Saturday, 24 July 2021

Motivasi… Mana Motivasi Ni


Aku benar2 takde motivasi nak kerja


Aku rasa lost gila!


Aku nak pindah…


Aku rasa dianiaya..



Moga Tuhan makbulkan doa aku.
Amiinn



Keluarkanlah aku dari tempat yang
dah mcm penjara tu… 



Apa yg aku perlukan sekarang ialah
aku perlu orang bg aku motivasi
Sgt2 perlu org yg dpt faham apa aku rasa


Dkt tempat kerja aku dah toxic sgt
Semua berpunca dari pentadbir yg tak adil







Bosan!


Esok dah kena balik ke tempat kerja
Bosan! Mula dah aku stress! 


Hope staf baru akan diberi tugas 
yg ditinggalkan oleh staf yg baru berpindah
Sebab tugas staf yg pindah tu 
diserah kepada kami
yang sememangnya banyak tugas lain..


Stress 

Tp pentadbir  kalau dia tetap bagi aku kerja tu
memang teruk la!!


Aku dah la banyak tanggungjawab lain







Friday, 23 July 2021

Penyakit Pelik



Lately aku ada satu masalah 


Masalah takut bila notification
whatsapp/telegram berbunyi


Aku jadi fobia dan takut jika ada org mesej
aku pasal kerja!


Kadang2 bila telefon berbunyi,
Aku rasa nak marah je..
Ada hari tu aku block no telefon
yg call aku. Padahal orang J&T je pun


Gara2 aku x suka telefon berbunyi..
Kritikal masalah aku ni


Aku dah sampai tahap..
Tak larat nak hadap…
Tak suka waktu rehat aku
diganggu dgn kerja..


Time cuti ni phone aku senyap je
Aku rasa tenang !!!!


Sebab musim pkp ni kalau korang nak tahu
Aku mcm bekerja 24jam 
Isnin-Jumaat . Tuhan je tahu!!
Sebab tu blog ni mcm dah lama senyap
Sebab aku sgt sibuk..



Jadi minggu ni aku cuti
Ni pun dah nak habis cuti
Mood aku dah tak normal bila
kena bekerja semula..
Sebab masa tu nanti kerja aku 24 jam
kena hadap telefon dan bertext dgn ramai org
24 jam telefon akan berbunyi…


Sumpah mental aku sgt letih
Letih dgn karenah pentadbir
Pentadbir tak pernah ambil tahu
masalah mental dan emosi yg dihadapi oleh staf
di musim2 pandemik! 


Aku xde motivasi nak kerja sbnrnya
Semua nya mcm terpaksa..


Sbb tu aku mintak semua org
Doakan aku dpt pindah
Aku perlukan suasana yg baru
Orang2 yg baru…


Faham tak


Jiwa aku rasa nak memberontak
Dgn persekitaran kerja aku sekarang!!!


Doakan aku dpt pindah tempat baru
Tahun dpn supaya aku dpt
bekerja dgn lebih ikhlas 








Friday, 9 July 2021

Musang King



From Raub, Pahang … to Miri, Sarawak
Gigih beli.. sebab mengidam! 





Satu pack ni RM80 okay. 400gm. Ada la 6-8 ulas.
Hari ni beli 9 packet !  RM720 la terbang ..


Tapi sebab mengidam, demi durian
Why not !!! Musang King kotttt!!
Walaupun frozen, tp bila dah dikeluarkan
lama dari peti sejuk, rasa dia tetap padu okay!!


Rasa dia mmg padu! Isi tebal..biji pun kecil dan nipis
 sgt mengenyangkan.. 
Makan 3 ulas pun mmg kenyang dah!! Puas hati !!


Durian ni di pack dan di seal dgn high quality plastic
Menurut seller, malam tadi baru sampai naik flight.
Dorang letak dlm kargo sejuk beku la dlm flight
yg mmg utk bisnes punya…
So malam tadi order, pagi ni dorang
deliver ke rumah!!


Fuh! Merasa jgk Durian dari semenanjung
musim PKP ni….



Saturday, 3 July 2021

Texting With Cikgu


Pagi tadi aku texting Cikgu aku..
Cikgu masa zaman skolah rendah lagi taw


Panjang la cerita ..
Aku ingat nak minta tolong urusan pindah
Tp member dia dah pencen.. org lain yg handle
sekarang


Dia ada bg nombor telefon pegawai yg incharge skrg
Nanti la aku cuba contact …



Tuesday, 29 June 2021

Bunuh Diri


Makin banyak orang bunuh diri
dekat Malaysia lately


Yg terbaru semalam.. dkt Balakong
Dkt jejantas kot..
Ada gambar! MasyaAllah


Tu first time aku tgk orang
gantung diri betul2 clear!!!
Orang ramai kan memang lalu 
lalang situ. So memang tersebar la
gambar dan video 
seorang lelaki dah tergantung
di jejantas




Saturday, 26 June 2021

Kemurungan Akibat PKP3.0 ! Tuhan je tahu



Bersyukurlah kalau korang dpt berPKP dgn keluarga 
ada sama..


Serious siapa yg tinggal sorang2
Rasa kemurungan tu sgt memuncak!
Aku tahu.. sbb aku rasa benda tu
Dari hari ahad hingga khamis…


Setiap hari menghitung hari nak balik..
Setiap hari tertekan!


Hari khamis aku check in di pekan!
Hari khamis je la rasa ok sikit
Sebab dpt tgk ramai orang…
The next day(Jumaat) dlm kul 10 lebih
aku gerak balik ..


Excited..


Tp pulang dlm keadaan berdebar2
Banyak nak kena hadap road block!
Kalau dpt polis yg okay… ok la..
Dpt polis yg layan org mcm penjenayah,
Akan buat kita rasa down lagi..


Padahal otak ni penat nak hadap 
Mcm2 soalan dorang nak tanya

Thursday, 24 June 2021

Tertekan


Tertekan gila rasa 
Sorang2 dkt sini..
Nak balik, pernit susah dpt..


Hope aku dpt pindah tahun
Doakan aku…
Aku nak dkt dgn family..
Dan persekitaran kerja yang harmoni
Aku benar2 tak tahan dgn sikap pentadbir di sini



Doakan aku ya!!


Aku xde cable utk tolong aku pindah :(
dkt K P M  ke.. J P N ke … aku xde cable

Tuesday, 22 June 2021

WTH !!



Ada ptut pentadbir minta share location
Nampak tak kami dipaksa ke stesen
Padahal rumah sendiri ada 
Sama jgk boleh WFH !!


Sakit hati aku tgk
Annoying… 
Mcm kitorang ni budak kecik dia buat
Tak trust langsung dkt staff…



Monday, 21 June 2021

Teruk Gila !!


Aku tak tahu kenapa dengan negara ni
Pemimpin nya bermasalah agaknya


Urusan yg sepatutnya mudah dah jadi susah


Mcm bisa aku perlu ulang alik kerja
Every week


Polis boleh bagi kebenaran utk sehala je
Padahal dkt permit tu kan ada ruangan 
Tarikh Pergi, Tarikh Pulang..
Kenapa tak benarkan orang awam yg
bekerja utk urusan rasmi ni… erghhh


Tak kan la hari2 kena minta permit
Stress nak mampus


Kerajaan suruh pergi kerja..
Tp urusan perjalanan tak dipermudahkan
Mcm mana orang nak pergi kerja


Aku doakan kerajaan ni akan terima kifarah
Sebab terlalu banyak menyusahkan rakyat




Thursday, 10 June 2021

Netizen

All Together Now Malaysia !! 
Fuh! Nasib baik polis tak siasat
Kalau siasat pun buang masa je..
Benda org dah record lama.
Time kes tak memuncak seperti skarang





Isu yg dorang bangkitkan:


Netizen 1: rancangan tak berfaedah ! 

  • LOL takde paksaan kau nak tgk ke tak. Banyak channel lain yg berfaedah kau boleh pilih jer . Animal Planet, Astro Oasis, TV Al-Hijrah , Box Office. Pergi la tgk channel lain! 


Netizen 2 : tak pakai mask !

  • org main bola bersentuh2 selama 90 minit pun x pakai mask. Xde siapa marah.
  • Juri dlm ATN hanya buka mask ketika recording. Bila off record, mereka pakai mask! Lebih2 lagi bila keluar dari dewan dan di tempat awam. Swab test pun dah dibuat! Penjarakan 1.6meter dkt set tu 
  • Even korang sendiri pun mesti akan buka mask sekejap2 kan? Dan bila dkt luar dkt tempat awam korang akan pakai semula mask. Dan sesetengah orang pulak, mmg sengaja tak pakai mask ditempat awam. Mmg mengundang kena compound! Dan belum pasti negatif atau positif. 
  • Dan FYI, program ni semua makeup artis pun x dibenarkan masuk melainkan artis tu sendiri. PA/Manager pun x boleh masuk dewan!  Cukup ketat SOP nya! 
  • Peserta sendiri mengakui mereka tak dibenarkan keluar utk tiga hari kalau x silap. Mereka ditempatkan dkt hotel je..


Netizen 3: Tak sensitif dengan situasi negara

  • Bukan org paksa kau tgk pun. Tapi masih ada orang lain yg NAK TGK!!! Orang dah sajikan rancangan baru, banyak songeh pulak! Bila Astro ulang cerita lama, mengeluh pulak. Kami bayar bill astro bukan utk rancangan lapuk okay! Kami mahu program/drama yg terbaru!! Astro dah bagi, bersyukurlah! 
  • Tak semestinya org yg tgk program hiburan tak sensitif! Tapi pandai2 la. Tak kan 24 jam kita perlu meratapi . Dah la PKP terperuk dkt rumah, bagus la jugak ada program yg kita boleh chill duduk rumah utk mengelakkan kemurungan! 
  • LOL ! Astro banyak channel kot! Astro Ria mmg sebuah channel berbentuk hiburan. Nama pun RIA !! Mmg channel utk riang ria lah! Nak channel yg lebih serious dgn isu semasa, AWANI kan ada. Bernama.. tgk RTM pun boleh yg sentiasa update situasi dan info terkini. 
  • Atau kalau korang islamik sgt.. tgk Astro Oasis, TV Al-Hijrah, Naura . Lain org lain taste dia! 



Netizen 4 : Masjid 12 org je boleh masuk. Program hiburan sampai 50.

  • Ini, menteri agama kena jawab! Kenapa dia x sediakan SOP yg selamat utk membolehkan ramai orang solat dekat masjid! Daripada asyik menyalahkan orang, baik cari jalan! 
  • Sekurang2nya KKMM dah buat satu SOP yg membolehkan proses rakaman dilakukan dgn selamat. Contohnya buat swab test dulu sblm penggambaran. So Menteri Hal Ehwal Agama kena la bentangkan SOP yg lebih selamat jugak utk membolehkan MKN setuju nak benarkan ramai org masuk masjid. So, tak adil lah menyalahkan artis semata-mata. 
  • Tp aku tak rasa ramai orang nak membahayakan diri.. sedangkan solat di rumah pun boleh dilakukan. 


Bukan nak cakap apa la.. bukan ke ada cluster yg disebabkan oleh masjid… 


Masa masjid boleh buka, x ramai pun nak pegi

Sebab tu “sesetengah” netizen ni tiba2 acah2 

Islamik!!



Sedangkan orang yg benar2 beribadat dan taat pada

perintah Allah pun tak akan ada masa utk

mengkritik dan komplen tentang orang lain atau

menghamburkan kata-kata tidak enak

di sosial media!! 



Baik kita cermin diri kita

Semak hati kita. Bersih atau tidak sebelum asyik

menyalahkan orang lain. 



Mcm aku, aku suka layan channel sport

Dan apa2 program realiti dalam dan luar negara

aku layan..


So tak boleh la samakan atau paksa org lain

ikut apa  yg korang suka. Sbb lain orang, 

lain minat nya..




Wednesday, 9 June 2021

Tak Patut Dihentikan #ATNMY





Program dah record lama kot.
Memang tak patut kalau dihentikan!


Org Malaysia ni poyo sgt la!


Bukan senang nak ada program baru
Aku bayar astro bulan2 bukan utk
tengok program lama yang diulang
sampai dua puluh kali!!! 


Dah ada program baru, di komplen pulak.
Sah2 dah record lama.



Dafi pun ada.
Peserta pun ada dari Pdrm sendiri ..



Orang main bola sepak pun x pakai mask
Siap bersentuhan lagi. Berpeluh2 lagi..
Siap rentas negara lagj.. lagi tinggi risiko


Mmg tak patut la kalau program ni dihentikan!


Aku fight sebab aku muak tgk program lama2!


Aku mmg tunggu2 program baru!
Drama baru! Barulah berbaloi duit bayar bil!
Lebih2 lagi musim PKP ni.. 


Org yg komplen tu ntah2 tgk pun tak!
Serious ATNMY best okay!!!
Bukannya ada bersentuhan sgt pun


Kalau x nak tgk, channel lain ada
Pilihan ditangan kau! Huhu..
Org lain nak tgk program baru!
Kau tak tgk, sudah! 







Friday, 4 June 2021

Casing baru lagi








Color sama macam background blog ni

Sama mcm hari tu
Tapi ni dark blue ! 


Cantik!


2 tahun pakai casing yg full protection..
Tahun ni baru guna casing yg x brapa protect ni


So memandangkan pakai casing ni.
Kena jaga baik2 phone dari terjatuh
dari tempat tinggi..


Tapi ringan. Tu yg best ! 



Tuesday, 1 June 2021

Casing Baru







suka casing ni.. 
baru beli dkt shopee ..


Ada satu lagi warna biru.
On the way. Patern sama!
Tp beli dkt lain2 online shop.


Murah je. RM7.80 
Memang bebaloi… sumpah nampak
sgt premium .. ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ

Friday, 28 May 2021

Done 2nd Dose!


Aku dah dpt Dos ke2 vaksin Covid 19 tadi

Dapat lah digital certificate dlm MySejahtera



Vaksin ni yang diatur oleh organisasi tempat kerja 
So aku ambil dkt kawasan tempat kerja
Bukan dkt tempat aku sendiri..


Kitorang punya vaksin jenis Sinovac


Tak kisahlah jenis apa pun
Janji dah vaksin..


Tadi balik naik flight twin otter



Setelah setahun lebih tak naik flight
Dapat naik flight ni utk 13 minit je di udara
pun jadi lahhh… lepas rindu naik flight


Twin otter sejenis flight terbang rendah utk jarak
dekat ..



Jumlah penumpang hari ni 10 orang .
Semalam masa aku datang 5 org je okay..
Memang sikit gila penumpang musim2 pkp


Aku selalu drive je ulang alik..
Tp semalam aku malas drive..
Sebab hari ni nak vaksin..
Takut ngantok masa balik ..
Hari Isnin aku book ticket..


Effect vaksin tu mmg ngantuk dibuatnya..
Memang patut aku naik flight..
Khamis pergi.. Jumaat balik..
Malam tadi aku stay hotel..








Tinggi ni je la twin otter terbang…
Dalam masa 13 minit, dah landing dkt airport Miri.


Kekok gila dkt airport.
Banyak perubahan sebab ikut SOP
Yang penting, airport sgt SUNYI…


Semalam kembali ke rutin berlari2 di dalam airport
dengan bagasi.. (macam dulu2) sebab kejar flight…rindu..
Sebab SOP dia lain dah, tak mcm dulu
Semalam aku lambat check in..
Flight dah nak tutup utk check in..
So memang berlari2 nak ke departure hall 
semalam sebab lambat..hahaha



Tak Boleh Move On



Masih dihimpit rasa kecewa




Dari semalam.. berita sukan semua pasal UEL


Aku skip. 
Kecewa masih..










Dkt social media pun aku skip berita ni
Selalu aku akan comment dkt IG ManUtd
Tp semalam.. mmg rasa kecewa..
Malas nak baca apa2…










Thursday, 27 May 2021

Super Flower Blood Moon


Cerita semalam..
Gerhana bulan ..


Berjaya ambil gambar ni guna phone!
Supermoon ni bulan lebih besar dari biasa
kerana kedudukan bulan yg hampir dengan bumi

























Ni aku pakai iphone 11 Pro max
Dgn Huawei P20 Pro


Aku mmg tunggu fenomena ni
Dia berlaku time maghrib..
Sampai pukul 8 kalau dkt kawasan aku


Subhanallah.. mmg terpegun dengan
kekuasaan tuhan …


Dalam pukul 6.55 macam tu
Nampak la bulan tu kemerah-merahan..
Blood moon katanya..


Full eclipse tu mmg dlm waktu pukul 6.55-7.30  cam tu




Terkandas! Move On!





Sedih! Man Utd tewas di final UEL

Tanpa captain, Harry Maguire… rasa kekurangan
Maguire masih cedera…
Walaupun asyik kena kutuk,
Tapi ketiadaan dia mmg beri impak
pada bahagian pertahanan!!! 


Xda rezeki Man Utd menang UEL๐Ÿ†
Seri 1-1 sehingga membawa ke sepakan penalty
Score penalty 11-10 .. David De Gea gagal menyempurnakan sepakan penalty๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข


 1st time aku tgk sampai goalkeeper pun ambil sepakan penalty!! Apa2 pun always support team kita menang atau kalah๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด 


Semua player ambil sepakan penalty tu
termasuk goalkeeper..yang terakhir De Gea
He lost his battle :( 
Sedih tgk!! 


Tak apa la.. tak ada rezeki
Aku tetap bangga jadi fans Man Utd !!!
Walaupun akan kena troll dgn fans Liverpool
di social media….


Sorry ya.. aku dah mute semua
perkataan berkaitan dgn Liverp.ool di
twitter aku. So aku x terkesan
dengan ejekan team dorang tu!!


Ya aku ada member fans team Lvpool,
Tp sebab aku dah MUTE semua perkataan
berkaitan team tu, so aku x akan nampak la
apa yg dia update dkt Timeline


Hal lain kita boleh gang..
Hal bola, kita tak akan pernah sama
sbb Liver.pool sentiasa dengki dgn ManUtd
sejak dulu


UEL dah habis…

EPL pun dah habis.
Tamat season ni!!!


Jom kita tgk table EPL 2020/2021









Man Utd no 2 ..
Naik satu tempat berbanding tahun lepas.
Ada peningkatan! Itu yg kita mahu..


Tahun depan lebih power
Sebab ada player baru yg masuk.
Hope yg baru tu akan bawa team kita
menang trophy…






Sunday, 23 May 2021

4.00 am thoughts

4.14am . Hujan . 
Bingung mcm mana mau balik tempat kerja ni..
Nak drive sendiri atau guna transport.
Sebab air mcm makin naik di Marudi.
Nanti kalau herterusan sampai hari jumaat,
susah pula nak bawa kereta balik ke Miri kalau banjir