Wednesday 20 December 2017

Cikgu tak dibayar untuk itu..



RENUNGAN DI CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN......

ZAMAN DULU murid cari pelbagai alasan untuk ponteng ke sekolah kerana takut guru hukum bila dah buat salah...

ZAMAN SEKARANG guru cari pelbagai alasan untuk tidak datang ke sekolah kerana takut selepas hukum murid yang buat salah...

TELAHKU BEKALKAN anakku dengan SATU PESANAN andainya suatu hari nanti dia ditakdirkan menjadi GURU !!!...

Anakku, tugas utama guru ialah MENGAJAR MATA PELAJARAN / SUBJEK yang telah diluluskan / tetapkan oleh kementerian. Jadi hendaklah kamu fokus perkara itu kerana kamu dibayar gaji untuk itu !!!...

Kiranya anak muridmu bertumbuk JANGANLAH kau mencampuri atau meleraikanya kerana kamu TIDAK dibayar untuk menjadi PENDAMAI !
Itu tugas pihak keselamatan....

Kiranya anak muridmu menghidu gam/hisap dadah JANGANLAH kamu mencampuri dengan melarang perbuatan itu kerana kamu TIDAK dibayar untuk menjadi pencegah penyalahgunaan dadah !
Itu tugas pihak Pencegah Penyalahgunaan dadah...
Begitulah seterusnya dengan perkara2 yang bukan berkaitan kamu dibayar selain mengajar matapelajaran/subjek yang telah ditetapkan.

Sekiranya ibubapa datang mempersoalkan atau mempersalahkan kamu atas perbuatan anak mereka itu dengan bertanya ;
KENAPA CIKGU TIDAK MELERAIKAN PERGADUHAN ITU @ TIDAK MELARANG ANAK SAYA MENGHISAP DADAH ?

Maka jawablah dengan tenang ;
Encik/Puan, TUGAS SAYA TERBATAS,  HANYA MENGAJAR MATAPELAJARAN mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan pada kelas anak Encik/Puan saja. Sama dengan tugas Encik/Puan yang terbatas hanya TAHU BUAT ANAK SAJA !!!...

Sekiranya anak Encik/Puan bergaduh maka EncikPuan serahkan kepada polis agar boleh direhatkan dalam penjara !!!
Sekiranya anak Encik/Puan menghisap dadah serahkan kepada PEMADAM agar boleh ditempatkan di Pusat Serenti !!!...

Saya tidak mahu menggelapkan hidup saya AKIBAT MENERANGKAN masa hadapan anak Encik/Puan !!!....

No comments:

Post a Comment