Tuesday 12 December 2017

Apa yang kita harapkan? Bukan Hadiah atau Wang Ringgit



Kalau ikutkan kita mmg tak patut
harapkan apa2 dari orang lain..
Ya mmg tak patut...


Tp as a human... tipu la
kalau kita sentiasa mahu dianggap wujud
dalam kehidupan orang lain (yg kita rapat)




Tgk hierarki keperluan Maslow ni..
Siapa belajar marketing, business, pengurusan
dan psikologi kompom tahu dan pernah tgk piramid
di atas.


First  of all... KEPERLUAN ASAS ..
Kita akan utamakan keperluan asas terlebih dahulu
berbanding benda lain...
Contohnya kita keje sebab nak hidup.
Cukup makan minum.


Bila kita rasa kita mampu sikit.. kita akan 
mula fkirkan tentang keselamatan diri pulak
Kita mahu rasa selamat... Makan minum cukup
Tp kalau keselamatan tak terjamin tak guna jgk..
So di sini kita mula ada hubungan baik dgn masyarakat.  Berbaik dgn jiran contohnya..
So kalau ada apa2 senang mintak tolong..




Diperingkat ke3 . Keperluan Kasih Sayang
Bila kita dah rasa selamat kita inginian kasih sayang pulak. Kasih sayang dari keluarga dan org yg rapat
dengan kita .. kita nak semua orang sayang kita..



Peringkat ke 4 ... Keperluan penghargaan.
Ini yg aku nak highlight ... Semua orang berhak
utk diberi penghargaan... semua org mahu dihargai..
And benda ni makin usia meningkat.. semakin kita
mahu dihargai!!! Percaya laaa...
Sebab masa kita masih tanggungan keluarga
Kita x brapa fikir semua ni.. Semua ni kita akan
mula fikir bila kita dah selalu bercampur dgn
orang lain ..dlm masyarakat....


So.. adalah satu penipuan besar jika seseorang
tidak mengharapkan apa2 dari orang sekeliling..
Mulut cakap.. “takpe... aku x nak apa2 dari kau”
Tp ketahuilah.. semua orang mahu dianggap penting,
Semua orang akan sedih dan berkecil hati bila
dilupakan atau disisihkan...


So gais.... belajarlah menghargai..
Jgn sisihkan orang lain yang mahu
sama2 berada dlm kehidupan kita
waktu susah dan senang..



Berbalik kepada piramid Maslow tadi...
Apabila keperluab penghargaan kita dah dapat..
Maka mudahlah utk kita capai cita-cita...
Sebab kita rasa dihargai...dan motivasi kita
meningkat dengan adanya orang2 yg menghargai kita..
Saling menghargai adalah kunci kejayaan..
Kita tidak akan mampu bergerak sendiri
atau saling menyalahkan orang lain
dan berasa diri sendiri sentiasa betul...



Seperti yg aku selalu kata.
Kita hidup bukan utk kita je..
Kita tetap perlu orang sekeliling
utk bagi moral support pada kita...
:


Kesimpulannya..
Manusia saling memerlukan...
Jgn abaikan atau sisihkan orang lain..
Jgn anggap org lain tidak wujud
atau tak penting.::..










No comments:

Post a Comment