Wednesday, 5 May 2021

Takde line CELCOM untuk hari ketiga


Hurm dari hari ahad petang
Line Celcom hilang !
Sampai dah hari rabu ni


Mcm ni ke SKMM buat kerja
Mcm ni ke Celcom buat kerja
Slow!!!!


Ni pun mujur aku ada line digi
Phone yg satu tu dpt detect line digi
Ikutkan kawasan ni hanya ada line Celcom
Line digi tu pun kena cari port yg sesuai



Mcm2 cara aku dah try utk cari port yg okay
Cara kat atas ni la paling ok
Dpt la jgk buka sosial media..


Tp tgk video tak cukup kuat lagi…


Sunday, 2 May 2021

Tak ada feel nak raya langsung



Serious bila duduk sini sorang2
Takde feeling langsung nak raya


Kalau balik rumah sendiri
mungkin baru ada feel
Sama jugak kalau driving
Radio mesti dah putarkan lagu raya


Tp aku xde keluar lagi ni sejak lepas swab test
hari tu.. sebab susah nak keluar
Jalan masih construction
Setiap petang hujan memburukkan lagi
keadaan jalan tu…


Dgr2 kerajaan nak buat PKP 3.0
Mmg mcm bangang betul..
Awal2 dulu tak nak buat?
Masa kes 4k lebih..
Kalau buat masa tu.. sekarang
mesti lebih baik!!


Kerajaan patut haramkan dulu sebarang 
majlis social … penganjuran majlis sosial
lagi bahaya dari rentas daerah!!
Punca kes meningkat bukan sbb org rentas 
daerah sangat pun.. tp sebab majlis sosial
berkunpul ramai2…


Mengetatkan rentas daerah sampai mati
pun akan menyusahkan orang ramai..
Kes tetap akan meningkat !


Kesian org yg nak ulang alik balik kerja
yang terpaksa rentas daerah dan buang masa
beratur lama minta permit polis
Yg kena covid tetap orang yg tak rentas daerah!



#KerajaanGagal 

Saturday, 1 May 2021

Bosan



Aku masih di stesen bertugas
Membosankan..


Sampai 8hb . Lepas tu baru cuti


Kenapa aku rasa kerajaan sekarang
Melampau dan kejam!



Friday, 30 April 2021

Negative … Alhamdulillah







Dah keluar results Swab test..
Alhamdulillah negative !
Boleh la pergi buka gelang esok



Manchester United 6 - 2 AS Roma









Semi final Europa League !!
1st leg .. milik United..
Ada 2nd leg lagi minggu depan..
Kelebihan 4 goal utk di bawa ke
Roma !  


United mesti menang trophy ni …
Trophy Premier League mcm dah x dpt
Sebab beza 10 point dgn Manchester City
dgn tinggal 5 game lagi musim ini
Nak habis dah Premier League
Maybe dorang akan berakhir di kedudukan ke 2
Naik satu tangga dari season lepas..


Europa League je lagi harapan utk meraih trophy!!


Game awal pagi tadi mmg best gila
Sebab CAVANI score 2 goal..
Bruno Fernandes 2 gol
Pogba 1 gol
Greenwood 1 gol


Semua goal tu setelah ketinggalan 2-1 …
Comeback goal la…


Just hope team kita akan menang 
Kalau menang 2nd leg,
ManUtd mungkin akan bertemu
Villareal atau Arsenal..di final ..


Villareal menang 2-1 ke atas Arsenal pgi td
and masih ada 2nd leg minggu depan..


Wednesday, 28 April 2021

Done Swab Test






Hopefully negatif . Amiin
Aku kan baru baik batuk dgn flu hari tu
Jadi, nervous dia lain macam..


Malam tadi aku x dpt tido

Dari pukul 2…
Belum tido lagi ni..


Pengalaman swab test tadi
Alhamdulillah cepat jer..
Rasa dia mcm kita cucuk cotton buds
dalam hidung… 


Kalau korang biasa cuci hidung dengan teliti
hari-hari, tak rasa sgt la sakit dia..
Sebab dah biasa..


Dia ada dua. Cucuk dkt tekak 
satu lagi dekat hidung…


Yang dekat tekak tu.. dia mcm 
korang ingat tak kalau kita batuk, 
doktor selalu masukkan macam batang
ice cream utk check anak tekak kita..
time kecik2 dulu.. tak tahu la zaman skrg 
masih ada ka cara tu..


Rasa dia mcm tu la..
Cuma yang ni dia macam calit2 sikit
dua tiga kali dekat dlm tekak..
buat kita rasa nak muntah tapi tak muntah
rasa geli-geli mcm tu je la.. 
haa gitu…  susah nak explain..  tp x la sakit
sekejap je ..



Nasib baik kata petugas tu,
tunggu results je 4 hari.. 
lepas tu dah bebas


Sebab kitorang ada “kontak” je
dan bukan “kontak rapat” pesakit tu..
Dan dia, tak berada di sini sejak 20 April..
Jadi tempoh pengawasan tu bermula dari tarikh tu la
Ngam la kalau cam tu. 14 hari lebih kurang
kalau di kira..



Hurm


Kalau dah swab test
Kena kuarantin 14 hari


Maksudnya hari raya baru aku dapat balik 
Sedih gila hidup kalau mcm tu…


Bosan lah!!! 



Tuesday, 27 April 2021

Esok Swab test… takutnya


Aku bukan takut kena cucuk tu
Tp takut terima kenyataan
Kalau tiba2 positif ..


Mintak2 tak la :( 
Doakan kitorang semua esok 

Budak 2 Orang Tu…,



Positif !
Ingatkan datuk dia je..
Tapi logik la kalau duduk serumah…


So kitorang tunggu masa je ni
in case staff hospital suruh swab test


Tadi sorang2 dah kena call dgn orang 
hospital ….


Hope semua berjalan lancar.
Kalau swab test..
Tak dapat la aku balik rumah
minggu ni .. :’( 


Mesti la tunggu result dulu kan..
Baru boleh keluar

Hurm.. Berkemungkinan



Berkemungkinan kitorang semua 
perlu menjalani Swab Test


Ada datuk kpd sorang budak tu  positif Covid
Jadi semua orang kena swab..


Tapi tak tahu bila..
Hurm.. takutnyaa

Sunday, 25 April 2021

Mimpi


Mimpi buruk pagi td..
Hurm...


Moga2 orang2 yg jauh dari kita
yang kita susah dah nak jumpa
berada dalam keadaan yg baik2
sahaja..

Wednesday, 21 April 2021

Isk.. Makin Ketat


Makin ketat SOP pergerakan
nak rentas daerah dkt Sarawak

Aku stress dgn negeri ni!!!


Jumaat ni ntah la boleh balik ke tak..
Stress!!! 

Tuesday, 20 April 2021

Stress





Construction ni sgt menyusahkan kitorang nak 
lalu lalang mcm biasa sejak 2 minggu yg lalu :(
Lebih2 lagi kalau hari hujan!!
Mintak2 cepat la sikit kerja dorang ni selesai
Nak keluar masuk sesuka hati pun susah
Kena tunggu time dorang rehat ..


Bayangkan selalu orang dpt parking dalam.
Sekarang, staf semua tak dpt lalu and terpaksa
parking jauh! Dan berjalan redah semak
utk masuk ...


Mcm aku yg mmg tinggal dkt dalam,
Nak tak nak kena jugak lalu jalan ni..
Sebab tak kan 5 hari aku nak parking 
kereta di luar kawasan.. x selamat...




Serious nervous..
50 meter yg mendebarkan!
Sebab jalan sehala..
Tepi tu longkang... dorang tgh buat longkang
Sebelah pulak bukit...
Sumpah nervous!


Kereta mcm myvi, Axia, Viva yg rendah2 mmg
tak boleh la ... 


Kereta aku agak tinggi sedikit..  boleh lagi
Tapi kalau x pandai control, boleh melekat
kat tanah yg tebal tu.. 


Tawakal je la..
Cam aku tadi.. guna low gear..
tekan minyak terus..
Kalau berhenti dkt tanah tebal,
mmg menangis la melekat kat situ


Pekerja construction pun satu
Cuba la fikir keselamatan orang nak lalu..
Ratakanlah tanah tu.. 
Macam sengaja je tak nak org lalu

Ngantok



Asyik ngantok je..

Aku masih batuk .. sikit2 
Sbb siang kan puasa
Tekak kering.. x dpt mkn ubat..:( 
Pstu kena bercakap pulak..
Hurm



Friday, 16 April 2021

Petua



Time2 sakit ni aku teringat
petua dari member aku di Sabah
Dia cakap, kalau demam, batuk atau selesema
Potong bawang merah , letak di dlm bilik
Atau di mana2 ruang dlm rumah!!


Malam tadi aku ada buat!
Adakah itu salah satu punca aku cepat baik
hari ni... maybe!! Salah satu penyumbang la jugak
agaknya..





Untuk elak orang lain dalam rumah berjangkit katanya
Dan org yg sakit pun akan cepat baik


Bawang dikatakan boleh menyerap bakteria yang ada di dalam udara melalui unsur sulfur yg dimilikinya..

Bila bakteria jahat kurang, tubuh badan akan lebih selamat
kuranglah risiko terkena jangkitan..
Selamatkan ahli keluarga kita ..


Bawang yg dah kering boleh
la ganti yg baru!

Jimat ya.. x payah beli diffuser mahal2 ..


Aku dah dkt rumah family ni
Tadi lepas dpt mc, terus balik..
Sampai2 rumah terus potong bawang okay!!!
Tanpa berlengah lagi!! Haha





Kena ada jugak..




Walaupun dah dpt ubat dari doktor td
Aku beli jgk soluble. Mana la tahu
flu dtg lagi..


Gula2 Difflam dan Listerine pun kena ada
Tapi aku mmg amalkan listerine sejak sakit gusi
hari tu... dah jadi satu kewajipan..
Aku baca dlm internet, Listerin pun membantu
membunuh kuman dalam mulut!!!!


Tapi, alhamdulillah.. .  hari ni okay dah flu.
Batuk sikit2 je...walaupun berpuasa dan
belum mkn ubat 


Sebab semalam, aku gigih
buang mukus2 semua dalam hidung
Setiap kali bersin atau benda tu nak keluar
Aku pergi toilet and hembus semua!!
Banyak kali okay!!!
Berpuluh2 kali pergi toilet membuang
segala mukus dan pastikan dalam hidung
dalam keadaan bersih..



Batuk pun sama! Aku buang jugak kahak


Biarlah berkali2 kena pegi tandas..
Biarlah tekak sakit sedikit sebab kita paksa
jugak semua benda tu keluar..


Results dia, hari ni lebih baik dari semalam
Belum makan ubat lagi ni....


Moga2 terus baik!!!!

Done MC!





Tak sabar tunggu waktu berbuka!
Nak mkn ubat ...


Serious tak dpt tido lena mlm td..


Pagi td dlm kul 6.15 baru aku msg Encik Boss
bagi tahu aku x gi kerja hari ni


Dlm kul 7.30 aku keluar gi klinik
Mula2 nak gi hospital .. tp tgk
banyak sgt org.. xde parking..


So aku pegi klinik berbayar je..
Satu2 nya klinik di daerah kecil ni..
Mujur pantas !!! Tak ramai orang
Dalam 2 3 orang je masa tu..

Thursday, 15 April 2021

Really Need This Now!!




Serious x best flu ni...
Tak tahan dowh..

Aku perlu panadol soluble!!!
Tp tak ada skrg!!


Menyesal tak beli semalam!
Mana la tahu hari ni nak selesema!
Serious susah nak tido..
Tolonggggggg...


Silap haribulan aku mc esok!
atau CRK !!! 

Tewas!



Aku rasa aku demam dah :(
Dah mula flu!!


Semalam batuk..

Hari ni 2-2 dah! Batuk + flu

Serius tak selesa nak bekerja!

Puasa masih ON ya! 

Uhuks .. Tak Sihat ..



1st Ramadan.. alhamdulillah.. lancar

2nd ramadan, tetiba batuk ...
Sakit gila tekak!!
Semalam beli ubat batuk..
Ok sikit.. lepas berbuka.. terus mkn ubat


Sahur td mkn lagi ubat 
Hope hari ni okay la..
Aku kena kurang bercakap hari ni
Hope batuk ni tak berlanjutan jd selesema plak!
Hazab kalau 2-2 ... di bulan puasa ..