Setuju dgn cik producer kita ni 👍🏽
Tp mungkin sesetengah management artis tu
diorang nak cepat famous.. cara mudah dan cepat
Nak attention gila2 la wpun dgn cara yang hurm..
Tp ketahuilah... cepat naik..
cepat jgk turun nanti ...
Berdasarkan pemerhatian artis2 terdahulu
yg dua tahun lepas mmg lagu dia je
dkt radio.. skarang dah senyap..
Sebab dlm masa 2 tahun akan ada je
artis2 baru masuk industri dan
dan lama2 akan over shadow mereka2 yg
tgh famous skarang. Tu mmg cycle dia..
.
Biar lah lambat...
asal org betul2 kenal seseorang artis tu
sebab bakat yg mereka miliki..bkn sebab hal lain
Sebab “masa” seseorang tu akan tiba nanti
Tp Khai Bahar aku tgk strategy dia bagus jgk la
Dia active dkt smule..! Dia nyanyi lagu artis seberang
And kumpul fans Indonesia bermula dari smule
sebelum jadi artis rakaman lagi..
Ramai org seberang mintak dia cover lagu mcm2..
Kalau bebaru ni dia menang
APM (Anugerah Planet Muzik)
orang Indonesia mmg ramai yg dah kenal dia..
And start dari youtube jgk..
Berguna jgk smule ni..
Utk sesiapa yg tahu kelebihannya..
Dkt youtube skarang pun ada sorang aku tgk
nyanyi sedap .. ramai viewers dia..
Sebab dia nyanyi lagu english mmg power la..
Pada pendapat aku nak capture perhatian
orang ramai... artis tu hanya perlu tunjukkan
apa skill yg mereka ada... contoh mcm Sissy Imann
dia kan artis yg kalau cover lagu dgn piano..
dia la yg paling best setakat ni..
Aku x tgk lagi ada org lain sehebat dia..
Pada pandangan aku.. dia mcm Taylor Swift..
Sama jgk mcm Isyana Sarasvati..
singer songwriter yg berbakat
Mcm Naim Daniel.. Hael Husaini
dorang ada suara yg sgt sedap...
Bila selalu cover lagu orang..
Dia jadi lagi best... Hael mmg dari dulu
suka cover lagu orang... Hope lepas dah famous
Hael tetap akan cover lagu orang lagi..
Sebab fans masih nak dgr..
Hope dorang terus buat cover..
Walaupun dah famous.....
Sebab sesetengah artis..
Bila dah famous... dorang dah
tak nak cover lagu orang dah..
Sebab aku fans.. aku tahu apa yang aku suka..
Sebab mcm aku. Aku akan sentiasa search
orang buat cover .. sebab versi cover
lagi best kadang2 ... lebih2 lagi
kalau orang tu buat style dia...
Pastu selain nak buat gimik centu..
Kalau dulu.. 6sixth Sense .. dorang mula
dgn nyanyi lagu lama yg di moden kan..
pun orang dah suka.. meletop lagu
Hari Ini dan Semalam
Hazami pun di awal kemunculannya
dia nyanyi lagu Sonata Musim Salju..
lagu Korea ..
Dan ramai lagi la yg nyanyi lagu lama
dalam bentuk yg moden... sedap la di dengar..
Tp sesetengah org tak suka
lagu lama yg diubah dgn sgt drastik
Katanya tak hormat lagu asal?
Tp tu mungkin pendapat orang lama..
Tp generasi baru akan suka ..selagi ianya tak over..
Sekaligus akan buat orang ingat lagu
yg dah lama tu bila dinyanyikan semula
dalam versi yg lebih moden...
Mcm bebaru ni
aku tgk rancangan “PESTA MUDA MUDI”
di Astro.. Aisyah Aziz dan ramai la artis
nyanyi lagu lama.. lagu Saloma..
Mmg best la!!
Tgk trend skarang.. kebangkitan lagu 90’s
Lepas ni mungkin lagu2 ala easy listening ..
mcm Jazz plak yg mcm Yuna.. Najwa Latif
plak.. lepas tu Najwa Latif dah naik balik..
Atau nama2 seperti Sasha Ningkan.. Bil Musa
atau trend lagu2 lama atau klasik..
Masa tu tgk kebangkitan MASDO plak
dalam industri ..
Masalahnya mentality fans
kat Malaysia.. mereka biarkan diri mereka
dipaksa oleh radio.. dgr lagu yg ulang 6 7kali
sehari tu je.. dorang tak nak explore muzik lain..
dan dorang tak tahu ramai artis bagus2
yg lagu x keluar radio pun...
Najwa Latif tu best kot dulu..
Dgn Yuna..
dorang dua je artis pompuan
yg perform dgn gitar dulu.. mmg best..
Mungkin trend ni akan dtg balik tak lama lagi
Sebab makin banyak tgk
org cover lagu dgn gitar lately..
Mana pergi artis yg femes 2 tahun lalu?
Senyap terus.. malas nak sebut nama..
Korang cer ingat balik.. siapa artis
yg famous 2 tahun lepas.. yg lagu dorang je
ulang2 kat radio...
Kenapa dorang tak buat sesuatu?
Ke senua dah buat bisnes..?
Yg tak ada kaitan dgn muzik pun..
adakah goals dia mmg
nak famous sekejap je dan bukan utk jangka panjang.
Tolong jgn jd artis kalau niat nak famous sekejap je..
Dorang tak kesian fans ke? Ye la dorang dah ada fc semua.. fans mesti la nak artis yg mereka support
tu berjaya sampai jd legend..
Sebab mereka nak berbangga dpt jadi fans artis
tu dari awal lagi...
Mcm fans.. ada kategori fans..
1. Suka dgr lagu je
2. Suka sebab rupa
3. Suka Hasil keje seni.. bakat.. attitude..
Yg ni 3 tu aku rangkumkan sekali
Sebab ada jgk artis.. dia mmg bagus ..
Tp attitude dia x brapa dpt capture hati orang
Dia mmg hagus buat lagu semua..
Tp dia nampak berlagak..
Entah la sejak dah famous
ramai org jadi suka berlagak dan riak..
Sebab mentality org Malaysia
Tak suka selebriti yg berlagak dan riak..
so kalau lah seseorang artis tu
dpt buat org suka hasil keje dia..
suka personaliti dia
luar dan dalam... dia mmg terbaik la..
Yg no 3 tu.. untung la kalau fans dkt Malaysia ni
berfikiran macam tu...
Sebab yg no 3 tu dia bukan mcm lalang
InsyaAllah akan lama la support
tu pun kalau artis tu maintain
hubungan baik dia dgn fans..
Aku pernah nampak twit Sharifah Amani
Dia cakap artis skarang terlalu mengagung2kan
fans.. apabila artis menang award sebelum ni..
Gigih aku cari balik twit yg dah lama ni..
Sebab aku akan sentiasa ingat.. apa saja kata2 org
yg buat aku terasa sama ..
Agak kasar bunyi nya..dlm twit tu
Aku sbg fans artis yg aku minat agak terasa.
Bukan seseorang artis tu perlu sembah fans
Mungkin beliau tak pernah rasa ada fans
yang sayang... belajarlah menghargai..
Tp as a human..
Kita manusia .. tetap perlu menghargai antara
satu sama lain..
Contohnya fans dah vote semua..
Salah ke artis nak hargai fans dia?
Kalau bukan fans.. siapa nak vote semua tu?
Bayangkan kalau artis tu tak hargai fans dia..
Fans dia x akan vote lagi kalau ada apa2 anugerah
percaya la..
Selagi namanya manusia.. penghargaan tu penting
utk kita buat mcm2 benda amazing sama2..
Tak kan bila ada majlis anugerah yg perlu vote
masa tu je baru nak dkt dgn fans?
So mcm Ayda Jebat.. Fazura
Dia jenis betul2 hargai la fans dia..
Sebab tu korang tgk AJS Screamer tu
sayang dia gila2... and bab vote semua padu
Sebab Ayda selalu appreciate fans dia..
Dorang jadi bermotivasi disebabkan penghargaan tu
Hope Ayda kekal mcm tu sampai bila2..
And aku suka tgk Ayda Jebat everytime
dia mesra dgn fans and mention
fans dia “AJS”
Aku faham apa rasa dia bila
nak vote sebab nak bagi artis kita minat tu menang..
Yg pernah jd fans.. dan gila vote.. korang akan faham.
Bila artis yg korang sayang tu menang
sebab usaha gigih korang..
Itu sesuatu yg tak akan dilupakan..
No comments:
Post a Comment