Monday 9 August 2021

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Siti Sarah




Al Fatihah..

Innalillahiwainna ilaihi raji’un



Hari ni rasa macam tak dpt fokus buat apa
Hati rasa sayu yang amat atas pemergian arwah


Mcm terlalu cepat Allah ambil dia..

Actually malam tadi aku dah rasa tak sedap
Bila Shuib up status yg paras oksigen nya
turun ke 40 …


Dalam diam aku berdoa agar ada keajaiban berlaku esok
Iaitu hari ni la..


Sekali berita duka yang aku tengok
Bila buka soc med lepas buka mata😭 Dan memang 
Aku buka soc med utk tahu berita terkini
Siti Sarah.. 


Bangun pagi belum bangkit dari katil,
pastu buka2 je IG, semua media dah umumkan
Siti Sarah dah tak ada..
Ya Allah.. masih macam tak percaya!!


Bila dia dah meninggal,
Banyak orang buka cerita akan kebaikannya
yang suka bersedekah … Allahu..


Moga Syurga tempatnya..
Syahid sebab melahirkan anak dan meninggal
sebab wabak ..  Allahuakbar..


Sampai ke maghrib dah ni aku rasa sebak
Sedih mengenangkan baby yang ditinggalkan
Dan mengenangkan arwah yg selalu ceria
bila di kaca tv..  Sekarang dah tak ada lagi


Selalu dalam drama je aku tengok
Orang meninggal lepas melahirkan anak..
Tapi kali ni betul2 rasa dekat je kisah
kematian Siti Sarah ni…


Moga turn kita nanti,
dalam keadaan husnul khotimah… Amiin


Dah la lagu Siti Sarah
kalau pergi karoks mesti ada dlm list
Sedihnya rasa…


Orang baik2 selalu pergi dulu


No comments:

Post a Comment