Saturday, 22 December 2018

Reward diri sendiri



Mencari kasut td berjam2..
Kasut yg aku nak tu xde size aku
Cantik..


Kasut yg aku nak tu
yg bawah skali sebelah kiri
Dia mcm gold2 and ada pink
sikit.. Kasut tu unik..
Jarang jumpa color mcm tu..
RM300 harga dia..
Tp size aku x ada.. Rasa nak nangis


Tapi xpe la...
Aku dah pilih kasut lain..
Sbb hari ni mmg nak beli kasut
kenangan dari Kuching..
So kalau aku tgk kasut tu..
aku akan ingat..at least ada
kenangan kat tempat ni..


Ni la finally kasut pilihan aku





Thank You Kak Siti




Mlm td keluar ngan kak Siti..
Gi makan2 dan cerita2..
Esok kak Siti nak tolong
hantar ke airport..

Yassss.. Tq kak siti..
Padahal airport dkt je..
Alhamdulillah.. Masih ada
kawan yg berkualiti :)



Grab Reward..


Banyak dah point aku..
Tengok ni 8000 lebih



Aku jarang bukak apps ni nak check
point atau tgk mesej dia..
Tahu2 aku sbnrnya boleh
dpt RM25 diskaun..
Kalau tahu baik aku redeem
masa dari KLIA ke KL
atau KL ke KLIA hari tu..





Yang kat bawah ni pun sama..
Tahu2 dpt hadiah..
Tp dah terlambat..
Aku dah xde dkt KL..
Ni namanya tak ada rezeki..





Tp xpe.. Point masih banyak tu
Masih boleh redeem utk dpt diskaun
sampai RM25 (sebanyak 5 kali)
Dan minum coffee dkt Coffee Bean..  :)




Almond Butter Cheese Cake..









Kakak aku kirim suruh beli
Almond Butter Cheese Cake kat
Mita Bakery
Kat Kuching je ada..
Kek biasa.. Tp sgt sedap utk
minum petang..
Atau relax2 tgk tv..

Hujan2 aku pegi cari kedai tu
naik Grab..


Pastu tersalah beli
Tapi xpe.. Nanti pegi lagi
Aku call kakak aku dia x jawab
Punca.. Aku terbeli kek yg salah
Haishhh...


Xpe.. Still sedap..
Tp aku akan pegi lagi nanti..
Aku x suka mengecewakan orang
Aku akan dpt kan jgk kek tu..





Headache



Hujan

Tp.. Still aircond yg sejuk ni

x rasa.. Badan aku panas kot

Aircond 22° 

Patut sejukkk kalau malam.. 

Best kalau dpt tido terus tanpa

perlu berfikir tentang org lain

Yg x fikir kita.. atau x jaga air muka

kita seperti kita menjaga air muka dia







Friday, 21 December 2018

.....


Rezeki masing2 gaiss


Tadi borak2 dgn kengkawan
tetiba pasal gaji..


Aku ni jenis x brapa amik port
gaji masuk bila...
Yang aku tahu aku settle kan
bil aku setiap bulan sudah...
So far mmg dah byr la semua
Sbb aku x suka tgk ada yg x byr lagi.. 


Berbalik pasal borak tentang gaji td
Income aku dikatakan paling besar
antara semua.. (Alhamdulillah) .


Seriously aku tak tahu...
Sebab dorang dah ada elaun pedalaman RM1000
Still beza RM700 dgn aku..


Aishhh rezeki aku gais..
Korang jgn la jeles okay..


Cerita dia mcm ni..
Aku ada degree Accountancy..
Salah 1 daripada 5 bidang proffesional

5 bidang tu ialah

  • Perubatan
  • Perundangan
  • Perakaunan
  • Kejuruteraan
  • (tak ingat.. Architechture kot) 


Ikut urutan.. Dari atas ke bawah..



Tangga gaji permulaan aku ialah P1:T10
Kalau gaji permulaan biasa
utk bidang aku skrg P1:T5



Nampak tak perbezaan T10 dan T5
5 tangga beza dia..


So realitinya, aku punya tangga gaji permulaan
Dalam surat lantikan dulu ialah P1:T10
Geng2 aku P1:T5 (Beza 5 tangga)
Beza RM500 je gaji pokok dorang
dgn aku




Setiap tahun gaji berubah..
Meningkat..

Dalam jadual tu gaji pokok je...
Belum elaun lagi...
Elaun semua around RM1900
(elaun2 ni berbeza ikut lokasi tempat
bekerja kitorang..makin pedalaman,
makin besar la elaun)


So fahamkan jadual di atas..
Dpt la cari dan kira total income
aku..


Bersyukur je.. Alhamdulillah.
Rasa cukup je..


Org lain pun lebih hebat lagi
pendapatan dorang..


Dalam rezeki kita
ada rezeki org lain jugak...


Tiba-Tiba


Grab ni buat promotion
time aku dah xde kat KL :(


Hujan



Dah kat bilik..
Mlm ni sambung jalan dgn kak siti
Tadi kitorang jalan kat waterfront je..
Nak beli sourvenir semua kat situ..


Kek Lapis kat seberang..
Marno la nak beli banyak2 kek lapis
Nak bagi orang katanya..


Aku x beli kek lapis skrg..
Aku suka kek lapis jenis kukus
Yang bakar2 ni aku x berapa sgt..
Lagi pun, mood raya x sampai lagi..


Okay.. Kek lapis dia not bad..
Dia jual RM10.. 1 slice panjang..
Kira mcm 1/7 dari sebiji kek size dia
Bayangkan kek size 8X8 dibahagi 7


Banyak je.. Tester pun ada..






Mira Cake House tu yg
famous di Kuching

Tak jauh dari situ ada 1 lagi
kedai kek iaitu Dayang Salhah
Tak sempat amik gambar


Kalau kat Miri..
Aku selalu order dari kwn
kakak aku je.. Ada jgk kedai lain
cuma rambang mata nak pilih.. Stress
Kadang2 order dgn org kampung
lagi sedap berbanding order dari kedai
Sebab pekerja2 kedai buat selalu
macam terlalu ikut buku...
dan kadang2 rasa tu kurang uummph..



Nervous.. Naik sampan di Kuching


Kami keluar bertiga hari ni

Dah lama x naik sampan..
Rasa nervous plak..
Sbb tadi nak ke seberang..
Naik kereta boleh jgk..
Tp Noor bg kami experience
Hahaha padahal Marno tu
nak gi skolah mmg naik bot..
Sekolah pedalaman

RM1 jer utk ke seberang naik sampan











Thursday, 20 December 2018

Night




Baru lepas iron tudung..
Esok pagi nak g breakfast
dgn Nor. Marno skali la
Tadi dah dgn Fred..
Sabtu ni Shah lagi..

Malam esok dgn kak siti..
Tak sbr nak jumpa..


Shah ada kursus.. Sabtu baru dia ada
Dgn shah ni aku banyak share
cerita.. Dia pun mmg byk
cerita masalah dia kat aku
sejak dkt IPG lagi..
Sampai nangis2 cerita pun
pernah...



And dia geng tgk movie jgk.. 
Rindu nak naik kete dia ..
Kalau kitorang jumpa kat Miri
dia selalu naik kete aku..
and parking kete dia mana2 dulu..
Sbb aku mmg suka drive..


Nak tdo awal..
Rasa cam x cukup tido..
Semalam aku tido asyik terjaga je
sebab takut terlajak..
Flight awal..





Hotel Review: Pine Garden Hotel, Kuching Sarawak


Price: RM142 per night
Superior twin single
Location: 6 minit dari airport
Sekali dgn breakfast
Ada tingkap.. View jalan raya..
Peti sejuk dan almari pun ada

Actually bilik ni aku dpt harga promotion
Hotel ni pun not bad.. 
Sebelah je dgn CityOne Mall
Bilik yg queen bed semua full.. 
So amik je la bilik ni.. 
Sbb harga pun baik punya.. 


Bilik dia besar.. Banyak ruang
Toilet besar dan bersih.. 
Toiletries ada.. Coffee maker ada
Lantai pun x sejuk sgt.. 
Nice la hotel ni.. 


Katil ada 2..boleh letak barang je 
Nak gabungkan, tak dpt..
So biar la mcm tu.. 


Hotel ni sgt selesa..
Recommended jgk laa..







Saiko





Selafaz Cinta ep18
setiap hari x sah kalau x
sakit hati tgk citer ni..


Dah Sampai.. Alhamdulillah.. :)



Video gegar2.. Sebab tgh tarik beg.
Penat .. :) haaa dlm video tu Marno
Happy finally jumpa dia..
Ni la kawan yg senang bincang..
X berkira..


Perlukan perkhidmatan kaunseling..
Boleh cari dia...


Nanti Fred dtg bawak kitorang minum
Kat Kuching ni senang.. Ramai kawan..
Kak Siti pun tunggu je aku roger dia..
Ajak jalan.. :)


Shah pun ada. .
Ni pun bff jgk..
X sabar nak jumpaaaa..


Noor pun offer nak ajak jalan.... :)
Alhamdulillah.. Masih ada kawan
yang berkualiti ..



Check Out






6.30am ..

Kalau kat sarawak 6.30 dah nampak
langit sikit..




Wednesday, 19 December 2018

Tanggungjawab


Aku x lari dari tanggungjawab
Tp org lain yg buat
mcm aku seorg yg
tak bertanggungjawab..


Puas la hati sesetengah org
Yg suka tgk keadaan mcm ni..


Cakap salah...
Tak cakap pun salah..
Do u feel me..


Org lain cakap senang la..
Tp x dorang fikir . Tak rasa..
di tempat aku..


Org yg tak tahu mesti ingat..
Buat benda tu sbb nak famous..
Sapa yg fikir nk famous tu
Mmg budak2 baru nak up sgt mindset tu


Dah sebulan berlalu..
Aku x tahu nak respon apa..
Clueless..

Mungkin aku perlu lepaskan
Kalau aku tak diperlukan..
Aku rasa aku x diperlukan dah
Sebab dah ramai org skrg kan.. :(
Atau kalau dah xde persefahaman
tak dpt la lagi....
Siapa la aku ni..
Aku x layak membuat keputusan
Aku pun x berhak utk mengharapkan
lebih..


Tp dpt tak bayangkan life aku
Almost 4 tahun..
Bangun pagi, selain memikirkan
tentang diri sendiri, keluarga,
memikirkan soal kerja,
C S I tu pun antara perkara
yang aku fikirkan setiap hari..
setiap kali bangun dari tidur
dan sebelum tidur...
Yang ada tempat yg istimewa
dalam hati aku..


Adalah sesuatu yg tak logik
jika ada yg kata aku x bertanggungjawab
Mmg tak berasas langsung..


Faham tak??
Kalau aku emo tu
sbb penting..
Kalau x penting, aku x mcm ni..


Bukan utk suka2..
Budak2 baru nak up je
akan fikir.. Buat ni utk suka2..
Nak rapat dgn selebriti..
Tu je dorang fikir.. Stupid!
X semua.. 2 3 org je..
Yg terdesak and suka..
bila masalah mcm ni timbul
Tapi dari 2 3 org boleh jd
4 5 org.. Sbb dah nama pun
sweet talker.. Pegi menjaja
cerita la kat org lain..


Aku berani jamin.. Org mcm tu
Bab2 voting.  Mmg dorang
Tak akan buat sehabis baik
Tahu sgt perangai..


Vote adalah benda yg org
paling malas nak buat...
Dorang hanya vote bila disuruh
je.. Sekali dua..


Ntah la.. Aku x tahu..
Xde sorang pun faham...   Biar la
kalau jodoh masih ada.. Ada la..
Kalau dah ditakdirkan tak ada,
X pe la..


Aku harap org mcm Q yg ke 2
tak wujud.. Sebab
bila dah dpt. Dia x buat betul2
Dan last2 dia tinggalkan. 
Bila dah dpt job yg lg baik
Dia gunakan org lain utk kepentingan
diri dia.. Sampai hubungan org lain
hancur disebabkan dia...
Padahal semua org elok je
sebelum ada dia


Biasalah org..
Suka ambil kesempatan...               


Aku x bleh lupa apa Q buat dulu
And aku x nak benda mcm tu
berlaku.. Sbb tu aku faham
sweet talker ni dia nak  apa..


Org kalau nak ambil kesempatan
Mcm2 cara dia boleh buat..
termasuk menyingkirkan org lain
utk kepentingan sendiri


...



Hael Husaini - Hajat (slow version)


Jom layan lagu ni..
Ost drama..


Page 353 of 365


Are u ready to close the book?

Me : NO

Just hope for a happy ending..




Layan Astro kat ipad je..
Sebab TV hotel xde Astro Prima
Dah 2 hari tak tgk Selafaz Cinta


Nasib bawak ipad..
Sebab apps Astro GO tu
mcm x support android.. Pelik..







Astro GO ni free je..
janji korang ada nombor 
smart card astro utk register
tgk smart card astro kat decorder tu


tp 1 smart card utk 1 acc je
means kena share dgn fmly la
if dorang pun nak tgk tv online
mana la tahu gi travel ke..
tak nak miss rancangan kegemaran..


janji ada internet..


mcm aku ni ..aku pakai smart card
rumah tempat keje..sebab astro tu
mmg under nama aku..senang 


Kelebihan Astro Go yg lain ialah
Kalau drama bersiri, kadang2
dorang mmg upload 5 episod
terus.. Means boleh tgk lebih
awal berbanding yg dkt tv..


Dan kalau miss yg hari ni punya episod
Dkt Astro Go dia mmg simpan semua
Episod dari episod 1..
So mmg tak ada masalah




selafaz cinta baru episod 17 hari ni.. 
semua episod ada 60
bertabahlah...





Hotel Review : CITI HOTEL, KL SENTRAL


Area2 KL Sentral..
Dkt je dgn NU Sentral if nak shopping
Jalan kaki 5 minit..
or tgk movie atau makan2..
NU Sentral.. Semua ada


Okay hotel ni RM84
Duluxe Queen Bed.
Mahal sikit dr Royce Hotel
Ada lg bilik yg murah kot
Boleh pilih masa booking kat
AGODA.











Bilik ni.. Ok la..
Boleh check in awal.. Sbb aku check in
Dlm 12.30 td.. Selalu kul 2 baru boleh
Maybe mmg bilik dah available..


Bilik xde tingkap..
Standard la hotel bajet area sini

Toiletries xde..
Yg biasa2 tu ada la.  mcm sabun .
shampoo..

Berus gigi dan ubat gigi tak ada.
Tak apa.. Semua tu dah ready
dalam beg..


Peti sejuk ada..
Mineral water, coffee semua ada


Okay la Hotel ni.. Owner dia Melayu
Just nice.. Nak makan pizza ada je
7E, DOMINOS dpn hotel kalau x nak g jauh
Aku x pernah mkn pizza Dominos
Sebelah hotel ada kedai runcit
Senang.. Mana la tahu pening kepala
malas nak jalan


Guna lampu putih ni mmg bagus..
Tak la rasa gelap..
Hotel ni mmg cerah.. Tile pun putih
Ok lah.. Suci dan murni..
Bersih .


Hotel ni just nice..
Boleh je nak stay sini lain kali


Esok dah balik.. Aku check out awal
Sebab flight awal.. 10 lebih..
6.30 kot check out.. Fuhhh
Cepat pulak masa berlalu..
Entah bila lagi dtg KL ni... :(