Wednesday 25 July 2018

Kebakaran Kuaters Guru di Sekolah Pedalaman



Sebuah kuaters guru di sekolah

SK Batu Bungan di daerah Baram

Sarawak (Pedalaman) pagi ni

terbakar dan seorang guru telah

terkorban rentung dlm kejadian tu. 







Dikhabarkan skolah sedang mengadakan

Kem Motivasi bersama 2 skolah pedalaman

yang lain dan kuaters tersebut didiami

Oleh guru pengiring dari SK Long Panai

dan SK Penghulu Baya Mallang


25 Julai 2018 Mulu, Miri.

(dari sumber yg boleh dipercayai) 


Kebakaran Kuarters SK Batu Bungan, Mulu.


Terima laporan dari SAO Rebetta jam 05.30 pagi.


Kebakaran tengah berlaku di kuarters SK Batu Bungan.


2 Unit  rumah  sedang terbakar dan usaha memadamkan api yang tengah oleh pasukan Bomba DCA dr  airport Mulu telah tiba pada 5.40 pagi.


Kenyataan dari Encik Awang Ishak seorang Pembantu operasi SK Bt Bungan.


Beliau mula sedar kejadian kebakaran dalam jam 5.09.


api bermula dari rumah sebelah dari ruang tamu berdekatan dapur.


Pasukan Penyiasat Zon 6 Miri telah dimaklumkan.

25 Julai 2018 Mulu.


Maklumat mangsa:


Penghuni dari dua rumah yg terlibat:

1. Cikgu Siti Masrina

2. Suraya saleh

3. Jessel - long panai

4. Catherine (blm dijumpai) - Penghulu Baya Mallang

5. Syuhadah - Penghulu Baya Mallang

6. Awang mohd 

7. Awang ishyak

8. Poline


Mangsa cedera:

1. Cikgu syuhadah 20% burn

2. Cikgu siti masrina melecur tpak kaki


Seorang mangsa masih  bernama catherine dari SK Penghulu Baya Mallang.


Menurut saksi nampak catherine masuk ke dalam kuarters.


Bilangan penghuni


1. Rh Pertama - 5 org

2. Rh kedua - 3 org



Maklumat terkini:


Telah dijumpai mayat di dalam kuarters kerana ditemui tulang tulang dan masih menunggu pengesahan samada adalah mangsa bernama Catherine.


:(



Berita pagi ni yg mengganggu emosi aku..

Kompom berita mcm ni org2 kat bandar

tak akan pernah tahu.. Sebab media massa

susah nak reach kawasan pedalaman.. 


Tapi tu lah dia pengorbanan cikgu.. 

Tugas mengiringi pelajar ke kem motivasi

berakhir dgn tragedi.. 

Moga pelajar cikgu Catherine tabah

Begitu juga ahli keluarga.. 

Warga sekolah.. Juga warga pendidik

di Malaysia ini. :(


Cikgu Catherine anak seorang anggota

bomba. Beliau masuk kedalam

ingin selamatkan housematenya

Cikgu Syuhada.. Yg sempat di selamatkan

dan melecur lebih 20%


Sedih..







No comments:

Post a Comment