Thursday 21 December 2017

Flora Kafe Ampwalk, Ampang (Review)



Tadi aku ternampak gambar 
sidang media lagu “Abang Nak Tegur”
Lagu Datuk Aliff Syukri tu..dkt IG KRUMUSIC
Dorang buat kat Flora Kafe ..





Terus aku teringat..
Tempat ni mmg ada kenangan la utk aku..
Dulu pernah buat event kat sini...


So alang2 tu aku nak review pasal Flora Kafe
Masa tu aku nak buat event kecik2 je
Bajet dlm 30-35 tetamu..
Mula2 aku nak hotel ballroom yg kecik je
Tp aku x sempat nak cari sebab aku 
bukan org KL.  Kalau kat tempat aku,
aku tahu la mcm mana nak cari... :)


So hasil peng”google”an aku..
Aku terjumpa Flora Kafe.. ada event blogger2 
Malaysia pernah buat kat situ jgk..
Dan dorang mmg buat review yg bagus
pasal Flora Kafe ni..


Terus aku carii dkt FB and IG !! 
Cari je Flora Kafe .. mesti jumpa kat FB..
Dari situ aku tgk la menu yg ada
Aku terus dptkan contact manager dia
Encik Mel ! Menu semua aku suka..
Sebab dia ada makanan melayu...


First aku mintak quotation la utk 30-35 org berapa
Dia kalau tak silap minimum utk 30 orang..
Dan dlm quotation yg dia bagi (guna whatsapps)
Ada utk 30org. ... 40 org.. lebih kurang
Aku tak ingat.. aku pilih utk 40 org.
Biar lebih.. jgn kurang.. (prinsip aku)



Lepas tgk quotation semua aku pun buat booking
utk sekian2 tarikh... sebenarnya booking aku ni
dibuat sgt awal.. (awal 2 bulan dari tarikh event)
Sebab aku mmg suka prepare awal dan malas
dah nak cari tempat lain. Flora Kafe the best
and view cantik menepati citarasa..dan aku dah
lock tarikh yg aku nak






Lepas tu.. 
aku g KL sebulan sebelum event
dan aku saje la nak try makanan kat situ dulu.
Memang ! Suasana yg sgt cool!
Lepas habis mkn aku cakap dgn staff,
nak jumpa Encik Mel ... nak discuss pasal event.
Staff tu pun panggil la manager dia
Encik Mel ni bagus. Senang la bincang dgn dia..
Aku memperkenalkan diri bahawa aku la
yg buat booking awal tu :)




Masa discussionp tu kami
discuss sekali lagi pasal menu semua
dan pakej yg aku pilih..
Sama ada nak buat kat luar atau dalam.
Kalau dkt luar.. takde limit masa. Boleh lama.
Tp view tak secantik dkt dalam..dan murah sikit.
Kalau buat kat dalam.. limit masa 4 jam je
dan dpt view cantik..tp betul2 kena 
manage masa .... 4 jam kalau on time semua
mmg cukup.. dan kos nya mahal sedikit..


Aku tak kisah.. janji view cantik dan lebih PRIVACY
Kalau x silap aku semua skali RM2700 termasuk
decoration... tp decoration dorang mmg cantik la
Korang jgn nervous sgt pasal kos tu
Sebab RM2700 ni utk 40pax (buffet)
dan pakej makanan yang aku pilih... 

banyak okay choice dia.
Semua sedap!! Yang penting semua org
dpt makan sedap2 masa event tu...
Korang boleh je kalau tak nak ambik deco..
so murah sikit la... mcm aku ni, Aku nak yg terbaik..
So aku nak skali dgn deco


Nak pilih ala cart pun boleh je 
Tp utk event, risikonya.. takut lambat



So, kami tetapkan masa dan tarikh
11pagi (waktu lunch) serta pakej yg dipilih
dan aku pilih buat kat dalam .. masa ni
aku belum buat payment lagi.
Encik Mel kata.. seminggu sebelum event
baru bayar deposit... 


Dan mcm tu la kronologinya
Sampai tarikh event. Alhamdulillah
Semua dah disiapkan .
Decoration dgn belon, bunga dan lilin..
dihias cantik... Dan event tu
berjaya jgk dilaksanakan... 
sorry takde gambar. 
Gambar dah simpan dlm laptop
Tp serious cantik la Flora Kafe...
Makanan semua sedap! Dan berpatutan.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut
Cari fb and ig flora kafe.


Sekian review aku antara Restaurant terbaik 
di KL yg menyajikan makanan Melayu 
yangi sedap dgn view yg super duper ohsem...
 

Kalau aku g KL ... setakat ni
ada 2 tempat yg aku selesa dan ada privacy
dan senang nak pegi.. (naik grab)
yang tak perlu tunggu lama...
dan rasa tenang
Tak crowded....dan menyajikan 
makanan melayu  yg sedap . 
Salah satunya Flora Kafe.
Satu lagi Rasa Utara(Midvalley)


Kalau susah sgt nak cari tempat makan
Pegi je kat Flora Kafe atau Rasa Utara
Sorry la... lidah aku ni sgt kemelayuan..
Suka makan masakan kampung dan yg pedas2


Mungkin next time aku akan cari lagi tempat
lain.. Ya.. aku sentiasa meng”google”
Setiap kali berada di tempat orang..



No comments:

Post a Comment