Wednesday, 20 December 2017

Nak tido awal hari ni



Cam penat je rasa..
Ada potensi lepas isyak aku tido hari ni







That moment....








That moment...
Bila kau overthinking..
Kau tak sedar .. kau pandu kereta
slow di lorong kanan ..
sampai semua kereta potong kau..


Kau tak sedar orang tengah
bercakap dengan kau..
Orang tengah bergurau
dengan kau pun kau x dengar
Langsung tak holeh fokus..


Kau layan perasaan dan terus
dengan apa yang kau sedang fikir..






Cikgu Azizan... I feel you ...





Hari ni aku nak share kisah benar 
pasal seorang cikgu.. kes hampir sama mcm 
Cikgu Azizan... cuma tak viral
sebab berlaku di kawasan pedalaman..


Suatu hari cikgu yang dedikasi itu
telah memulangkan kertas ujian Sains
pada muridnya.. 


Cikgu tu tak buat apa2 pun..
Tiba2 seorang murid dgn nada berbisik
telah mengeluarkan kata2 berbentuk hinaan
pada cikgu tersebut dan kemudian dia ketawa..
sendiri...


Rakan pelajar di sebelah dgr apa yang dia cakap..
Dan beberapa pelajar lain juga dengar..



Dan guru tersebut berasa amat kecewa dgn 
kelakuan muridnya itu dan merotan muridnya itu
Rotan halus dan tidak kuat..Disaksikan murid lain..
Guru lain juga ada ditempat kejadian.. turut
kecewa dengan kelakuan murid yang tiada adab..
Dan menasihatinya supaya jaga adab 
apabila bercakap dengan guru...



Sebelah petang.. guru itu didatangi oleh
datuk dan ibu pelajar berkenaan
minta penjelasan..


Rupanya ada orang telah menyampaikan
berita yang kononnya anaknya ditampar di sekolah.
Budak skolah yang sama yang buat cerita..
Dan semudah itu datuk dan ibu pelajar tersebut
percaya. Cikgu tersebut menegakkan hak nya
dengan berkata perkara sebenar..



datuk kepada pelajar tersebut siap bagi amaran
pada cikgu.. dan mula meninggikan suara..
Cikgu itu tetap menegakkan haknya 
dan tidak mahu maruahnya dipijak2 orang..
Dia tidak mahu mengalah dan terus dengan
point2 dia berkaitan sikap pelajar tersebut..
Ibu pelajar tu okay dan boleh bertoleransi..
Datuk pula over...



Guru itu telah berkhidmad selama 7
tahun di sekolah itu dan merupakan guru cemerlang.
Pelajar tersebut juga merupakan pelajar pintar
Tapi sayangnya dari segi adab, dia kosong!

CIKGU TU EXPLAIN::
“Memang saya ada rotan anak puan..
Sebab dia dah melemparkan kata2 yang tidak
enak kepada saya. Saya cikgu dia!!
Anak puan ni pandai. Saya yang ajar dia
Matematik dan Sains..Matematik dia dpt 100.
Sains dia dpt 87... pandai.. tapi malangnya
dia tidak tahu cara beradab..saya kecewa 
dengan sikap dia... “


DATUK PELAJAR JAWAB:
“Memang la.. tp jangan lah sampai kuat sangat
Habis kembang tangan budak.. Kalau cikgu
boleh berkasar dgn dia.. kami pun boleh.
Apa perasaan cikgu kalau kami berkasar dgn cikgu?”


CIKGU :
“Saya tahu dan saya faham..
Tp dia ni dah melampau sangat.
Saya cikgu dia. Mcm ni kah caranya
pelajar bercakap dgn guru. Mcm tidak hormat!”


Cikgu tersebut terus menegakkan haknya..
Dia tahu dia dipihak yang benar..
Menitis jugak air mata masa cakap tu.
Sebab sepanjang 7 tahun perkhidmatannya
Ini kali pertama berdepan dgn keluarga pelajar
yang mengadu.. dan kali pertama melihat
pelajar semakin kurang adab ...setiap tahun
attitude pelajar semakin teruk.
Semakin dimanjakan ibu bapa semakin menjadi!


Ibu pelajar hanya diam..
Datuk pelajar td pun diam..
Seorang lagi guru yang berada di situ
menjelaskan .. pelajar tahun ini
memang banyak masalah..
Tidak mendengar kata dan suka membuli..
Datuk dan Ibu pelajar tadi mula faham

Mujur rakan guru ada di situ.. 
dia lah yang mendamaikan situasi tegang itu
Cepat2 cikgu tu cakap pada pelajar tersebut
“Kira settle lah ni...
jadi kamu Ali(bkn nama sebenar)
minta maaf la dgn cikgu kamu..
Tak kan cikgu pula nak kena minta maaf
dengan kamu... “ kata rakan guru yg jadi pendamai tu


Pelajar tersebut menangis teresak2..
Ibu Ali menyuruhAli minta maaf pada guru tersebut.
Ali terus menangis... dan guru yang menjadi mangsa
tadi menepuk2 bahu Ali utk melegakannya..
Ali bersalam dgn gurunya sambil menangis..
Guru tersebut juga menitiskan air mata..


Kes tersebut selesai di situ..
Itulah titik dan sejarah hitam dalam
perkhidmatan guru tersebut di skolah itu..
selepas 7 tahun..


Kes tersebut telah menjadi tumpuan penduduk
kampung sepanjang minggu itu..
Sehingga penghulu kampung terpaksa
meminta maaf pada guru tadi atas
kelakuan orang kampung (datuk dan ibu pelajar tadi) yang serang cikgu di sekolah utk menegakkan kesalahan anak mereka.. 


Penghulu kampung berkata..
beliau akan berpesan pada ibu bapa
dalam mesyuarat JKK Kampung
pasal disiplin anak2 .. dlm mesyuarat
akan datang..



Kesimpulannya.. Cikgu tidak akan bertindak
sehingga memukul jika pelajar tidak buat 
kesalahan besar.. Kepada ibu bapa.., siasat
betul2.. jgn mudah percaya pada kata2 orang
yang ditokok tambah.. dan paling penting,
JANGAN MANJAKAN ANAK TAK BERTEMPAT!



ADAKAH IBU BAPA MAHU CIKGU 
MEMBIARKAN SAJA ANAK MEREKA
TERUS MELAKUKAN KESALAHAN
TANPA MENEGUR ATAU DIBERI 
HUKUMAN? KALAU ITU YANG MEREKA 
MAHUKAN.., ANAK MEREKA
TAK AKAN JADI MANUSIA BERGUNA.
PANDAI DALAM AKADEMIK SAJA LA
TAPI , ATTITUDE “ZERO” ..


....



So berdasarkan kisah benar pasal cikgu di atas ni..
Ibu bapa di luar sana sila ajar anak masing2..
Ajar dari pelbagai aspek.. kalau tak mahu cikgu
yang “ajar” 

Ajar lah anak sendiri.. jgn menyusahkan cikgu..

Faham tak??? 


Ni.. anak kau hisap gam.. pun lagi nak saman cikgu.


Menyusahkan betul parents yang suka
menyalahkan cikgu ni... sah2 dorang tak reti
jaga anak.. anak tak ada disiplin kat skolah
Semua bermula dari didikan di rumah la..


Sorry to say.. 































Cikgu tak dibayar untuk itu..



RENUNGAN DI CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN......

ZAMAN DULU murid cari pelbagai alasan untuk ponteng ke sekolah kerana takut guru hukum bila dah buat salah...

ZAMAN SEKARANG guru cari pelbagai alasan untuk tidak datang ke sekolah kerana takut selepas hukum murid yang buat salah...

TELAHKU BEKALKAN anakku dengan SATU PESANAN andainya suatu hari nanti dia ditakdirkan menjadi GURU !!!...

Anakku, tugas utama guru ialah MENGAJAR MATA PELAJARAN / SUBJEK yang telah diluluskan / tetapkan oleh kementerian. Jadi hendaklah kamu fokus perkara itu kerana kamu dibayar gaji untuk itu !!!...

Kiranya anak muridmu bertumbuk JANGANLAH kau mencampuri atau meleraikanya kerana kamu TIDAK dibayar untuk menjadi PENDAMAI !
Itu tugas pihak keselamatan....

Kiranya anak muridmu menghidu gam/hisap dadah JANGANLAH kamu mencampuri dengan melarang perbuatan itu kerana kamu TIDAK dibayar untuk menjadi pencegah penyalahgunaan dadah !
Itu tugas pihak Pencegah Penyalahgunaan dadah...
Begitulah seterusnya dengan perkara2 yang bukan berkaitan kamu dibayar selain mengajar matapelajaran/subjek yang telah ditetapkan.

Sekiranya ibubapa datang mempersoalkan atau mempersalahkan kamu atas perbuatan anak mereka itu dengan bertanya ;
KENAPA CIKGU TIDAK MELERAIKAN PERGADUHAN ITU @ TIDAK MELARANG ANAK SAYA MENGHISAP DADAH ?

Maka jawablah dengan tenang ;
Encik/Puan, TUGAS SAYA TERBATAS,  HANYA MENGAJAR MATAPELAJARAN mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan pada kelas anak Encik/Puan saja. Sama dengan tugas Encik/Puan yang terbatas hanya TAHU BUAT ANAK SAJA !!!...

Sekiranya anak Encik/Puan bergaduh maka EncikPuan serahkan kepada polis agar boleh direhatkan dalam penjara !!!
Sekiranya anak Encik/Puan menghisap dadah serahkan kepada PEMADAM agar boleh ditempatkan di Pusat Serenti !!!...

Saya tidak mahu menggelapkan hidup saya AKIBAT MENERANGKAN masa hadapan anak Encik/Puan !!!....

Cara nak dapatkan rawatan pakar psikiatri






Hari ni satu lagi kes artis bunuh diri melibatkan 
artis kpop yang famous dari kumpulan Shinee
iaitu Jonghyun ... :(


Dia bunuh diri sebab depression..
Sama mcm Chester Linkin Park..
Tp Chester gantung diri..
Tp yang Jonghyun ni guna arang batu..
yang mengeluarkan gas karbon monoksida
Asap tu kan tak elok dan boleh
buat kita jadi sesak nafas dan mati


So ... sedih aku baca surat terakhir Jonghyun
sebelum bunuh diri.. jgn main2 dgn depression :(











Dah baca nota terakhir Jonghyun tu.. jom baca perkongsian ni pulak.



CARA NAK DAPAT RAWATAN PAKAR PSIKIATRI
DI HOSPITAL



1. Pergi klinik kesihatan kerajaan mana2 
dan mintak nak buat DASS Test. 
Dass test ni untuk mengukur tahap stress, 
depression dan anxiety dalam tempoh 2 minggu sebelum buat test tu. Ia tak mengukur 
tahap suicidal orang 


2. Doktor akan evaluate test tu kemudian kalau 
tahap test tersebut membimbangkan, 
Doktor akan buat surat rujukan ke hospital berhampiran . 

Pergi ke klinik Psychiatry and Mental Health untuk buat appointment. Klu HKL melalui kecemasan rasanya.

selepas dia diagnosis your problem. 
Dia akan absorb kau dan tgk tahap mental disease that you happen. Then dia akan buat appointment demi appointment serta test demi test. 
Pesakit perlu sabar.



3. Dah dapat appointment, jangan skip. 
Jangan tipu apa2 masalah, cerita je. 
Dia nak tahu dari masa bila depression/anxiety/stress 
tu tumbuh sampai jadi macamni. 
Ada suicidal thoughts ? Cerita je. 
Paling mild dia rujuk counselling sessions. 
Paling tinggi dia prescibe ubat.



Abt 3 months during your observations. 
Baru dia akan ambil pilihan sama ada nak lepaskan kau atau keep you as patient. Tak mahal. 
Pergi Government Hospital (GH) 
bayaran rm5 utk rawatan pakar. 
Its cheaper. Don't worry your balance its worse for your lunch treat.

Tapi don’t be too comfortable. 
Observations kau is valid limit about 3-5 years something *depends from your MDD* kalau lebih from that limit. Possible utk Susah nak erase your build record dalam psychology and psychiatry. 
Susah dpt kerja tau kalau dah ada record.



4. Berbalik pada ubat tadi, 
ubat tu, jangan pandai2 nak overdose. 
Sertraline paling koman, alprazolam kalau needed. Tapi tu serahkan dekat Doktor. Dia nak bagi, bagi la. Adakala belum masa untuk kau makan ubat. Depression/anxiety/stress akan berulang. 
Takkan senang2 hilang. 








Take care fellas..




P/s: ada orang sengaja menyakitkan hati orang lain
dorang seronok dpt buat orang sakit hati...
dorang gelak2 lagi bila tgk orang lain sakit hati..
Dorang tak sedar.. tindakan dorang tu membuatkan orang tu jadi depression atas perbuatan dorang ...  depression is real.. 





Tuesday, 19 December 2017

Penat tapi ...


Penat hari ni..
Tp sebab cuaca sejuk sgt..
Sesuai kalau walking lagi dgn treadmill


Walaupun treadmill dlm rumah..
Mesti pakai kasut jugak..baru selesa...
Tp kasut ni mmg bersih la.. mmg khas
utk walk and jog dgn treadmill ni..






Hari ni aku up kan lagi speed 


3 hari lepas speed 4.5 ... 3km utk 43 minit

Hari ni..up speed lagi ke 4.8 ...

Dan hasilnya...
3KM = 38minit 
Cepat 5 minit ..
Dan kalori yg terbakar 211 


Berasa jgk penat dia..
Rasa nak berhenti masa 2KM tu
Tapi aku teruskan jgk sebab nak 
buat comparison ..



Dan mcm biasa aku akan berhenti sepenuhnya
bila dah sampai 3.2KM = 8 pusingan stadium..
Masa ni dah slow kan speed..ke 3.0


So hari ni aku walking selama 41minit sejauh 3.2km bersamaan dgn 8 pusingan stadium..


Setiap kali walk aku akan set target 
dan cuba capai target ...


Ni baru walking tau..
Kalau jogging kena speed 6.0
Taraf orang marathon punya speed..
Ini kompom tak larat aku..
Better aku walk je ..
4.8 tu pun taraf jogging jgk
Tp jog yang perlahan.


Aaahh penat



((Dah terbaring dkt sofa))

Pilot Perempuan





Baru teringat semalam
aku ada approve friend request dari 
seorang wanita ..


Tgk profile pic dia mcm familiar
Mcm pernah tengok!!
Pastu aku tgk la profile dia
Dia keje MAS


Terus meyakinkan aku..
Dia tu pilot yg aku selalu ikut tu..
Patut la..familiar muka dia...
Pelik jgk apsal dia add aku..
Sebab kitorang tak pernah sembang pun..



Tak kan Farid suruh dia add aku?
Farid kan pilot jgk...
Ke dia ada bercerita pasal aku
kat pilot perempuan tu..

Whatever lah!! 


Balik





Okay dah balik dari hospital..

Cuaca hari ni hujan. Dari semalam..

Apa2 pun seperti yg aku katakan..
Aku lemah kalau dkt hospital


Selesai dah hazab berada di hospital


Kul 5 dah balik.. and terus balik rumah





Hurm




Dah sampai.. hurm

Nak gi Hospital



Aku nak g hospital jap lagi..

Tp aku tak nak diganggu..

Headphone dan earphone aku dah la tertinggal
kat rumah satu lagi..


Apa kaitan earphon, headphone dgn nak
pegi hospital ??


Sebab... aku nervous kalau gi hospital
Suasana dkt hospital kan menakutkan
dan kalau boleh aku nak pakai mask
Tak nak cium bau ubat..


Aku takut aku pengsan

Haihhh ... risau nak g hospital..
Tempat yg aku tak suka and takut
nak pegi...


Rasa mcm baik biuskan aku awal2
kalau nak bawak aku gi hospital 





My Coffee Prince vs Syurga Yang Kedua









Malam td aku tgk habis dah semua episod
My Coffee Prince utk minggu ni...
Sampai kul 2pagi ...


Astro Go kan dah upload awal..
Aku suka citer ni..
Sebab tu excited nak tgk cepat
berbanding tgk TV..dah la banyak iklan 



Pastu petang semalam aku baru layan
SYURGA YANG KEDUA ...
yang Fasha Sanda berlakon tu
Citer ni ditayangkan di Astro Prima
kul 6ptg..


First impression aku tgk ep5 terus ni,
Citer tu agak berat.. stress la tgk!!
Aku x brapa suka cerita yg terlalu berat
dengan masalah mcm tu..


Lepas tu..
Aku try la tgk ep1 dkt Astro Go
nak tahu cerita dia dari awal..
Oh masa tgk Ep1 ni.. ada lagu 
Mungkin Kamu (lagu Sissy Imann) 
tp sekejap je.. hurm..





Bila tgk Ep1.. aku tak teruja nak tgk Ep2
Tak mcm masa tgk My Coffee Prince!
Kalau aku ada masa nanti baru aku 
tgk Episod 2 ...  


Zarul Umbrella tak sesuai pegang watak hero
dalam cerita ni.. aku rasa kekok tgk dia
berlakon dgn Elizad dan Fasha Sanda..
Heroin dah ngammm..  Hero je..


Tu je aku nak bagi tahu








Soalan dijawab soalan



Contoh

Situasi.. A dan B rapat..
B buat something tanpa pengetahuan A.
Tp bukan benda tak baik... benda baik je.. tp dia tak
bagi tahu A ... sebab kalau B bagitahu pun serupa tak
bagi tahu... dan mungkin ada je bantahan atau
komen...ada je tak kena di mata A.. sebab si A
sentiasa busy... and selalu tak ada masa .. 
Si A ni pun selalu buat sesuatu tak bincang..
And finally dia question...



A : kenapa kau buat sesuatu tak bincang??

B :  habis, kau buat sesuatu ada bincang ke tak?
      
A : ((diam))

B : tak ada kan???


————————————


Complicated .

Kalau aku di tempat B ... aku pun susah 
nak bagi tahu A ... sebab selama ni dia bz
Tak ambil tahu pun B nak buat apa...
Buat B mcm tak wujud...


sebab benda bila orang buat kita dulu,
kita akan terikut2 dgn tindakan dia..


Contoh, 
kalau kau berahsia... aku pun otometik berahsia
dengan kau..

Kalau kau open.. aku pun open..

Kalau kau layan aku baik..
aku akan layan kau lagi baik..


Kalau kita je open minded.. tp orang lain tidak,
tak jadi apa laaa...mcm buat hal sendiri..
Walaupun sebenarnya kita tak nak pun
sampai jadi mcm tu...


Berterus terang dgn org yg kita rapat tu
sebenarnya tak ada masalah pun..
Bila berterus terang dari awal..
Orang akan faham... dan akan rasa mcm
diperlukan.. dipercayai...  disayangi..


Bila berahsia banyak sgt akan timbul mcm2 persepsi
Seperti... 
“dia tak percayakan aku sebah tu dia
berahsia”

“Aku ni dah tak penting...”
“Aku ni orang luar”


Berahsia dgn orang yg kita rapat ni sama mcm
kau buat gap dgn dia... mencipta jurang yg semakin
besar...dan akhirnya.. tidak rapat lagi


Tp mmg betul dowh..
Normal la.. bila kita tahu orang yg kita rapat
tu mcm menyembunyikan sesuatu..
mesti kita rasa tak seronok...


Dan ..,
akan rasa mcm...
LEBIH BAIK TAK TAHU TERUS ..DARI TAHU






















Monday, 18 December 2017

Casing..


Hari tu aku  ada order beberapa casing..
Dua dah sampai..
Ada satu lagi otw .. shipped from oversea
Yang tu paling tak sabar sbnrnya..







Merah dan hitam... :)
Sebenarnya ini pilihan ke2
Casing yg aku nak tu tak ada
So aku kena pilih yg lain..
Seller tu patut bg tahu awal
kalau item dah sold out...
Ni orang dah proceed payment ,
baru nak bagi tahu item dah sold out..
Sedih!!

Tp xpe ni pun smart!
Aku saje beli 2 ... 
Boleh tukar2 bila dah bosan



Nanti kalau casing yg tgh on the way tu sampai
Aku tunjuk... harap cantik mcm dlm gambar
Casing tu harga dia RM80 ..
Harap tak menghampakan la...
Nanti kita tgk....




Sunday, 17 December 2017

Konsert Final Gegar Vaganza 4 (2017) | Aishah Juara Gegar Vaganza Musim Ke4



Juara : Aishah 
Naib Juara : Liza Hanim
Tempat ke 3: Lan Solo
Tempat ke 4: Hazami 
Tempat ke 5: Firman 
Tempat ke 6: Tia Jinbara


Kalau diberi peluang utk memilih..
Aku nak Hazami no 3. Tp takpe la
rezeki masing2....


—————————————————————-

TIA JINBARA 
Romancinta - 
perghhh mmg power
pada aku.. perfect !! Lagu ni pun mmg power.
Respect. Tok Ram kata pernafasan semua bagus..




FIRMAN  
Drama King - 
Not bad.. best.. 
Bunda Hetty cakap mmg baik..
Resonasi dan tembakan.. tepat! 
Means ekspresi yg tepat dgn lagu ni..





HAZAMI
Bahagiamu Deritaku
lagu ni jadi mahal 
bila Hazami  nyanyi!! Perfect!
Dato KT kata Hazami penyanyi yg versatile!
Mmg pun! Dia sentiasa buat lagu tu
jadi lagu dia!! Style dia






LIZA HANIM
Meniti Titian Usang
Liza Hanim mmg power! 
Lagu slow rock ala2 ketuhanan ni
sesuai dgn dia. Dan aku suka! Boleh rasa!
Datuk Rosyam pun kata ekspresi sgt baik!
Beliau boleh rasa. Dan performance Liza Hanim
persis juara!!






LAN SOLO
Smells Like Teen Spirit
Lan lupa lirik di verse yg pertama
Lagu ni antara lagu yg aku selalu dgr
dan selalu nyanyi waktu stress! 
Jadi lirik dia mmg dkt dgn aku la
Tapi persembahan ni tak menghampakan
Energy tu!! Sumpah terbaik!
Tok Ram kata persembahan ok.. 
cuma lirik kurang. X jelas.. beliau hanya
dgr perkaraan “stupid” (hahaha)





AISHAH 
All by myself
Goosebumps! Tak dpt dinafikan lagi
Aishah mmg legend! Perfect je aku dgr nyanyian lagu 
ni.. part high not tu mmg cantik dia sustain not tu
Kalau buat konsert solo pun mmg berbaloi tgk!
Lagu Celine Dion kot! 
Sebutan pun bagus!! Sumpah nak bagi
standing ovation jgk dari rumah.
The best thing about this living legend is,
dia nyanyi bukan sebab nak menang
Tp dia nyanyi sebab dia nak nyanyi..RESPECT!
Bunda Hetty nangis!
Penghayatan, dinamika..
Ini penampilan terbaik Aishah menurut bunda Herty






TIA JINBARA VS FIRMAN
Tepi Sikit 
Persembahan mmg terbaik. Tak sangka
Tia dgn Firman boleh rap!
Tp lagu ni seriously tak sesuai utk
pertandingan.. tak berapa beri impak..
Just nampak kelakar je..rockers nyanyi rap
Datuk Khaty pun kata persembahan 
yg menarik..






LAN SOLO VS HAZAMI
Amboi
Lagu rap lagi...
Nampak try hard.. sian dorang kena nyanyi lagu ni.
Tak perfect. Tp dimaafkan la.. bukan genre dorang
Cuma aku sedih .. Hazami kena nyanyi lagu mcm ni..
Bukan lagu ni tak bagus.. tp Hazami kot..
Lan pun sama..tp okay la dorang nyanyi
Cuma rasa keliru dan kekok tengok..
Datuk Rosyam pun mcm susah nak komen..




LIZA HANIM VS AISHAH
Super Girls 
World class!!! 2-2 power
Rasa mcm tgk international artis perform... 
sebutan sgt clear dan
bagus. Tok Ram pun kata mmg bagus!!





Who is Datuk Aaron Aziz???





Who is Datuk Aaron Aziz? An actor, a father, a director, positive minded person and he didnt need to bash people online to become famous...






Advertisement



Ramai orang masih tak tahu
strategi pemasaran yg berkesan di laman sosial..
Nak marketkan produk semua tu...


Masih ramai suka gunakan twt famous
Atau Insta famous..
Dah la dorang letak harga murah utk promot..
Sebab tu makin banyak twt promot produk 
kat twitter... 

IG mungkin berkesan.. tp twitter ..hurm..
Kalau event atau filem dan berkaitan
seni... twittee sesuai! 



Tp knapa orang susah nak faham
Twitter tak sesuai langsung utk
promot produk..


Lambakan iklan je..
Seller lagi ramai dari buyer..


IG lagi sesuai..


Dan satu lagi aku nak highlight kan ialah
Facebook dan Instagram adverts..


Kalau korang scroll IG atau FB
Korang nampak tak ada iklan yg ada 
perkataan “sponsored” tu..


Kalau nak buat tu..
1st kena tukar IG ke business profile..
Korang bleh tengok kat setting IG
Yg dekat edit profile tu..
Kan ada business tool..
Bila dah tukar tu.. korang akan nampak perbezaan
Profile biasa dgn business profile..
Dekat gambar akan ada perkataan “promote”



Kalau korang tekan promot tu
Korang boleh promot la pasal gambar tu
Tapi ada bayaran dia...
Tp tak la mahal sgt..
Kalau nak lebih effect...
Kena pandai target audience...
So korang punya adverts akan reach
Lebih ramai orang...
Dan yg penting sekali,
nampak la imej business korang “high class”
Tak semua orang tahu buat benda ni..
Jgn kedekut utk marketing...


Utk FB Adverts pulak
First korang kena ada page!
Profile FB biasa tak boleh..
Bila ada page baru boleh buat
Lebih kurang mcm IG jugak..
Dan senang korang nak reach
Lebih ramai orang dalam dan luar negara
Mcm aku kata tadi.. 
Ikut target audience korang la..
Susah nak explain.. tp kalau korang
nak tahu lebih lanjut pasal hal ni
boleh roger aku bila2 masa je...
Sampai korang berjaya iklankan produk korang tu..
Yang penting kena sedia bajet utk marketing la..
RM100 pun cukup utk mula2 ... 
atau RM50 . 


Kalau korang dah buat page tu 
Korang akan nampak berapa kos
dia... Tak sampai ribu2 pun
Kecuali kalau korang nak
iklan korang lama dan berbulan2 .. 
mmg sampai la riban2 tu..


Dan mesti ada kad kredit..
Sebab dia akan masuk bil kad kredit.
Debit card aku tak sure..
Rasanya boleh kot..



Tp serios.. ini cara yg bagus
Jika korang mmg nak
bisnes korang tu jadi “international”
bukan setakat utk pasaran Malaysia je..
B


Ohhh BTW.. sebelum nak buat iklan tu..
Pastikan kemaskini dulu profile page korang
Biar nampak grand dan kemas...
Info produk kena jelas..
Cover photo mesti nampak mahal..
Bila dah siap semua..
Baru mudah target audience korang faham
pasal business korang..



Sebenarnya yg aku bagi tahu ni
Sikit je.. apa2 hal roger 
Banyak nak explain..


Jgn underestimate aku..
Aku blajar accounting..
Dalam Accounting.. banyak cabang dia..
contohnya, business, marketing, finance,
management, enterpreneurship dan byk lagi
So aku tahu ... :)















































Takut



Betul tu..


Apa yg kita takut dan kita tak nak..


Itulah yg selalu terjadi... 


Mcm apa yg berlaku lately..

Semuanya aku dah fikkr lama dah..




Sebab aku punya gerak hati mmg kuat...



Nanti aku huraikan lagi pasal ketakutan yang 

menghantui aku ...



Now ngantok..

Esok aku nak hantar member aku gi airport



Ya... kalau aku ada.. aku akan hantar

kengkawan aku g airport ... 

kecuali malam je aku tak boleh..

Kalau siang.. aku xde hal... :)



Kawan kita dtg dari jauh..

Kena la bantu dari segi pengangkutan

Aku pun kalau travel..

Mmg nak save cost..

Tapi kadang2 aku nak cepat..

aku amik teksi...

Kalau dari KLIA ke Hotel

Aku akan amik teksi...atau GrabCar ..

Sebab aku malas nak ada banyak pit stop



Sebelum2 ni aku selalu naik bas je

Tp kena berhenti kat KL Sentral..

Murah mmg murah.. tp penat..



So aku dah malas naik bas..

Aku nak terus sampai destinasi 

tanpa ada singgah mana2 lagi..




Sebab aku pernah kena tunggu lama

dekat KL Sentral utk dptkan teksi..

Sampai 30minit que...

Bagus aku terus naik teksi dari airport..

terus sampai hotel..tak payah kena que lama




So tu la dia..

Aku faham.. traveller mmg perlukan transport

Sebab tu kalau kawan2 aku datang dari jauh

aku akan tolong hantar...










Saturday, 16 December 2017

Terbang....





Langit tak selalunya cerah...
Tak selalunya akan selalu berwarna biru..
Mcm dlm gambar ni..
Hari ni langit muram...

 

Dan layang2 tu tetap terbang tinggi..
Tak kisahlah langit biru ke kelabu ke.. atau putih..
Aku pun nak terbang jgk



Tp nak terbang mcm burung...
Kalau mcm layang2.... ada orang control
Kita terbang tinggi atau tidak semua
bergantung pada orang tu..



Kalau terbang mcm burung..
Boleh pergi mana2 je yg kita suka..


Tapi sentiasa beringat..
orang lain yg masih berada di bawah..
Lebih2 lagi mereka yg pernah 
menyembuhkan sayap yang 
pernah patah suatu waktu dulu..


Ajak mereka terbang skali...








Sepetang bersama kengkawan



Hari ni keluar jumpa kengkawan...
Kami pernah bekerja bersama...
tp ada yang dah transfer ke tempat lain..
Tapi sebab cuti.. kami pun ala2 mini reunion la
sebab semua tak ada...

























Scrolling Instagram Fan Club Artis


Tadi scroll IG fan club artis 
Sissy Imann punya fc Cyntahati Sissy Imann
Nampak cake ni...
Honestly ni cake paling cantik pernah aku tgk..
And paling sedap... Masa tu aku ada kat situ..
Cerita tahun lepas..
Cake ni sejuk2 mmg best..
Kalau korang pernah rasa Chocolate Tuxedo
dekat Starbucks dan Chocolate Indulgence di Secret Recipe..
Haaa cake ni gabungan dua cake tu la rasa dia..
Mmg sedap....