik cari jalan! 
  • Sekurang2nya KKMM dah buat satu SOP yg membolehkan proses rakaman dilakukan dgn selamat. Contohnya buat swab test dulu sblm penggambaran. So Menteri Hal Ehwal Agama kena la bentangkan SOP yg lebih selamat jugak utk membolehkan MKN setuju nak benarkan ramai org masuk masjid. So, tak adil lah menyalahkan artis semata-mata. 
  • Tp aku tak rasa ramai orang nak membahayakan diri.. sedangkan solat di rumah pun boleh dilakukan. 


Bukan nak cakap apa la.. bukan ke ada cluster yg disebabkan oleh masjid… 


Masa masjid boleh buka, x ramai pun nak pegi

Sebab tu “sesetengah” netizen ni tiba2 acah2 

Islamik!!



Sedangkan orang yg benar2 beribadat dan taat pada

perintah Allah pun tak akan ada masa utk

mengkritik dan komplen tentang orang lain atau

menghamburkan kata-kata tidak enak

di sosial media!! 



Baik kita cermin diri kita

Semak hati kita. Bersih atau tidak sebelum asyik

menyalahkan orang lain. 



Mcm aku, aku suka layan channel sport

Dan apa2 program realiti dalam dan luar negara

aku layan..


So tak boleh la samakan atau paksa org lain

ikut apa  yg korang suka. Sbb lain orang, 

lain minat nya..




No comments:

Post a Comment