Wednesday 20 December 2017

Cikgu Azizan... I feel you ...





Hari ni aku nak share kisah benar 
pasal seorang cikgu.. kes hampir sama mcm 
Cikgu Azizan... cuma tak viral
sebab berlaku di kawasan pedalaman..


Suatu hari cikgu yang dedikasi itu
telah memulangkan kertas ujian Sains
pada muridnya.. 


Cikgu tu tak buat apa2 pun..
Tiba2 seorang murid dgn nada berbisik
telah mengeluarkan kata2 berbentuk hinaan
pada cikgu tersebut dan kemudian dia ketawa..
sendiri...


Rakan pelajar di sebelah dgr apa yang dia cakap..
Dan beberapa pelajar lain juga dengar..



Dan guru tersebut berasa amat kecewa dgn 
kelakuan muridnya itu dan merotan muridnya itu
Rotan halus dan tidak kuat..Disaksikan murid lain..
Guru lain juga ada ditempat kejadian.. turut
kecewa dengan kelakuan murid yang tiada adab..
Dan menasihatinya supaya jaga adab 
apabila bercakap dengan guru...



Sebelah petang.. guru itu didatangi oleh
datuk dan ibu pelajar berkenaan
minta penjelasan..


Rupanya ada orang telah menyampaikan
berita yang kononnya anaknya ditampar di sekolah.
Budak skolah yang sama yang buat cerita..
Dan semudah itu datuk dan ibu pelajar tersebut
percaya. Cikgu tersebut menegakkan hak nya
dengan berkata perkara sebenar..



datuk kepada pelajar tersebut siap bagi amaran
pada cikgu.. dan mula meninggikan suara..
Cikgu itu tetap menegakkan haknya 
dan tidak mahu maruahnya dipijak2 orang..
Dia tidak mahu mengalah dan terus dengan
point2 dia berkaitan sikap pelajar tersebut..
Ibu pelajar tu okay dan boleh bertoleransi..
Datuk pula over...



Guru itu telah berkhidmad selama 7
tahun di sekolah itu dan merupakan guru cemerlang.
Pelajar tersebut juga merupakan pelajar pintar
Tapi sayangnya dari segi adab, dia kosong!

CIKGU TU EXPLAIN::
“Memang saya ada rotan anak puan..
Sebab dia dah melemparkan kata2 yang tidak
enak kepada saya. Saya cikgu dia!!
Anak puan ni pandai. Saya yang ajar dia
Matematik dan Sains..Matematik dia dpt 100.
Sains dia dpt 87... pandai.. tapi malangnya
dia tidak tahu cara beradab..saya kecewa 
dengan sikap dia... “


DATUK PELAJAR JAWAB:
“Memang la.. tp jangan lah sampai kuat sangat
Habis kembang tangan budak.. Kalau cikgu
boleh berkasar dgn dia.. kami pun boleh.
Apa perasaan cikgu kalau kami berkasar dgn cikgu?”


CIKGU :
“Saya tahu dan saya faham..
Tp dia ni dah melampau sangat.
Saya cikgu dia. Mcm ni kah caranya
pelajar bercakap dgn guru. Mcm tidak hormat!”


Cikgu tersebut terus menegakkan haknya..
Dia tahu dia dipihak yang benar..
Menitis jugak air mata masa cakap tu.
Sebab sepanjang 7 tahun perkhidmatannya
Ini kali pertama berdepan dgn keluarga pelajar
yang mengadu.. dan kali pertama melihat
pelajar semakin kurang adab ...setiap tahun
attitude pelajar semakin teruk.
Semakin dimanjakan ibu bapa semakin menjadi!


Ibu pelajar hanya diam..
Datuk pelajar td pun diam..
Seorang lagi guru yang berada di situ
menjelaskan .. pelajar tahun ini
memang banyak masalah..
Tidak mendengar kata dan suka membuli..
Datuk dan Ibu pelajar tadi mula faham

Mujur rakan guru ada di situ.. 
dia lah yang mendamaikan situasi tegang itu
Cepat2 cikgu tu cakap pada pelajar tersebut
“Kira settle lah ni...
jadi kamu Ali(bkn nama sebenar)
minta maaf la dgn cikgu kamu..
Tak kan cikgu pula nak kena minta maaf
dengan kamu... “ kata rakan guru yg jadi pendamai tu


Pelajar tersebut menangis teresak2..
Ibu Ali menyuruhAli minta maaf pada guru tersebut.
Ali terus menangis... dan guru yang menjadi mangsa
tadi menepuk2 bahu Ali utk melegakannya..
Ali bersalam dgn gurunya sambil menangis..
Guru tersebut juga menitiskan air mata..


Kes tersebut selesai di situ..
Itulah titik dan sejarah hitam dalam
perkhidmatan guru tersebut di skolah itu..
selepas 7 tahun..


Kes tersebut telah menjadi tumpuan penduduk
kampung sepanjang minggu itu..
Sehingga penghulu kampung terpaksa
meminta maaf pada guru tadi atas
kelakuan orang kampung (datuk dan ibu pelajar tadi) yang serang cikgu di sekolah utk menegakkan kesalahan anak mereka.. 


Penghulu kampung berkata..
beliau akan berpesan pada ibu bapa
dalam mesyuarat JKK Kampung
pasal disiplin anak2 .. dlm mesyuarat
akan datang..



Kesimpulannya.. Cikgu tidak akan bertindak
sehingga memukul jika pelajar tidak buat 
kesalahan besar.. Kepada ibu bapa.., siasat
betul2.. jgn mudah percaya pada kata2 orang
yang ditokok tambah.. dan paling penting,
JANGAN MANJAKAN ANAK TAK BERTEMPAT!



ADAKAH IBU BAPA MAHU CIKGU 
MEMBIARKAN SAJA ANAK MEREKA
TERUS MELAKUKAN KESALAHAN
TANPA MENEGUR ATAU DIBERI 
HUKUMAN? KALAU ITU YANG MEREKA 
MAHUKAN.., ANAK MEREKA
TAK AKAN JADI MANUSIA BERGUNA.
PANDAI DALAM AKADEMIK SAJA LA
TAPI , ATTITUDE “ZERO” ..


....



So berdasarkan kisah benar pasal cikgu di atas ni..
Ibu bapa di luar sana sila ajar anak masing2..
Ajar dari pelbagai aspek.. kalau tak mahu cikgu
yang “ajar” 

Ajar lah anak sendiri.. jgn menyusahkan cikgu..

Faham tak??? 


Ni.. anak kau hisap gam.. pun lagi nak saman cikgu.


Menyusahkan betul parents yang suka
menyalahkan cikgu ni... sah2 dorang tak reti
jaga anak.. anak tak ada disiplin kat skolah
Semua bermula dari didikan di rumah la..


Sorry to say.. 































No comments:

Post a Comment